Tuesday, January 31, 2012

JANGAN INGAT ORANG LAIN TAK NAMPAK ...

Assalamualaikum ...



Kadang kita lupa, kita ingat orang tak nampak apa yang kita buat
Depan boss, punya baik macam malaikat ye awak nie ...
Diam je macam buat kerja ...
Bontot je punggung boss
Tapi bila boss takda kat office ...


"Aku perasan kau selalu hilang dan tiada ditempat kerja!"


Kau kat mana ar? Memang manusia macam kau nie jenis hipokrit ye?
Padanlah ramai yang cakap, zahirnya kau nampak baik 
Hakikatnya, orang yang dah lama pandang .... akan sedar kau nie siapa sebenarnya!

Padanlah ramai yang cakap, "kau dulu lain .... sekarang nie pun dah lain, berlagak tak padan dengan apa yang pegang sekarang!".



Itu antara kau dan Tuhan! Tapi aku harap, kau berhentilah jadi manusia hipokrit! Ramai dah bercakap pasal kau dan tak suka sikap bodek kau. 


Itu aje aku nak luah. Jangan bajet bagus depan aku, sebab aku kenal kau sapa ... dulu kau tak ada apa-apapun dan kami yang tolong hidup kau. Bila dah senang, kau lupa kawan malah hentam dan pinggirkan kawan sendiri. Dan aku rasa kau tak layak pun digelar sebagai kawan buat kami.






CK : Allah itu Maha Adil .... mungkin hari ini hari kau, tapi sejauh mana kau boleh tipu semua orang dalam satu masa??

Jalan, Order dan Makan : RESTORAN & CATERING ARHAM, Desa Pinggiran Putra

Assalamualaikum ...





Biasanya weekend, kalau aku kerja ... aku jarang masak untuk bekal tengahari. Memadai masak untuk breakfast je. Itupun yang simple-simple. Buat alas perut je pun sementara tunggu tengahari. So, weekend biasanya aku akan lunch dekat kedai kalau MB ajak. So, sapa yang ajak dia tulah yang keluar duit. Okeh tipu. Ikut turn juga. Kalau hari nie dia, esok aku pula. Camtulah seterusnya. Cuma bila time gaji bab bayar membayar memang dia ajelah! Aku nie sesekali. muaha ha ha ha .... gelak jahat!



Terus kepada edisi JOM. Lokasi dekat juga dengan Putrajaya. Tapi aku rasa belum pernah promote lagi. Restoran nie memang boleh dikatakan selalu juga aku pergi. Memang ulang-ulanglah! Satu sebab makanan dia sedap! Dua sebab restoran dia bersih! Ketiga sebab harga boleh dikatakan berpatutan jugalah.


 


Inilah tempat yang aku maksudkan. Restoran & Katering ARHAM yang terletak di Desa Pinggiran Putra berhampiran dengan Putrajaya. Dekat jalan apa aku dah lupa. Tapi korang boleh terjah blog ARHAM di sini .... KLIK KLIK.  Tauke dia takda share apapun dengan aku dan aku tak kenal pun tauke dia. he he he. Cuma nak pujilah dari segi masakan, kebersihan dan kekemasan restoran ARHAM. Aku puashati. Aku tengok pekerja-pekerja dia dah pakai uniform baru untuk tahun 2012, merah hitam lagi. Tahun lepas takda pun uniform. Satu peningkatan!




Sembang banyak pun tak gunakan. Tunjuk makanan dulu. Ini menu SI MB. Ayam goreng kunyit 2 ketul, sayur campur lepas tu apa ntah dia ambil aku dah lupa. Sayur yang dia ambil nie sedap. Dengan dicurah kuah masak lemak tu. Memang bestlah!




Ini menu aku. Ikan keli goreng tepung aku rasa, sayur petola, kuah masak lemak, ulam jantung pisang, sup kentang dan sambal belacan. Okeh sambal belacan tak nampak pun dalam gambar. Abaikan!


Walaupun menu yang kami ambil biasa-biasa sahaja, but aku nak puji dari segi rasa dia. Memang terasalah pada lidah masing-masing. Sehingga kami berulang kali pergi makan di sana, belum lagilah terpacul perkataan tak sedap makan di ARHAM. Aku rasa ARHAM pun ada menu untuk makan pagi. Makan malam aku tak pasti. 


Untuk makluman korang, ARHAM pun buat katering juga. So, sapa-sapa yang berminat nak buat kenduri atau apa-apa majlis makan-makan, bolehlah contact dengan Haji Roslan yang merupakan tauke kepada Restoran ARHAM dan Catering nie. Atau korang boleh hubungi dengan Puan Huda di talian ini 012-355 2513. Apapun jenguk dulu blog ARHAM dan tengok menu yang ditawarkan oleh mereka.





Ini ruang dalam Restoran ARHAM. Lantai dia berkilat punya bersih. Memang aku puji sangat-sangatlah bab kebersihan restoran nie. TOLONG KEKALKAN atau tambahbaikkan lagi ok.


Next time aku nak try makan pagi pula dekat restoran nie, tapi tak tahulah bila? Asyik jadi pelanggan tetap makan tengahari je. he he he!



Untuk restoran ini aku bagi 4 1/2 bintang dari 5 bintang!





Apa kata nanti korang try pula makan di sini .... ok ke tak pada lidah korang nanti! Pastu sharelah ye cerita tu. 






Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!







CK : Blog aku dah jadi blog jalan-jalan cari makan dah aku rasa ... he he he!

Monday, January 30, 2012

BAIKLAH KITA, SEBELUM ......

Assalamualaikum ...




Baiklah kita memuji pasangan kita, 
sebelum orang lain memuji pasangan kita,

Baiklah kita membelai isteri/suami kita, 
sebelum orang lain membelai suami/isteri kita,

Baiklah kita memasak makanan untuk suami kita, 
sebelum orang lain memasak makanan untuk suami kita,

Baiklah kita mengambil berat tentang pasangan kita, 
sebelum orang lain mengambil berat tentang pasangan kita,

Baiklah kita menjadi pendengar yang baik untuk pasangan kita, 
sebelum orang lain menjadi pendengar yang baik bagi pasangan kita,

Baiklah kita bertanya dan menyelesaikan masalah pasangan kita, 
sebelum orang lain bertanya dan menyelesaikan masalah pasangan kita!

Biarlah kita menjadi tempat curahan rasa hati pasangan kita, 
sebelum orang lain, Twitter, Blog dan Facebook menjadi tempat curahan rasa hati pasangan kita!



"Di sebalik senyuman tidak beerti ada kegembiraan,
Di sebalik kemurungan itu tidak beerti ada kepayahan, dan
Di sebalik kesedihan tidak beerti ada penderitaan"






Kita tidak boleh berharap pada kejujuran semata dalam ikatan hubungan 2 jiwa dan hati manusia. Di sebalik kejujuran kita perlu ada toleransi. Namun kedua perkara ini tidak akan menguatkan perhubungan tanpa ada persefahaman. Dan hubungan yang dibina tidak akan berkekalan hanya dengan tiga perkara ini seandainya kita tiada rasa percaya antara 2 jiwa dan hati. Akhirnya, kejujuran, toleransi, persefahaman dan rasa percaya akan lahirkan kesetiaan dalam hubungan antara dua jiwa dan hati manusia!


Selebihnya, kita berserah pada Maha Pencipta Yang Esa kerana di antara perkara yang manusia tidak ketahui  dan ditentukan oleh DIA ialah JODOH selain daripada rezeki dan mati!





