Wednesday, August 1, 2012

ANGKARA NORMAYA MUKHTAR!

Assalamualaikum ...




Mari belajar buat buah melaka! Apa kena mengena buah melaka dengan tajuk entry kat atas?? Musykil?? Okeh, jangan nak musykillah sangat ... Memang ada kena mengena pun tajuk entry tu dengan buah melaka. Memang kena sangat.


Dimulakan cerita, aku dan Normaya Mukhtar ... blogger cute dan terkenal juga yang satu nie friends aku dekat FB. Hangpa kenai dak si Maya nie? Kalau tak kenal rugi kot. Aku nie silence reader blog dia. Ada sekali 2 je kot komen kat blog dia. Lepas tu, terus jadi silence reader. Kalau dekat FB dia, pernahlah aku dok like itu ini apa yang dia dok post. he he he. Even aku tak pernah bertentang mata dengan si Maya, tapi BFF aku si June satu poly ngan Maya kat PD rasanya. June kenai Maya nie. Kan June kan??


So, satu hari tu ... Maya buat wall post pasai dia buat buah melaka. Aku plak memang dah lama teringin sangat nak buat buah melaka sendiri sejak seminggu sebelum puasa kawan aku buatkan buah melaka bawa pergi office. Dari situlah bermulanye rasa mengidam dan keteringinan untuk gentel buah melaka dari tangan sendiri yang gebus nie.


Keteringinan aku bertambah hebat bilamana Maya dah post buah melaka yang dia buat dekat FB. Ini tak boleh jadi ... isytihar lawan sensorang diri ngan Maya plak. keh keh keh. Mahu gelak kalau si Maya baca, aku dok isytihar lawan pasai buah melaka. Disebabkan rasa teringin tu dan meningkat sesangat ... aku pun pergi kedai beli tepung pulut. Tepung pulut ajelah aku beli ... yang lenlain dah ada kat rumah.


Jom tengok apa yang diperlukan untuk buat buah melaka nie. Senang sesangat. Aku buat melaka weekend baru nie rasanya. Lepas tu, aku repeat lagi keesokkannya sebab ada orang tu kata time dia takda aku masak macam-macam, time dia ada makan dekat luar. Aduan rakyatkah itu? ha ha ha. 

Buah melaka percubaan pertama. Alhamdulillah tidak mengecewakan diri sendiri. Manis pun sedang elok je.


Resepi : Buah Melaka @ Onde-Onde
Sumber : Kawan Office
Dicuba : Cik Kamoo


Bahan-Bahan;
  • 2 cawan tepung pulut
  • Kelapa parut
  • Gula melaka (diracik kecik-kecik tapi janganlah kecik sangat plak)
  • Pewarna hijau (aku pakai hijau apple
  • Daun pandan (blend dan ambil airnya - aku takda daun pandan, so tak masukkan)
  • Garam
  • Air secukupnya
Adunan tepung pulut yang dah siap dengan kelapa parut + sedikit garam yang dikukus.

Cara-cara;

  • Kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam dan kukus selama 5-10 minit kemudian ketepikan. Tips : kelapa dikukus untuk mendapatkan rasa lebih sedap, kelapa yg lembut dn tahan lama.
  • Bancuh dan uli tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna hijau sekali. 
  • Uli sampai tepung tidak lagi  melekat pada bekas dan juga tangan. Jangan terlalu lembut dan jangan terlalu keras adunan tepung berkenaan
  • Sementara itu, panaskan air dalam periuk bagi tujuan merebus buah melaka nanti. Rebus hingga mendidih
  • Gentel adunan sebesar ibu jari bagi bulat, then leperkan sedikit.
  • Masukkan gula melaka yang diracikkan halus dan gentel bagi bulat sekali lagi
  • Terus masukkan buah melaka berkenaan ke dalam air rebusan sehingga buah melaka berkenaan timbul sendiri (Jangan dok gatai tangan pi kacau plak buah melaka tu). Tips : jangan letak buah melaka dalam pinggan bila habis menggentel. Nanti melekat. Terus masukkan dalam air rebusan yang mendidih. Ulang membuat gentelan buah melaka sehingga habis adunan
  • Buah melaka yang timbul dari air rebusan boleh masukkan dalam kelapa parut yang telah dikukus. Pastikan kelapa parut menyelimuti keseluruhan buah melaka.
  • Siap untuk dimakan ;=)
 p/s : aku cam tak reti nak susun ayat plak, korang faham-faham sendiri yek!



1st day buat buah melaka nie, lepas gentel aku atur dalam pinggan. Bila air mendidih nak ambil dari pinggan tu melekat-lekat plak. Lepas 7 biji nie dalam pinggan, yang seterusnya habis gentel terus campak dalam periuk berisi air mendidih. Lagi sonang kojo den! Takdolah nak melokat sana sini lagi.


Bila buah melaka dah timbul dari periuk air panas tu, terus sauk dengan penapis dan toskan 1 minit then campakkan dalam kelapa parut kukus tadi. Goyang-goyang Inul sket kasi melekat semua kelapa pada badan buah melaka. Mak aku pasti bangga tengok anak dia dah reti buat buah melaka nie ... uuuwwwweeeek.


Yang ini percubaan kedua (keesokkan harinya). Ambil hati si temanlah nie. Kang merajuk plak. ha ha ha. Buah melaka untuk si teman aku letak gula yang besar sket, sebab dia suka yang gula melaka banyak. Takda komen papepun lepas makan .... tak sedap ke?? Tapi laju je aku tengok dia makan dekat habis satu bekas.


Dia tak komen biaq aku komen ..... sedap sebab buat sendiri! Kalau beli ada plak yang kelapa dia basi dan tepung tu cam keras. Sekian, masuk lift tekan sendiri ;=)





p/s : Tq kat Maya sebab menimbulkan rasa teringin yang melampau dalam diri aku utk cuba buat buah melaka. Ada juga ilmu baru aku belajaq.





CK : Lepas nie nak belajaq buat kue tradisional dengan bonda Ibah!

8 comments:

  1. saya campur tepung pulut dgn tepung gandum supaya tak melekat sgt

    ReplyDelete
  2. lepas ni bleh la buat kuih lain pulak :)

    ReplyDelete
  3. Lepas ni,letak inti durian atau jem stroberi pulak.

    Hahaha.

    ReplyDelete
  4. @Tentang Kita Okeh pasnie saya try campur tepung gandum sket ... tq ya

    ReplyDelete
  5. @StingRay Idea diterima...hahahahah nti kita cuba

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!