Tuesday, June 26, 2012

DIET : TEH CINA

Assalamualaikum ...




Sepanjang aku menjalani atkins diet nie, aku juga turut minum sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Hari tu dah tayang kotak kat sini <------, hari nie nak tayang isi dia sekali. Aku amalkan minum teh cina. Beli dekat kedai ubat cina juga dengan mak aku. Thanks mak temankan ...



Betulkan teh cina? Dari China kot aku rasa nie.  Sekotak nie RM5.00 je. Murahlah sangat. Dah 3 bulan juga aku dok minum tapi still ada banyak lagi dalam balang. Jimat-jimat!!


Ini rupa teh cina berkenaan.  Biasanya aku guna 2 sudu teh, rendam dalam 1 mug air panas. Jangan taruk gula ye. Then biarkan teh berkenaan kembang dan mengeluarkan warna yang menarik. Bila dah kembang tu, korang tapiskan dan masukkan dalam bekas air untuk isian 1 liter!!



Ini bekas isian 1 liter aku. 1 mug teh cina yang panas-panas tu campurkan dengan air suam. Isi air suam sampai penuh satu bekas isian. Then bolehlah minum. Biasanya sehari aku minum 2 liter air teh cina nie. 


Aku dah google pasai teh cina, katanya baik untuk meningkatkan metabolisma badan. Entahlah bab nie aku  kurang pasti sangat, sebab aku tak research sedetail mungkin pun. Yang aku tahu sejak minum teh cina nie, ia amat baik untuk sistem pelawasan aku. Senanglah nak membuang .... yang besar ke ... yang kecik ke ... takda hal! Aku masih ingat pesanan seorang penceramah kursus protokol dan etiket. Dia cakap jangan ambil mudah kalau kita susah nak buang air yang besar tu. Kalau makan sehari 3-4 kali, kena buang juga sekurang-kurangnya sehari 2x!!!


Ini adalah untuk elak dinding-dinding usus dilekapi dengan najis-najis kering. Tak percaya?? Sila google sendiri. Aku guna bahasa aku bukan bahasa saintifik ke hape. Tak pandai nak explain la. Dulu aku siap ambil ubat yang dibeli kat farmasi untuk memudahkah sistem pembuangan. 


Tapi aku akui kata-kata penceramah tu, salah satu penyebab badan kita jadi lemau, diri kita jadi malas dan tak bermaya disebabkan kita hadapi masalah membuang air yang besar. Kira macam banyak toksinlah dalam badan. Aku pernah lalui keadaan ini. Jadi aku sharelah pengalaman bermakna dengan korang. Jangan anggap bab buang air yang besar nie cam jijik ke hape .... jangan ingat syok tak perlu pergi ke tandas ke hape ... Ingatlah ia amat tak bagus untuk badan anda!! Aku pernah beli clense detox tau untuk cuci usus perut aku nie ha!!! Tak mau jadi malaslah katakan ... ha ha ha. 


Ada juga yang cakap ..... minum teh cina nie boleh kurus!! Yang nie aku tak pasti sangat .... mungkinlah kot!! Sejak minum teh cina nie, berat laju sketlah turun jika aku kawal betul-betul atkins aku. Seminggu dua nie berat aku maintain sebab aku tak kawal makan jenis bergula. But start Sabtu aku dah balik kepada landasan atkins. Target 55kg belum lagi sampai apatah lagi 48kg ... jauhlah lagi!! Apapun akan diteruskan sampai jaya. Insya Allah!!!


Cuma aku nak cakaplah, minum teh cina semata-mata tanpa diet yang betul dan senaman, agak susah berat nak turun! Jadi diet juga dan bersenam dengan konsisten. Insya Allah boleh kurus rasanya :=)


Lepas nie nak kena pi cari supplement plak kat farmasi!! Nak bagi tenaga lebih sket ... maklumlah berjillian hampir setiap hari. Lembiklah ...





CK : :=)



6 comments:

  1. owh yeke.thanks for info...atkin tu diet tanpa amik karbo lagsung kan? wahhhh dasyat lah kalau dpt buat.best nya.

    ReplyDelete
  2. ini rahsianya sampingan...boleh tiru ni

    ReplyDelete
  3. @Cikpuan rara kalau mula2 sehari karbo jgn lebih drp 20gm sampailah kita capai target berat yg kita nak, lepas tu bolehlah mkn karbo tp ada had dialah. rara kena byk google benda nie klu nk amalkan. tunggu pas habis bersalin kang la ... :=)

    ReplyDelete
  4. @Telor Power hhahahah rahsia terbongkar sudah :=)

    ReplyDelete
  5. Boleh dapat kat kedai ubat cina....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!