Disimpulkan, kita harus menerima seadanya dan menjaga pasangan kita dengan baik!





# tulisan ini hasil daripada apa yang didengar oleh MB pagi tadi melalui satu segmen motivasi (katanya). dia datang meluahkan segalanya pada aku dengan penuh perasaan. seolah ada sesuatu yang tersimpan. pesan dia pada aku dan juga pada semua yang membaca entry ini, katanya, "apa yang saya cakap dan awak tulis ini adalah untuk menjadi ingatan kepada diri saya (MB), diri awak (AKU) dan pembaca blog awak .... hargailah pasangan yang kita ada di depan mata dan terima dia seadanya, sebelum tempat kita di sisi dia diambil alih oleh orang lain!".





Serius aku terkedu seketika dan rasa hati dia bila meluahkan semua ini pada aku seolah aku tahu .... kenapa?! 





CK : Aku sentiasa cuba sebaiknya menghargai orang aku sayang dan mereka yang sayangkan aku!

ANUGERAH

Assalamualaikum ....



Dulu, zaman remaja aku ... kalau sebut apa sahaja anugerah yang akan disiarkan di TV, semua aku layan termasuk anugerah omputih yang aku tak paham pun dia cakap apa. Bak kata, sebut sahaja soal hiburan memang aku orang pertama duduk depan TV. Memang TV tu macam "makanan ruji" aku yang harus dipertontonkan tidak kira masa.


Sekarang nie, sebut pasal hiburan ... aku rasa akulah yang paling buta hati untuk menilai kecuali menonton drama Melayu. Duduk depan TV setiap kali ada apa-apa anugerah bukan lagi satu kewajipan bagi aku. Aku rasa faktor umur dan keadaan sekeliling mempengaruhi hidup aku sekarang ini.


Semalam ada Anugerah Juara Lagu Ke-26 kan? Aku balik rumah, lepas solat Maghrib .... aku on TV kemudian aku boleh tidur. Bila sedar aku dengar Jaclyn Victor tengah nyanyi, lepas tu aku dah tak tahu apa jadi. Sedar-sedar dah 5 pagi.


Anugerah hiburan dah tak penting untuk aku. Bila orang bercerita, aku cakap "ntah tak tengok pun, eh! best ke?". Rasanya tidur lagi penting kot sekarang nie ... ermmmm ntahlah!





Pagi tadi aku buka Berita Harian Online, lagu Awan Nano nyanyian Hafiz yang dicipta oleh Datuk M.Nasir dan senikata ditulis oleh Budi Hekayat (siapa dia nie?) telah dipilih sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-26, di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.



Okeh ... Tahniah Datuk M.Nasir, Budi Hekayat dan Hafiz! 



Sekarang nie nak tahu apa-apa pasal hiburan, baca suratkhabar je. Kurang sikit rasa mengantuk. Lagipun majlis anugerah kat Malaysia nie memanjang hambar aje. Aku pun dah bertahun tak tengok rancangan Melodi, tak suka betul rancangan nie sebab kepochi lebih! Lagi satu, Melodi suka sangat siar hal rumahtangga artis. Tak sukanye! Kisah rumahtangga takyahlah dok sibuk-sibuk. Itukan personal dorang. Elok-elok rumahtangga tu dok pi tanya pula, "katanya dah tidak tinggal serumah, benarkah gossip tu?". Aiyaaaaak!



Ntah pape ..





CK : Kisah sendiri, sendiri buat sendiri simpanlah. Cerita dalam kain pun takkan nak khabor dekat satu Malaysia kot?




OMBAK RINDU

Assalamualaikum ...






Aku asyik ulang dengar Ombak Rindu Instrumental. Entah berapa ratus kali aku dengar, aku sendiri tak pasti. Rasa macam lagu ini terlalu sangat puitis bagi aku. Rasa aku sendiri boleh tenggelam dalam lagu nie. Dengar beratus kali pun, telinga aku masih belum jemu.


Bila habis satu lagu, aku replay! Sampai aku rasa puas di ketika itu sahaja. Esok atau nanti-nanti aku on lappy. Pastinya aku akan layan dan layan lagi lagu nie. Memang rasa menusuk dalam hati. Rasa macam terkesan dengan sendiri. 


Aku raup wajah aku sendiri dan terus istigfar! Astagfirullah ....! Detik hati dan akal aku, kalau aku boleh tenggelam dalam sebuah lagu yang dinamakan Ombak Rindu ciptaan hamba Allah, kenapa aku tidak boleh tenggelam dan terkesan sesungguh hati bila membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang datangnya dari Maha Pencipta aku sendiri??




Aku lalai! Ini cerita kelalaian aku yang ketara sebagai hamba Tuhan! Ya-Allah ampunkan aku.







CK : Apa yang Allah cipta itu lebih indah dan lebih puitis ... indah dan terlalu indah!

Sunday, January 29, 2012

PERAM LAMA-LAMA, AKHIRNYA CASHOUT JUGAK!

Assalamualaikum ...





Ahad! Aku bangun awal dari semalam. Malam tadi tidur dengan anak buah aku, Si Danny. Dia datang rumah aku. Sebelum tidur, siap minta ipad. Alahai. Manalah angah ada ipad nak oi! Harap lappy comey kiut miut nie adalah. Baru 4 tahun kau dah minta ipad ye. . Pujuk-pujuk, last-last dia tidur. Nasib baik tak menangis. Sebelum ikut balik malam tadi aku dah minta dia janji takkan menangis. 


Pagi-pagi aku update bukan nak cerita pasal anak buah aku yang banyak akal kadang-kadang. Aku nak share cerita pasal Nuffnang yang dah sebulan sepi tak bagi aku buffered earnings. Adoi merajuk ke nuffnang?


Setelah sebulan sepi tak bagi BE, so aku decide nak cashout semua earnings yang aku dapat sepanjang tahun 2011. Cashout, tunggu cek pastu cashkan cek .... duit tu simpan untuk kumpul beli DSLR. Itu pun kalau tahun 2012 nie aku boleh dapat income yang lebih baik dari tahun lepas. Setahun tunggu nak dapat beratus. But Alhamdulillah, dari menulis sekadar suka-suka dapat juga hasil sampingan walau tak banyak.


Kadang aku teruja jugak bila tengok income blogging blogger femes emes macam Redmummy, Cikepal06, Yuyu Zulaikha, Lyssasecret, Eyriqazz dan abang Ensem. Setiap bulan ada je cashout earnings yang melampau-lampau. Hebat sungguh dorang nie. Dorang maybe ada strategi dan plan tersendiri dalam dunia blogging. Macam aku nie main tulis ikut suka. So, income nuff aku pun ikut suka jugalah. ha ha ha


Tadi bangun, lepas solat subuh terus on lappy. Buka akaun nuffnang. Nekad untuk cashout. Mereka yang berpengalaman berkata, kalau nak cashout tunggu hujung bulan. Antara 28hb-31hb macam tu. Disebabkan ini pertama kali aku cashout segala earnings yang ada, aku just follow kata-kata mereka yang bijak pandai itu. 




Earning aku sepanjang 2011, Alhamdulillah sangat. Aku dapat RM215.00. Bila dah tolak caj proses mungkin aku terima cek RM214.00 sahaja. Oklahkan. Boleh juga aku simpan. Nanti boleh cerita dekat anak cucu. "Ini duit yang nenek dapat masa jadi blogger muda-muda dulu ...". he he he. Blogger lain sebulan boleh dapat earnings macam nie, tapi aku ... setahun aku peram untuk dapat macam ini. Lebih baik ada daripada tak ada ... kan ... kan?


