Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH PADA JUARA

Assalamualaikum ...






Tengah syok layan cerekarama, Senandung Cinta Semalam .... tapi awal citer je dah buat aku nak nangis! Aku nie cepat sangat bab touching nie, pantang citer sedih mulalah meleleh banjir pipi bagai. Dalam dok layan cerekarama sempat jugaklah celup celup tengok Konsert Akhir Mania dan Piala FA 2012 Akhir antara Sime Darby FC vs Kelantan!



Tahniah pada Hafiz yang menjadi Juara Mania .... hadiah RM500,000! Banyak tuh ... syoklah dia. Makin naik penyanyi yang sorang nie. Tahniah juga buat pasukan Kelantan ... memang Piala FA 2012, aku ingat Sime Darby FC yang akan monang. Upernya sangkaan aku meleset! Memandangkan Kelantan bukan pasukan peberet, malam Sime Darby FC pun  tapi malam nie aku sokong Sime Darby FC kot kot monang. he he he. Tapi kalah jua. Takpelah ... cuba lagi di lain tahun.


Sambil tengok tv sambil layan makan buah pelam yang sodap nie ... ada yang panggil mangga, ada panggil mempelam ... ada yang panggil buah pauh! Tak kisahlah apa yang dipanggil janji rasanya sodap ... lagi sodap sambil makan tengok tv ..




Nampak sedapkan? .... Fasha Sandha dah mengandung takde ke ngidam nak makan mempelam nie? Katanya bunting pelamin, cepat-cepatlah lahirkan anak yang comel ye. Pedulikan orang dok menyibuk yang tak faham bunting pelamin tu hape yek ....#suka Fasha Sandha berlakon drama Seindah Sakura ... tp tak dapat layan hari2 tu yang tak bestnye!#


Okeylah, nak sambung habiskan cerekarama nie ... jadi ke Azhar kahwin dengan Liyana adik arwah Suria?? Sama-sama kita saksikan ... keh keh keh ...






#Tambahan : Tahniah juga kepada pasukan Chelsea kerana menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di Allianz Arena, Munich, pagi ini. Chelsea menang menerusi penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 1-1




CK : Best gak cerekarama nie, senang aku nak faham. Aku kan tak suka drama Melayu yang jalan cerita meleret.

5 comments:

  1. ape lagu dalm cerita nei yer ? :)

    ReplyDelete
  2. pelam epal pernah cuba tak kak? sedap giler...tahu

    ReplyDelete
  3. @maisarah hanis Lagu tu Dikalung Kasih - Imran Ajmain

    ReplyDelete
  4. @Telor Power Pernah cuba....tp susahlah nak dapat. Buah dia lemak2 camtu kan?

    ReplyDelete
  5. ya begitu lah.....buahnya lemak2 masam pun kurang.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!