Saturday, March 31, 2012

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1/2012

Assalamualaikum ...






Untuk Penjawat Awam yang nak kira gaji sendiri di bawah Sistem Saraan Malaysia 2012 ... boleh klik link di bawah. Pengiraan pemindahan gaji ini dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sendiri. 
So, jom sama-sama kira!









Syukur ALHAMDULILLAH di atas rezeki yang diberi oleh Allah Ta'ala. Sama sama kita manfaa ke arah kebaikan. Jangan dilupa pada yang susah ya!









CK : Aku plan dapat pelarasan gaji nie nak kasi ayah untuk buat grill rumah. So, ayah aku tak perlu keluarkan simpanan dia lagi. Tong-tong sorang sikit.

PEKELILING KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Assalamualaikum ...




Rasanya baru petang tadi aku berborak dengan si MB pasal Pekeliling kenaikan gaji. Bila aku suarakan bab pekeliling tu, si MB kata abaikan je ... sampai masa nanti akan diedarkan. Kita jangan pening-pening kepala memikirkannya. Okeh, dengar kata. Aku abaikan aje!


Setelah penat seharian berjalan meneman Si MB meraikan hari istimewa dia, sampai je rumah malam nie aku on lappy. Seharian tinggalkan blog. Rindu beb. Sekali aku tengok dekat blog Anastasyea ada cerita pasal Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 1/2012 telah diedarkan. Apa lagi teruslah aku terjah ke web Jabatan Perkhidmatan Awam


Alhamdulillah, memang betul Pekeliling Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah diedarkan. Pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah telah diedarkan pada 30 Mac 2012! Kalau macam itu, pelarasan dan segala tunggakan gaji mesti akan dibayar pada April 2012. Syukur sangat. 


Kalau korang nak download Pekeliling berkenaan, boleh pergi ke laman web JPA tak pun terjah sahaja blog Anastasyea. Gaji dah naik, so bagilah perkhidmatan kepada Kerajaan dan orang ramai dengan cemerlang, penuh dedikasi, amanah dan rasa tanggungjawab! Jangan culas ye.


Syukur, bila Allah beri rezeki di kala ini. Boleh juga membantu pada yang kurang. Ingat, dalam rezeki yang kita terima ... bukan semuanya hak kita. Tadi Si MB dah menyampaikan pesanan bermakna pada aku, pesan dia kat aku lebih kurang cam kat bawah nielah. Ayat aku dah ringkaskan supaya senang fahamlah.




"Kita nie kalau bab sedekah berkira sangat ... kalau nak sedekah masjid ke atau pada orang susah, pasti kita cari duit yang paling kecil nilainya untuk disedekahkan, tapi kalau kita bershopping, kita cari nilai yang besar untuk berbelanja. Sedangkan sedekah itu kita dapat pahala jika ikhlas malah rezeki kita bertambah. Kita semua nie dah kena belajar berubah ke cara yang lebih baik. Cuba setiap kali pergi masjid or surau ... kita sedekah dengan nilai yang lebih baik dan munasabah sikit! Bukan untuk sesiapa ... ke jalan Allah jugak!"




Okeh .... gulp gulp ... rasa insaf di situ! Menusuk tajam dada aku. ha ha ha. Gelak-gelak juga ... tapi ada betul dan benarnya. Kalau korang terasa, masing-masinglah kita berubah ye. Alhamdulillah kita dah naik gaji, so bolehlah sama-sama fikir bab sedekah nie. 







CK : Aku temankan dia ... dari petang sampai malam jenjalan sempena hari istimewa dia. nanti aku update lagi ....


Wednesday, March 28, 2012

Jalan, Order dan Makan : RESTORAN TUUUU DIA PAK TAM, SELAYANG SELANGOR

Assalamualaikum ...




Up entry jalan, order dan makan. Kisah nie pada hari Sabtu baru nie. Kejadian selepas bershopping dan mendapat sakit di Sogo tempoh hari. Nak tahu kisah, klik kat sini ya.  Penat shopping, masing-masing perut dah lapaq. Aku je tak lapaq sangat sebab dah makan yee mee hot plate yang tak sedap tu.


Si MB sibuk je nak ajak pi Selayang untuk makan. Mak aih, jauh bebenor rasanya dari KL nak ke Selayang tu. Dahlah time tu dah 3.00pm, lagi mahu ke sana. Dekat-dekat sudahlah. Tapi dia cakap, alang-alang dah sampai jomlah pi cari Restoran Tuuu Dia Pak Tam yang masuk tv tu katanya. Masuk Jalan-jalan Cari Makan kot! Aku tak sure sebab bukan aku yang tengok pun. Aku mengikut ajelah sebab korum yang lain cam setuju je.


Bangunan restoran berkenaan.

Nasib baik senang je cari restoran tu. Landmark dia dekat dengan Stadium Selayang. Haaa, pandai-pandailah korang cari ye. he he he. Dekat area situ ada banyak juga port makan. Disebabkan si dia tu memang nak pergi Restoran Tuuuu Dia Pak Tam, so memasing follow ajelah. Dia asyik cakap, kat restoran nie kalau masak sotong mesti dalam 3-4 jenis masakan, camtulah lauk pauk lain pun. Okeh, mari kita cuba!




Menu yang si dia amek. Sotong kari, toofu telur, kari ikan masin dan sayur sawi. Sotong dia sedap jugaklah. Yang lain, rasa biasa-biasa je pun.


Ini menu dari pinggan aku. Nasi beriani, sambal tempoyak, ayam masak kicap pedas, tauhu kering kari dan peria goreng tepung. Yang paling sedap peria goreng tepung tu! Memang sodap ... yang lain-lain, biasa ajelah!
 

Menu adik ipar si MB. Dia amek sotong kari dengan ayam goreng kampung. Rasa?? Ntahlah ... sotong kari tu aku tahulah sedap. Yang lain aku takdelah nak rasa pula. he he he. Cuma menu adik MB je aku tak amek gambar, seganlah! 


Secara keseluruhannya, aku bagi 3 bintang je kot daripada 5. Rasa dia biasa je pun. Walaupun restoran nie ramai orang .... mungkin sebab dah dekat kul 4 masih ada nasi campur dan time orang lapar kot, rasa dia tidak seenak kita tengok tv kata si MB. Dari segi kebersihan aku bagi B. Restoran nie kena jaga kebersihan ke tahap yang lebih baik dan upkan rasa makanan. Kurang feel pada lidah kami.


Kalau tak salah aku Tuuuu Dia Pak Tam ada branch dekat RnR Bernam ke mana ntah. Trylah bihun sup dia ... memang sodaaaaaaaaaaaaaaap sangat. Meletops. Tapi yang dekat Selayang aku tataulah sedap ke idak.




Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!









CK : Aritu ... diet aku hancur lagi. erghhhhhhhhhhhhhh kena paksa makan!

Tuesday, March 27, 2012

LELAKI PUN SUKA DIMANJA! APA PETUA MANJAKAN MEREKA??

Assalamualaikum ...




Morning korang! Morning untuk gurl-gurl sekalian. Untuk isteri-isteri yang menjadi kesayangan suami-suami. Meh sini cik kak nak kasi tips memanjakan lelaki. Tapi tips nie bukanlah dari aku, aku non-hado suami lagi, saja gatai nak share dengan korang yang dah ada pengalaman memanjakan suami sendiri. Aeeeeuuuuw gedix hokeh! ha ha ha. 


Petua nie aku amek daripada Ensaiklopedia Petua Melayu. Kalau korang nak layan petua, bolehlah pergi ke web berkenaan. Memang seronok baca petua kat situ, kalau amal lagi bagus dan lagi baiklah. Okeh, malas nak bebel lelebih ... ini pun entry autopublish je pun, so jom layan petua. Untuk yang bersuami, sila amalkan jika rasa ia baik. Buat yang belum bersuami cam aku .... tunggulah turn nanti ye! he he he.




