Tuesday, May 8, 2012

DIET | BUKAN SETAKAT DIET SAHAJA

Assalamualaikum ...






Sekarang nie, aku cuma online malam je. Update entry pun malam. So, siang tu korang terpaksa baca entry aku yang dah suam. Sorry! Jadual harian aku agak tak teratur sket sekarang. Tumpuan aku lebih kepada diet yang akhir-akhir ini agak kurang disiplin tak macam 4 minggu lepas! Haish ... rasa nak marah diri sendiri je!!


Setelah 5 minggu berlalu, hari ini aku baru berjinak nak bersenam! Senaman pertama adalah skipping. Itu yang paling mudah untuk aku melompat dalam rumah. Selain skipping, aku mengangkat dumbell yang tak berat langsung tu. Tengah plan nak beli dumbell baru yang lebih berat dari yang sedia ada. Dumbell yang aku ada sekarang nie dah bertahun-tahun beli, gunakan pun sebulan 1-2 kali je. Beli kat Avon je pun. Baru nie, aku ada ushar dumbell kat rumah abang aku, mula rasa cam nak kebas je ... keh keh keh. Dok pikir kang kebas, kena hempap dengan dumbell tu ... parah le! Kalau nak, kena minta dulu .... tapi aku rasa nak beli baru je. Kat Carrefour pun ada jual.


Malam nie aku baru start skipping. Mampu buat 100 kali je untuk permulaan. Cukuplah tu. Esok malam aku sambung lagi. Aku tengah usaha nak konsisten skipping selama sebulan. Dari 100 kali maybe akan up lagi bergantung kepada keupayaan diri. Lepas skipping, baru goyang badan ... tangan belaka dengan angkat dumbell. 30 minit berlalu dengan senaman ringan. Rasa segar sket badan nie. 


Korek semua alatan senaman yang ada. Tersimpan rapi dan jarang-jarang guna! Sekarang nie mari kita mulakan episode baru! Yeaaaaaah .... come on come on!!


Bagi aku, diet sahaja tak cukup ... diet lebih kepada menjaga pemakanan. Senaman nie nak bagi kita segar, untuk fitkan badan ... tambahkan stamina dan membantu diet kita menjadi lebih lancar dan berjaya! Insya-Allah ... jika kita konsisten berdiet dan bersenam. Pasti ada hasilnye kan???


Aku pun baru mula bersenam malam nie! Korang yang berdiet ... jom sama-sama kita bersenam untuk tubuh badan yang sihat, segar dan lebih cantik!! yeeehaaaaaaaaaaaaa ...






CK : Kenapa rasa kosong semacam nie ??


6 comments:

  1. ya diet saja mmg tak cukup. bersenam lebih membantu dan lebih berkesan

    ReplyDelete
  2. dulu nk skipping bt pakai getah je...
    chaiyokk kak..:D

    ReplyDelete
  3. Sy kalau bersenam sakit je dpt.. Huhuhuhu.. Bdn lembik sgtla.. Mgkin saye perlu memakan kulit durian..

    ReplyDelete
  4. @Telor Power harap2 ia memang byk membantu ....

    ReplyDelete
  5. @shaFazie akak pun sama .... time sekolah dulu, sambung getah panjang2

    ReplyDelete
  6. @Liyana Zahim hahahah wat pe makan kulit durian....cucuk perut kang, keh keh keh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!