Wednesday, September 12, 2012

RESEPI : LEBAT LABU BONDAKU

Assalamualaikum ...




Tak nak cerita panjang, meh aku share resepi warisan bonda aku! Lepat Labu Yang Mabeles and Gorjes juga! Sangat-sangat mabeles kot rasanya. Menjadi kesukaan aku dan terus aku pun belajar dengan mak cara-cara nak buat. Yang susah nak buat lepat labu ini adalah part kopek labu. Keras nau kulit dia ... sampai gelembung jari aku!


Bukan senang nak makan weh, mesti susah dulu baru dapat rasa kesedapannya. Di sebalik resepi lepat labu nie ada rasa yang menginsafkan aku sekejap. Yang nie nanti aku cerita. Dahlah merepek sket-sket, jom tengok resepi ... kalau rajin korang cuba yek! Gerenti tak rugi punyalah ;=)




Resepi : Lepat Labu Gorjes Bondaku
Sumber : Bondaku


Bahan-bahan;
  • Sebiji labu (anggaran 1kg) – kupas kulit, potong dan rebus hingga empuk campur sedikit garam
  • Sagu mata ikan (agak segenggam 1/2) - rendam bg kembang
  • Tepung beras - 1 1/2 cawan (Letak 2 cawan pun ok!)
  • Tepung jagung - 1/2 cawan
  • Gula secukupnya - 1 cawan (Rasa manis dulu camne, kalau manis sgt kurangkan gula)
  • Santan (pati) - 2 cawan. Kalau pakai santan kotak guna 2 kotak santan je. Apa2 brand pun bleh je
  • Daun pisang dibersihkan dan dilayur atas api


Caranya;


1. Labu dilenyek, semua jenis tepung, santan dan gula serta sagu.
2. Kacau sebati. Rasa ok ke tak kemanisannya…
3. Masak sekejap di atas api agar adunan menjadi sedikit pekat bagi memudahkan proses membalut
4. Angkat dan terus bungkus dlm daun pisang (cara bungkus rujuk gambar)
5. Kemudian kukus dalam masa 20 minit ke 30 minit
6. Angkat dah sejuk (kalau ada bungkusan terbuka tu, betulkan semula bungkusan bagi kemas)





Nak sedap makan, baik buat sendiri ... yang beli belum tentu gorjes macam air tangan mak atau tangan sendiri tau. Mak aku bukan main suka bila aku call minta resepi nie dekat dia. Ada juga yang nak menuntut katanya. Dan dengan rasa rendah diri, aku share resepi nie dengan korang semua. Orang kata sharing is caringkan?







#terimakasihmak!












CK : Dalam hidup nie, kalau tak pandai takpa lagi ... asalkan ada sedikit kerajinan dan usaha! Yang kurang pandai boleh jadi lebih bijak asal tahu caranya ;=)

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!