Sabar dengan Kerenahnya – Kadang-kadang mungkin suami/lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja ataupun dia berjauhan dari anda, ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalahnya.


Kurangkan Berleter/Membebel – Biasanya, isteri/pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama.Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati anda.


Belai dengan Manja – Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk dia dengan manja atau belai rambut dia? Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.


Manjakan Diri Anda – Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebih pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja, tetapi jangan selalu. Dia pulak naik rimas dan naik geli.







# yang 1st bab sabar tu, dah lama kot aku amalkan. kadang-kadang menyirap juga aku. tapi bila dah tahu perangai dia camtu aku diam je ........................ "dia suka sangat lambat!!!!"...........erghhhhhh terimalah seadanya#







CK : Bila turn nak sampai nie?? 

Monday, March 26, 2012

GAMBAR | FORMULA 1, 2012 SEPANG CIRCUIT

Assalamualaikum ...





Cerita pasal Formula 1 2012 pulak. Tapi bukan aku yang pi. Si MB pergi dengan adik dia semalam. Tiket pun ada 2 keping je pun. So aku kenalah tinggal.  Terima kasih pada Si Hani kerana sponsor tiket buat 2 beradik tu. he he he. 


Seingat aku, 1st time aku tengok F1 nie tahun 2006. Dah lama dah. Time tu aku kena bertugas dekat sana. Jaga booth je pun. So, sambil menyelam minum airlah. Baru 3 hari masuk kerja, boss aku dah hantar aku pergi jaga booth kat Sepang Circuit. Sorang-sorang pulak tu. Dah la panas ... sabaq ajelah! Itulah pengalaman yang sampai hari nie, susah tul aku nak lupa. Asal lalu je dekat Sepang Circuit nie, sure ingat pasal kena keje time F1.


Sambil jaga booth, sambil tengok race sekali. Bising jangan cakaplah, boleh pekak telinga aku. Aku nye tempat bukanlah kat padang yang open tu ... macam semalam 2 beradik tu dapat duduk kat C3, uncovered. Jadilah, nasib baik ada tiket si Hani bagi. Kalau tak, melopong gak dorang. Cam aku dulu tengok kat main entrance ... so, memang dekatlah jugak. Yang datang sume cam  si kaya-kayalah yang masuk ikut pintu main tu. Teringin juga aku nak pergi lagi, tapi next timelah kot. Bab race nie minat aku kurang sikit, setakat layan pun camtu-camtu je pun. Okeylah, jom layan gambaq yang si dia amek semalam. 

ramainya yang berpayung! huuuu sudah tentu panas nie


Port nie sure ticket ratusan ringgit kot nie ...







Sorry, aku tak dapat add sebarang caption pada semua gambaq. Tatau cerita sebab aku takda kat tempat kejadian. Yang si dia bercerita semalam pun aku dah lupa. ha ha ha. Cuma yang aku ingat race start kul 4 dimulakan lambat sebab hujan. 


Hati nie macam teringin pula nak pergi. Mesti best! Tapi bila dengar dia cakap kena parking jauh then kena menapak. Cam nak cancel je hasrat nak pergi. Disebabkan aku pernah sampai ke sana time F1, so aku tahu jauh menapak dia camne....dah lah panas, memang mandi peluhlah!



Okeylah, aku nak kuar kejap ... petang nie aku dah nak berangkat ke luar kawasan dah. Tata korang! Thanks for reading yeeeeeeeeeee.






CK : Perut nie tetiba meragam....lain macam plak! huuuu

Sunday, March 25, 2012

DAPAT SHOPPING ... DAPAT SAKIT! HUUUU SEDAPNYE ..

Assalamualaikum ...





Morning korang! Bangun-bangun ... jangan asyik dok bangun lambat je weekend nie. Bangun ... bawa-bawa pergi berjogging sama. Boleh juga jaga kesihatan, jangan jadi cam aku. Bangun je cari lappy dulu. hu hu. Hari nie bangun cam biasa. 7.00am dah sedar. Memang weekend jarang amat bangun lambat kecuali kalau aku kepenatan je.


Macam hari ini penat juga, cuma sikit-sikit ajelah. Penat dan juga sakit. Semalam aku dah habaq nak pi shopping kat Sogo kan? Aku pergi Sogo nie beramai, sesaja nak teman family adik SI MB shopping seluar kerja dia. Aku nie cuma meneman je, kot ada yang berkenan aku beli. Tak target pun nak shopping sakan. Ala kadar sudah. Asal bunyi cam shopping je ... perempuan sure suka. SOGO skang tengah sale sampai 8 April nie.




So, semalam 10.30 am dah gerak ke rumah adik si MB dekat Presint 18, jemput dorang then 11.00am baru gerak ke KL. Sebelum tu, singgah dekat RnR MEX untuk breakfast. Pagi-pagi aku dah makan yee mee hot plate. Huh, dahlah tak sodap. Yee mee tu dia tak kasi lembut dulu, dah serupa mamee rendam air panas je. Makan pun tak habis. Habis makan, geraklah ke Sogo ... nasib baik jalan tak sesak sangat. Kami cari jalan alternatif untuk tidak lalu depan Dataran Merdeka. Sebabnya dekat Dataran Merdeka sedang ada persiapan Hari Polis. Yang ke berapa aku dah pun lupa. 


Sampai je Sogo, sale untuk pakaian pejabat dah habis, yang ada sales untuk barang-barang rumah cam comforter, cadar, pollow case, langsir dan yang sekawan dengannya. Naiklah ke bahagian lelaki, kot ada lagi sale dekat suar Smalto. Pergi tengok ada lagi ... so adik SI MB nie pun memilihlah seluar yang dia berkenan. Aku just berkejaran dengan anak dia yang comey lotey tu je. Asyik tarik tangan aku ajak tengok bunga and butterfly. Penat jugalah berlari melayan budak 3 tahun tu. Nasib baik aku nie jenis melayan anak buah juga. So, takdelah kekok nak layan anak orang kan ... kan .. kan. Si MB pula dok bagi pendapatlah suar apa yang sesuai dipilih.


Then, habis berkejaran aku pun pergilah lepak dekat area Smalto tu. Sambil dok usik-usik budak kecik. Aku berdiri cam biasalah. Bila Si MB panggil aku pun melangkahlah menuju dekat dia. Ntah macam mana, agaknya aku salah ambil step kot ... badan aku tertiba tak boleh imbang, terus tumbang dan kaki terpeliooook! Sakit jangan cakaplah. Allah je yang tahu masa tu punya sakit tak hengat. Time tu juga airmata aku berjurai selaju yang mungkin. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakit! Rasa nak jerit panggil mak aku je. 


Nasib baik aku tak jatuh semasa berkejaran dengan budak kecik nie ... kalau tak lagi malu sebab aku time tu dok main kejar-kejar kat port yang ramai orang. Gambaq nie si MB lah paksa dia sorok balik baju nie ... sian hu hu


Bila dah jatuh, aku tak boleh bangun terus sebab ankle aku memang sakit-sakit-sakit sangat2! Adik ipar Si MB dan Si MB cuba nak angkat aku, memang tak bolehlah aku terus bangun. Sian dorang. Dalam 3-4 minit jugalah terjelepok situ sambil menangis. Si MB pula dah pulun dok angkat sampai aku boleh berdiri. Nasib baik aku jatuh celah-celah rak baju dan seluar Smalto, so takdalah ramai perasan aku jatuh and tengah nangis time tu. Huh! Azaaaaaaaaaaaaaaaaab beb. Ini kali kedua aku jatuh dalam tempoh 2 bulan. Hari tu aku tergolek dekat jalan tar HKL. Memang tersungkur terus atas jalan then time tu ada kereta lalu. Nasib baik area hospital, kereta memang tak boleh laju .... kalau tak, takdalah entry kat blog nie lagi. Terus sepi gamaknya!


