Monday, April 30, 2012

KERANA SEBIJI KEK!

Assalamualaikum ...





Selamat pagi korang! Aku rasa hari nie mesti ramai yang cuti. Maklumlah, cuti berkembar sebab esokkan cuti umum lagi sempena 1 Mei, Hari Pekerja! Sonoklah korang. Aku tak cuti pun, sebabnya nak simpan cuti untuk raya nanti. Boleh balik kampung lelama sket.


Aku nak kesahkan pasal malam tadi. Malam tadi tiba-tiba mood nak membaking cake mula mendatang. Selongkar barang semua cukup, so aku decide nak buat caramel cake sebijik. Resepi cake nie aku cilok dari blog K.An Putrajaya. Kalau korang nak try boleh jenguk sini <----! Bila aku wat cake nie mula fikir, boleh bagi kengkawan, sebab aku kan diet. Ini kata-kata aku semasa cake tu belum pun masak okeh. Lepas kentang kentung kek dapur, maka terjadilah sebiji cake yang mengembang keluar dari acuan .... macam kat bawah nie.

.
.
.
.
.
v





Adui, mengembang giler cake nie kuar dari acuan. Kecik nau acuan nie sebenarnya. Ada acuan besar tapi malas nak guna. he he he. Aku  harap aku tak mengembang macam cake nie suatu hari nanti. Takmolah ... itulah yang gigih berdiet. Tapi, kerana sebiji cake nie, kegigihan aku tergugat bila cake dah masak dan aku potong-potong masuk bekas. Terliur ... teringin ... nak menikmati rasa, huh! macam-macamlah perasaan yang ada masa tu. Nafsu ... nafsu ... makan ... makan!




Bila cake dah dipotong seperti rupa di atas, perghhhhhhhhhhhhhhhhhh .... tak boleh nak menahan nafsu serakah makan aku. Mula rasa caramel dia je, uiks ... manisnye! Aku terlebihkan gula plak. Nasiblah sapa yang makan! he he he. Rasa sket je masa tu ... bila dah rasa caramelnye mesti nak rasa cakenye pula. Lembut ke idak? Ada rasa strawberry ke tak? # cake malam tadi juga sedikit hangus kat bawah dia, sebab dok leka layan HBO, maklumlah Astro bagi layan free sampai 5 Mei nie kot ....#


Sudahnya, aku amek sepotong terus ngap dalam mulut! Korang yang atkins diet, cer bayangkan berapa banyak carbo cake nie?? Aku rasa adalah dalam 30gram kot!! Habis hancur diet aku semalam. Punya berjaga baik dari pagi sampai petang, tiba tang malam boleh pi makan sepotong cake! huk huk huk .... hancurlah ketosis aku camnie. Camne nak cecah angka 5 di permulaan nie? Skang nie masih kekal pada 60.5kg. Tak turun dan tak naik!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tensionnye!



Disebabkan cake berkenaan dah selamat dalam perut, makanya Alhamdulillah ajelah jawabnya. Takkan nak luahkan balik kot. Anggaplah ia sebagai rezeki aku malam tadi.


So, hari ini dan seterusnya ... disiplin Atkins  Diet akan berlaku dengan lebih ketat! Aku taknak usaha aku sia-sia. Kalau berat tak turun dengan banyaknye, berdikit-dikit pun dah baik bagi aku! 



Selamat berdiet semua! Have a nice Monday ... esok cuti lagi, yeeebaaaaa yeeeebaaaaaa



#June, aku kasi ko caramel cake nie ... tapi sorry ye dear rasanye manis sekali macam tuan yang buat! ha ha ha






CK : marah-marah sayang! pandai dia buat aku kecik hati, dan sekarang dah makin pandai pujuk nak ambil hati!!

Saturday, April 28, 2012

WEEKEND YANG NYAMAN ...

Assalamualaikum ...





Happy weekend korang semua! Pagi nie rasa nyaman dan aman sangat dekat Putrajaya, kalau ikut hati memang aku nak je sambung tidur. Tapi tak boleh .... nak kena bangun awal sidai baju dan pack segala baju untuk pergi jenjalan. Tapi pagi nie aku masuk office kejap. Nak siapkan apa yang patut.


Korang dah bangun ke? Atau masih ada yang berdengkur di bilik beradu?


