Monday, April 30, 2012

KERANA SEBIJI KEK!

Assalamualaikum ...





Selamat pagi korang! Aku rasa hari nie mesti ramai yang cuti. Maklumlah, cuti berkembar sebab esokkan cuti umum lagi sempena 1 Mei, Hari Pekerja! Sonoklah korang. Aku tak cuti pun, sebabnya nak simpan cuti untuk raya nanti. Boleh balik kampung lelama sket.


Aku nak kesahkan pasal malam tadi. Malam tadi tiba-tiba mood nak membaking cake mula mendatang. Selongkar barang semua cukup, so aku decide nak buat caramel cake sebijik. Resepi cake nie aku cilok dari blog K.An Putrajaya. Kalau korang nak try boleh jenguk sini <----! Bila aku wat cake nie mula fikir, boleh bagi kengkawan, sebab aku kan diet. Ini kata-kata aku semasa cake tu belum pun masak okeh. Lepas kentang kentung kek dapur, maka terjadilah sebiji cake yang mengembang keluar dari acuan .... macam kat bawah nie.

.
.
.
.
.
v





Adui, mengembang giler cake nie kuar dari acuan. Kecik nau acuan nie sebenarnya. Ada acuan besar tapi malas nak guna. he he he. Aku  harap aku tak mengembang macam cake nie suatu hari nanti. Takmolah ... itulah yang gigih berdiet. Tapi, kerana sebiji cake nie, kegigihan aku tergugat bila cake dah masak dan aku potong-potong masuk bekas. Terliur ... teringin ... nak menikmati rasa, huh! macam-macamlah perasaan yang ada masa tu. Nafsu ... nafsu ... makan ... makan!




Bila cake dah dipotong seperti rupa di atas, perghhhhhhhhhhhhhhhhhh .... tak boleh nak menahan nafsu serakah makan aku. Mula rasa caramel dia je, uiks ... manisnye! Aku terlebihkan gula plak. Nasiblah sapa yang makan! he he he. Rasa sket je masa tu ... bila dah rasa caramelnye mesti nak rasa cakenye pula. Lembut ke idak? Ada rasa strawberry ke tak? # cake malam tadi juga sedikit hangus kat bawah dia, sebab dok leka layan HBO, maklumlah Astro bagi layan free sampai 5 Mei nie kot ....#


Sudahnya, aku amek sepotong terus ngap dalam mulut! Korang yang atkins diet, cer bayangkan berapa banyak carbo cake nie?? Aku rasa adalah dalam 30gram kot!! Habis hancur diet aku semalam. Punya berjaga baik dari pagi sampai petang, tiba tang malam boleh pi makan sepotong cake! huk huk huk .... hancurlah ketosis aku camnie. Camne nak cecah angka 5 di permulaan nie? Skang nie masih kekal pada 60.5kg. Tak turun dan tak naik!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tensionnye!



Disebabkan cake berkenaan dah selamat dalam perut, makanya Alhamdulillah ajelah jawabnya. Takkan nak luahkan balik kot. Anggaplah ia sebagai rezeki aku malam tadi.


So, hari ini dan seterusnya ... disiplin Atkins  Diet akan berlaku dengan lebih ketat! Aku taknak usaha aku sia-sia. Kalau berat tak turun dengan banyaknye, berdikit-dikit pun dah baik bagi aku! 



Selamat berdiet semua! Have a nice Monday ... esok cuti lagi, yeeebaaaaa yeeeebaaaaaa



#June, aku kasi ko caramel cake nie ... tapi sorry ye dear rasanye manis sekali macam tuan yang buat! ha ha ha






CK : marah-marah sayang! pandai dia buat aku kecik hati, dan sekarang dah makin pandai pujuk nak ambil hati!!

5 comments:

  1. kuikuikui...akak makan sepotong kek ni pon dah penuh penyesalan, nani siap makan berbiji2 mafin lagi...hadoi...seminggu ni berat tak naik, tak jugak turun...adoi...jenuh nk turunkan balik.

    ReplyDelete
  2. @Nuwairani Ismail mahunye tak nyesal, masa makan mcm tak sedaq je ... bl sedar oh! tgh diet upernye. berat nie dah stop turun lagi la rasa nyesal ... huk huk

    ReplyDelete
  3. lawa kek tu, warna pun menarik.

    ReplyDelete
  4. @Telor Power Sebab lawa kot yg terlanggar tempoh berpantang berdiet ... he he he

    ReplyDelete
  5. salam...

    terliur tp diet...hehe


    tngh diet jugak skrg ni, skrg sdg hbskan semua bahan2 tiramisu dlm peti ais, lepas ni x nk ada stok dah.snng nak diet.hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!