Time jatuh kat hospital bulan lepas tak teruk sangat, cuma tangan dan lutut je yang rasa sakit. Ankle aku biasa-biasa je. Kali nie jatuh kat Sogo, paling teruk ankel tu memang sakit bebenor. Sampai hari nie. Malam tadi tidur aku tak boleh angkat angkat kaki dan pusing badan sesuka hati. Hari nie pun jalan still tengkot je. Sedihlah. Dugaan sungguh! Balik malam tadi pun mengurutlah sorang-sorang kaki sendiri. Sekarang nie dah tak bolehlah nak lari sesuka hati lagi dah selagi kaki nie tak baik. 



Dalam sakit tu, aku gagah jalan juga. Pi dekat bahagian perempuan ... masih terdaya nak belek-belek baju bagai. ha ha ha. Nama pun perempuan, walaupun tengkot tapi hati tu masih nak shopping bagai. Dapat juga sehelai blouse dengan barangan perempuan yang lain. hu hu.  Lepas shopping tu, pergi Restoran Pak Tam dekat Selayang pastu terus pergi HKL pula. Sampai rumah dekat kul 8.00pm. Si MB pula, malam tadi ada program makan-makan dengan wakil rakyat. Sian dia ... penat drive tak sudah lagi dah kena pergi majlis makan-makan plak.


Kat sinilah aku jatuh! Terjelepok terus .... huhu sejarahlah lepas nie kalau mai Sogo lagi



Okeylah, aku nak stop. Nak pack baju segala. Seminggu nie aku takda. Maybe time aku takda aku buat auto publish entry cam biasalah. Habis pack baju aku nak pergi kerja. Petang nie Si MB nak pergi tengok Formula 1 kat Sepang Circuit. Aku tak pi, sebab tiket pun ada 2 je ... Si MB pi dengan adik dia je. Thanks ye Hani kasi tiket. Semalam kitaorang dah gi amek kat Mr. Z awak!



Cau cin cau dulu ye ... aku nak bertengkot kaki ke bilik jap .... thanks for reading!







CK : Diet hancur 2 hari nie ......errrghhhhhhhhhhhhhhhh!!

Saturday, March 24, 2012

PERLU KE MENGAIBKAN ORANG LAIN??

Assalamualaikum ...







Aku nie dikira dah 2 tahun, 1 minggu dan 4 hari serius tulis blog yang satu ini dan mengabaikan 2 blog aku yang lain dengan serius juga. Sepanjang aku jadi blogger secara separuh masa dan ada masanya tenggelam timbul nie, macam-macam blog yang aku jumpa. Macam-macam cerita dan gambaq telah dikongsi. Ada yang menarik, lawak, dan ada juga yang menjelikkan pandangan mata aku. Yelah, aku faham yang kita tak mampu pun nak terbitkan semua cerita yang mampu menjadikan kesukaan kepada semua orang! Sama juga macam aku, ada yang suka cerita kat blog aku dan ada yang tak suka. Itu hakikat.


Aku tak tahu apa yang orang suka dan tidak suka, jadi aku nak berkongsi tentang apa yang aku suka dan tidak suka. Itu lebih senang bercerita perihal diri sendiri atau sekeliling yang sememangnya dekat dengan diri aku. Lebih baik rasanya kot.


Macam aku, aku tak suka setengah blog yang berkongsi cerita mengaibkan orang lain. Tak kisahlah dia tu public figure atau orang biasa sekalipun. Kadang-kala cerita yang dikongsi tiada pun kesahihahnya. Terutama cerita pasal artis yang seksi meksi, kisah silam dia yang mengaibkan, gambar bogel ke hape ke ... dan sebagainya yang seumpama dan sewaktu dengannya. 


Bukan kata aku nie baik sangat bak malaikat aku bersuara macam nie, takda baik sangatnye pun. Tapi mak aku selalu pesan, "kalau kita membuka aib orang hari ini, pasti suatu masa Allah akan buka aib kita pada orang lain jua!". Lagi sambungnya, "sedangkan aib diri kita pun sebaiknya kita sembunyikan!". Mungkin time tu kita dah bertaubat, jadi tidak perlu dibuka kisah silam yang buruk.


Bayangkan, kita ini dahlah jadi blogger, kalau kita share yang mengaibkan orang lain ... lepas tu ramai pula yang masuk baca blog kita. Camne dikira tu? Kalau cerita yang kita share tu pula tak betul, bukankah ia sudah dikira sebagai fitnah?? Dosakan?? Sekali kita belum delete dan minta maaf kepada tuan empunya badan, selagi itulah kita tanggung dosa. Doa dengan Allah mudah untuk kita minta ampun. Sebab Allah itu Maha Pengampun. Tetapi dosa kita sesama manusia macam mana?? Nak pi cari dia minta maaf pula! Kalau dia tu artis dah kita nak kena buat sidang akhbar bagai minta maaf secara terbuka. Kalau tak minta maaf open-open cenggitu dah berkait dengan kes saman menyaman. Kayalah orang Malaysia dok saman menyaman sesama sendiri. Bukahkah itu menyusahkan diri kita. Jadi lebih baik jangan buat cerita bukan-bukan yang boleh buat orang lain marah. Cerita yang boleh buat orang lain rasa maruah dia tercabar! Mudahkan?



Sebagai blogger, aku tengok kita lebih gemar menjadi wartawan tak bertauliah. Menyebarkan cerita yang belum tahu sahih ke tidak. Lepas tu, kita pula dapat income dari berblog .... hasil bercerita dan mengaibkan orang lain. Camne nak dikira income tu?? Berkat ke idak?? Ntahlah, aku malas nk komen lebih-lebih sebab soal dosa pahala nie aku belum cukup arif sangat. Masih lagi dok belajar. Aku pun ada masanya tersasar dan buat silap pada Allah, diri sendiri, mak ayah dan kawan-kawan. 



Memang aku tahu tak layak pun pun entry cenggini. Tapi bila ingat pesan mak aku, ia hanya sebagai peringatan buat aku. Jadi peringatan yang mak aku bagi nie, aku nak kongsi dengan hangpa semua. Walaupun sekarang nie dunia tanpa sempadan, kita pun hidup di negara Malaysia yang amalkan demokrasi ... itu tak bermakna kita boleh buat sesuka hati kita tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain.



Baik cerita pasal diri sendiri, apa aktiviti yang kita buat, tempat best mana  kita pergi, makanan best apa yang kita makan .... kan tak sakitkan hati sesiapa. Baik cerita pasal diri yang sakit perut, walau orang jelik nak baca dan takda sapa yang datang blog kita. Sekurang-kurangnya kita tak melukakan hati sesiapa. Itu pendapat akulah!




Apapun terpulang pada korang! Apa yang aku tulis nie pun pendapat aku ja. Sebab tu blog aku boring bagi sesetengah orang. Blog aku nie tak hoooooooooooooooot bagai. Tapi sehingga hari ini, aku selesa dengan apa yang aku tulis dan share dengan korang. Dan andai korang terasa hati dan makan hati dengan segala entry aku, AKU MOHON MAAF SECARA TERBUKA di sini! Aku nie manusia, ada masanya buat silap. Jadi memohon maaf sentiasa itu lebih baik.


