Sunday, March 25, 2012

DAPAT SHOPPING ... DAPAT SAKIT! HUUUU SEDAPNYE ..

Assalamualaikum ...





Morning korang! Bangun-bangun ... jangan asyik dok bangun lambat je weekend nie. Bangun ... bawa-bawa pergi berjogging sama. Boleh juga jaga kesihatan, jangan jadi cam aku. Bangun je cari lappy dulu. hu hu. Hari nie bangun cam biasa. 7.00am dah sedar. Memang weekend jarang amat bangun lambat kecuali kalau aku kepenatan je.


Macam hari ini penat juga, cuma sikit-sikit ajelah. Penat dan juga sakit. Semalam aku dah habaq nak pi shopping kat Sogo kan? Aku pergi Sogo nie beramai, sesaja nak teman family adik SI MB shopping seluar kerja dia. Aku nie cuma meneman je, kot ada yang berkenan aku beli. Tak target pun nak shopping sakan. Ala kadar sudah. Asal bunyi cam shopping je ... perempuan sure suka. SOGO skang tengah sale sampai 8 April nie.




So, semalam 10.30 am dah gerak ke rumah adik si MB dekat Presint 18, jemput dorang then 11.00am baru gerak ke KL. Sebelum tu, singgah dekat RnR MEX untuk breakfast. Pagi-pagi aku dah makan yee mee hot plate. Huh, dahlah tak sodap. Yee mee tu dia tak kasi lembut dulu, dah serupa mamee rendam air panas je. Makan pun tak habis. Habis makan, geraklah ke Sogo ... nasib baik jalan tak sesak sangat. Kami cari jalan alternatif untuk tidak lalu depan Dataran Merdeka. Sebabnya dekat Dataran Merdeka sedang ada persiapan Hari Polis. Yang ke berapa aku dah pun lupa. 


Sampai je Sogo, sale untuk pakaian pejabat dah habis, yang ada sales untuk barang-barang rumah cam comforter, cadar, pollow case, langsir dan yang sekawan dengannya. Naiklah ke bahagian lelaki, kot ada lagi sale dekat suar Smalto. Pergi tengok ada lagi ... so adik SI MB nie pun memilihlah seluar yang dia berkenan. Aku just berkejaran dengan anak dia yang comey lotey tu je. Asyik tarik tangan aku ajak tengok bunga and butterfly. Penat jugalah berlari melayan budak 3 tahun tu. Nasib baik aku nie jenis melayan anak buah juga. So, takdelah kekok nak layan anak orang kan ... kan .. kan. Si MB pula dok bagi pendapatlah suar apa yang sesuai dipilih.


Then, habis berkejaran aku pun pergilah lepak dekat area Smalto tu. Sambil dok usik-usik budak kecik. Aku berdiri cam biasalah. Bila Si MB panggil aku pun melangkahlah menuju dekat dia. Ntah macam mana, agaknya aku salah ambil step kot ... badan aku tertiba tak boleh imbang, terus tumbang dan kaki terpeliooook! Sakit jangan cakaplah. Allah je yang tahu masa tu punya sakit tak hengat. Time tu juga airmata aku berjurai selaju yang mungkin. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakit! Rasa nak jerit panggil mak aku je. 


Nasib baik aku tak jatuh semasa berkejaran dengan budak kecik nie ... kalau tak lagi malu sebab aku time tu dok main kejar-kejar kat port yang ramai orang. Gambaq nie si MB lah paksa dia sorok balik baju nie ... sian hu hu


Bila dah jatuh, aku tak boleh bangun terus sebab ankle aku memang sakit-sakit-sakit sangat2! Adik ipar Si MB dan Si MB cuba nak angkat aku, memang tak bolehlah aku terus bangun. Sian dorang. Dalam 3-4 minit jugalah terjelepok situ sambil menangis. Si MB pula dah pulun dok angkat sampai aku boleh berdiri. Nasib baik aku jatuh celah-celah rak baju dan seluar Smalto, so takdalah ramai perasan aku jatuh and tengah nangis time tu. Huh! Azaaaaaaaaaaaaaaaaab beb. Ini kali kedua aku jatuh dalam tempoh 2 bulan. Hari tu aku tergolek dekat jalan tar HKL. Memang tersungkur terus atas jalan then time tu ada kereta lalu. Nasib baik area hospital, kereta memang tak boleh laju .... kalau tak, takdalah entry kat blog nie lagi. Terus sepi gamaknya!


