Monday, June 25, 2012

SIANG MALAM TUTTI FRUTI

Assalamualaikum ...





Siang tadi masa lunch BFF aku Si June ajak pi Cyberjaya. Katanya ada port makan baik punya!! Aku pun apa lagi terus minta green light dari si teman nak kuar lunch dengan BFF. Dia kata ok, aku pun on jelah dengan June. Laju je meninggalkan office walaupun bukan lagi time lunch. Cekidaut awai-awai takut buss panggil. ha ha ha


Tempat makan baik punya tu nanti aku hapdet kat hangpa. June pun dah bising-bising kat aku pesal tak hapdate lagi pasai cerita pi makan dengan dia time cuti sekolah hari tu. Actually aku dah siapkan entry tu, tapi aku schedulekan. Rasanya Jumaat nie kot kuar cerita. he he he ... kenalah ikut turn kerajinan aku. Aku standby entry siap2 kot nanti mood malas update datang, entry dah ada dan cuma tunggu nak publish je!


Habis lunch tadi, June beriya nak tunjukkan jalan mudah aku ke port makan baik punya tu. Aku pun syoklah, nanti senang nak datang situ balik. Upernye ada udang sebalik mee maggi!! ha ha ha ... rasa terkena aku. Upernye dia tunjuk jalan tu sebab nak pusing dekat tutti fruti!! ha ha ha terkena aku! Memanglah jalan yang dia tunjuk tu senang nak pi ke port makan berkenaan, tapi dia sebenarnya nak makan eskrem kat tutti! Aku pun layan ajelah ... orang diet setakat merasa 1-2 sudu ajelah!




Ini eskrem yogurt tutti fruti yang June beli. Aku tunggu dalam kereta je. Malaslah nak keluaq. Jadi Puan Sri kejap ... alang2 June dah sudi jadi driver ai arini. Dan ini pestime aku pegang bekas tutti nie. Selalu makan dekat ice room je sebab dengaq2 tutti nie mahai! Mahai ka???




Memang mahai pun!! June kata yang dia amik nie semuanya berharga RM21.00. Mak aih ... bekas takdelah besaq mana pun. Mahai ... mahai ... kalau setakat nak merasa 2-3 bulan sekali bolehlah kot. Nasib baik aku nie hanya penggemar eskrem connetto. Kalau penggemar tutti, harus ranap! June kata dia tension ... sebab tu sibuk je dia nak makan eskrem. Aku layan je orang tension nie .. no hal. Cuma nak cakap ... yougurt dia adalah sangat sedap!!




Petang tadi plak, adik aku datang amik aku kat office memandangkan si teman ada meeting dekat Damansara. Aku skang kan malas drive kete, bajet jadi Puan Sri setiap hari (aminnnnn). Aku ajak adik pi Presint 15, sebab nak simpan duwet sket kat Bank Rakyat. Bila dah ajak teman kenalah upah. Lalu je depan tutti P15, terus minta belanja. Mentang-mentanglah hari nie aku gaji. Bukan main nak makan tutti ye. Takpelah ... dah sudi datang jemput dekat office, aku rela hatilah belanja. Kasi RM50, bukan main suka. Jangan habiskan semua kat tutti sudahlah ye, baki pulangkan. ha ha ha ha




Ini yang adik aku beli. Tak semeriah June punya siang tadilah. Ini pun dan RM16.00!! Aku merasa yougurt dia ajelah sebab sedap. Tapi makan pun 2 sudu kecik tu je. Nanti2lah makan sebekas. Nampak memang menarik, rasa memang sedap .... cuma tang harga tu aku rasa terlalu mahal sangatlah!!


Kiranya siang malamlah aku merasa tutti fruti walau setakat 2 sudu kecik dari bekas dorang-dorang nie. Takpelah nak diet punya pasal aku rela je menahan nafsu serakah aku nie. Takda hal punya!! Esok-esok bukannya tak boleh makan pun. 



Adik aku cakap tadi, "alah ... makan je bukan nak rosakkan diet tu pun!". Susahkan kalau cakap dengan orang yang tak faham atkins nie. Aku relaks-relaks je lah senyum. Malas nak layan .... cukuplah setakat merasa je, sebab kalau salah rasa boleh rosakan ketosis dalama atkins. Tak faham?? Google sendiri yek ... he he he






CK : Banyak dugaan juga berdiet nie .... 

4 comments:

  1. warghh!! mahal gilakk!! xO.. dayah baru first time na merasa kat depan umah baru bukak weeheh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 1186 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
  3. @Fariz Reza [FR] tq dtg sini, akak dh jengok belog awak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!