Jika korang selesa dengan apa yang dah korang buat sebelum ini .... terpulang! Tepuk dada tanyalah hati dan akal ..."baik ke sebarkan aib orang lain?????". 



Tata ... thanks for reading kengkawan!!






CK : Dunia ini macam-macam, tapi kita jangan lupa bahawa manusia ada hati, perasaan dan akal! Jangan buat sesuka hati!

JOM BERSHOPPING DENGAN HI SHOP (ALL THE BRANDS ONE INVITATION) DENGAN DISKAUN 60%!

Assalamualaikum ...





Pagi-pagi lagi aku dah buat sale. Meh lah jenguk ada jualan murah dari HI SHOP ... All the brand one invitation nie. Ada macam-macam brand tawu. Ada Renoma Paris, Calvin Klein, Carlo Cardini, Biotherm dan macam-macamlah. Banyak nau aku nak senarai nie.


Bagi aku harga memang berpatutanlah. Aku pun tengah dok cari wallet yang sesuai, menarik dan harga berpatutan. Dan yang penting jua ia tahan lama dalam genggaman aku.. Wallet yang aku ada pun dah berusia hampir 3 tahun, hasil kecermatan aku menggunakannya tiada sebarang koyakan atau kerosakan pun pada dia. huhu. Tapi bila tengok sales Renoma Paris nie, cam ada yang terberkenan pula. Meh aku share dengan korang design-design yang cun untuk korang jamu mata! Kalau ada rezeki lebih bolehlah .............. beli ye!



Yang ini coin purse ... harga di baru RM51! Harga asal RM129.00! Cantik comey nau aku tengok ... berkenan ... berkenan!


Key pouch ... dengan harga RM59.00!



Aku tengah aim yang ini ... ha ha ha Semi Long Wallet ... RM111.00!











Yang ni RM99.00! Lawooo jugak. Semi long wallet



Selain wallet, purse ... ada juga benda alah lain yang sesuai untuk dishopping! So, girl-girl sekalian takkan tak berminat kot. Menarik nie ... ada barangan untuk men, women, kids dan juga household!


Kalau korang berkenan bolehlah jenguk dekat SINI YE!


DAN


Kalau nak tahu pasal Garnier's Sinar Cahayaku program boleh klik DI SINI!



Okeylah, aku nak menjenguk dan mencuci mata di Hi Shop kejap! Kul 10.00 aku nak pi Sogo pulak. tata kawan-kawan semua! Have a nice weekend!






CK : Semalam tidur dalam keadaan terlalu kenyang .... hu hu, habislah diet aku.


Friday, March 23, 2012

BUDAK KECIK POT PET POT PET

Assalamualaikum ....





Nak cerita dekat hangpa pasal salah seorang daripada 6 orang anak buah aku. Nak cerita pasal anak sendiri memang  takda. Soon kot. he he he. So, aku ceritalah pasal anak-anak buah je. Dari anak 6 orang, ada 2 orang anak buah yang jenis pot pet pot pet. Dengan pelatnye semua ada. Tapi yang aku nak cerita nie, pasal budak kecik comey lotey yang sorang nie. Yang nie anak abang aku. Dia punya keletah dan akal boleh tahan jugalah. Kadang boleh buat aku bengang, tapi lebih banyak buat aku tak tahan nak gelak je!


Gambar yang aku share dengan korang nie masa aku and adik bawa depa pi Ice Room dekat Bangi. Time nie nak hantaq depa balik rumah dah selepas menyertai pakej 2hari 2malam kat rumah aku di Putrajaya. Aku bawa depa join pakej tu pun sebab dah janji nak bawa pi tengok acara belon panas tempoh hari. Untuk pengetahuan korang, semalam aku dah update separuh entry nie, siap masukkan gambaq. Tapi disebabkan buruk perangai, aku tertidoq dengan lappy pun aku tak off. Sedaq kul 3.00am, terus off lappy dan ubah tempat tidur. Letih sangat tu sebab jalan-jalan shopping beli hadiah birthday si MB. Ni nanti aku cerita pasal hadiah birthday mamat nie. 


Pagi nie lepas breakfast aku sambung update =). Mehlah sambung pasal budak kecik comey lotey yang sorang nie. Budak kecik nie baru nak masuk 3 tahun camtu. Aku panggil dia Dik Dini. Berbanding dia dengan abang and kakak dia, Dik Dini cakap memang pelat. Mate pun lebih sepet dari orang lain cuma mata sepet dia sama dengan mata adik dia yang baru 1 tahun 6 bulan tu.


Hidup dia memang macam-macam ragam jugak. Kalau bawa pergi berjalan, kejap je dia dah nak balik. Asyik-asyik ajak balik rumah. Tak macam abang dengan kakak dia, tak kisah pun bawa pi mana. Bila dah penat sangat baru dorang ajak balik. Cuma yang nie, agaknye lebih selesa kot dok rumah. Sebab macam-macam dia boleh buat. Kalau bawa pi jenjalan, kalau panas je ... mula muka cam monyok, malas nak bergambar, siap selindung belakang orang lagi. Hah! camtulah peel dia. Tapi bila dia buat camtu, macam cutelah pulak.


Gigi sebatang dia dah hilang, patah masa umur dia setahun  sebab jatuh. Kesian. Dah rompong kat situ. Kena tunggulah nanti tumbuh yang barukan Dik Dini! he he he. Satu peel dia lagi bila bergambar je, mesti nak tengok cepat-cepat. Aku rasa yang ini memang peel kebanyakan kanak-kanak yang sebaya dan hampir sebaya dengan dia kot. Tengok anak kawan aku pun camtu juga ar.

Bila dah ambil gambar, cepat-cepat dia datang dekat aku, "nak tenok ... nak tenok ... nak tenok ...!". Sambil kaki melompat-lompat. Style dia memang sentiasa ulang cakap. Kadang siap ada irama lagi, cam dah jadi lagu dah aku rasa. Asal nak minta air ke hape ke ... siap ada irama.


"Nak air teeeeeeeeh ...."
"Nak air teeeeeeeeeeeeeh"
"Nak aiiiiiiiiiiiiiiiir teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh"


Irama dengan penuh kelembutan. Hu hu. Kadang syiok dengar, tapi bila kita time busy dia dok ulang nyanyi penuh irama tu, leh jadi lemas pulak. he he he. Selalu kalau aku nak dia berenti nyanyi ... cubit manja je kat pipi dia yang bam-bam tu. Pasti dia senyum pastu dia cakap, "okeee adik tunggu, cepat tau!".



Time nie baru lepas berebut aiskrim dengan abang dia. Beli 2 je, pastu share. takleh beli bebanyak sebab lepas tu nak pi makan benda lain pula. Nasib baik dia nie oke dan tak kisah bab berkongsi. Cuma kalau kat rumah jelah dia tak mau kongsi-kongsi. Dik Dini nie memang kuat nau makan. Aku dok rumah hari tu, masakkan nasi ... time lunch je 3 kali dia tambah. Dia suka makan tomyam dengan kuah sup. Pastu letak ikan sikit. Siap angkat magkuk berhirup lagi yang tak tahan tu ....



Gaya mengada bila orang nak amek pic dia. Kalau tak sorok belakang orang sure tutup muka dengan tangan. But bila mood baik, haaa okeylah dia bab bergambaq. Cuma tang gaya-gaya je dia kurang sikit. Dia tak suka nak pose bagai sangat. Adapun just post bersahaja je.



