Friday, May 4, 2012

DIET : KECIK SKET ...

Assalamualaikum ...



Minggu nie dah masuk minggu ke-5 aku bersungguh2 dengan atkins diet nie. Sampaikan bila tengok nasi, dan segala mee serta bihun nafsu aku sket pun tak membuak bagai dulu. Seolah-olah nafsu aku pun nak turut serta berdiet. he he he. Cuma sesekali ada juga aku ter .. ter .. ter ... hadap kuih muih. Tapi tak banyaklah, selalunya setakat untuk jamah dalam erti kata merasa. Biasanya aku amik satu atau setengah je kuih dalam seminggu. Erghhhh giler betul diet skang nie. 


Cuma untuk minggu nie, aku belum sempat pun menimbang berat aku. Minggu lepas berat aku statik ye ... masih lagi dalam 60.5kg! Bilalah nak jadi 50kg++  ... huk huk! Tak sabar nie, cuma aku agak terkilanlah pada diri sendiri sebab aku langsung tak konsisten dalam melakukan senaman. Rasa macam sakit badan aku bila bersenam. Malam nie bersenam ... esok lusa dah aku buat-buat lupa nak bersenam. Lepas tu start balik, then 2-3 hari tinggal. Rasa macma nak pelempang pipi sendiri sahaja!


Tadi, Si MB yang memberikan aku semangat untuk diet, mengeluarkan nada kecewa dengan aku. "Awak nampak kecik sket ... ermmmm!". Bunyi cam nada kecewa je bang!! Sebelum nie dia beriya bagi aku semangat untuk diet.. Dan, malam tadi  pula dia boleh tanya, "awak nak diet sampai bila nie??". Hah, sudah .... apekehal pulak soalan tu ditanya! Dia tengok aku hari-hari, so memang dia tahu apa yang berlaku kat aku. Dulu bukan main dia komplen, siku aku dah gemuklah.  Nanti sikukan orang boleh pengsanlah. Skang bila aku pakai t-shirt lengan pendek then nampak siku, dia cakap siku aku dah takde lemak cam dulu lagi. Siap pesan bagai janganlah kurus sangat. hahahahhaha .... kelakarlah awak!!


Risau aku kurus sangatlah tu! Kang melepas ... ha ha ha. Aku cakap dia, yang aku diet ni for kesihatan. Tak kesihan ke dekat aku yang asyik ngadu sakit tumit dan kaki selalu. Naik tangga pun mengah, so aku decide untuk diet nie pun memandangkan aku kedekut nak keluarkan duit beli kain baju baru buat masa sekarang bila diri semakin membesar. Kalau aku kembali kepada berat 55kg, that's mean aku boleh pakai balik baju dan seluar lama 3-4 tahun lepas!


Hari nie, Si MB pun terkejut aku boleh pakai seluar slack yang aku beli tahun 2008 rasanya. Pakai setahun je lepas tu dah tak boleh button lagi dah dan sendat juga dekat paha. So, aku hang je dalam lemari. Hari nie suar tu aku dah boleh pakai, dah boleh button dengan selesanya! Dekat paha pun dah tak sendat lagi dah. Alhamdulillah ... cuma masalahnye skang, tummy aku je masih berlipat. Part tummy yang payah nak turun sebab aku malas nak sit up setiap pagi bagai 5 tahun lepas. Ha, amik ko ... berlipat lipat tummy aku! 


Sejak aku try atkins diet nie, aku perasan ... part yang banyak turun dekat paha, pinggul dan lengan aku. Muka still chubbylah ... then tummy masih berlemak lagi! hu hu ..... tolonglah camne nak wat dengan tummy ai nie??? Untuk pengetahuan korang, kadang korang rasa macam berat tak turun tapi setiap minggu ambillah ukuran badan. Sebab dengan ambil ukuran korang akan perasan part-part mana yang turun dengan jayanya!! Seminggu sekali sudahlah amik ukuran, jangan sampai tiap-tiap hari plak. Tension pulak korang nanti.


Biasanya ukuran yang aku amek ....

-----> dada
-----> paha
-----> pinggul
-----> pinggang
-----> lengan


Tu ajelah kot orang selalu amek ukurankan?? Aku nie bukan berapa tahu sangat. Main terjah je ... cari kat dalam tenet! Google je ... mudahkan??


Okeylah aku nak balik dah, nanti aku update lagi perkembangan diri sendiri .... heheheh, syok sendiri dah sekang nie. kui kui ...

Thanks for reading!!!





CK : Frust dengan pangai boss aku hari nie .... ntah papelah dia!!!




8 comments:

  1. teruskan usaha tu CK, jgn mengalah demi impian

    ReplyDelete
  2. semalam ada org tegur kite. dia ingatkan kite sakit sebab nampak kurus sikit.huhuh...berbunga2 je hati.

    ReplyDelete
  3. @Telor Power Insya-Allah, dan terima kasih utk semangat! CK cuma nk lebih fit dan selesa dgn diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. @Nuwairani Ismail wah, dah ada yg tegur ... kira dah berjaya lah tu. Jom kita teruskan usaha!!!

    ReplyDelete
  5. jadi kena bykkan bersenam dan lakukan lebih kerap sis

    ReplyDelete
  6. tahniah..diet macam mana ni?

    ReplyDelete
  7. @Telor Power Akak tgh usaha nk bagi konsisten bersenam nie ... doakan!!

    ReplyDelete
  8. @Pija Tq dear! akak buat atkins diet

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!