CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Monday, November 19, 2012

PETUA KURUS DAN LANGSING ...

Assalamualaikum ...



Morning .... happy Monday and happy working tooooooo!


Jangan Monday Blues tahuuuu .... aku skang nie mood entah ke mana sket. Kejap ke laut kejap ke darat. Tapi hati gigih nak hapdate blog juga ;)

Entry copy paste aje dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Aku copy kat sini sebagai rujukan aku ... dan just nk sharing ngan korang. Buat mereka yang nak langsing mangsing ... sila cuba! Dulu, aku pernah cuba salah satu daripada petua di bawah. Tapi disebabkan aku kurang kerajinan so, taklah nampak hasilnye ;(




Petua 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dan berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3: Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4: Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Petua 5: Badan Langsing Selepas Bersalin - Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Petua 6: Mengurangkan Buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.

Petua 7: Mengempiskan Perut - Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.



Selamat beramal ye!



CK : Dah nak pergi keje ...bubye

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!