Makan eskrem dengan abang dan kakak dia. Adik sorang lagi tinggai dekat rumah. Bukan main lagi dia berebut eskrem tu. Nak-nak yang abang dia makan tu. Asyik berlaga sudu je. Rasa macam dia je makan lebih dari abang. Nasib baik abang tu okey. Aku malaslah nak order sorang satu, kang ada yang tak habis buat rugi je. Aku pun bukan jenis interested sangat nak makan eskrem jadinye aku kurang berminat nak jadi tong sampah kalau dorang tak habis makan. Kalau ayam goreng ke ... bolehlah. he he he


Aku rasa macam amik masa 24 jam taip entry nie. Dari malam tadi sampai petang nie baru aku siapkan entry. Itupun satu entry je pun. ha ha ha. Nampak sangat aku banyak selingan sehingga menggagalkan aku siapkan entry nie pagi tadi. hu hu hu.


Okeylah, aku nak stop ... esok dah sabtu, happy weekend korang! Esok aku nak pi Sogo lagi. Semalam dah pergi, esok nak pi lagi. Si MB nak bawa adik dia pula. Kita jumpa esoklah ye .... hu hu





CK : Nak buat benda baik pun susah dorang nie .... "nak kerjasama je pun!". aaaihhhhhhh aku bengang tul ngan geng office nie

Wednesday, March 21, 2012

BILA KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN ..........

Assalamualaikum ...





Hari nie, keputusan SPM 2011 dah diumumkan. Tahniahlah kepada adik-adik yang berjaya. Yang dapat A sederet tu, korang memang hebat dan membanggakan mak ayah korang. Kalaulah aku dulu dapat 10'A ke ... surelah abang aku nangis sebab aku leh lawan dia. Malangnya aku tak dapat result camtu. Abang aku je yang dapat result gempak tu. Sebab tu dia dapat sambung study ke Jepun. #sampai hati hang tinggai aku dulu abang, kalau tak boleh hang ajaq aku english .... aku ngok sket english nie#


Dulu, dah tahu esok tu nak keluar result, malam tu aku dah tidur tak lena. hu hu. Risau kot dapat pangkat 3 ke hape ke. Yelah, aku bukan bijak. Walau tak pernah nak ponteng sekolah sebab takut kat ayah aku yang garang tu, tapi aku agak malas baca buku. Aku cuma suka subjek sejarah, ekonomi asas dan Bahasa Melayu je dulu. Tapi tak score pun juga. ha ha ha. Mak ayah puas nasihat, malangnya aku nie begedil sangat, eh ... silap, degil sangat! Aku gheja tengok tv je. Sebulan nak exam baru nak kampoi pulun baca buku. Last-last baca nota pendek je.


Mak ayah aku dah tahu result nak keluar, pagi-pagi dah kejut suruh aku pi tengok result. Huh! result keluar kul 10.00amlah dekat sekolah. Itupun nasiblah kalau boleh tengok awai. Aku nie bangunlah pi mandi, siap-siap then makan. Kayuh gherek pi sekolah dengan cousin aku yang sebaya tu. Minah nie pun dah jadi cikgu dah skang. Sampai sekolah jumpa kengkawan yang dah 3 bulan tak jumpa. Adus malu pun ada kadang. Ada yang time jumpa tu gemuk sebab dok rumah je. Asyik kerja makan tidur. Aku plak time tunggu result SPM aku kerja kilang. Ayah aku tak bagi, tapi aku niekan spesis degil sket. Nak juga kerja. Last-last ayah bagi juga. Tapi cam tak ikhlas pun ada ayah bagi aku kerja masa tu. 


Aku kerja dekat kilang Sagami Musen (M) Sdn. Bhd. Jalan Gangsa Mergong, Alor Star Kedah. Ingat lagi nama full kilang tu. hu hu. 1st time kerja kilang, memang penat giler. 7.00am hingga 7.00 pm. Nak berenti .... malu kat ayah! Aku kuatkan semangat kerja sampai result SPM keluar. he he he. Malu punya pasal kat mak ayah aku sabarkan diri juga habiskan tempoh 3 bulan di kilang berkenaan. Kalau aku berenti mahu kena perli. Sure ayah aku cakap, "Haaa tulah, dulu ayah dah cakap kerja kilang nie susah...penat!". Takut padan muka sendiri.


Lepas result keluar, aku pun berhenti kerja kilang. Dulunya, keputusan SPM keluar tak macam sekarang. Sekarang nie dah boleh SMS. Zaman dah moden. Dah canggih. Dulu, kerani sekolah dan cikgu tampal dekat papan notis dekat pejabat sekolah je result tu. Ha, berebutlah tengok beramai-ramai. Siap tolak-tolak bagai. Sekarang nie dah lain sangat dah. Student semua ada hp, jadi boleh sms je. Sonangkan!


Slip exam SPM dapat esok tu pula. Aku punya result time SPM memang cukup makan. Time dulu SPM dikira pangkat 1, 2, 3 dan SAP (Sijil Am Peperiksaan, kawan-kawan aku panggil ... Saja Ambil Periksa!). Setiap pangkat tu ada plak agreggate dia. Akunye dapat pangkat 2 je. Pangkat 2 dah kira oklah time tu. Nasib baik agreggate sikit. Kalau banyak dah dekat pangkat 3 dah. Kawan baik aku lagilah dapat SAP. Sian dia. Dia mengulang SPM secara private but lepas tu dia kahwin. Anak pun dah besar skang nie.


Walaupun SPM aku tak secun mana, tak dapat offer pi mana-mana IPTA pun, aku relaks je. Sebab aku tahu gagal sekali bukan gagal selamanya. Aku bukan gagal pun, cuma tak cemerlang je! Aku sambung naik form 6, then ambil STPM aku jadi best student. he he he. Alhamdulillah, dapat juga gelaran yang aku idamkan. Apapun sampai skang aku masih menyesal, sebab tak pulun habis SPM macam mana aku pulun habis untuk STPM! Serius aku menyesal sangat. Kalau pulun dulu, sure dah dapat ikut jejak abang aku.


Benda pun dah berlalu, aku pun dah masuk U dan dah kerja pun. Tercapai  impian mak ayah aku nak tengok aku masuk U mcm abang sudahlah. Cuma bila dikenang dan setiap kali result SPM keluar, teringat zaman aku dulu. Abang aku punyala bising bila aku hanya dapat pangkat 2 je. Yelah dia hebat, best student daerah lagi. Aku apalah sangatkan.


Itu kisah aku pasal SPM dulu dulu. Untuk adik-adik yang bakal ambil SPM tahun ini atau tahun depan atau tahun depan dan depan lagi, SILALAH BELAJAR RAJIN-RAJIN! Pulun sehabis baik. Supaya tak menyesal dikemudian hari ................................................... macam akak!


Adik-adik yang berjaya dalam SPM 2011, TAHNIAH BUAT KORANG SEMUA! Pada yang kurang berjaya, silalah cuba lagi .... sebab ilmu itu penting untuk kehidupan! Fikir-fikirkanlah. 






CK : Kalau tak sekarang mungkin aku dah jadi lawyer kot ....hahahahah. Nasib baik SPM tak bagus sangat, kalau bagus dah kena tinggalkan mak ayah aku jejauh. #pikir singkat#

LEMAU!

Assalamualaikum ...


3 hari nie masuk office, aku dah macam biskut masuk angin je! Lemau. Masalahnya lemau aku nie bukan dari pagi ke hape, masa nak datang kerja berkobar-kobar sangat. Nak siap itu ini, siap plan dalam kepala nak siapkan semua kerja. Tapi bila menjelang tengahari, penyakit lemau aku datang. Tak pernah-pernah pun macam nie. Aku rasa dah macam rupa biskut mayat cicah kopi 'o' je kekdahnye!


