Tuesday, November 6, 2012

NAIM GULAI SEMBILANG, KG SUNGAI PIAL TANJUNG DAWAI

Assalamualaikum ...





Update tengah malam. Mata tak mengantuk lagi sebab aku tengah dok rebus ekor lembu dan tulang. Buat sup! Peberet nie. Ini kali kedua aku buat sup ekor. Tak pandai sangat macam kat kedai makan, tapi oklah kalau setakat tekak sendiri nak layan ;=)


Okeh, aku dah cerita kat hangpa yang aku pi Tanjung Dawai teman ayah bonda aku beli ikan kering. And setelah selesai membeli belah kat Kompleks Tanjung Dawai tu ... perut aku sangatlah lapaq. Pagi tu sebelum bertolak, aku tak sempat nak makan ... just minum ayaq je ;=)


So, masuk-masuk je kereta aku terus ajak ayah bonda makan. Ayah aku biasalah ... "nak makan mana?? taknak balik makan kat rumah ke?". Agak-agaklah ayah, perut anakanda nie dah keronconglah sangat ... nak sampai rumah kita tu amik masa 40minit ke sejam. Tak mampu dah perut ni nak menahan lapaq. Terus aku suggest ... "apa kata kita singgah kat gulai sembilang tu ...!"


Masa on da way nak pi dekat Kompleks Tanjung Dawai beli ikan kering, aku dah perasan dah ada kedai makan yang aku pernah tengok dekat TV. Rasa-rasa aku kedai makan nie pernah kot masuk TV .... nama kedai dia NAIM GULAI SEMBILANG!!



Inilah kedai makan yang aku maksudkan dekat hangpa. Kedai makan biasa je ... terletak dekat Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai Bedong Kedah! Jauh la ... kalau hangpa bukan dok Kedah. Aku pun 1st time jejak kaki kat sini ... kat kedai makan nielah. Kalau Tanjung Dawai dah berjejak-jejak dah aku dok mai. Sampai tak lalu dah la ... ha ha ha


Yang bestnye kat kedai makan ini mestilah gulai sembilangnya! Kalau tak, takkanlah nama kedai pun Naim Gulai Sembilang ... ye dak? Untuk makluman korang, ikan keli dan ikan sembilang berbeza tau. Dulu, masa aku dok follow si teman makan dekat Nelayan Seafood atau mana-manalah restoran, mesti dia tanya, "awak nk makan masak lemak cili api ikan sembilang tak?". Of course aku angguk laju-laju, sebab aku adalah penggemar ikan sembilang tegar!!!!!! 


Tapi, sekali yang sampai bukan masak lemak cili api ikan sembilang .... ikan keli yang mai! Rupanya baru aku tahu, orang Nogori panggil ikan keli sebagai ikan sembilang. Sedangkan, 2 jenis ikan ini adalah berbeza. Ikan sembilang tangkap kat laut ye .... ikan keli nie korang boleh je tangkap kat sungai or bendang (sawah padi). Rasa ikan sembilang jauh lebih sedap daripada ikan keli. Itu bagi tekak akulah!!


Kadang orang tak pandai beza antara ikan keli dan sembilang. Nampak seakan serupa ... tapi ada bezanya. Macam aku dah terror bezakan kedua jenis ikan nie. Ikan sembilang ekor dia lebih kurus dan nipis jika nak dibandingkan dengan ikan keli. Ikan sembilang tidak selicin ikan keli. Selain itu ... aku dapat bezakan dari segi rasa ikan sembilang yang lebih halus tekstur isinya. Sebab tu aku rasa ikan sembilang nie lebih sedap ... xoxoxoxo


Ini menu yang ayah bonda dan aku order. Masing-masing order mengikut citarasa memasing. Okeh, untuk info korang, bila datang kat Naim Gulai Sembilang nie ... dia akan masak bila korang order. Ada macam-macam menu, so korang senaraikanlah apa yang korang nak mereka akan masak. Bukan menu siap sedia korang ceduk. So, kena sabarlah menunggu lebih kurang 30 minit camtu. Tapi sepenat mana pun korang tunggu, Insya Allah menu mereka tidak akan mengecewakan hati korang. Insya Allah ... mari tengok apa yang kami order ...


