Thursday, May 3, 2012

PETUA UNTUK MEYAKINKAN BAHAWA DIA ADALAH JODOH KITA ;)

Assalamualaikum ...



Morning semua! Semalam malas update, hari nie baru nak update itu pun entry copy paste je! he he he. Awal bulan banyak keje nak kena hadap. Dah ada kerja nie kenalah bersyukur. Okehlah lupa sat pasai kerja. Aku nak share petua yang bagi aku dan mungkin bagi korang menarik la juga, tapi untuk mereka yang single ajelah macam aku nie har ... ngeh ngeh ngeh!


Sumber petua aku cedok di sini <-----! Thanks kepada yang berkongsi petua. Seronok juga membaca. Sesekali boleh buat aku senyum sensorang plaks. ahaks ... >''<


Korang bacalah sendiri, tapi ... UNTUK YANG SINGLE MINGLE PRINGLES AJE TAU!!!





Pernahkah anda merasakan bahawa si dia adalah jodoh yang ditentukan Allah buat anda? Kadangkala gerak hati anda kuat mengatakan bahawa si dia amat istimewa dan seakan serasi dengan anda dalam setiap perkara. Si dia jua sentiasa ada ketika anda memerlukan sokongan dari seorang sahabat. Pendek kata, anda dan si dia seakan mempunyai ikatan emosi, fizikal mahupun dalaman yang kuat. Ada beberapa petanda yang dipercayai boleh menunjukkan bahawa si dia adalah jodoh anda.


1. Tampil Bersahaja - Si dia menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapan anda dan semua orang. Tingkahnya bersahaja dan tidak berpura-pura. Anda boleh perhatikan tingkah lakunya semasa dia bercakap, makan, cara pemakaiannya dan ketika dia berurusan dengan orang. Jika sikapnya nampak semulajadi dan bukan dibuat-buat, makanya dialah calon yang sesuai untuk anda.

2. Mimpi Petunjuk - Dengan izin Allah S.W.T. anda boleh mendapat petunjuk dariNya tentang siapa bakal pasangan hidup anda. Lakukan solat istikharah dengan penuh kesabaran dan pohon petunjuk dariNya supaya anda dipermudahkan membuat pilihan yang terbaik. Mudah-mudahan anda mendapat pasangan hidup yang baik untuk anda dunia dan akhirat.

3. Gerak Hati - Naluri anda kuat mengatakan bahawa dia jodoh yang terbaik buat anda. Kejujurannya, sifat bertanggungjawabnya dan keserasian yang dimiliki anda berdua menguatkan lagi keyakinan anda bahawa dialah orangnya.




Dah baca?? Camno ... dah yakin ke dengan pilihan masing-masing buat masa sekarang nie?? Tepuk dada tanya iman .... plus selera juga! kah kah kah ...







CK : Orang cakap kita perlu usaha cari jodoh .... betul ke? Bukankah jodoh tu ketentuan Allah ke ....

13 comments:

  1. mekaseh kak share..


    *sy xyakin dgn si dia.. betul kak.. xtau nape.. hurmm.. akak kenal kan siapa si dia tu..*

    ReplyDelete
  2. wah bagus juga entri ni. terima kasih ye CK kerana sharing disini

    ReplyDelete
  3. heeee amboi2.bila leh mkn nasi minyak neh.

    ReplyDelete
  4. salam..

    dah yakin dgn pilihan sekarang ;)

    ReplyDelete
  5. @mizzkechique Tina, kalau tak yakin lebih baik undur cara baik. Mungkin jugalah ... dan akk pun tak tahu kenapa Tina pilih dia masa tu.

    Jadi fikirlah baik2 ye dik!!

    ReplyDelete
  6. @Telor Power Sama2 dik, lamanye tak bertegur sape

    ReplyDelete
  7. @Cikpuan rara Insya-Allah dik ... kalau ada rezeki akak nanti. he he doakan lah ye

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Maksud usaha cari jodoh, camnie...

    Kita tak boleh ler duk baring atas katil sambil tunggu laki datang minang. Kita kena lar see the world and cari calon2 mana yang sesuai. Jodoh ketentuan Allah tu cuma Qada' sahaja. Qadar itu ialah usaha kita untuk mencapai Qada' tu. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!