Tuesday, May 15, 2012

UPDATE RINGKAS LAGI DARI UTARA MALAYSIA!

Assalamualaikum ...



Hari nie nak update ringkas, semalam takde update sebab lappy and bb takdo. Aku balik kampung kejap, sesaje jalan terus terlajak ke kampung halaman sendiri. Dan sekarang pun aku masih di negeri kelahiran sendiri. Buat apa? Jumpa mak le bagi hadiah hari ibu. Sebenarnya aku rindu mak ayah aku, jumpa sehari pun dah okey sebabnya nak tunggu cuti akan datang masa puasa nanti. Lambat sangat!


Sekarang pun tengah menghapdet dalam keto. Battery lappy yang baru dapat pagi nie dah nyawa nyawa ikan. Bagus kawan aku yang sorang nie, guna lappy tapi dia tak caj pun! Nasib la sempat publish ke idak entry nie ... heheheh. Aku sedang menaip lelaju nie tapi tidaklah selaju papan selaju tu. keh keh keh!


Lokasi aku sekarang nie, masih di hujung (utara) negeri Kedah. Rasa hati macam nak pi Bukit Kayu Hitam, tapi bergantung kepada keadaan kot. Walaupun aku dah check out dari rumah mak ayah seku sejak 8.00am, tapi aku masih lagi kat negeri yang sama. Kalau nak diikutkan  masa nie, maybe aku dah sampai Rawang. Itu pun kalau kelajuan 110km/j maintain ..... rasanyelah!


Okeylah stop dulu tang nie, sebabnya .... takut battery lappy nie padam, apa pun tak boleh ... he he he





CK : Awal pagi dah makan ayam KFC ..... mengalahkan minah saleh je!


2 comments:

  1. fuh!!! dalam kereta pun sempat hapdate. style la sis

    ReplyDelete
  2. @Telor Power hahahahah rindu dekat blog punya pasal...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!