 

Buffered earning yang dah jadi meter sepanjang 2011. Agak banyak juga. Nilai paling sikit aku dapat dari DiGi Happy cuma RM0.11 sahaja.  Masa tu mula-mula dapat BE, aku blur tak tahu nak buat apa. Bila dah lama baru tahu. Orang yang pandai cakap, kalau dapat BE, rajin-rajinlah update blog then kalau boleh buatlah entry sikit pasal iklan yang korang dapat tu. Oranglah kata .... aku just ikut je sebab rasa benda baik kan? Dan yang paling banyak adalah BE yang teratas tu Microsoft Multi Poduct Grapvine dengan RM15.64.



Masa untuk menebus! Tadi aku terus klik tebus pendapatan saya! Gabra pun ada. ha ha ha. Aku nie asal pertama kali je, mula cuak dan gabra melampau. Cam sengal je. Ada blogger suka cerita pasal earnings mereka, tapi tak nak share berapa yang dorang dapat. Itu persepsi masing-masinglah. Bagi aku, aku share semua nie sebab menghargai korang yang rajin datang baca blog aku. Tanpa korang aku tak dapat semua nie. Terima kasih sekali lagi. Income yang biasa-biasa ini memang bagi aku semangat walaupun aku terpaksa tunggu hingga setahun. Aku harap akan jadi semangat untuk korang juga. Kadang ada juga aku terfikir, kalau dapat cek dengan jumlah macam sekarang ini tiap-tiap bulan pun Alhamdulillah. Boleh juga lepas bayar bil streamyx aku yang dah lama tertangguh tu.



Sekarang ini, income aku dah kembali RM0.00! So, lepas nie aku kena mula baliklah gigih untuk dapat BE. Untuk bulan Januari 2012, aku langsung takda BE pun. Takpalah. Mungkin nuff bagi pada blogger baru. Uh! sayunye hati aku. Februari nie dan seterusnya harap-harap adalah BE dengan riang ria berjoget dekat blog aku tanpa henti. Amin!


Untuk dapat cek nuff aku nie, kena tunggu 30 hari bagi yang pegang status glitterati. Aku anak emas nuff juga sebab masih pegang status ini. Terima kasih nuffnang!


Aku harap korang pun akan dapat income yang lebih baik dari aku. Ini setahun tau aku peram. Bukan sebulan. Secara peribadinya, aku amat berpuashati. Permulaan yang baik, Alhamdulillah. Tapi next time aku kena usaha menjadi lebih baik. Itu pun kalau aku nak sangat jadi blogger tegar menegarlah!


Aku share semua nie bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi kalau nak cakap macam tu, lantak pada yang bercakaplah. Aku punya rasa share nie lebih kepada untuk beri semangat sesama kita rakan blogger. Itu sahaja.


Oklah, aku nak pi dapur .... nak masak breakfast dekat anak buah aku nie. Bangun je menangis sebab bila dia sedar, dia sorang-sorang je dekat ruang tamu. he he he


Selamat hari Ahad korang semua! Love u'olls!







CK : Rasa nak buat pavlova hari nie, barang semua dah beli.

Saturday, January 28, 2012

HASIL SETELAH MENCUBA

Assalamualaikum ...





Morning semua! Happy weekend. Apa plan hari nie? Jalan-jalan dengan familykah? Plan aku hari nie lebur. Sedih sangat. Aku dah plan pagi nie seawal mungkin nak pergi ke Dataran Merdeka. Aku nak tengok dan ambil gambar Perarakan Sempena Hari Wilayah. Tapi, Si MB pula kena handle tournament badminton kat kampung halaman dia yang dekat cenoet. Lagipun, aku dah tak drive kereta seorang diri sekarang nie. Sejak accident hari tu. Rasa terkejut dan takut belum sudah lagi. Pergi balik kerja berjemput. Rasa macam mak datin sekejap. Okeh, aku memang manjang bajet jadi mak datin pun ... ha ha ha.




So, akhirnya plan aku bertukar. Dalam kul 11 aku nak pergi office. Siapkan segala kerja sebelum 31hb nie. Nak kena naik bas hari nie. Nasib baiklah Putrajaya nie bas banyak. So tak perlulah nak menunggu lelama. Okeh back to the title, aku cuma nak tunjukkan hasil aku tempoh hari yang aku dah story moory dekat korang semua. Pasal benda nie Jangan lupa, janji tetap janji. Jadi atau tak tetap aku share dengan korang.



Inilah hasil tu!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Alhamdulillah ... menjadi! Aku suka sangat tengok color dia. Suwetnya!



Kek ok, tak bantat pun. Cuma karamelnye agak nipis sebab loyang aku cam besar. Satu loyang tu sehari je habis, aku bagi bekal adik bongsu aku pergi office, pastu dekat adik sulung aku, bagi si MB then dekat budak office aku merasa. Coz sebelum nie, budak office aku buat  kasi aku rasa. So, time aku buat ... aku kasilah dorang rasa pula. Barulah adilkan. 


Aku sempat makan pun 2 potong. Kira oklahkan. Next time aku boleh cuba lagi. Sekarang nie aku tengah plan nak buat pavlova pulak. Try and error. Kalau menjadi pavlova aku tu, aku nak bagi pada my lovely SIL. Birthday dia 31 Januari nie. Selama nie, aku tak pernah kasi dia apa-apapun. Dia jelah asik kasi aku perfumelah, tudunglah ... bagi kek lah. Bagus punya adik ipar! Asyik menerima je ... memberinya kurang. Tapi adatlah, namapun adik. hu hu. 





Oklah, aku nak sambung buat kerja rumah. Lepas tu pergi kerja. Malam pula sambung cerita kat blog. Tak pun petang nie, kalau rajin. Okey semua .... happy weekend ya!







CK : Rindulah pula dekat BFF aku yang sorang nie ... aiyak!

Friday, January 27, 2012

BILA NAK BALIK KAMPUNG NIE?

Assalamualaikum ...





Petang-petang macam nie kalau makan jejemput bilis cicah sos sedap nie! Tambah-tambah kalau makan dekat rumah di kampung. Hui lagi heaven. Tahun nie aku belum lagi balik kampung. Hati meronta-ronta nak balik tapi bajet tak cukup. Dengan kereta aku accident hari tu. Alahai ... sedih nau rasa. Mak ayah aku dah tanya, "jadi ke balik cuti hari wilayah?".


Selalunya awal tahun aku akan balik. Kebiasaannya setahun 4 atau 5 kali aku balik Aloq Staq. Aku akan balik kampung bila sambut puasa, raya puasa dan raya haji. Kemudian, yang 2 kali tu ... saja balik lepaskan rindu. Macam sambut puasa dan raya haji aku tak adalah risau sangat bab nak balik kampung, tahun lepas lagi aku dah beli tiket flight. Cuma bab nak balik dengan kereta yang pakai banyak bajet. Untunglah sapa yang dok dekat-dekat nie.


Macam aku balik Aloq Staq selalunya kena saving sekali balik RM500. Itu baru aku sorang. Lom ada family lagi. Tol dan minyak je dekat RM300 untuk pergi balik. Then baki RM200 tu buat belanja kat kampung. Kadang aku rasa penat, but sekali dapat balik dengan kereta lagi best. Aku sebenarnya lagi suka balik drive kereta dari naik kapal torobang atau bas. 