Dari hari Isnin sampailah Rabu nie, aku memalas nau siapkan kerja. Dari awal tahun baru, kerja aku kebanyakannya siap ON TIME! But kali, tersasar wooooi. Aduilah, aku memang tension bila penyakit lemau nie datang. Macam tengahari tadi, lepas makan je aku ngantuk. Bukan ngantuk sikit-sikit, tapi mengantuk yang wajib aku lelapkan mata kurang kurang 15 minit di meja. Kenapa nie? Takkan penat kerja weekend sampai macam nie jadinya. Selalunya takda pula camnie, elok je! Aiyak .....


Penyakit lemau dan malas yang ntah datang dari mana nie buat aku serabut sangat. Yelah, kerja berlonggok. Orang nie call nak itu ini. Belum lagi masuk meeting. Cam pagi tadi, setengah hari aku meeting. Siap amik minit, keluar tu dah nak kena buat minit mesyuarat. Aku benci buat minit mesyuarat nie tapi yang aku benci nielah dapat kat aku. Pasrah!


Orang kalau dah lemau, memang buruk aku rasa. Semua aura baikakan keluar. Cer korang tengok biskut kalau lemau, apa rasa?? Tak sedapkan?? Camtulah orang kalau lemau .... kerja pun malas nak buat!!


Pleaselah, kembalikan kuasa ku!!!!





CK : Diet aku hancur hari ini, termakan nasi lah pula walau hanya sedikit je .... huuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, March 20, 2012

RINDU, KADANG TAK MAMPU DIUCAP LAGI.

Assalamualaikum ...





RINDU ... 


Kenapa masih diingat kenangan yang dah lepas? 


Masa pertama kali kita bersua di sini .... PUTRAJAYA!


Sudah-sudahlah wahai hati dan jiwa!


Simpanlah rindu yang ada, dan riang riakan hati yang duka!




........


Lagi 8 hari, kalau kita ditakdirkan bersama genap sudah 6 tahun menyulam kasih dan cinta.


Tapi, apakah daya ... jodoh itu rahsia DIA, bukan kamu untuk aku ketika itu.





CK : Sejarah, yang masih belum padam. ermmmmmmmm

ANDAIAN | JADUAL PENGIRAAN GAJI BARU SSM 2012

Assalamualaikum ...






Kalau cerita bab gaji, rasanya semua orang suka. Tambah pula bila ada kenaikan gaji atau bonus. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) belum pun keluarkan Pekeliling  baru pasai gaji dan semua 1.4 juta penjawat awam sudah tentunya tak sabar-sabar menunggu tentang kenaikan gaji sebanyak 13%, 9%, 8% dan 7% mengikut kumpulan jawatan masing-masing.





Bila SBPA dibatalkan, baru hari ini aku nak bercerita yang aku rasa puashati. Syukur. Kekeliruan terjawab. Nampak keadilan di situ. Bila YAB Najib, Perdana Menteri kita mengumumkannya, akulah orang yang bertepuk tangan depan TV dengan ayah aku. Suke sangat! Bila SSM diumumkan untuk ditambahbaikkan .... Alhamdulillah! Terima kasih juga buat Mantan KPPA, Tan Sri Ismail Adam yang mengepalai usaha review SBPA atas arahan PM. Salute! Aku tahu Tan Sri Ismail Adam nie seorang KPPA yang bagus. 


Mungkin aku orang yang lambat bercerita tentang pemansuhan SBPA. Idea siapalah SBPA nie, nampak sangat tak telus! Serius. Perkara yang menjadi tumpuan dalam SBPA dan SSM yang akan ditambahbaikkan adalah GAJI! Ya ... ramai sangat yang tak puashati dengan pengiraan dan kenaikan gaji dalam SBPA. Aku? Gred macam aku tak kisah sangat bab kenaikan gaji, kalau Kerajaan Malaysia bagi kenaikan gaji RM100 pun aku dah bersyukur, mungkin nampak sikit, tapi ia besar untuk golongan macam aku. RM100 tu, siapa nak bagikan? Cuma bila aku sendiri tak faham mana mana kaedah pengiraan gaji dalam SBPA dan senioriti terabai, memang aku sangat-sangat tak puashati. Bluuuuur okeh! Hari-hari doa bagi ada keadilan di situ.


Tapi, dalam SBPA yang tak dapat berjalan sepenuhnya baru nie, ada senior yang bercakap ... "Ala sikit je naik gaji ... baru RM500! baru RM800!". Bila ditanya berapa gaji naik? Jawapan yang diberi ... "Alah, tak banyak pun RM500. Nak buat apa dengan RM500 tu ... sikit!". Hello, duit sebanyak tu lepas banyak duit kereta atasu separuh duit rumah bulan-bulan tau!



Terkedu aku ... RM500 dan RM800 tu sikit ke?? Aku dengan member aku yang dengar masa tu, memang terdiam. Bagi mereka RM500 dan RM800 tu sedikit. Habis bagaimana pula aku dan kawan-kawan yang naik gaji masa tu tak sampai pun RM250? Tapi aku okey je. Ya-Allah, apa ke tamak sangat orang macam nie. Nasib baik SBPA tu dimansuhkan. Ada juga hikmahnya. Belajarlah bersyukur dan berkata cukup.  Manusia nie, lagi diberi ... lagi tamak jadinya.


Semalam aku blogwalking ke blog The Plain Yard, tertarik aku dengan pengiraan gaji yang dibuat oleh beliau. Sangat mudah faham. Tengok, bila SSM ditambahbaikkan nanti ... Insya-Allah semua orang akan faham. Tak semesti yang baru itu bagus dan tak semestinya yang lama itu perlu dibuang terus. Terima kasih sekali lagi buat YAB Najib atas pemansuhan SBPA. Dan terima kasih buat team yang mengkaji semula SBPA dan memansuhkan ia serta merancang menambahbaikkan SSM. Syukur! So, bila aku tertarik dengan pengiraan gaji di The Plain Yard, dengan murah hati aku sharelah dengan korang atas keizinan tuan belog jua.




Bagusnya blogger ini, dibuatnya jadual siap dengan formula. Dan korang boleh tukarkan berapa gaji korang sendiri. Kalau nak download sila ke blog The Plain Yard! Ini cuma andaian sahaja. Janganlah pula dah merancang yang bukan-bukan. Apapun tunggu pekeliling daripada JPA dahulu. Lepas tu, korang bolehlah rancang apa yang korang inginkan. Berjimat sama ye!




Itu sahaja cerita aku pasal gaji SSM 2012! Alhamdulillah .... syukur! Moga dapat dikongsi dengan semua yang menjadi kesayangan aku terutama mak dan ayah. 








CK : Tunggu berapa kenaikan gaji, nak tambah pelaburan dalam ASB nanti. Insya-Allah.

NASI LEMAK ROYALE!

Assalamualaikum ...




Selamat pagi pembacaku! he he he, skema plak ayat permulaan aku pagi nie. Pagi-pagi aku cerita pasal makan. Walaupun aku dalam mood diet yang baru bermula, rasanya tak salah kot aku dok cerita pasai makan kat hangpakan. Aku baru dok pelan-pelan kayuh diet nie. Tak boleh drastik sangat. Nanti perut aku terkejut, aku pula yang kejung!


Meh, sini aku nak cerita pasai nasi lemak royale, Anak Bukit Aloq Staq Kedah. Nasi lemak yang aku pekena masa balik kampung 2 minggu lepas. Actually, aku dah lama sangat  nak try nasi lemak royale nie ... sedap ke idak daripada nasi lemak Mikamal. Asyik lalu dekat Istana Anak Bukit tu dok pandang-pandang je orang meramai yang datang. Dalam hati dok cakap, mesti sedap nie. Kalau tak, takkanlah sampai beratuq panjang nak beli nasi lemak dia. Sedaplah kot .... kot .... kot!


