Monday, June 25, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : AYAM KAMPUNG, RESTORAN TUAN FARIDAH, PUCHONG SELANGOR

Assalamualaikum ...






Sebut sahaja ayam kampung dekat Puchong, salah satunya yang femes adalah Restoran Tuan Faridah. Aku and geng memang dah kerap kali datang ke sini .... untuk lunch! Kalau weekdays, time lunch ramai orang gomen ajelah aku rasa. Muka-muka Putrajaya kot! heeeee

Restoran berkenaan ... signboard dia dah malap la. Dia tulis NASI AYAM KAMPUNG

Aku and geng sekarang dah jarang lunch dekat luar, selalu harap menu kat cafe office yang kadang lambat hanya tinggal kepala ikan kembung dan sayur sawi kontot 2-3 batang. Ergkkkk .... cafe office aku memang menjadi tumpuan dari orang gomen sebelah menyebelah. So, tuan punya building pun tak sempat menjamu selera di cafe sendiri. Nak rasa menu banyak, lauk best kena turun pergi cafe 11.30am ... ah! agak-agaklah, mau kena sound tepek dengan boss! Keluar kul 12.45pm pun dah pandang aku sampai senget mata. Kan boss kan .... kan ..... kan ....



Sabtu baru nie, setelah sekian lama tak ke ayam kampung di Restoran Tuan Faridah, Puchong ... makanya aku ajak si MB pergi lunch dekat sana. Wajib pergi awal. Sebaiknya kul doblas korang dah ada dekat sina, lambat kalu .... lauk banyak yang takdo! Kalau hari bekerja pun macam tu, sebaiknya sampai kul doblas gak. Dah sampai kul doblas, kul berapa pula kena kuar dari office kalau dah ko dari Putrajayakan? Fikir-fikirlah sendiri .... nak ngular lebih cakap ajelah pergi site! Untung aku boleh lawat site, tapi aku cukup malas pergi site. ha ha ha ha!! 


Signboard nie clearlah sket .... RESTORAN TUAN FARIDAH

Bernasib baik, masa kami sampai ... orang belum ramai. Boleh pilih lauk suka hati. Tapi tak suka hati sangatlahkan .... gaji baru masuk arini. Duit yang ada Sabtu lepas paras-paras hidung je kot. he he he. Adatlah, aku ni asal bunyi guruh kat langit, mulalah nak curah air kat tempayan tu. Nak makan sedap aje, dan 2-3 hari nak gaji je, mood aku mulalah nak shopping dengan baki gaji yang ada!! Perangai buruk ...




Tempat makan nie memang best sangat menu dia. Bagi akulah! Dietkan ... jadi menu pun ala kadar je aku ambil yg sesuai dengan atkins. Ala kadar ke?? he he he. Aku amik ikan kembung percik, ayam kampung dengan bayam masak lemak. Serasi!! But, Sabtu lepas aku kuciwa sket dengan ayam kampung dia. Selalu sedaplah sangat ... sebab kegaringan dia. Haritu tak garinglah pulak, rasa still maintain sedap dan segar. Ikan percik dia memang sedap, lembut, manis ikannya adalah terasa!! My peberet sayur ... bayam tu aku memang suka dimasaklemakkan. Hanya sayur bayam je aku boleh ratah sesaje. Kalau sayur lain sebaiknya aku kena makan dengan nasi. Tapi, nasi tak boleh makan kan ... atkins diet kan. Ini menu aku .... menu dia plak .... lagi best dari akulah!!




Ketaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!!!!!! Ketam masak lemak, telur asin dan kerabu ikan bilis. Macam biasa, makan nie perlu share-share. Tak bolehlah sorang ambik semua lauk. Ambil yang dipersetujui then tukar-tukarlah. Adat dan cara nak jimat duit. Lainlah kami berdua gaji 2-3 ribu! No hal kot nak ambil ketam sorang dua ....


Ketam nie sedap. Ketam betinalah paling sedap sebab ada telur. Yang dalam gambar tu memang ketam betina. Ada telur banyak. Segar plak tuh!! Huihhh .... walau dapat makan sorang sebelah je, syukur Alhamdulillah!!  Kerabu ikan bilis kat sini memang peberet aku. Tak payah nak cakap lebihlah, semua sodap!!! Sodap!!! 



Untuk semua menu dekat atas tu RM21.70 termasuk air suam dan air kelapa. Cukuplah membayar time belum gaji nie :=) Apapun, tak boleh selalu makan camnie ... hu hu!! Sesekali bolehlah, banyak kena jimat sebab tahun depan nak travel jauh. hu hu



Korang patut cuba kot makan dekat sini. Time dia aku tak sure .... rasanya makan tengahari je kot! Ahad kalau tak salah aku tutup. Entahlah ingat-ingat lupalah plak!!


Hilang rasa ngidam sudah! Hati pun senang :=)









CK : Kembali kepada landasan diet semula ....




4 comments:

  1. wah! penuh pinggan dgn ketam.heheheh.

    ReplyDelete
  2. Tq for post.. dh pi kedai ni td.. signboard dia dh tukar baru.

    ReplyDelete
  3. memang sedap gak makan kat sini

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!