Malam tadi aku ada buat entry pasal Bersih 3.0, adik aku pula mangsa Perhimpunan Bersih nie. Disebabkan ada pihak yang tak reti nak fikir sangat soal keamanan negara dan rutin hidup pihak lain, adik aku tak dapat pergi kelas hari ni. Dia cakap kelas dibatalkan sebab Perhimpunan Bersih tu! Sian kat adik aku, dia dahlah study part time. Weekday kerja dan weekend study. Orang nak habis cepat tempoh study tu, kalau dok cuti sebab hal macam nie lah yang amat menganggu!


Mata ku nie masih le ngantuk sesangat! Kalau tak disebabkan nak kerja, takdenya aku bangun lagi. Sebabnya malam tadi tidur lambat, 2.30am baru tidur then kul 6.30am dah sedar! Malam tadi Si MB call, dia cakap Hani Alani dah sampai Mesia. Oh, lupa nak cakap kawan den sorang nie pergi China 10 hari ari tu. Aku plak ada pesan fridge magnet dari China kat dia. ha ha ha ... tak malu sungguh siap mengoder bagai. So, Si MB suruh aku siap cepat sebab nak jumpa Hani dengan Mr. Z sekali. Time dia suruh siap rasanye dah 11pm dan mata aku dah kuyu bagai inginkan bantal disorongkan ke kepala. 


Bila dia cakap kejap lagi dia sampai, teruslah aku semangat bersiap. Dengan muka tak sememeh bagai. Ah, lantaklah. Nak pergi jumpa orang China nie kena semangat jugalah. Eh! orang balik dri China bukan orang China ... he he he, jangan  marah ye Hani. So, berjumpalah kami dekat Restoran D' Dusun Pinggiran Putra. Sambil borak sambil makan. Seronoknye Hani dah jenjalanGreat Wall! Aku dah lama impikan nak jenjalan kat Great Wall tu tapi orang lain dapat pergi dulu. Aku nie tataulah bila dapat pi kan ... Bandung pun belum lepas lagi ha.


So, borak punya borak dah dekat 2am, memasing dah minta diri nak balik. Mata memang dah kuyu tahap melampau dah! Siap salam-salam dengan Hani peluk cium bagai ... hu hu hu macam dah tak jumpa dah sedangkan si Hani nie dok Presint 14 je pun. keh keh keh. Perempuan hover tau! Gaya berpeluk cium macam orang tu nak balik China balik je ...


Sebelum masuk kete tu, si Hani hulurkan buah tangan dekat aku. Satunya, of course le aku punya fridge magnet yang diorder! Makaseh dear sebab sudi belikan untuk kita. Cayang awak tau! he he he. Pastu dia juga belikan beg kantung yang orang China selalu bawa tu. Comey hokeh ... dia cakap kantung tu murah kalau dekat Beijing! Maseh maseh ... sayanglah awak sekali lagi.



Idaman hati. Entah bilalah muncul minat nak kumpul fridge magnet nie

Kantung hatiku! Sweet je color dia.


Itu je kot aku nak cerita sempena weekend yang nyaman nie. Nyaman dekat Putrajaya ajelah. KL tu aku tataulah sebab ada manusia-manusia yang mungkin cuba huru harakan keadaan kat sana nanti.


Okeylah, cau cin cau ye anak-anak semua. Thanks for reading ye ...






CK : Penatlah sangat ... alahai!



Friday, April 27, 2012

ESOK BERSIH 3.0 ! JOM JOIN TAPI BUKAN 3.0 LAH, 10.0 PUNYA BERSIH!

Assalamualaikum ...






Aku rasa semua orang dah tahu esok ada Perhimpunan Bersih 3.0 yang ntah pape ntah! Aku pun ada juga buat perhimpunan Bersih nie, tapi bukan 3.0 rasanya 10.0 kot! Aku tak buatlah dekat Dataran Merdeka dengan duduk dan bantah tu, aku rasa merugikan masa je setakat duduk dan bantah dengan panas lagi dengan ramai orang lagi. Cam orang bodoh je rasanya! 


Kalau nak protes Kerajaan Malaysia pun aku rasa, ada cara yang lebih baik dan saluran yang betul daripada buat perhimpunan Bersih yang macam hape ntah. Buang masa dah satu hal, menyusahkan pihak lain dah berhal-hal! Nanti pi berhimpun ada yang cedera sebab berasak beramai-ramai mulalah buat tohmahan salahkan Polis Malaysia pukul bagai ... piiiiiiiiiiiiirah! Sedangkan diri sendiri yang cari sakit.


