Friday, March 16, 2012

TAK PERLU BUAT MUKA!

Assalamualaikum ....





Aku nie memang jenis perempuan berdikari, yelah kalau kau memang hidup sorang ... banyak benda dan perkara yang kau rasa memang boleh buat, buatlah sendiri. Tak perlu nak bergantung dan berharap dengan orang sangat. Aku pun tak suka sangat nak bergantung kepada orang lain, even aku ada kawan baik. Sebolehnya aku nak buat semua benda dan perkara, malangnya tak semua perkara dan benda aku tahu. Yelah, aku kan perempuan. 


Bila nama perempuan, bab kereta atau travel jejauh memanglah aku terpaksa bergantung kepada orang lain terutama lelaki. Sejak aku mula berdikari perihal hidup sendiri nie dalam tahun 2001, apa sahaja aku buat sendiri. Walau aku ada abang, aku tak bergantung sangat dengan dia kecuali dia berikan aku tempat berlindung masa aku mula-mula keje di KL. Itu sahaja. Lain-lain aku urus sendiri.


Aku tengok adik-adik aku untung, datang KL dah ada teman. Senang nak  minta tolong. Tapi aku tidak! Ingat lagi dulu, aku ada interview kat Pahang, aku pergi sendiri naik bas. Terkonteng-konteng. Itu 1st time aku pi Kuantan Pahang sendirian. Main bedal je! Pergi interview dekat Subang Jaya sampai sesat barat naik komuter dan bas. Siap kena jalan kaki lagi sebab dah sesat. Penat jangan cakaplah. Budak Aloq Star yang tak tahu selok belok KL, boleh sampai interview dekat Subang Jaya. Itu pun harap tanya SIL aku nak pi macam mana. Sekarang nie, kalau korang suruh aku pergi sorang ... memang aku tak pi! Sebabnya, kes jenayah tinggi! Lagipun perasaan takut aku dah bertambah. Apapun kalau terpaksa, aku redah gaklah. Sorang pun soranglah!



Dulu, bila dah datang Putrajaya, ayah postkan motor. Bila motor rosak ke hape ke, memang aku pi bengkel sendiri. Tolak motor pancit sorang-sorang pun pernah. Dah tak rasa malu dah. Penat lagi adalah. Dah nak buat macam mana, jalan hidup aku tak beruntung sangat macam orang lain. Time tu, aku tengok kawan-kawan aku ada boifren ... sket-sket minta tolong boifren, hantar itulah hantar inilah. Pergi shoppinglah, pergi travellah, picniklah! Bak kata korang memang beruntung. Tapi aku?? Layan semua sorang-sorang! Itu 10 tahun dulu.



Bila aku dah terbiasa berdikari, skang nie tak reti sangat nak minta tolong dengan kawan baik sendiri. Cuma bila aku tak mampu buat sendiri, terpaksalah aku minta tolong. Kalau aku boleh tolong orang, takkan bila susah orang tak boleh tolong aku? Bukan harap balasan sepenuhnya, tapi aku memang memerlukan pertolongan dengan senyum manis dan ikhlas. Itu je pun.



Bukan apa, aku tak suka bila aku minta tolong tapi orang buat muka! Aku jadi menyampah tau. Aku tak kisah pun tolong orang ... tunggu orang atau apa aja! Tapi bila tang aku, bukan main buat muka. Dari mula senyum ... pastu satu benda tu jadi lambat, mula buat muka serius bak cencorot! Hati aku jadi sakit tau. Mulalah nak keluarkan perkataan yang tak elok, tarik muka, siap buat muka serius ... apa nie?? Jauh kat sudut hati aku memang terasa giler. Tapi aku pendam jer! Lepas tu, bila sebelum tolong cakap lain, sudahnya buat last minute, lagilah hati rasa parah giler! Dia tak tahu bila dia buat macam tu, hati aku nie ... hati aku nie dah menangis berkoyan-koyan dah! Part aku je, macam-macam hal. But bila part dia, aku tak bising pun malah aku turut serta memudahkan cara. Fikirlah! Aku pun manusia.



Sebab itulah, kadang aku wish ... biarlah semua benda aku boleh buat sendiri. Takyah harap sesape. Susah mengharapkan orang nie. Orang je nak kita tolong depa. But time kita susah, aku pun tak tahu orang tolong aku ikhlas ke idak! Sakit hati sangat. Tapi sabaq jelah, nak buat macam mana. Dah minta tolong orang takkan nak mengada ngada lelebih. Bila aku pikiaq balik, aku nie manusia dan bukannya semua benda aku boleh buat sendiri. Tambah-tambah bab yang memerlukan tenaga lelaki! Jadi sila fikirlah. Aku nie bukan jenis perempuan yang terlalu banyak songeh dan aku banyak sabaq. Jangan sampai lava yang aku pendam ni dimuntah keluaq .... masing-masing susah!



Sedih sangat. Aku pun nak bila orang tolong aku dengan senyuman, tak keluarkan kata yang tak sedap didengar walau kata-kata tu bukan ditujukan untuk aku tapi aku rasa tak patut sangat nak cakap pun. Kalau tak berubah lagi tak tahu.



Cuma satu ja aku dok minta dan doa la nie ... kalau aku boleh layan orang lain dengan elok, tak bermasam muka, tak cakap perkataan yang tak elok, tak tarik muka 14 walau apa pun pertolongan yang diminta, so please ... layankan aku elok-elok! Itu je. Sikit masa lagi, kalau dah tak tahan memang aku cakap depan-depan. Time tu nak terasa ke hape ke ... sila fikir sendirilah ye!




Fuuuh lega hati nie bila luah apa yang terpendam. Sarat beb ... sarat sangat! Aku nie nak hidup happy, jadi biar aku luah. Kalau simpan kang membusuk dalam hati, aku yang susah. Jadi baik ambik jalan pintas dan bijak luahkan dekat blog yang satu nie. Terima kasih blog kesayangan ye. Terima kasih juga korang sebab baca luahan hati aku.



So, smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Peace yoooo






CK : Sedang tunggu anak-anak buah aku datang rumah, malam nie dorang tidur rumah aku. Bestnya!

5 comments:

  1. Nice entry..

    Hope sudi balas kunjungan :D

    http://blogbudaksengal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. jangan tension2 sabar banyak2 CK

    ReplyDelete
  3. Ya, lebih baik buat sendiri sebab puas hati. Kalau minta tolong orang, kena tahan hatilah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!