Gulai sembilang ... of course aku yang punya. Untuk seorang makan bermakna seekor ikan sembilang saiz sederhana. Tak cukup nie. Gulai ni dihidang panas-panas dekat korang dalam claypot. Gulai sembilang campur dengan bendi. Rasa gulai dia memang pure utara ... sedap! Aku rasa dia pakai rempah basah ... memang rasa dia lain daripada yang lain. Kalau guna rempah serbuk, tak sesedap nie. Aku pun belajar dengan makcik aku nak buat rempah kari sendiri dah. Sedaplah sangat bagi tekak aku. Inilah pertama kali aku makan gulai kat kedai makan yang sedap. Memandangkan aku orang utara ... gulai adalah menu masakan yang wajib.


Yang nie pulak gulai tenggiri pilihan ayah aku. Tenggiri dia pun best jugak. Aku rasa sket je. Ikan sembilang tu pun aku  kongsi ngan ayah. Mak aku tak makan ikan sembilang. Aku nie lebih kepada ayah, so apa yang ayah aku makan ... kebanyakannya aku makan kecuali durian. Dulu ye aku ikut ayah tak makan durian, but now .... terbalik plak boleh ikut mak, 'hantu durian!'. Pantang nampak sure beli punyalah ...


Pilihan bonda. Bonda aku nie jenis susah sket makan kat kedai makan. Tekak dia memang tekak makan menu kat rumah je. Kalau nak pi kedai makan tu, kena check kedai tu bersih  ke dak ... pastu dia plak jenis tak makan ikan besar. Bonda agak cerewet, tapi dah tahu ... layankan ajelah. Kebiasaannya dia akan order sotong goreng tepung nie. Alhamdulillah, sotong goreng tepung kat Naik Gulai Sembilang nie memang sedap. Terasa segala rempah tak macam dekat Ana Ikan Bakar tu ... tawaq!! Selain sotong goreng tepung, kitaorang up dengan sayur campur. Pendek kata semua menu yang kami pilih sedap!! Wajib repeat.



Kerana gulai sembilang, aku buat keputusan untuk cheat diet hari tu ... takpa, nanti sambung atkins balik la. Tak menahan nafsu tengok gulai sembilang nie. Dah la lama sangat tak makan ikan sembilang.



Sapa pi Kedah dan terlanjur ke Tanjung Dawai ... jangan lupa singgah kat kedai makan nie. Walaupun kampung je .... Insya Allah korang tak nyesal punyalah. Cubalah gulai sembilang kat sini, pasti korang suke ... he he he



NAIM GULAI SEMBILANG
Kampung Sungai Pial
Tanjung Dawai 08100 Bedong Kedah


Waktu Urusniaga : 7am - 4pm (Tutup Hari Jumaat)
Md Ibrahim : 019-475 6548 / Zarina : 012 - 527 5014











 CK : Rasa balik minggu depan, cam nak repeat je .... walau terletak jauh dari Alor Star .....

8 comments:

  1. CK,

    Mesti sedap, ikan nampak fresh, lokasi pun menarik....makan mesti bertambah ..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni, aku kat KL.

    Benda yang kau cakap ni,ada kat tanjung dawai.Aku rasa nak cepuk-cepuk je kau ni.

    Hahaha.Lapar weh!

    ReplyDelete
  3. harus terjah ni. dah le semilang tu pebret akak.

    amboi buat pulak dok masak dalam pereyok tanah. kasi leleh la.

    ReplyDelete
  4. nmpak sedap ..tapi jauh kt kedah

    ReplyDelete
  5. sedapnya...tgk gambaq pun dh terliuq dah sluurrrp ^^....thanks cik kamooo sudi singgah blog lana ^^...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!