Wednesday, August 8, 2012

TAK UNTUNG SATU SEN

Assalamualaikum ...




Aku selalu berurusan dengan peniaga ... dan perkara menyakitkan,

"Tak untung satu sen pun hari nie ... cuba tengok nie mana ada orang beli pun lagi!" - peniaga.

Kata-kata ini adalah doa, setiap kali aku berurusan asyik cakap tak untung.
Memang tak untunglah!
Susah sangat ke nak jujur bila berniaga.
Kalau untung cakaplah untung.


Kalau tak untung satu sen, takkan boleh pakai kereta mewah dari kereta aku.
Kereta oversea pulak tu. Aku? Kereta Malaysia pun dah syukur ;=)


Kalau tak untung satu sen, takkan sampai boleh beli rumah semi D.
Aku tinggal dekat kuarters je pun.
Baru nak berdikit-dikit kumpul duit beli rumah.
Kau? Dah ada rumah besar.


Kalau tak untung satu sen, takkan jualan tu lagi banyak dari gaji aku sebulan!!
Aku kerja sebulan baru dapat gaji yang sama dengan hasil jualan mereka seminggu dan mungkin sehari!
Hakikat!


Jadi, aku tak faham kenapa mereka yang berniaga nie asyik cakap tak untung!
Sedar ke tak apa yang diucapkan itu doa. Sedar tak??


Korang fikir-fikirkanlah, jangan sampai Yang Maha Esa tarik balik segala rezeki dan nikmat yang diberi.
Nak senang tak susah, bersyukur dan terima seadanya! Bleh??






CK : Geram dengan orang berniaga macam nie !!

8 comments:

  1. betul la kan..44 kali ckp jadi betul la nanti!

    ReplyDelete
  2. ITULAH,tanpa sedar namaoak sgt tidak bersyukur

    ReplyDelete
  3. huihhh kemain tak untung satu sen.. tipu betul tu huhu

    ReplyDelete
  4. @:: Mrs.Eady :: dorg doa rezeki dorg meleset la tuhhhh

    ReplyDelete
  5. @Saleha tolak rezeki sendiri namanya nie..

    ReplyDelete
  6. @Cik Puan Rara peniaga2 area Putrajaya nie,,,,geram rasanya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!