So, satu hari tu lepas aku teman mak pi ambil kekabu dekat Kuala Kedah, terus ajak mak pi dekat Istana Anak Bukit. Bukan nak pi mengadap Sultan Kedah ye ... chek nak pi beli nasi lemak je pun. Nasi lemak royale nie sebelum Istana Anak Bukit, memang sebelah sebelah je pun. Betul-betul dengan simpang empat traffic light yang nak masuk ke Pantai Johor.


Sampai je orang tak ramai lagi, aku pun beratur. Beli 3 bungkus nasi lemak. Satu untuk aku, satu untuk ayah dan satu untuk mak. Kita pakat-pakat makan nasi bungkus. he he he. Bukan selalu, hari-hari masak, sesekali nak try juga nasi bungkus. 



Aku beli nasi lemak ayam goreng, nasi lemak ayam pedas madu dan nasi lemak udang. Tiga bungkuih nasi lemak yang aku beli nie harga dia boleh tahan juga mahai dia. Aku rasa mahai dia tang udang tu. Kalau tak salah aku sekoq udang dalam RM7.00. Mahaikan? Tapi nak try punya pasai, mahai pun mahailah. Aku ambik 3 ekoq udang. Nanti boleh dapat sorang sekoq. Bila dah ambik sampai 3 ekoq, jadi nasi lemak udang tulah paling mahai jadinya.



Nie nasi lemak ayam pedas madu. Ayam pedas madu dia sedap tau. Balik rumah makan lauk dia share-share. Mak, ayah dan aku dapat merasa semua lauk yang ada. Lagipun pilihan lauk bagi nasi lemak royale nie tak adalah banyak. Ada juga gulai itik, tapi aku tak makan itik. Tak lalu dek tekak aku nie.




Yang nie nasi lemak udang yang aku habaq dekat hangpa tadi. Udang dia besaqlah juga, sebab tulah mahai kot. Udang dia nasib baik segaq juga. Sedaplah. Cuma keseluruhannya, campuran kuah bagi nasi lemak royale taklah sesedap nasi lemak dekat Restoran Mikamal. Restoran nie pula selepas Istana Anak Bukit. Dulu, aku dah pernah cerita dekat hangpa. So, googlelah sendiri. Malas pulak aku nak link. he he he.


Aku sebenarnya terpengaruh dengan cakap adik aku, dia kata nasi lemak nie sedap sangat. Yelah dulu dia study dekat Polimas, geng-geng dia cakap semua sedap. Tu yang aku teruja nak try juga. Bagi aku biasa-biasa je pun. Okeh, aku faham lidah kita tak sama walau adik beradik seibu dan seayah. he he he. Mak ayah aku cakap pun biasa je. Tak sedap tu bukan sebab nasi dan lauk pauknya, tapi campuran kuah dia yang menjadikan dia kurang kick. Dalam kurang kick pun, habis juga RM32.00 untuk 3  bungkus tu ... hu hu, boleh tahan mahai beb! 


Balik kampung nanti aku nak repeat nasi lemak Mikamal. Aku suka sebab ayam madu dia sangat sedap dan kuah campur dia memang best sangat! Harap-harap aku try 2nd time masih sedap jugalah. Kalau korang rasa nak try nasi lemak royale bolehlah try, manatau kot sedap dekat tekak korang kan kan kan ....


Untuk pengetahuan korang, nasi lemak royale nie ada 2-3 cawangan, tapi sorrylah aku tak tau cawangan lain kat mana. Cuma adik aku cakap, salah satunya dekat Pekan Jitra, Kedah. Bolehlah hangpa pi noooo.



Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!






CK : Bila boss asyik buat hal lagha je, aku pun naik busan! Huuuu sabaq ajelah.

Monday, March 19, 2012

AKIBAT DEGIL!

Assalamualaikum ...




Pagi tadi aku bantai minum Nescafe, dah tahu tak boleh minum langsung skang nie ... tapi dok gatai berdegil minum juga. Sudahnya dari petang tadi sampai sekarang aku dok taip entry nie, kepala berdenyut bukan main. Huh! senget dengan mata kiri aku sekali. Bukan main lagi sakit. Tapi aku nie cam biasalah, kalau sakit kepala tu boleh tahan lagi ... aku tahan je semampunya!


Aku tak tahu kenapa tadi memang aku tak boleh tahan tengok air nescafe, nafsu aku meronta-ronta nak minum juga. So, dengan rakus aku minum 3 teguk. 3 teguk je pun ... menjelang 3.00 petang, kepala dah start berdenyut giler. Tahan baeeeeeeeeeeeeeek punya! Boleh gelak ketawa dengan officemate lagi. Kepala menahan sakit jangan cakaplah. Mata kiri aku memang sakit sesangat. Control ayu sungguh sebab sikit pun aku tak mengeluh sakit.


Balik kerja petang tadi dengan Si MB, aku diam je sepanjang perjalanan dalam kereta ... diam dalam kesakitan. Senyum sumbing. Lepas kerja tu, pi makan pula dekat Selera Laman Perdana. Makan sebelum balik rumah memasing. Time nie pun sakit juga. Aku tak beranilah nak ngadu yang aku tengah menahan sakit kepala dekat Si MB. Bukan apa takut time tu, dia bagi tazkirah percuma. Kalau dah dapat tazkirah percuma mau meleleh cair taik telinga aku. So, baik pendam je sakit nie!


Dalam sakit kepala sebab minum Nescafe, aku bolehlah lagi dok update entry nie sesambil layan drama Cinta Si Tukang Kasut. Bestlah pulak drama nie ... tadi layan Apa Celop! Kelakar tengok citer Apa Celop bila Sawi pergi dating pun bakal bapa mertua temankan. Dok jogging, bakal bapa mertua follow dari belakang sambil naik motor. hu hu lawak tapi baguih jugak!


Skang dok layan Cinta Si Tukang Kasut, kisah pasal Badrul lakonan Remy Ishak yang kerja sebagai tukang kasut. Badrul jatuh cinta dekat Lola, lakonan Ayu Raudhah seorang wanita yang kasar. Loli, lakonan Zarina Zainuddin pula suka dekat Badrul. Syok punya pasal sanggup rosakkan kasut sendiri sebab nak suruh Badrul baikikan kasut-kasut dia tu. Cinta punya pasal! Kesudahannya? Belum tahu lagi camne ... tapi drama Melayu, dah boleh agaklah ending dia camne. he he he.


Nampak gayanye, aku layan drama sambil menahan sakit kepala nie. Inilah akibat degil sangat. Suka-sukahati langgaq pantang. Dah padan muka sendiri ... alahai!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



 Tiba-tiba rindu dekat budak kecik pot pet pot pet nie ... 
Dah 4 tahun, tapi cakap pelat bukan main.

Malam tadi masa hantar dia balik ...



Budak kecik : Acu tepi ceket ...
Acu : Nape ... ?
Budak kecik : Tepi ya ceket, adik nak tito nie ..
Acu : Ar tidorlah ...
Budak kecik : Iiiih ... kete acu nie teciklah, cucah nak tito.
Acu : #$%^%^&^&^*&(*& gggggrrrrrrrrrrrrrrr




Aku tengah drive dah tak tahan gelak ketawa! Tahulah kete Dada dan Mummy dia besau... hu hu. Sabau jelah.







CK : Aku tak suka betul minum dekat Selera Laman Perdana, ayaq tak sedap! Dahlah mahal pastu lembap plak. Geram tul! Nasib baik makanan kat sana sedap bagi tekak aku.

Sunday, March 18, 2012

GAMBAR | 4TH PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2012

Assalamualaikum ....






