Monday, May 21, 2012

TAK PAYAH PERGI CAMERON HIGHLANDS LAGI ....

Assalamualaikum ...



Ada masa sebelum balik kerja, update blog dulu. Kang dah sampai rumah taktau sempat update ke idak kan? Jadi dari masa dibuang begitu saja, lebih baik buat apa yang patut. Yang patut tu semestinya update blog la! ha ha ha.


Tengok pada title ada yang marah ke nanti .... terutama orang Cameron! Jangan marah no ... meh sini chek nak habaq, memandangkan cuaca skang nie kejap-kejap hujan, aku tak galakkan korang naik Cameron Highlands! Sebab apa?? Kenapa??


Sabaq, meh sini chek cerita dekat hangpa semua! Minggu lepas chek balik kampung, sebelum balik tu singgah Cameron Highlands sekejap. Dah lalukan. Walaupun dari Tapah nak naik ke Cameron tu amik masa lebih kurang sejam lebih, tapi rindu dekat Cameron punya pasai ... gagah juga. Ini idea Si MBl la, dok tak dok tengahari Ahad  minggu lepas sms aku ajak pi Cameron sana. Dia kata pi jenjalan sudahlah. Aku nie on aje memanjang. Senang aku nie, dengaq cakap ... tapi kalau time degil datang meroyan korang layan aku! Hambik pilah!



Gambaq selepas tol kek Tapah tu. Kami naik ikut Tapahlah lebih dekat. Sebabnya kamikan dari Putrajaya. Kalau korang ikut Tapah perjalanan lebih kurang 50km je untuk sampai ke Cameron. But kalau ikut Simpang Pulai ... hampir 70km! Tapi kalau aku drive sendiri, aku rela ikut Simpang Pulai ... jalan lebih senang dan selesa berbanding Tapah. Tapah jalan sangat tak menarik dan bengkang bengkok serta buat pundi kencing aku sakit je! Ngeri dengan gaung pun ada dan takut dengan lori sayur yang laju pun ada jugak! Disebabkan orang lain yang drive ... aku senyum suka hati dalam perjalanan! Suke ... janji sampai Cameron sudah.


Tau kenapa tadi aku tak bagi hangpa naik Cameron lagi? Bukan tak payah pi langsung , buat sementara ni batalkan hasrat nak naik Cameron buat sementara waktu demi keselamatan korang dan keluarga. Aku pun, kalau tau macam nie, memang aku tak naik hari tu. Disebabkan tak tahu, tup tup dah sampai Cameron! Salah satunya sebab inilah. Cer tengok pic dekat bawah nie ....



Tanah Runtuh! Sekarang nie musim hujan ... jadi sepanjang jalan dari Tapah nak ke Lata Iskandar ... Ringlet ... Tanah Rata, setiap kiri kanan ada tanah runtuh. Masa naik kami tak terfikir pun. Tapi bila dah lalu sepanjang jalan, kecut juga perut tengok tanah runtuh. Bukan apa ... malang tak berbau! Jadi, aku sebagai kawan (cheeewah) nasihatkan korang ... kalau boleh jangan naik Cameron lagi. Tambahan pula ada usaha baik Kerajaan untuk merepair jalan dan tebing yang runtuh. Kalau degil nak naik juga, naik ikut jalan yang lebih selamat tapi jauh  .... ikut Simpang Pulai ok!


Tengok tu, runtuh lagi! Masa nie berselisih dengan bas dan lori sayur yang lelaju tu ... memang mengucap panjang ajelah. Kenderaan berderet nak turun ... yang nak naik macam kami tak adalah, sebabnya petang Ahad semua orang nak balik kerja. Tapi kami cuti sebab nak sambung perjalanan ke utara lagi. Sambut mother day ngan my mommy lah katakan! hu hu


Dah sampai Lata Iskandar ... masa nie best giler tengok air banyak. Musim hujanlah katakan. Orang mandi manda pun ramai. Selalu pi, air takdelah banyak macam nie. Tapi kami takdelah berenti mandi ke hape ke ... jauh lagi perjalanan. Ke Cameron pun setakat singgah nak beli jagung dan sayur buat balik kampung je. Naik dekat sejam baru sampai ... beli sayur terus turun ikut Simpang Pulai!


Tapi kami tetap berhenti dekat Lata Iskandar. Tak lama dalam 20 minit, sebabnya beli pisang dan nak belek kayu hutan. Kayu yang dihajati takde, so start kete dan teruskan perjalanan. Apapun sempat juga belek kiri kanan gerai yang ada.


Kedai barang-barang antik!


Tabung gajah ... aku dulu tabung ayam. Dan penuh duit habis dipecahkan!


Rumah orang asli! Orang asli skang dah moden ...kat rumah dah ada Astro Beyond dah ... kalah aku yang tinggal dekat Putrajaya.


Tanah runtuh lagi ... sebelah kanan jalan plak! Huuu ngeri.



Untuk petang nie, ini je aku mampu update. Ada lagi sambungan, tunggu malam kang kalau sempat ye!  Aku nak taip panjang lagi pun dah ada suara-suara sebelah nie. hu hu.
Thanks for reading.





CK : Jalan kat Putrajaya dah start tutup sebab Hari Belia ... erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh





10 comments:

  1. serius ngeri..hubby baru je ajk g cameron sbb tak sempat honeymoon lg..bz je every wiken!

    eh..barang2 kat lata iskandar tu murah tak...bese tpt percutian ni brg mhl kan?

    ReplyDelete
  2. kalau balik kelantan semestinya lalu cameron sbb dkt dgn gua musang...tanah runtuh mcm ni dah biase dah kena...:DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalamualaikum syakila kebebeh maaf saya nak bertanya saya plan nak pi cameron 28 ni dari kota baru ikut gua musang selamat tak agak agak awak jalan dia

      Delete
  3. dah lama x lalu jalan cameron. tak tahu pun apa cerita sekarang. ngeri betol tgk gmbr2 tu

    ReplyDelete
  4. Biasanya laluan tanah runtuh ni banyak terjadi didalam daerah Perak lagi, bukan di cameron Highlands,pahang...

    hahaha habes la pelancong tak dtg ke gerai dan rumah2 tumpangan hak milik aku(hihihihihi)



    part rumah org asli ada astro tu mmg betul dan mereka lagi advance walau hanya miliki rumah atap daun mengkuang.

    ReplyDelete
  5. @CIK MAY brg kat Lata Iskandar harga dia bg saya biasa2 je ... taklah mahal sgt kot. cuma brg antik je mahal sket

    ReplyDelete
  6. @Nuwairani Ismail bg akak dh tak semenarik mcm dulu lagi, dh tak sejuk ... tp boleh lagi la nk jenjalan

    ReplyDelete
  7. @Telor Power a'ahhh tanah runtuh start dari Tapah sebenarnya ... memang area Perak pun... hye orang Perak, terasa ke ... keh keh keh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!