Balik dengan flight, harga tiket memang murah. Yelah dah naik Airasia je pun. Aku pernah balik kampung 2-3 kali naik MAS, tapi bagi aku better lagi naik AIRASIA. Lebih cepat. MAS setiap kali itulah kau nak delay time aku nak balik. So, macam tak suka sikit la perkhidmatan MAS nie. Yang leceh naik flight nie, dengung telinga yang tak tahan. Bila dah ada dekat awangan, dah ok dah. Time nak berlepas tu, aku cam azab sikit la rasa.


Dulu, aku nie memang penumpang setia bas Jelita, Plusliner dan Transnasional. Memang aku  je kot asyik dok balik kampung tiap-tiap bulan. Tak cukup duit pun aku balik juga asal, tambang pergi balik cukup. Mula-mula aku datang KL tahun 2001, tambang bas pergi balik KL-AOR baru RM50. Sebab tulah, bulan nie muka aku beli tiket, bulan depan muka aku juga, bulan depan sekali lagi pun muka aku juga. Murahkan! Sekarang nie, tambang pergi balik dah sama macam harga tiket Airasia. Harga tiket bas Putrajaya-AOR pergi balik dekat RM100. Baik naik flight je! Cepat sikit, dari naik bas ... 5-6 jam baru sampai.



Pagi tadi call mak aku, dia kata la nie musim menuai padi. Adus bestnya! Aku bab tuai padi inilah yang syok. Rasa cerah sikit. Belakang rumah aku tu bendang (sawah padi), bolehlah nak main bola petang-petang kalau takda ayaq dalam bendang tu. Tak pun main wau kertas! Rasa nak jadi budak-budak balik la. Seronoknye.




Sawah padi menghijau nie masa aku balik kampung raya haji tahun lepas. Masa nie belum lagi ada compact camera. Harap hp sony yang banyak berjasa itu je lah. Alhamdulillah ada juga! Ini bendang belakang rumah ayah aku.


Saja gatai ambik gambar dari pagar ayah aku yang bengkok. Bajet nak cari seni gambarlah. Tapi tak cukup pandai lagi. ha ha ha. Sifu Telorpower ... tolong tunjuk ajaq. ngeh ngeh



Ayah aku nie semua kawasan rumah kalau boleh nak letak pagaq. Tapi pagaq tali nie je yang ayah mampu. Kami ok je. Asal ayah rasa ok. Ayah tak letak pagaq pun anak-anak ayah oke. Tapi kami tahu ayah letak pagaq tak bagi ayam masuk makan padi jemuqkan?? Rumah tu ayah cat color kuning kot masa adik aku bertunang. Lain color yang aku minta, lain color yang dapat. Takpa janji ayah happy ... kan ayah kan??



Entry ini cuma nak sampaikan rasa rindu aku dekat kampung halaman. Untunglah sapa yang gheja dekat dengan kampung sendiri. Boleh merempit tiap-tiap hari kalau nak. Macam si MB aku tu, kampung dia dekat cenoek. Belum panas buntut dah sampai. Macam kampung aku, rasa kebas nak hilang buntut pun tak sampai-sampai lagi kalau naik gheta. Kurang-kurang 5-6 jam baru sampai.



Okeh. Stop. Lama-lama taip pasal kampung, meleleh pula ayaq mata!





#abaikan ayat mula-mula tu, aku taip petang tadi kat office pastu sambung dekat rumah! so anggaplah ayat tu macam takda. Petang ape plak....dah malam pun! ha ha ha







CK : Hari ini sesi luahan perasan dengan staff aku pasai gheja! hu hu.

ZAMAN REMPIT

Assalamualaikum ...










Dulu helmet nie memang menjadi kesayangan. Kesayangan semasa zaman rempit. Sanggup kumpul duit sekolah nak beli helmet SGV. Kira paling hebatlah kalau budak sekolah pakai helmet nie. Rasanya masa aku beli tu dalam RM50++ kot. Aku dah lupa.


Helmet apollo yang ayah beli tu tak nak pakai. Kononnya tak smart langsung. Old skool. Tapi aku tengok budak-budak sekarang selamba je pakai helmet apollo tu. he he he. Ke aku nie je yang memilih. Masa mula beli helmet nie, 2 minggu sekali mesti aku lap. Bagi kilat dan hilang calar. Memang jaga betul-betul tak bagi jatuh. Sayang sangat!



Sekarang nie, dah lebih lebih 15 tahun ... helmet nie pun dah ada macam-macam kesan calar. Masa mula datang KL aku tak bawa motor. Dah kerja Putrajaya baru pos motor datang sini. Dan sejak ada kereta, sebulan sekali je pun merempit. So, helmet nie memang tersadai tanpa belaian. Bila ingat balik, rindu zaman Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman dan geng-geng motor aku! 




Rasa sayang pada helmet nie masih ada, cuma masa membelai je banyak dah kurang! aiyak....





CK : Rasa nak back to school je.

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM - RUMAH IKLIM 4 MUSIM [Part 2 - Akhir]

Assalamualaikum ...





Lama betul aku ambil masa untuk sambung part 2 @ akhir pasal jalan-jalan ke Taman Botani Negara, Shah Alam nie. Tersimpan je dalam draft. Nasib baik tak jadi pekasam. Kadang ada cerita lagi best, cerita tulah aku update dulu. Kadang aku lupa. Oh! bagi korang yang belum jenguk part 1, bolehlah singgah kat sini je.



Dekat TBN nie, aku tak ke mana-mana sangat. Tujuan sebenarnya, memang nak ke rumah iklim 4 musim sahaja. Sebab itu malas nak berjalan kaki atau naik basikal. Rela simpan pelun dengan naik bus shuttle. Korang takyahlah tiru perangai buruk aku nie. Kalau rasa pergi tu awal, ambillah masa berjalan kaki atau berbasikal untuk lihat keindahan pokok-pokok hutan yang menghijau. Ini nasihat akulah. Nak ikut ke tak terpulang


Aku tengok ramat mat saleh rela berjalan kaki atau berbasikal, berbanding orang Malaysia termasuk aku yang rasa lebih mudah naik bas shuttle. Mudah atau malas? Kalau ada pun orang Malaysia yang naik basikal atau berjalan kaki, majoriti mereka yang bercouple. Lama sikit nak sampai. Ye dak? he he he .... macam tak biasalah pulak.









Tiket masuk ke rumah iklim 4 musim, RM3.00. Kena beli dekat pintu masuk utama.


Penguin!



Orang salji?



Ramai ambil kesempatan bergambar!



Puashati dapat masuk, tapi macam kecewa sikit. Mungkin expectation aku terlalu tinggi. Aku ingat kita boleh main-main salji @ ais tu macam dekat Genting Highlands tu. Rasa sejuk dia pun macam dalam fridge je. Eh! macam pernah plak masuk dalam fridge dan tidur gayanya cakap camtu! Masa sebelum masuk, aku bajet akan dapat baju yang tebal-tebal camtu. Siap pakai sarung tangan bagai. erghhh ... apa kolot nau aku nie! Sekali masuk macam tu, kalau selipar ... seliparlah. Sejuklah kaki tu. Kalau baju lengan pendek, memang pendeklah. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang. So, selamat lengan aku dari kesejukan yang kurang sejuk tu. Kalau tanya pendapat aku, rasanya dah tak pergi dah kot sini .... ha ha ha tak best ok. 



