Friday, September 7, 2012

MASIH BERKESEMPATAN ... ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum ...




Semalam aku tak update apa-apa kat blog! Sebabnya semalam hari kelahiran aku. Sesekali bercuti itu adalah perlu sempena ulangtahun kelahiran sendiri ... bukan? Inilah masa kita nak menghargai diri sendiri. Dan perkara ini aku praktikkan dengan mengambil cuti bekerja ;=). Indah dah nikmat bila orang lain sibuk bekerja dan aku pula sibuk memikirkan apa yang perlu aku buat sempena ulangtahun kelahiran. Cuti bekerja sehari sahaja dalam setahun sempena ulangtahun kelahiran sendiri adalah satu perkara yang menyeronokkan. Macam sempena ulangtahun keputeraaan pulakkan ... dapat cuti umum bagai ;=)


Walaupun tanpa sebiji kek, ulangtahun kelahiran aku tetap berlangsung dengan baik! Ramai kawan-kawan dan adik-adik ucapkan Selamat Hari Lahir. Ada yang sms, post dekat FB dan PM dekat FB aku! Terima kasih buat semua! Paling ramai yang posted wall dekat FB CKK berbanding FB khas buat kawan-kawan yang aku kenal. Mereka lupakah tentang ulangtahun aku kali ini?


Tak kisah tentang itu, kalau ada yang lupa ... masih ada yang lain akan mengingatinya. Bukankah begitu? Dan hati aku seringkali merasa terhibur, suka dan bersyukur bila membaca sms, pm dan wall posted dari kawan-kawan sendiri dan kawan-kawan dunia maya. Tidak lupa tentang doa kalian buat aku. Terima kasih untuk kalian sekali lagi!


Bukan setakat ucapan hari lahir dan doa ... tapi ada juga yang tanya, "bila nak bertukar jadi puan ...", "bila nak kahwin nie ...". This year bila kawan-kawan tanya macam tu, yelah usia dah meningkat dengan banyakkan ... tapi maintain comel memang patut pun soalan tu diajukan. Cumanya tahun ini berani sikitlah menyatakan perancangan hidup aku pada kengkawan dengan harapan ia termakbul. Insya-Allah kalau benar dan betul apa yang dirancang, 2013 jadi kenyataan.  Doakan untuk aku ye ;=) Apapun biarlah Allah swt yang menentukan, sama ada ia berlaku atau sebaliknya. Sebagai hamba, aku dan dia cuma usaha yang terbaik buat kami. Lagipun dia yang menyatakan begitu, jika benar ... hanya rasa syukur yang aku panjatkan buat Mu Ya-Allah!



Hari ini bukan 6 September 2012, tapi ini tarikh semalam ... tarikh ulangtahun kelahiran aku! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang olehNya menghirup udara segar di dunia ini. Diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan, bertaubat atas segala salah silap, berbakti dan beramal kerana Dia Yang Esa! Aku sendiri tak pasti usia aku sampai bila, tapi aku berharap doa-doa kawan-kawan dan family buat aku dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa!


Dan hari ini, si teman akan belikan hadiah untuk aku sempena ulangtahun kelahiran. Yes, sukeeee!!! Sekarang nie dah takda surprise2 macam dulu lagi dah, sekarang nie nak apa ... cakap, kalau mampu kita beli! Kalau tak mampu tangguh dulu sampai cukup duit ..... nak samsung tab boleh? 


Aishhhh usia makin meningkat dan aku harap aku semakin matang dan bukannya menjadi budak-budak dalam berfikir dan membuat keputusan .... Itu yang aku  harapkan sangat-sangat! 



Sekali lagi, terima kasih buat semua yang wish dekat aku ... sayang korang ketat ketat!!





CK : Nak cerita banyak pasal birthday semalam, tapi tunggu ada masa lapang yek ....

5 comments:

  1. Alhamdulillah ~

    Selamat Harijadi adik :)

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Sis.
    Semoga Allah memurahkan rezeki Sis dan diberikan kesihatan yang baik. Aamiin.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!