Tuesday, February 21, 2012

Resepi : TOMYAM AYAM ... sangat simple!

Assalamualaikum ...






Resepi Tomyam Ayam nie dah jadi pekasam dalam draft. Edit gambar, pastu bila datang mood nak update ... boleh hilang idea plak. Alahai! So update pasal benda lain dulu. Yang rasa tak payah fikir bebanyak ... kononnye! Menu nie antara menu wajib kalau balik kampung. Dari dulu lagi mak suka sangat buat tomyam mudah nie, bukan macam dekat kedai tu ... yang pekat melekat dan pedas terangkat disertai dengan sampah sarip yang banyak. Sampah sarip tu maksud aku serai, bawang dan segala macamlah. 



Yang mak aku ajar nie, very the simple one ok, sonang sesangat! Anak-anak buah aku kalau buat masak tomyam ayam nie, sure laju je makan nasi. Siap bertambah. Janji jangan pedas terlampau. Kena sesuaikan dengan tekak kanak-kanak jua! Okehlah, aku nak share resepi tomyam ayam paling simple untuk adik-adik. Sesimple abc kot!




Peberet satu keluarga nie ar!


RESEPI : TOMYAM AYAM
SUMBER : BONDA CIK KAMOO




Bahan-bahan;


  • Ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
  • 1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar
  • 1 kiub perencah tomyam Knorr
  • 2 biji limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang selesa pada lidah)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji cili api - ketuk
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
  • 1 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
  • Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
  • Masukkan serai dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr dan perahkan limau serta cili api;
  • Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
  • Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
  • Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.




Haaa, senangkan? Aku tak reti nak masak susah-susah nie. Cukup yang simple-simple je. Boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak. Adik-adik ku sayang yang baca blog ahkak nie, try le masak! Aku suka tomyam yang kuah dia tak pekat sangat dan tak pedas sangat. But, masam mesti lebih. Barulah boleh tonggeng mangkuk untuk hirup! Uh ... nikmatnya!



Kalau tak nak makan tomyam nie dengan nasi, boleh tukar makan dengan bihun, mee or kuewteow! Sama je .. kenyang jugak nanti!



Okehlah, cau cin cau dulu ya! Adik-adik sayang jangan lupa cuba hokeh!






CK : Hari ini cam kepenatan jer ...

27 comments:

  1. Laparnya~~~

    Kalau laptop ni 4D, boleh rasa sikit tomyam tu. Ngeh3~

    ReplyDelete
  2. @meLLy! tq, masak simple je, janji rasa tomyam

    ReplyDelete
  3. akak suka tomyam, tapi tak pernah buat! kena cuba resepi CK ni..

    ReplyDelete
  4. aku dtg putrajaya, aku cari ko sis.... piknik kat sana. hahaha boleh ker?

    ReplyDelete
  5. wuhuuu..sedap ja nampak. rasa macam meleleh ja air liur..haha.

    ReplyDelete
  6. @mas saari Ala Mas, resepi simple je .... biasalah sy nie budak baru belajar

    ReplyDelete
  7. @Telor Power eh! boleh je ... datang tu hujung bulan le, leh la banje makan. he he he

    ReplyDelete
  8. thnks yer...dh try resepi...mmg superb!!

    ReplyDelete
  9. very the simpe one...ok2, nak try yg niela...thanks for the recipe...:)

    ReplyDelete
  10. very the simpe one...ok2, nak try yg niela...thanks for the recipe...:)

    ReplyDelete
  11. @Cik Kamoo mekasih sangatlah cik, saye dah puta-puta nyari resep ni. Mekasih ye cik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe ke kalau xpakai air asam?

      Delete
    2. Tomyam kan selalunya masam, so air asam limau tu perlu

      Delete
  12. Tgh mencuba..mmg simple..sesuai utk sy yg nk masak cepat2..hehe

    ReplyDelete
  13. Huhuhu..thanks..nk try nie... Moga menjadi..dan sedap la sya masak..hehe

    ReplyDelete
  14. Tqvm ya.... mmg simple tp sdp

    ReplyDelete
  15. dulu mmg suka sngt mkn tomyam ni....lgi2 msa skolh dulu ada jual nasi brlauk pling favourite ambik tomyam ni kuah banjir skali dgn telur dadar mmg menjilat jari tk tngok kiri kanan dh

    ReplyDelete
  16. mmg ringkas dan senang ikot.. hehe tq kak..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!