Mana nak bestnya, ada satu pondok je untuk kiri kanan. Pastu nak ambil gambar pun cam berebut-berebut tunggu turn. Bila sampai turn kita, kang ambil gambar nampak belakang orang lain la, nampak tangan la, punggung la .... haish! macam-macam lah. Mati-mati aku ingat rumah iklim nie luas sesangat. Boleh main baling-baling salji bagai! Rupanya tidaaaaaaaaaaaaaaaak! Kecewa di situ. Tak ohsem langsung beb. Tapi takpelah sebab dah pergi, next time bila orang tanya aku tahu keadaannya bagaimana.



Rumah salji nie akan ditutup pula Februari nie kalau tak salah aku sebab nak mulakan kerja-kerja persiapan untuk musim bunga pula. Rasanya musim bunga akan start pada Mac. 



Okeh, itu je pun cerita pasal rumah 4 musim nie. Gambar pun tak menarik. Susah bertolak-tolak nak ambil gambar. Sampai kaburlah lens camera aku tu.



Lepas nie, tak tahulah plan nak ke mana pula. Erghh .... tunggu ajelah! Okeh babai .... tq datang baca ye kengkawan semua. Love u'olls!







CK : Tahun nie mood berjalan-jalan lebih dari mood bekerja!

Thursday, January 26, 2012

Jalan, Order dan Makan : RESTORAN YUSOOF A.RAZAK (Famous Fish Head Curry), PRESINT 9, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...




Lepas balik kerja, kadang-kadang aku pergi cari makan dulu sebelum balik rumah. Itupun kalau mood nak masak kurang rajin. Sekarang nie, jarang ambil makan malam. Kalau makan pun, sebelum 8.30pm. Minggu lepas baru sekali makan malam. Lapaq sangat masa tu sebab tengahari aku cuma makan chicken chop separuh je.


Sesekali kita layan makan dekat restoran mamak pula. Tukar selera. Kalau pi restoran mamak, aku prefer makan makanan yang memang dorang terror masak. Jangan pi restoran mamak dok order tomyam atau sup pula. Memang lari tunelah! Confirm tak sedap punya!



Malas nak pergi jauh-jauh. Makan dekat restoran mamak dekat rumah aje. Aku suka makan dekat restoran nie. Ini pun dah lama sangat tak datang. Restoran Yusoof A.Razak, Presint 9 Putrajaya. Kalau sebut mamak terowong Presint 9, inilah dia salah satunya. Orang Putrajaya mesti tau punya. Yang satu lagi Restoran Darussalam yang mula-mula jumpa. Lepas Restoran Darussalam baru jumpa restoran nie. Aku tengok restoran nie ramai polis Putrajaya dok lepas belakang restoran sambil minum ramai-ramai siap dengan uniform lagi. Tak kerja ke?


Maggi goreng dekat sini, memang sedap! Pedas.



Maggi goreng memang menu wajib aku kalau datang sini. Kalau tak, aku order mee goreng. Semuanya tanpa taugeh! Aku tak suka taugeh.



Roti canai yang memang lembut! Sedap ... dimakan dengan kuah campur. Kuah campur sendiri. Kalau kuah yang mamak tu bawa memang aku tak layan. Siap pi senduk kuah sendiri. Baru best! Mula order 2 keping je, lepas tu up lagi sekeping. Si MB bulat punya pasal!




Okeh, dah siap makan .... jom balik! Aku belum pernah cuba kari kepala ikan di sini. Suatu masa akan try juga nanti.



#perut kenyang suka hati






CK : Sapa tau kat mana restoran kari kepala ikan yang sedap area KL. Sila roger saya! Tq

Resepi : CHICKEN NUGGET TORTILLA ... sangat simple!

Assalamualaikum ...





Aku rasa inilah resepi paling mudah sangat dan menu sihat bagi aku. Senang 15 minit dah siap! Boleh terus ngap selepas bismillah! Cuti Tahun Baru Cina yang agak malas bagi aku, tak tahu nak buat apa untuk breakfast. Perut dah minta makan, tapi diri tak merajin sangat. So, aku decide untuk buat Chicken Nugget Tortilla yang sangat mudah ... ala-ala KFC gitu!


Resepi campak-campak asal jadi. Naib baik sedap. Sedap bagi tekak sendirilah. Tekak korang aku tak pasti. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. Sebelum tu, tunjuk hasil chicken nugget tortilla aku untuk korang dengan penuh bangga. he he he. Nak buat menu nie perlukan sedikit sangat kerajinan. 




Resepi : CHICKEN NUGGET TORTILLA
Sumber : CIK KAMOO 


Bahan-bahan

  • Tortilla bread (aku beli brand murah, First Choice dekat Giant, janji ada. Ambil yang tradisional)
  • Mayonis (Kalau ada thousand island lagi sedap rasanya nie)
  • Tomato - dipotong dadu
  • Salad
  • Nugget ayam yang telah digoreng - hiris memanjang
  • Sos cili
  • Cheese (aku pakai brand Bega. Ini pun brand biasa tp sedap sbb smokey BBQ)
  • Aluminium foil untuk bungkus

Cara-cara nak buat, boleh tengok step gambar dekat bawah nie. Senang sangat. Budak sekolah tadika pun tau buat nie. he he he, yang penting bekalkan sedikit kerajinan sahaja.



  •  Sapukan mayonis di atas roti tortilla
  • Letakkan salad
  • Kemudian tomato yang telah didadu
  • Hirisan nugget
  • Letakkan lagi hirisan tomato
  • Kemudian kepingan cheese (1 cheese aku potong 2, dan letak atas bawah)
  • Tuang sos cili sepanjang nugget dan cheese berkenaan
  • Akhir sekali, sapu mayonis lagi sekali 

  • Dah siap letak segala inti, boleh gulung bagi kejap-kejap macam gambar di atas. 
  • Jangan letak terlalu banyak inti nanti susah nak gulung

  • Kemudian bungkus chicken nugget tortilla tadi dengan aluminium foil
  • Sebelum tu, panaskan oven dulu dalam 5-10 min
  • Kemudian masukkan chicken nugget tortilla tadi ke dalam oven
  • Bakar antara 10-15 minit sampai roti tortilla berkenaan menjadi lembut.
  • Siap .... bismillah dan ngap!
Mudahkan? Silalah cuba ya. Memang kenyang punya.








CK : Ada banyak lagi entry resepi yang aku belum publish. Mood dipertengahan antara rajin dan kurang rajin.

Wednesday, January 25, 2012

AKU MEMANG TAK PERNAH DAN TAK PANDAI BUAT KEK!

Assalamualaikum ...





Aku tahu masak (tahu masak tak semestinya sedap ye!), tapi bab buat kek aku memang failed! Tak pernah pun ada keinginan kat hati nak buat kek seorang diri selama ini. Kuih raya pun setakat buat cornflakes madu pandailah. Yang lain-lain...ermmmm cam hampeh kot. Rasanya lebih baik tunjuk-tunjuk, hulur duit dan dapat sebekas kuih, pastu balik ngap depan TV sambil layan Boboiboy! Cheh, jiwa kanak-kanak aku nie.



Weekend baru nie, Si June ajak aku buat kek. Bila orang ajak aku wat kek aku memang gelabahlah sikit. Sebab mana pernah weh! So, aku yang keluarkan idea buat kek caramel hari tu. Sebabnya, aku tahu wat puding caramel. Kira luluslah, tapi bab kek, biar si June buat. Bak kata orang baik bagi yang bijak pandai, yang tak pandai macam aku nie cukuplah setakat pandang! Mengecewakan bila kek yang kami buat tu tak jadi, sebabnya masuk air kerana guna bekas yang boleh tanggal-tanggal punggung dia tu. Bekas pun ada punggung! Haks!



