Friday, December 28, 2012

3 HARI LAGI ...

Assalamualaikum ...




Hari ini, hari Jumaat terakhir dalam 2012! Apa korang rasa? Bersyukurkan ... sehingga Jumaat terakhir 2012 ini kita masih dipanjangkan usia. Masih bernafas dengan rahmat dan nikmat dari Maha Pencipta. Alhamdulillah ....



Ini adalah Jumaat terakhir aku keliru tentang hari. Hari ini dengan berbangganya aku dan si teman sudah mendaftar sebuah syarikat enterprise. Untuk memenuhi impian aku yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Mulakan dengan kecil ... kemudian usaha sampai jaya! In-shaa Allah!! Promosi pendaftaran syarikat dengan bayaran sebanyak RM60.00 selama 5 tahun. Jangan lepaskan peluang ... kalau korang berminat untuk daftarkan SSM, sila gegas ke KPDNKK Presint 2, Putrajaya  .... promosi sehingga 31 Disember 2012 sahaja. Maknanya last Isnin next week jer.


Itu, step pertama aku dalam perniagaan. Selalu jual jajan kecik-kecik je. Entah macam mana aku terfikir untuk berbisnes dengan adanya syarikat sendiri. Membuka company sendiri tiada pun dalam wishlist 2012. Tapi, mungkin hati dah terbuka ... setelah sekian lama memendam hasrat.



3 hari lagi nak tinggalkan 2012, aku sedang sibuk buat wishlist dan azam 2013! Kemudian nak review azam dan wishlist 2012 yang bakal berlalu. Ada ke yang tercapai???



Kita tunggu yek camne nanti .... aku story mory ... ekekekekek






CK : 9/10 punca rezeki adalah perniagaan!

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!