Wednesday, April 11, 2012

DIET | MENU SEBELUM DAN SEMASA PROSES DIET

Assalamualaikum ....




Seronokkan hari nie cuti! Seronok ke ... berronok ronok?? Hari nie cuti umum sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke - 14! Lagi berbangga sebab Agong Ke-14 adalah Sultan Kedah. Negeri kelahiran aku tu. Daulat Tuanku! So sempena cuti umum, untuk pagi sampai tengahari aku just terkinja-kinja dekat rumah je. Memasak sambil layan siaran langsung pertabalan agong. Mesti tengok punya, bukan hari-hari ia berlaku pun. Nanti senang nak cerita dengan anak cucu!


Okeh, kita sambung pasal diet aku. Hari ini aku just nak bercerita pasal menu. Menu sebelum diet dan menu dalam proses diet. Aku tak share semua ye menu-menu nie. Mana yang sempat edit gambar je. Bila tercapai target nanti (Insya-Allah), maka aku akan share dengan korang!



Ini menu seminggu sebelum aku bermula diet pada awal April. Sangat-sangat oily maggi kari daging burger nie. Rasa memang hot dan sedap. Tapi, sihat ke?? Setelah berpuluh tahun makan makanan yang sedap-sedap belaka, aku mula tekad untuk belajar makan makanan yang sedap dan juga sihat untuk tubuh badan!




Menu malam tadi. Aku buat sup slim! Haaaaaaa kau sup slim, mana nak cari nie. he he he. Sup slim nie aku letak bayam, ayam dan 2 batang sosej. Untuk yang berdiet sila makan sebelum jam 9.00 malam. Sebaiknya 8.00 malam la. Tapi sebab aku tidur agak lambat, so aku up jadi 9.00 malam. Dan di antara tempoh sebelum tidur tu aku dah mula buat senaman ringan sikit-sikit. Baru nak berjinak dengan senaman. Selama nie tak sedar diri. Bila orang dok cakap gemuk .... katek .... aku buat dek je, bila dah sakit baru hegeh nak berdiet! Takpa, baik mula sekarang sebelum terlambat!!



Ini pun sup slim versi kedua untuk tengahari nie. Aku masukkan colliflower, carrot dan ayam. Part ayam tu aku banyakkan la nanti perut akan rasa lebih kenyang. Bila masak sila kurangkan garam dan minyak ye anak-anak. Dua jenis sup slim yang aku buat nie, sangat senang dan ringkas pun. Kejap je masak dah boleh makan ....


Resepi sup slim??? Nanti aku share dengan korang semua! Aku nak sambung tengok tv kejap! Sebelum aku titik entry nie, sesiapa yang berdiet sila minum banyak air putih ye!! Ia bagus untuk detoks. Dan jangan lupa juga buat senaman! Senaman ringan pun cukup untuk permulaan, tak payah nk hot sangat sampai pi gym!





Thanks for reading!







CK : Hari nie betul-betul nyaman!!

8 comments:

  1. Wahh berkhasiat betul menu tapi nampak lazat.

    ReplyDelete
  2. @Siti Nurhuda Husna Zulkarnain ini CK bgai menu contoh ... harap2 memberi khasiat utk tubuh badan la. Boleh la cuba

    ReplyDelete
  3. wah baguslah! teruskan usaha anda itu..hehehee

    ReplyDelete
  4. sup slim...nk try lah nnt..akak nk resepi :D

    ReplyDelete
  5. @mas saari Terima kasih Mas! Insya-Allah akan diusahakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. @shaFazie Okeh Dik, nanti akak share recipe nye ya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!