Malam nie, aku cabar diri sendiri. Sampai bila asyik nak cakap tak pandai dan tak boleh buat  kek seorang diri. So, aku try buat Kek Karamel Ala-Ala Pelangi. Aku guna ala-ala pelangi sebab color tak cukup tujuh pun. Aku pakai 2 colour je. Bantailah ... jangan bantat sudah! Telur pun tak cukup, ikut resepi guna 6 biji telur, aku guna 5 biji je. Memang resepi derhaka tul! Kat bawah nie, sebelum aku steambathkan kek nie. Hasilnya aku tak tahu bagaimana. Jadi ke tak .... terserah! Aku dah cuba. Eh! senangnya aku cakap.




Belum dimasukkan ke oven untuk bako!



Aku ikut resepi dari K-An, Periuk Tanah step by step. Dia suruh tapis aku tapis, kira apa yang K-An suruh aku ikutlah... cuma bab telur je kurang satu. Harap-harap jadi. Aku nie memang tak pandai buat kek, so sebolehnya aku follow je prosedur dia bagi. Cuma untuk yang nie je terderhaka sikit bab telur tuh! Adatlah orang tak berapa pandai, copy paste ajelah. ha ha ha



Aku sekarang nie cam tengah nebes tunggu kek aku jadi ke tidak? Kalau jadi aku cerita kat korang. Tapi kalau tak jadi pun aku cerita juga. ha ha ha. Sharing is caring. 



Okeh, aku nak pergi tengok kek aku tuh. Lepas tu nak sejukkan, then aku nak tidur! Ngantuk dah mata akak nie. Rasa macam digam-gam dah. 



Selamat malamlah korang ye! Tq datang sini baca cerita akak yang kadang tu tak semenggah pun. ha ha ha







CK : Lepas ini, aku nak sentiasa mencuba. Baru tahu buat kek nie best plus syiooook!

TAKDA KEJE!

Assalamualaikum ...













Bila dah ada compact camera sendiri, semua benda yang ada dalam rumah nak ambil gambaq. Nampak sangat aku nie macam takda kerja. Atau aku tengah jakun pakai compact camera. ahaks! Asal rasa bosan je pegang camera dan snap sana sini.


Perghhh macam budak-budak belasan tahun tak pun macam budak baru nak cukup umur yang tengah gila nak lolipop! Cam tulah aku, kadang-kadang suka perangai cam budak-budak nie. Nampak hidup macam cool sket, walau kete kena langgar tu belum lagi pi repair pintu dia. Hah! Lantak pi situ.


Hari ini bila pandang kereta cam tak hensem sungguh. Bila ingat jasa si hitam tu, kenalah cepat pi ketuk dan paint semula. Mula dapat si hitam tu, setahun 4-5 kali drive balik kampung sorang2 dari Kajang/Putrajaya ke Kedah! Hebat aku ... ha ha ha puji diri sendiri. Nak tunggu hangpa puji lambat bebenor nak komen.


Malas nak mengarut, aku cuma nak share gambar yang ntah pape ntah! 





CK : Putrajaya hujan selebat-lebatnya!

EPISOD MEMBODEK BERMULA

Assalamualaikum ....



Dalam hal-hal kerja, aku paling tak suka orang bodek pastu hipokrit depan boss. Bila boss masuk, ramai-ramai berkumpul tunggu giliran nak buka cerita aka bodek! Eaaauw, kenapa manusia camtu ye? Terutama yang dah otai-otai nie. Aku dah masuk 12 tahun kerja, dari swasta masuk gomen, keluar gomen masuk swasta, keluar swasta dan kerja gomen sampai skarang. 


Satu haram pasal bodek aku tak tahu. Orang cakap, kalau kerja tak pandai bodek ... cam bangang sikit. Bila nak dapat anugerah khidmat cemerlang kata depa. Eh! Lantak pilah kalau tak dapat, apa ingat anugerah tu boleh bawa masuk kubur kalau yang terima pun kerja bodek, depan boss cakap lain depan staff cakap lain ... apatah lagi yang bagi, nilai kerja orang ikut emosi. Kalau orang yang nilai aku tu ikhlas dan memang rezeki aku, Insya-Allah akan ada nanti. So, aku tak risau pun. haks!


Erghhh ... masuk 1st day kerja lepas CNY aku komplen-komplen pasal kerjakan. Eh! bukan pasal kerjalah, pasal sikap orang office aku. Tapi aku camni gak, rela layan perasaan sendiri dari amek serius sangat hal office nie. Ingat ohsem sangat ke office aku nie. Kadang tekanan gaks...cuma aku je manjang booo layan.


Biar tak pandai bodek asal tahu buat kerja. Tapi jangan setakat tahu buat kerja tapi tak tahu bertanggungjawab ke atas kerja ... tak boleh jugak camtu!






CK : Depa asyik bincang nak tukar department je. Aku tak fikir pun! Macam dah serik pun ada. haks haks...

DBP DAH MENGANTUK!

Assalamualaikum ...




Semalam hari akhir cuti Tahun Baru Cina. So, semalam aku ambil kesempatan cuti untuk masak dekat BFF aku, SI MB. Bukan selalupun nak masak untuk lunch. Bajet macam jadi BFF mithalilah konon. Masak tu pun sebagai tanda terima kasih sebab dia bantu dan bagi semangat pada aku bila aku accident tempoh hari. Kalau tak, panik melampau aku mungkin sampai hari ini.



So, malam tadi dekat 12.00am. Dia sms aku,  "Selamat malam awak. Terima kasih masik untuk saya!". Aku pun cam pelik masik mendalah pulak nie. Perkataan barukah?


Tiba-tiba, satu lagi sms masuk. Dari Si MB juga, "Pembetulan, masik kepada masak! DBP dah mengantuk nie!".


#DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka


Alah apalah sangat kalau setakat buat ayam masak lemak cili api. Kesukaan dia tu. Jika nak dibandingkan dengan susah senang aku yang dia bersama selama nie. Bagus juga bila dia semakin pandai berterima kasih. Terima kasih dia sekurang-kurangnya buat diri aku rasa dihargai sebagai BFF. Aku harap dia dah belajar dari kesilapan lampau. 


#Oh! untuk kawan aku, situasi perhubungan aku dengan MB adalah berbeza sangat-sangat dengan kamu. Jangan samakan cerita kita kerana ia terlalu jauh berbeza. Ada cerita disebaliknya yang kami berdua tak menduga. Allah itu Maha Kaya, dan kami sedang bersama-sama berdoa dan berharap untuk kebahagiaan jika diizinkan Tuhan. Ramai yang salah sangka tentang kami.






CK : Sebenarnya kasih sayang sahabat itu lebih manis dan indah dari cinta seorang kekasih! Sahabat jarang untuk bersikap tidak setia.

Jalan, Order dan Makan : RESTORAN TOMYAM B.B.N, BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...





Baru-baru nie, aku pergi jalan ke Nilai, Negeri Sembilan. Lepas waktu kerja. Ingat nak cari kain pasang. Masuk tahun baru nie, belum lagi buat baju kerja baru. Baju kurung pesak dan baju kurung pahang. Nak pakai kebaya memang tak selesa dah rasanya. Walaupun dulu, inilah baju tradisional kegemaran aku. Susah nak cari tailor yang buat baju kebaya selesa dipakai. Lagipun badan pun dah naik, so tunggu turun 5-10kg dulu kot ... baru pakai kebaya balik. ha ha ha!