Sapa yang nak join sama perhimpunan bersih aku esok bolehlah, kita sama-sama berhimpun kat rumah masing-masing ... pastu bersihkan rumah, bersihkan baju, kemas dapur .... sapu laman rumah dan yang seangkatan dengannya. Habis berkemas kita memasak dan makan berjemaah. Solat Zohor berjemaah dan lepas tu duduk depan tv layan dvd ke Astro Oasis ke, bergurau senda dengan family aku rasa itu lagi afdal kot! Daripada dok terkinja-kinja dekat Dataran Merdeka tuh. Buang masa ... buang masa ...


Aku mengikuti cerita perhimpunan Bersih nie dari yang mula sampailah skang nie. Aku pun tak faham pun apa yang dorang minta. Aku pernah dikutuk sebab kononnya aku nie buta perlembagaan Malaysia. Aku rasa yang kutuk aku pasal Perlembagaan Malaysia tu lagi buta hati dari aku. Korang tau tak wahai rakyat Malaysia, korang nie sibuk nak buat perhimpunan kerana hasutan yang bukan-bukan kenapa? Kenapa korang tak nak sepakat? Sepakat membawa berkat, dah lupa ke? Sekolah dulu belajaqkan?


Korang sibuk berhimpun bagai ... meh sini aku nak cakap, "mana ada perhimpunan aman yang aman!!". Sure ada rusuhan ... sure korang kena sembur air punyalah ... sure korang akan merosakkan harta benda awam .. sure korang akan merugikan pihak lain cam peniaga, pemandu teksi (dorang nak cari makan, nak bagi anak bini, tapi korang sibuk berhimpun yang konon aman ... tapi melingkupkan!). Tengoklah perhimpunan Bersih yang sebelum ni, "apa yang korang dah buat? berapa banyak orang yang korang dah susahkan?".


Bersyukurlah duduk dekat bumi Malaysia nie, Malaysia nie aman, kaya, dihormati ... kalau Kerajaan Malaysia nie salah sangat kat mata korang cara pentadbiran dan pengurusannya, korang boleh menegur guna cara yang betul. Ada prosedurnya! Korang pun ada wakil masuk Parlimen bagaikan? So, cakaplah dekat wakil Parlimen korang untuk usulkan apa yang patut. Sonang aih! Korang je saja nak menyusahkan orang lain. 


Korang tau tak, yang join Bersih nie aku tengok ramai yang muda-muda dan ramai Melayu. Bila Melayu sure Islamkan? Nak aku habaq kat hangpa, "hangpa nie ibarat antan sama antan berlaga, ayam atas pokok yang konyang!". Hah! korang pikiaqlah apa yang aku tulis nie. Korang dok berlaga sesama sendiri, dengan perhimpunanlah hapelah, bangsa lain yang rebut kekayaan dan kesenang kat Malaysia nie. Orang lain tepuk tanganlah kalau kita berlaga sesama sendiri sebab depa akan dapat untungnye!


Sekarang nie, orang Bangladesh pun dah boleh buka restoran dekat Malaysia. Tengok! Kita ni sibuk nak berhimpun, orang negara luaq sibuk dok rebut peluang rezeki dekat negara kita. Dulu, depa mai Malaysia setakat kerja dekat petrol pump je .."hijau ka ... kuning ka ...!". Sekarang nie siap ada kedai perabot ... siap ada restoran bagai. Ini bukan cerita bohong sebab aku dah pi dekat kedai perabot Bangladesh nie. Dia bukan kerja di situ, tapi dia tuan punya kedai perabot dan buka sebuah restoran. Malu weh aku! Korang apa ada? Susah minta tolong Kerajaan, sonang sket dah hentam Kerajaan! Baguihkan hangpa nie!


Aku pernah berborak dengan sorang supervisor cleaner Bangladesh yang dipantau oleh aku sendiri. Bangla nie memang rajin kerja, dia pernah cakap dekat aku ... "Rakyat Malaysia untung, nak apa pun kebanyakannya Kerajaan Malaysia bantu. Ada bagi bantuan RM500. Nak rumah pun ada Skim Rumah Pertamaku. Dekat Bangladesh sana, semua kena cari sendiri ... Kerajaan tak tolong pun! Saya hidup sini senang, Malaysia aman".


Jadi, korang rakyat Malaysia .... bijak-bijaklah berfikir! Aku nie kerja ada masanya berurusan dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Jadi aku akan tanya tentang kehidupan mereka di negara sendiri dan pendapat mereka tentang Malaysia! Kalau korang tak mampu fikir lagi tentang betapa orang bukan warganegara Malaysia bersyukur kerja dan tinggal di Malaysia, kita nie tak taulah bijak bersyukur ke idak?


