Monday, June 4, 2012

JALAN, ORDER DAN MAKAN : LAKSA IKAN SEKOQ, ALOR STAR KEDAH

Assalamualaikum ...




Jalan-jalan, order dan makan nie dah lama sangat aku pergi. Kalau tak salah aku, ini trip ke Perak-Pulau Pinang-Kedah-Perlis ... dengan si MB! Percutian bajet ... sebab semua lokasi setakat menyinggah sahaja dan tidak bermalam kecuali di Kedah. Di Kedah, aku balik rumah aku dan si MB stay dekat Aloq Staq. 


Untuk trip nie memang banyak lokasi yang kami pergi terutama lokasi bersejarah. But, harini nak cerita pasai Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa, Alor Staq Kedah. Kalau korang mai Aloq Staq, rugilah kalau mai Kedah tak makan laksa. Laksa yang femes dekat Kedah nie antaranya laksa Telok Kechai! Sedap beb ... dengan sambal kelapa lagi. 


Tapi, kali nie aku bawa korang pi jenguk and makan laksa ikan sekoq. Boleh tahan sedap juga. Saja ja nak perkenalkan pada bukan orang Kedah yang aku bawa nie. Selalunya, kalau bab laksa ... aku masak dgn mak je. Sesekali nak juga pekena laksa kat luarkan.



Pekena laksa ikan sekoq ... joooom! Waktu operasi dalam 11.30am ya.


Makan laksa ikan sekoq, tambah percuma ... yang percuma tu cuma laksa je. Kalau korang nak tambah ikan lagi sekoq kena bayaq. Kalau tak salah aku untuk tambah ikan sekoq antara 5 kupang ke 7 kupang je (50sen-70sen)


Nampak dak kepekatan kuahnya. Sedap ... likat melekat! Rasa semua cukup asam dan garamnya. Harga sepinggan cuma RM3.00 - 3.50. Bergantung kepada harga ikan ye. Ikan sekoq yang dia letak tu adalah ikan kembung.


Order 2 pinggan ... aku tak tambah pun. But si MB menambah juga makan laksa nie. Dia kata sooodap!


Lagi sodap makan dengan cendol! Kat sini ada cendol pulut juga tau.


Tengok ... bukan main lagi dia menggaul kuah laksa nie. 


Jangan tak tau ye .... dah pernah masuk suratkhabar warung laksa nie! Bukan setakat juai laksa sebagai menu utama tapi ada juga menu sampingan seperti abc, cendol biasa, cendol pulut, rojak buah dan jagung bakaq.




Kalau hangpa mai Kedah ... terutama Aloq Staq, jomlah pekena laksa ikan sekoq takpun laksa Telok Kechai pun best juga! Ngidam dah nie nak makan laksa .... kalau nak masak sendiri kat Putrajaya nie, ikan kembongnye mahal. Kena pi cari ikan segar dekat Pasar PD lah jawabnye. 






CK :  Dah lama tak pekena laksa ikan sekoq nie ... haish... ngidammnye!!

13 comments:

  1. perghhhhh! pekat kuahnya! harga pun tersangatlah murah!

    ReplyDelete
  2. @pizli hahahah siap meleleh air liur nie, tambah plak kuah panas2. pi la jenjalan Kedah

    ReplyDelete
  3. saya penah mkn laksa ikan sekoq ni sekali aje. mmg unik sebab dapat ikan sekor! rasa pun sedap. :D

    ReplyDelete
  4. @Telor Power klu nk jejak tunggulah ms akk blk kg...leh le banje..hehhehe

    ReplyDelete
  5. @gadisBunga takde rasa nk cuba lagie ke...hehe

    ReplyDelete
  6. kak p dah tp depa kat kat depan savecost pun sedap gak

    ReplyDelete
  7. sy rase sy penah mkn kt ctu la...heee

    ReplyDelete
  8. stlh dikaji dan dihitung dgn mngunakn kalkultor..sy mndpti bhw blog ni byk buat ayaq liuq sy meleleh!!!!sy blk mly nnt,akk msti blnja sy smua2 ni..xkira wlu apa pun jd...>_<

    ReplyDelete
  9. Salam singgah ^^ Done follow you . Hit me back ^^ Hihi tadi baru je lepas tengok berita Tv9 dia ada bagitahu mengenai laksa ikan sekoq nie . . Pergh sedapnyaaaa ! Terus cari dekat google lepastu terjumpa la blog saudari ^^

    https://www.facebook.com/NshsmiroticBlogspotDotCom

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!