Jalan punya jalan, kain pasang entah ke mana, last-last pergi menambahkan berat badan. Makanlah ... apa lagikan? Seharian aku tak makan. Dahlah sekarang nie, aku jarang makan nasi. So, perut memang cepat lapar. Nak hilang lapaq kadang aku beli kurma je makan dalam kereta. Makan kurma cepat sikit kenyang!




Jenuh pusing Bandar Baru Nilai cari kedai makan. Kedai makan banyak, tapi Si Bulat MB aku nie memang banyak songeh sikit kalau bab kedai makan. Dia memang cerewet bab pilih kedai makan kadang-kadang. Aku plak selalu je blur nak pilih kedai makan mana. Tambah-tambah kalau yang tak pernah pergi and area situ banyak pula pilihan. Bertambah blur aku rasa.

And hari itu, dah puas pusing BBN last sekali singgah dekat RESTORAN TOMYAM BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kami tengok ramai je orang singgah. Asal ramai je, pasti ingat sedapkan? Sebelah Restoran BBN ada satu lagi restoran, tapi tengok cam takde orang.


Menu pilihan hari tu adalah ayam goreng kunyit! Ayam goreng nie sedap .... isi lembut. Takdalah keras kejung. Rasa garam kunyit memang sekatalah. Eh! macam juri masterchep plak.


Nasi goreng petai nie aku punya. Rupa macam nasi goreng kicap plak. Biasa-biasa sahaja pada tekak aku.


Menu pilihan yang wajib aku rasa bagi si MB. Nasi goreng USA! 2 thumbs up. Soooodap. Paling sedap rasa daging merah dia tu. Lembut! Tak payahlah nak tarik sampai herot gigi.


Sup ekor! Rasa agak kurang .... so, aku tak rekemen kot makan sup di sini. Atau tak selesa pada tekak aku? Tak cukup masam. Dah macam rasa herba skit. Atau aku yang tak suka herba. Si MB cakap sup nie sedap ... okeh itu tekak dia. Aku tak berkongsi tekak dengan Si MB. Tekak hak masing-masing.




#sekian, cerita J.O.M kali ini, tata .... tq singgah sini.




Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!







CK : Sekarang nie, makan pun dah berpada-pada. Asyik pantang itu ini .... pantang nampak...he he he. Yang pasti aku dah kurang makan malam. Balik rumah untuk rehat, kerja yg wajib, blogging dan tiduuuuuur!

Tuesday, January 24, 2012

BUKAN SEMUANYA SEDAP

Assalamualaikum ...





Akhir-akhir nie aku asyik ingat kesedapan murtabak yang mak aku buat masa aku kecil-kecil dulu. Murtabak mak memang sedap. Memang tak boleh lawanlah dengan mana-mana murtabak yang dijual di restoran atau pasar-pasar malam. Of course dalam dunia nie, masakan ibulah yang paling sedap bagi semua orang. Ye dak??


Mak selalu buat murtabak dengan kulit yang nipis dan isi daging yang tebal. Sangat-sangat sedap. Aku rasa sebiji pun belum cukup. Kalau dulu, nak makan murtabak mak selalu kena tunggu bulan Ramadhan. Mak memang pandai canaikan kulit murtabak. Tak macam aku. Asyik pandang mak buat tapi tak pula rasa nak belajar. Sampai bilalah nak macam ini?



Aku, abang dan adik-adik dibesarkan dengan makan kuih muih yang mak buat. Kami sekeluarga memang tak pernah beli kuih. Nak makan, request je dekat mak. Pasti dia buat. Sebab itulah kalau kat sekolah pun aku tak pernah beli kuih, sebab aku rasa kuih yang mak aku buatlah paling sedap dalam dunia. Sehinggalah aku dah kerja, aku terpaksa makan kuih yang dijual. Mak jauh, bukan dia boleh pos pun semua kuih muih tu. Bila balik kampung baru boleh request macam-macam jenis kuih. Oh! mak ... saya nak makan tepung bungkuslah! ermmm


Berbalik kepada tajuk, dek kerana nak makan sangat murtabak. Terus timbul idea nak buat mini murtabak dengan menggunakan kulit popia. Tapi sayangnya, bukan semua yang aku masak sedap macam mak masak. Kawan aku cakap, mini murtabak aku masin. Terus dia sms aku, "ooi, kau nak kahwin ye? masinnya!!! :)". Memanglah aku nak kahwin tahun depan, jika dah setuju dua-dua pihak. he he he.


Apa kaitan masin dengan kahwin? Benda bermain di fikiran aku. Masin sangat ke mini murtabak yang aku buat tu. Aku rasa oke je. Terus aku reply, "ye ke? aku rasa ok je  ... ha ha ha".


Pastu dia balas lagi, "masin pun ko still boleh makan?". Aku tak letak garam cuma letak serbuk perasa dalam inti murtabak tu. Agaknya dalam keadaan pagi yang mengantuk, terlebih pula serbuk perasa tu. Mungkin juga lidah aku dah hilang deria rasa masin. Aku makan ok je. Tapi, komen macam kawan aku tu, of course aku boleh terima. Bukan semuanya sedap apa yang kita masak. Kadang ada lebih ada kurang, ye dak? So, lets improve di lain masa! he he he




Inilah rupa mini murtabak yang dikatakan masin tu. Takpe lain kali kita buat lagi ye. Kalau masak dan masin selalu, cepat sikit kahwin kot? Macam nie punya gaya, hari-hari aku masak masin. Tak dapat kahwin, darah tinggi yang dapat nanti. he he he.



#nak selak kamus, apa kaitan masak masin dengan kahwin?? sapa tahu, boleh jelaskan??






CK : Nak balik kampung, tapi bajet tak mengizinkan. Tapi ada juga yang tak fahamkan ....

Monday, January 23, 2012

ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU !

Assalamualaikum ...





Pagi tadi aku bangun macam biasa. Tapi lebih awal dari pagi sebelumnya. Terus ke dapur dan masak. Malam semalam aku dah siap marinate ayam untuk dipanggang pagi tadi. Terus buka peti sejuk dan keluarkan ayam. Panaskan oven dan terus memanggang. Kemudian aku buat tortilla nugget lagi macam pagi semalam. Untuk breakfast aku dan adik aku. Dan bekal untuk aku pergi pejabat.


Siap-siap semuanya, aku pandu kereta jemput MB. Gelak-gelak ketawa dalam kereta. Kemudian aku seorang diri menuju ke lokasi kerja aku di luar pejabat. Siapa sangka dan aku sendiri tak menduga, pagi tadi aku menerima musibah. Ya-Allah, rasa gugur jantung, muka tiada darah, kaki seolah tak jejak pun ke tanah ciptaanMu Ya-Tuhanku. 


Kereta aku dilanggar dengan kereta yang sama species dengan aku dan punya warna yang sama. Oh! Tuhan, baru semalam kereta yang berkhidmat hampir 5 tahun itu telah cukup 100,000km. Hampir 5 tahun aku jaga dengan elok. Sebab betapa susahnya aku nak dapatkan sebuah kereta itu. 5 tahun aku kumpulkan duit kerja aku dan bagi ayah aku simpan untuk dapatkan si hitam itu. 5 tahun!