Malaysia adalah negara membangun yang sedang menuju ke arah negara maju. Jadi, janganlah minta semuanya percuma sampai PTPTN pun korang minta mansuh! PTPTN tu kan pinjaman, bila korang pinjam maknanye hutang. Bila hutang, mak aku cakap kita wajib bayar! Bab interest kereta ... interest rumah yang bank kenakan ntah hape-hape korang sikit pun tak kisah. Tapi bab PTPTN bukan main lagi korang cakap bab riba bagai. Tang loan study pandai bercakap bab riba. Mana aci camnie! Lepas tu, mahasiswa/i yang belajaq pun belum habis sibuk dok berhimpun nak mansuhkan PTPTN ... hape nie? Belajaqlah dulu bagi habis. Kalau nak sangat free belajaq, pulunlah bagi dapat pointer 4.0, kot-kot PTPTN boleh ubah pinjaman korang kepada biasisiwa. Senangkan? Itupun tak reti pikiaq ke?? Belajaqlah bersungguh-sungguh, jangan hampakan harapan mak ayah dengan menyertai perhimpunan yang akan merugikan diri dan masa depan sendiri. Korang ingat bila korang join perhimpunan macam nie, dorang akan bagi jaminan korang dapat kerja baik lepas habis study! Belum tentulah!



Apapun, bijak-bijaklah berfikir wahai rakyat Malaysia. Aku memang sayangkan Malaysia. Aku bersyukur aku dilahirkan di sebuah negara yang aman macam nie. Bebas nak ke mana pun dan sebenarnya kita juga bebas untuk bersuara dengan menggunakan saluran yang betul.


Jujur aku cakap, aku dari dulu sentiasa mendoakan UMNO dan PAS bersatu mentadbir dan menguruskan negara Malaysia nie. Itu lebih baik. Insya-Allah kita boleh seimbangkan dunia akhirat kita. Bila Islam dan Melayu bersatu dan menjadi kuat, Insya-Allah satu dunia akan hormati kita. Tapi sayang, aku tak faham kenapa PAS nak bersepakat dengan DAP. Dan aku memang tak suka PKR! Bagi aku PKR hanya akan memecahbelahkan orang Melayu. Itu pendapat aku. Sedih aku!


Ermmm ... makin hari aku makin kecewa dengan politik di Malaysia nie. Esok pula ada Perhimpunan Bersih 3.0 ... ntahlah! Aku harap dan doa Malaysia akan selamat hendakNya dan berada di bawah lindungan Allah swt. Amin ....




Buatlah sesuatu yang baik dan tidak menyusahkan pihak lain untuk agama, bangsa dan negara!

ILOVEU MALAYSIA!








CK : Kadang yang pergi berhimpun tu, dia sendiri pun tak tahu apa matlamat serta tujuan sebenar! Lebih kepada nak ikut telunjuk orang. Matlamat diri sendiri pun hancur inikan pula nak faham matlamat perhimpunan macam nie ... BERSIHKAN HATI SENDIRILAH, ITU LEBIH AFDAL!

"KATA DIET .....!"

Assalamualaikum ...





"Eh! bukan ke hang diet ke? Apsal tak kurus pun? Buat penat je hang diet .... hilanglah segala nikmat dunia dok pantang-pantang makan!"




Untuk korang yang berdiet kena kuat semangat bila orang cakap dekat korang macam ayat dekat atas! Wajib kuat semangat. Sebab manusia sekeliling kadang ada mulut macam longkang belakang kedai makan. Busuk sangat dengan usaha baik orang lain. So, guys and gurl kat luar sana, kalau terima kata-kata macam nie, please sabar okeh!


Baru diet sebulan tak bermakna korang boleh kurus giler macam Jenifer Lopeh or Cameron Diaaaaz! Ada orang amik masa yang begitu lama untuk turunkan berat badan dia. Tapi percayalah, dengan usaha yang konsisten serta semangat yang gigih pasti korang berjaya.


Kata-kata hangus kat atas kalau korang termakan, maka korang pun sama macam dorang ... nak jadi longkang juga ke? Ingat benda pertama dalam kepala diet dalam erti kata korang kawal corak pemakanan adalah untuk kesihatan. Please set dalam kepala segalanya untuk kesihatan dahulu!


