Friday, March 16, 2012

DAH GHUPER BUNYI ANJING MENYALAK JE .... !!

Assalamualaikum ...





Semalam aku dah khabor yang aku tak berapa sihat. Pagi nie bertambah tak sihat. Dengan sakit tekak yang teruk serta  batuk yang tak sedap didengar bunyinye. Khooong....khooooong....khoooooong! Aku rasa cam anjing menyalak dah. Selera tekak nie pun tak memberangsangkan nafsu makan aku. Yee, suke ... cepat sket kuruih! hahahah ... aku skang pun dah nak start diet rendah karbo! Aku tengah wat research sendiri-sendiri ... skang nie baru belajar skip makan nasi, makan pun 1-2 kali je seminggu. Agak-agak leh ke kurang??? Kita usaha dan tunggu ...


Aku nie kalau rasa nak demam je, muka mulalah mensuram je. Mood takda, buat kerja ndak tak ndak je, bibir kering, tekak sakit, batuk khooong khoooong, dengan keadaan  badan yang seakan panas. Uih, tak bestnya! Tapi bila demam nie, mestilah ada sebabnya ye. Aku malas nak jalan rasa tak sihat aku nie. Buat bertambah tak sihat adalah nanti. So, abaikan!


Pagi nie sempat layan balloon bertebaran di ruang udara Putrajaya. Kata mood tak okey kan, so takdelah aku nak snap gambar beriya. Ada satu dua je pun. Tunggu esok nak bersnap dengan kekasih-kekasih hati aku, malam nie nak jemput dorang. Esok pagi nak kena bangun awal untuk tengok balloon. Pukul 7am harap dapat terpacaklah dekat Presint 2. He he he ... gigihkan? Bawa anak-anak kecik mesti kena awal, kalau tak panas, kesian dorang!


Nanti aku story mory pasal hot air balloon ye, nampak cantik tau! Tak sabar nak tunggu esok pagi. Kalau korang dekat dengan Putrajaya dan ada masa, datanglah tengok Hot Air Balloon. Nasihat aku datanglah waktu pagi seawal jam 7.00am, sebabnya petang hujan. Lagipun balloon nie bukan naik sepanjang masa bertebaran, dia naik 7.00am hingga 9.00am lepas tu start kul 5.0pm sampai 7.00pm. 


Member aku cakap kita boleh naik balloon nie, tapi bukan yang terbang pergi merata tu .... yang naik ke atas setempat je, ikat pakai tali. Sekali naik kalau tak salah aku dalam RM10.00 kot, naik pun kejap je ... rasanya 5-10minit. Camtulah rasanya.


Okeylah aku cau cin cau dulu ye .... nak pergi jadi halimunan jap. he he he




CK : Tak selesanye tekak nie. alahaaaai

8 comments:

  1. x penah naik hot ballon tu..ramai sgt la orng...

    ReplyDelete
  2. mkn eskrem la.. rasanya tonsil bengkak tuh hilang bunyi..

    get well soon..

    ReplyDelete
  3. syafikillah tuk akk,moga cpt smbuh..sy trgn sgt nk g tgk hot air ballon tu..tp xprnh dpt,dulu sy ada gak dgr psl bnda ni..trgn nk gi :(

    ReplyDelete
  4. @CIK MAY Akak pernah naik sekali je pun...

    ReplyDelete
  5. @Telor Power Thanks...harap cepat sembuh juga nie

    ReplyDelete
  6. @*SiRibenMerah Dah try dah makan eskrem,,,,hu hu tak jalan le

    ReplyDelete
  7. @conan Tq dik...nti ada kesempatan leh la try

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!