Sunday, May 13, 2012

DIET : TELUR GULUNG SARDIN

Assalamualaikum ...




Firstly, aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk mak aku yang tersayang ... Puan Radauibah! Love u mak sangat-sangat! Hari ini kalau panjang umur, kita jumpa ye ... rindu dekat mak. 


Hari ini aku bangun awal, seawal 5am. Semalam pun sama. Taktau kenapa 2 hari nie, cepat betul sedar. Okeylahkan daripada tak sedar langsung. keh keh keh. Pagi nie, bangun je tidur aku siap mandi, takung air sebab SYABAS nak tutup air untuk penyelenggaraan then solat. Dari kul 5am, baru sekarang aku dapat layan blog dan duduk. Siap solat semua, aku masak air sebanyak mungkin buat stok dan takung air untuk mandi dan basuhan juga. Uih, dah macam kerja mak aku dekat kampung dah. 


Siap takung air, aku masak untuk breakfast diri sendiri dulu .... pagi nie makan telur gulung sardin je. Satgi kita share recipe nie ye untuk Atkiners sekalian! Lepas siap breakfast aku, terus potong sayuran untuk masak lunch plak dan untuk adik aku juga. Sambil masak sambil makan telur sardin tu. Sedap! Sendiri buat, sendiri puji ... macam biasalahkan! Bak kata Dr. Azizan Osman ... kitalah kena puji diri sendiri supaya lebih baik. Fikir positif ye!


Aku nie kalau dah menaip mula naik syok semacam, sebelum aku syok sendiri lebih baik kita straight to the recipe. Aku nak share recipe untuk atkiners sekalian je. Rupanya, banyak menu yang kita boleh pelbagaikan untuk teruskan diet nie dengan jaya. Jom share ... ringkas, berkhasiat dan mengenyangkan!!



RESEPI : TELUR GULUNG SARDIN
SUMBER : CIK KAMOO



Bahan-bahan:

  • 2 biji telur gred C (kalau gred A guna sebiji dah cukup)
  • Seekor ikan sardin yang telah dimasak sekali dengan hirisan bawang holand  (Aku masak 1 tin, tapi guna sekor je ... yang lebih kasi orang lain makan).
  • 1 biji cili api
  • Daun sup dan daun bawang
  • Hirisan tomato (Sebelah je buah tomato aku guna)
  • Garam, serbuk perasa dan lada sulah
  • 1 camca teh butter - untuk goreng telur

Kuningnye telur nie .... cantik la pulak. he he he


Cara-cara:

  • Pukul telur, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Masukkan cili api yang dihiris halus
  • Panaskan sedikit  butter dalam fry pan
  • Masukkan telur yang dipukul tadi dan buat macam kita masak lempeng tu. Bagi penuh satu fry pan.
  • Bila dah garing balikkan telur berkenaan dan terus angkat letak dipinggan
  • Bentangkan telur dadar berkenaan then hancurkan ikan sardin dan letakkan di atas telur bagi memanjang. Nanti senang nak gulung - rujuk gambar dekat atas
  • Letakkan daun sup dan daun bawang kemudian hirisan tomat
  • Boleh letak mayonis jika suka - hari ini aku lupa letak pula
  • Gulung dan siap untuk dimakan!
  • Mudahkan??



Dah siap telur gulung sardin untuk breakfast aku hari ini. Alhamdulillah ....


SELAMAT MENCUBA!! 




#Jangan lupa minum air putih sekurangnye 3L sehari dan bersenam dengan konsisten





CK : Kembali tegas dan disiplin dengan atkins diet ... nak usaha sampai turun 5kg lagi!!

4 comments:

  1. wahhh kreatip dan nampak sedap jugak!

    ReplyDelete
  2. bersungguh2 ek akk diet..hehehehe..moga brjy :)

    ReplyDelete
  3. salam. menu hebat. i like..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!