Bila aku dilanggar pagi tadi. Bukan soal aku nak marah sesiapa. Yang langgar aku sudah sedia salah dan telah mengaku salah! Tapi aku rasa seolah nyawa aku hilang sekejap. Bukan teruk pun sangat accident tu, tapi rasa degupan jantung aku terhenti bila kereta aku dihentam agak kuat oleh sebuah kereta lain. Aku mengalami panik yang melampau sebab memandu seorang diri ketika itu. Lagi satu, sebab aku perempuan. Perempuan suka panik melampau dan kadang hilang kawalan diri. Dan perkara itu terjadi dekat aku pagi tadi. 



Kereta aku kemek sebelah pintu penumpang dan calar sehingga ke pintu belakang. Sah-sah perlu diketuk dan dicat semula. Masa aku kena langgar, bukan soal duit yang akan melayang yang wujud dalam kepala aku. Juga  bukan soal nyawa aku yang akan hilang sebab selepas dilanggar aku seolah "kelam" sekejap! Aku terdiam dalam kereta lebih kurang 5 minit, sebelum keluar. Benda pertama yang aku fikir, "musibah ini adalah satu ujian Allah dan pastinya ada kelalaian aku jalani hidup ini!".  Aku fikir, "Allah masih sayangkan aku". Kalaulah kereta yang langgar aku laju sama macam kelajuan kereta aku ketika itu, pastinya aku dah tersepit pada tiang lampu isyarat!



Pucat lesi muka aku. Hilang darah. Sejuk dari kepala hingga ke kaki! Sehingga entry ini aku tulis, aku tak fikir pun cara untuk selesaikan keadaan kereta aku. Sebab aku tak mampu pun berfikir lebih jauh. Aku mengalami panik yang melampau. Semuanya telah diuruskan oleh sahabat aku, MB. Dialah temankan aku buat report polis. Dialah yang pujuk aku untuk kuat semangat. Sepanjang perjalanan aku dengan dia, pergi report dan cari bengkel (mana ada bengkel yang buka di hari CNY nie), aku diam dan hati aku tak henti-henti ucap, "Allah sayangkan aku ... Allah sayangkan aku!".



Selepas buat report polis, kami pergi cari bengkel kereta dan kemudian melalui Lebuhraya Utara Selatan di KM295 menuju ke selatan. Terdapat juga satu kemalangan .... dan kematian! Lagi dasyat dari apa yang aku alami sebelumnya, motor remuk dan penunggang motorsikal meninggal dunia di tempat kejadian. Lebuhraya dipenuhi darah dan sekujur tubuh berbalut plastik hitam di tepi jalan. Detik hati aku lagi, "Allah masih sayangkan aku!". 



Aku baru diberi "sedikit" musibah. Musibah yang sedikit itu telah buat aku terkedu dan panik melampau. Musibah orang lain lebih dasyat Allah turunkan. Jadi, atas sebab apa untuk aku tidak bersyukur lagi pada masa akan datang setelah berbagai nikmat, ruang dan peluang yang telah Allah beri pada aku selama ini?? 



Menjadi sesak ...


Polis traffic yang dibekukan cuti kerana OPS SIKAP! 
Aku salah seorang penyumbang untuk Ops Sikap hari ini.


Motor mangsa!



dan musibah mangsa ini lebih dasyat daripada aku! jadi tiada sebab untuk aku tidak menyatakan syukur pada Tuhan Yang Maha Esa!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dia meninggal di tempat kejadian. Tapi aku ..... cuma alami panik yang melampau sahaja!

Jadi, apa sebab untuk aku tidak menyatakan syukur lagi dan lagi!







HATI-HATI DIJALANRAYA, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI DITUJU pesanan khas dari aku yang menjadi salah seorang mangsa kemalangan kecil hati ini.

SELAMAT TAHUN BARU CINA, 2012!









CK : Apa lagi yang aku nak dalam hidup ini? Syukurlah .... jangan berhenti menyatakan syukur lagi dan lagi.

MARI DERMA DARAH

Assalamualaikum ...



Hari Jumaat baru nie, 20 Januari 2011, ada program derma darah dari Pusat Darah Negara Malaysia di Masjid Sultan Mizan, Presint 3 Putrajaya. Program bermula dari jam 11.00am hingga 3.00pm. Sekejap je. Mungkin untuk para jemaah untuk solat Jumaat aku rasa.


Yang menderma darah bukan aku, tapi si MB. Biasalah, dia pun antara penyumbang belakang tabir bagi blog aku. Apa sahaja aktiviti yang aku tiada di tempat kejadian atau aku ada tapi malas sikit, so dialah yang akan ambil gambar. Bila dia ambil gambar, terus cakap, "gambar ini untuk blog ye .... jangan lupa nanti update pasal nie!". Aku angguk-angguk je. Dia rajin juga tolong ambil gambar, tapi dia susah sangat nak baca blog aku sebab kehidupan dia yang penuh dengan kerja harian dan aktiviti kemasyarakatan. Pasrah!




Ini adalah kali ke-6, Si MB menderma darah. Dan aku pula seumur hidup cuma sekali. Itupun tahun 1996 dulu masa dekat STAR, Mergong Alor Star. Aku nie penakut jarum sikit. Ngeri pun ada. Ubat pun kadang-kadang kena paksa inikan pula nak dibiarkan jarum masuk bawah kulit. Dalam hati teringin nak menderma, tapi rasa takut masih ada.


Sebelum menderma kena timbang berat badan dulu. Old skool sungguh penimbang nie.


Cucuk dulu! Mesti sakit aku rasa nie .... tetapi dah nama lelaki of course korang tahan macho kan. he he he


Darah dah turun! Meraaaaaaaaaaaahnye pakngah!


Yang menderma darah adalah ramai lelaki. Jemaah solat Jumaat.


Abang nie tengah pam darah sendiri. Dah sebeg dah! Sedap je baring dengan kipas angin kiri kanan. Syurgaaa!


Ini darah Si MB. Sekejap je dah penuh satu beg. Siap kembung-kembung lagi. Darah dia nie banyak betul, laju pula tu berbanding abang Etika kat sebelah. Ini time belum cabut lagi nie. Tahun depan dia cakap nak derma lagi. Dia cakap darah dia banyak, sebab tu cepat naik darah je! Aku akui Si MB nie memang jenis baran.


Kadang selamba je aku cakap, "saya tak suka orang nak baran and marah-marah tak tentu pasal!".  Baru dia diam pastu. Hidup aku nie tak suka nak cari pasal dengan orang, so kalau hal kecik ke besar ke jangan nak cari pasal dengan aku. Kalau aku tak suka nk baran or marah orang jangan sedap-sedap nak marah aku. Aku memang tak suka! Kalau rasa nak marah, pi main jauh-jauh. Dah cool baru datang dekat!


Aku dah biasa hidup dengan orang baran nie, coz ayah aku dulu time muda-muda dia, memang cepat je nak marah. So, bila dah biasa .... aku ambil jalan mudah, "malas nak layan!". Baran dan derma darah ada kena mengena ke? Derma darah pastu kurang baran .... he he he.




Lepas menderma 1 beg darah, dapatlah 2 kotak milo dan 2 pek oat krunch. Terima kasih Pusat Darah Negara! Menurut nurse yang jaga hari tu, dorang akan ada di Masjid Sultan Mizan bila diminta oleh pengurusan masjid berkenaan, tak pun kadang-kadang Pusat Darah Negara yang request nak adakan program ini. Bagus jugakkan!




# Kalau rasa kita nie kurang harta benda dan wang ringgit untuk menderma, dermalah darah tak pun sedekahkan senyuman. Itupun dah jadi pahala ...






CK : Kena balik kampung dan cari buku merah. Aku pun dah lupa darah aku jenis apa?