Thursday, November 8, 2012

CUKUP SERATUS

Assalamualaikum ...




Lama sungguh aku tak bercerita pasal Mr. Nuff kesayangan hati para bloggers! Rasa macam merajuk pun ada ... keh keh keh. Mana tak merajuk, sudah 3 bulan tak diberi 'nafkah' oleh si Nuff .... tak dapat lagi dah CPUV (BE). Sedihnye .... tapi dalam sedih, berlambak je aku update blog. he he he



Sekarang ni pun, mood nak jenguk Nuff selalu pun dah kurang. Sempat update blog, tapi bila nak buka Nuff rasa cam .... malaslah, kang tengok takde CPUV terus upset plakkan. Jadi biarlah aku terus update blog tanpa sebarang gangguan perasaan kerana takde dah CPUV untuk aku. Sedih tau Nuff ... hehehe. Sedih yang tak sedih sangat la ;)



Tapi, tadi gatai gak tengok akaun Nuff. Rindu kot ... lama sangat tak jenguk! Kotlah dapat CPUV, tapi non-hado gak. Cumanya earnings tu dah boleh cashout kalau aku nak buatlah ...




Alhamdulillah, dah cukup seratus. Kalau nak dibandingkan dengan 2011 ... aku dapat dua ratus daripada hasil blogging syok sendiri. Tahun nie earning merudum 1 kali ganda ... he he he. Blogger picisan, earnings pun picisan gak le. Tapi syok gak update blog dengan riang ria .... he he he. Cam syok sendiri je manjang ;)


Setelah difikirkan, aku malaslah nak cashout lagi. Tunggu ajelah sampai banyak ... manalah tau dengan aku up entry nie dia bagi CPUV. ha ha ha berangan sudah!! Dulu aku banyak dapat BE, even aku punya UV sangatlah sedikit. Now, UV aku dah meningkat tapi earning plaks merudum ... terbalik sudah!!



Memandangkan blog aku nie biasa-biasa sajork, jadi UV pun sangat  biasalah. Cumanya UV aku dah cecah 2000 seminggu. Walaupun blogger lain boleh dapat 1k-2k sehari. Aku seminggu! Namun, kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini ... blog picisan nie adalah peminat sendiri. ha ha ha. Terima kasih peminat ... ilove you! Jangan muntah dengan kenyataan ini. Ia hanya gurauan semata. 


Terima kasih kepada pembaca blog CK, kerana anda ... UV dah meningkat. Itu yang syok sangat tu ... bab earnings, takpe CK usaha kemudian. Mana tahu boleh buat 'bekal' Bandung tahun depan ...iloikeit ;)







CK : Sibuk dengan majlis, tapi malam ni bonda suruh aku rehat ... esok aku kena wat kuih untuk tetamu. Baik bonda, anakanda berehat dengan blog ye ;)

9 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!