Hai korang! Untuk hari nie aku baru nak update. Cerita fresh, eh bukan cerita sangat. Aku nak tayang gambaq Hot Air Balloon je kat korang. Semalam aku pergi dengan anak-anak buah aku. Penat, panas dan lapar semua ada. But berbaloi sebab dapat spent time dengan anak buah time cuti sekolah nie. Paling teruk penat adik akulah, sebab anak-anak buah aku semua nak panjat dia je. Aku nie mengawal keadaan je ... ha ha ha, masing-masing sibuk cakap aku garang. Mana tak garangnye, kalau dicakap pape memasing sibuk nak main je. Dalam kereta pun nak main juga.


Pagi semalam punyalah ramai orang kat Monumen Alaf Baru, Presint 2 ... aku dan anak-anak dah terpacak dekat sana 7.30am. Sampai je terus sibuk nak snap gambaq. Sedihnya tahun nie, macam jerebu sikit. So, langit tak biru dan gambar pun kurang cantik! Tak boleh nak tunjuk skills budak baru belajar dekat korang. Sebelum aku mengarut lelebih, meh tayang gambaq untuk korang terutama buat sesapa yang tak dapat datang ke Putrajaya! Tahun depan kalau ada lagi, korang datanglah. But make sure datang awal pagi ye.


Entry nie agak panjang dengar gambar je, aku malas dah nak buat part-part nie. Kalau buat kang ada yang tak sampai part akhir. So, kita bubuh je semua gambar sebanyak yang mampu dalam entry nie. Sonang aih kojer den.



Masa nie baru sampai, aku dekat belakang mengawal keadaan macam biasa. Adik aku jaga anak-anak buah kat depan. Masa datang memasing berjalan sendiri elok je. Nanti kita tengok dah nak balik mampu ke berjalan lagi ...


Tengah tiup belon? Eh, tengah meregangkan tali belon tu untuk dikembangkan segala belon. Masa nie orang dah ramai. Semuanya ghairah ambil gambaq dengan pelbagai gaya termasuklah aku. Tapi depa semua pakai kamera yang besar godang tu. Aku punya kocik je. 


Teringin aku nak naik lagi. Seronok dan gayat semua ada. Kali nie tak naik pun. Orang ramai terlampau. Rasanya tetiap tahun ramai. 


Umat manusia yang datang! Ramai orang Cina yang sibuk ambil gambar. Aku tak sure ada pertandingan photografi ke idak


Untuk hari berkenaan boleh berjalan, berlari dan bersila di jalan raya sesuka hati mak ayah kita! Tak yang kena langgar punya. 


Memasing bawa anak. Maklumlah cuti sekolah. Masa nie aku dah duduk tersadai tepi jalan dengan anak-anak buah aku. Penat. Berpeluh satu badan memusing, time nie awal lagi tau. Rasanya dalam 9.00am.


Dalam khemah putih tu, pengunjung yang dah beli tiket nak naik belon!


Disebabkan gambar tak tersusun, aku main belasah je letak gambar. Ini keadaan masa baru sampai. Memasing sibuk mengembongkan belon sendiri! Macam-macam bentuk. Time nie best je tengok.


Happy birthday!!


Happy birthday again! he he he


Kalaulah aku dapat naik sekali lagi, pastu dapat bawa camera dslr ... sure best nie!! Teringinnnnnnnnnnnnnn..


Ini pun time mengembongkan belon juga!


Belon beratur!


Aku suka yang nie, cantiklah pula. Malangnya, langit tak biru! Itu yang jadi kureng tu ...

Ini salah sorang anak buah aku. Banyak hal beb. Nak amek pic dia bukan main susah. Dah boleh ambil ... suruh senyum, macam-macam memek muka dia buat. Mula datang pagi kuat je berjalan, tapi time nak balik .... cer korang tengok perangai dia! Memerap nie .....


..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 


Maksu dialah jadi mangsa mendukung budak kocik nie. Dahlah chubby! Siap dukung sampai ke kereta. Mula datang okey je, orang lain elok je berjalan kat depan. Dia sibuk nak berdukung. Alahailah sayang! Itu belum masuk mulut dia yang pot pet pot pet. Ada je benda dia nak tanya dan nak sembang. Tapi kitaorang layan je! 


Semalam memang best dapat spent time dengan dorang. Dah lama tak lalui keadaan camtu. Petang nie dah nak hantaq dorang balik kat mak ayah. Ada yang sekolah esok. Next time plak aku bawa depa, maybe time Floria kot. Untuk kali nie, kesian juga dekat dorang, aku bawa dorang tapi dalam masa yang sama petang tu aku kena keje. Kenalah tinggal dorang kat rumah dengan adik. Aku balik malam, dorang dah tidur! Sedihlah pulak.



Okeylah, aku nak siap-siap hantar dorang balik. Tunggu yang sorang tu bangun tido. Sebelum tu nak pi ice room dulu. Yes! 


tata korang! thanks for reading ya.






CK : 2-3 hari yang penat dah letih but seronok!

Saturday, March 17, 2012

SELESAI MAKAN TENGAHARI!

Assalamualaikum ...






Pagi tadi, seawal 7.30am aku, adik dan anak-anak buah aku dah terpacak dekat Presint 2, Monumen Alaf Baru. Punyalah ramai orang. Aku parking dekat Monumen Alaf Baru, pastu menapaklah sikit.  Lepas berposing dengan balloon yang ada, amik pic anak-anak buah then terus pergi gerai F&B. Cari makan pagi. Perut dah melapar benor!


Aku beli sata, otak-otak, nasik beriani dan karipap untuk anak-anak buah aku. Aku makan sata satu je, pastu merasa nasi beriani sesudu. Yang lain-lain semua anak-anak buah aku bedal! Penat berjalan gamaknya. Balik je rumah dalam kul 11 am, pergi cari bahan mentah nak dimasak. Aku singgah beli barang dekat Pasaraya Darussalam je, senang pun senang.


Balik je kelam kelibut nak masak. Gas pula dah habis, kenalah suruh adik aku keluar beli gas. Yelah, call orang hantar gas tak berjawab langsung. Mesej pun tak dibalas. Nasib baik adik aku ada. Berasap jugalah dapur!


Tadi aku buat menu ringkas je. Menu yang anak buah aku suka! Habis licin makan dorang, aku dengan adik aku makan separuh je nasi. Yelah, masing-masing punya laju makan. Rezeki dorang, so orang tua-tua boleh beralah. Aku cuma masak ikan kembung stim, tomyam ayam dan telur dadar bercheese! Habis licin semuanya. Aku cuma sempat snap ikan kembung stim je. Lain-lain tak sempat. Memasing sibuk nak makan cepat. Okeh, makan cepat korang kena tidur cepat. Kalau tak, ..... sure dorang berkejaran dan membising sana sini. Tak larat aku nak jerit. Dengan yang panjat grill rumah aku lagi. Alahaaaaai ....




Inilah rupa ikan kembung stim aku. Letak ikan dengan cili api, sedikit belacan, hirisan tomato dan bawang holland, garam dan sedikit serbuk perasa.  Lepas tu pindahkan ke alumininum foil. Letak sedikit air. Masukkan dalam oven, guna api atas bawah. So, dia takkan jadi ikan bakar punya ... akan jadi ikan stim je! Sedap! Kalau nak sedap lagi letak hirisan halia. Perghhh terangkat! Ini bakal jadi menu Atkins aku nanti. Insya-Allah, sedang mencari kekuatan nak berdiet nie. he he he



Alhamdulillah, akhirnya selesai makan-makan tengahari aku dan anak-anak buah aku. Best, sedap, simple dan humble ... ha ha ha. Sudah makan mata pun kuyu, mulalah minta bantal! hu hu





CK : Gambar Hot Air Balloon nanti aku update untuk korang!