Time jatuh kat hospital bulan lepas tak teruk sangat, cuma tangan dan lutut je yang rasa sakit. Ankle aku biasa-biasa je. Kali nie jatuh kat Sogo, paling teruk ankel tu memang sakit bebenor. Sampai hari nie. Malam tadi tidur aku tak boleh angkat angkat kaki dan pusing badan sesuka hati. Hari nie pun jalan still tengkot je. Sedihlah. Dugaan sungguh! Balik malam tadi pun mengurutlah sorang-sorang kaki sendiri. Sekarang nie dah tak bolehlah nak lari sesuka hati lagi dah selagi kaki nie tak baik. 



Dalam sakit tu, aku gagah jalan juga. Pi dekat bahagian perempuan ... masih terdaya nak belek-belek baju bagai. ha ha ha. Nama pun perempuan, walaupun tengkot tapi hati tu masih nak shopping bagai. Dapat juga sehelai blouse dengan barangan perempuan yang lain. hu hu.  Lepas shopping tu, pergi Restoran Pak Tam dekat Selayang pastu terus pergi HKL pula. Sampai rumah dekat kul 8.00pm. Si MB pula, malam tadi ada program makan-makan dengan wakil rakyat. Sian dia ... penat drive tak sudah lagi dah kena pergi majlis makan-makan plak.


Kat sinilah aku jatuh! Terjelepok terus .... huhu sejarahlah lepas nie kalau mai Sogo lagi



Okeylah, aku nak stop. Nak pack baju segala. Seminggu nie aku takda. Maybe time aku takda aku buat auto publish entry cam biasalah. Habis pack baju aku nak pergi kerja. Petang nie Si MB nak pergi tengok Formula 1 kat Sepang Circuit. Aku tak pi, sebab tiket pun ada 2 je ... Si MB pi dengan adik dia je. Thanks ye Hani kasi tiket. Semalam kitaorang dah gi amek kat Mr. Z awak!



Cau cin cau dulu ye ... aku nak bertengkot kaki ke bilik jap .... thanks for reading!







CK : Diet hancur 2 hari nie ......errrghhhhhhhhhhhhhhhh!!

13 comments:

  1. slmt pagi kak..slmt brhujung minggu :)

    ReplyDelete
  2. @conan selamat pagi dik! selamat berhujung minggu jugak

    ReplyDelete
  3. awak jatuh lagi??? siannye! next time hati2 taw.

    hehee thank you...sorry, tiket tu dapat dua je. next time okay! :)

    ReplyDelete
  4. @*Hani Alani* ar, jatuh lagi ... tataulah nape. tak boleh nk imbang badan. kali nie ankle memang teruk. minggu depan dh la kursus...

    heheh thn depan kot dapat tiket lebih bolehlah bodek. Mr. Z ckp awak pergi China nti...bestlah

    ReplyDelete
  5. haah...hope tahun depan dapatlah tiket lebih lagi. boleh kite berempat pegi. hihi.

    hahaaa insyaALLAH kalau ade rezeki pegi bulan 4 ni. dahla pergi sehari sblm birthday lalan. huhu sedih.

    ReplyDelete
  6. Sogo ni saya dengan wife akan pergi untuk serious shopping. Ambik cuti dan pergi masa hari kerja dan pergi awal. Kalau sampai masa diaorang baru bukak Sogo ni akan pasang lagu Jepun dan semua pekerja dia akan berdiri dan greet kita cakap "Welcome" kalau tak silap hehehe..

    ReplyDelete
  7. best....betul perangai si kecil tu. kalau lah aku dapat jumpa budak ni kompom aku sakat sampai nanges hahahaha

    ReplyDelete
  8. @*Hani Alani* beli adiah siap2 la....bday tweety minggu nie, minggu lepas da bawa dia gi beli adiah siap2. pilih adiah sendiri...hehehhe

    ReplyDelete
  9. @pizli ye ke? sy tatau pun, next time nak kena pi awal jugaklah cmnie. senang sket nk shopping. puashati shopping kat Sogo, klu sale memang murah tul. cuma part kasut perempuan je tak up to date cam Jusco, tu yang spoil sket la.

    ReplyDelete
  10. @Telor Power kt shopping complex segan ar nk sakat, kang riuh satu bangunan...hahahh

    ReplyDelete
  11. siannya! camne boleh jatuh ni..

    ReplyDelete
  12. @mas saari ntahlah Mas, tetiba je badan tak leh imbang. sekelip mata je jatuh. huhu sabaq ajelah

    ReplyDelete
  13. Memang sakit tu. Pernah jatuh terseliuh sampai bengkak. Bengkak dia tu sampai sekarang masih ada.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!