Macam aku, walau baru turun 4.5kg dalam tempoh 3-4 minggu, memang kalau tengok takde kurus pun. Kalau orang yang selalu tengok sure cakap ... "gemmmmuks!" juga. But keringanan badan tu boleh dirasai oleh tuan punya badan. Kalau aku tak timbang pun aku tahu berat dah turun sket. Sebabnya, bila aku berjalan ... paha takdelah berselisih antara satu sama lain. Relaks je jalan. Laju lagi tu tak macam dulu. Kain yang aku pakai pun dah tak ketat dekat pinggang macam dulu.


See, perubahan itu kita yang rasai sendiri. Jangan dok terpengaruh dengan cakap orang lain, teruskan usaha korang berdiet cara sihat dan teratur okeh! Bab bersenam jangan lupa ... buatlah perlahan-lahan kalau tak mampu. Jangan paksa diri melampau sangat. Nanti lama-lama biasalah tu!


Macam aku nie, maybe amik  masa 5-6 bulan untuk capai berat ideal. Takdenya nak diet sebulan boleh turun sampai 10-25kg, drastik sangat tu. Kang datang pula effect lain. Tapi takpelah, kita usaha pelan-pelan! Untuk orang semua yang sedang berdiet atau mula berniat untuk berdiet .... "Teruskan Usaha dan Semoga Berjaya!".




MULAKAN HARI INI, JANGAN BERTANGGUH!






Sekian, cerita di pagi Jumaat! Esok dah cuti ... ye ye ye bolehlah pi jenjalan.






CK : Nak shopping sakan bajet tak mengizinkan ... hu hu, kenalah puasa shopping jawabnya!

Thursday, April 26, 2012

DIET | MY FOOD DIARY

Assalamulaikum ...








Pagi nie aku nak tunjuk dekat korang contoh food diary aku. Senang nak belek aku makan ape sepanjang diet. Contoh yang aku bagi nie untuk menu satu minggu je. Untuk menu lain nanti aku cerita kemudian. Jangan nak pelik sangat kalau aku ulang-ulang menu yang sama. Maksudnya aku malas pergi pasar untuk beli bahan mentah, so masak apa yang ada dalam fridge sahaja!




Abaikan tulisan aku yang tak cun. Ia hanya setakat catatan je, balik kerja je terus tulis apa yang aku makan seharian di opis. Tulisan aku lawa lagi daripada nie sebenarnya ... he he he! Kalau tak salah aku, ini food diary minggu ke-3. Atas tu aku dah tulis sekali berat terkini 62kg! Skang nie aku dah minggu ke-4. Berat terkini 60.5kg.


Okeylah itu je aku nak share pun dengan korang. Nanti kita cerita lagi ye! Happy working semua!





CK : Makin seronok dengan diet nie! Good luck untuk diri sendiri ... he he he

Wednesday, April 25, 2012

DIET | PERIHAL ATKINS DIET

Assalamualaikum ...





Seperti yang korang maklum (yang selalu jejak blog aku), sure dah tahu aku sekarang adalah pengamal atkins diet yang dah masuk minggu ke-4. Masih gigih dan masih bersemangat untuk mencapai goal yang telah ditetapkan sendiri. Pasti ada antara korang semua yang dah tahu tentang Atkins Diet nie dan mungkin ada yang belum tahu lagi. 


Meh sini, aku share serba sedikit pasal Atkins. Kalau nak mencuba diet nie kena banyak membaca. Macam aku dulu, baca punya baca sampai setahun baru terbuka hati nak mencuba. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku amat selesa dengan diet ini. Seronok pula rasanya bila setiap minggu ada juga kilogram yang berkurang dari tubuh  badan aku. 


Kat sini aku nak share dengan korang pasal info Atkins Diet nie. Aku copy dari blog Bicikut yang telah berjaya mendapatkan berat ideal dengan diet ini. Tahniah! Selain daripada blog taknakgemuk.com, aku juga selalu baca dan cuba untuk faham isi pati yang cuba disampaikan oleh Bicikut dalam blognya. Ringkas dan santai. Takdelah baca sampai stress bagai! 




" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"
 



Diet Atkins lebihkan sumber  Protien daripada karbohidrat


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
 
 
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat!
 
 
 
Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

 
 
 
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
 
 
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
 
 
 
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
 
 
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
 
Tengahari:

1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
 
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
 
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
 
 
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

 
 
Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
 
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).

2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.

3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
 
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
 
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
 
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
 
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
 
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
 
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
 
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
 
 
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
 
 
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
 
 
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
 
 
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.



Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.






Dah habis baca? Faham ke tak? Amik masa untuk faham tapi janganlah lama sangat pula ye! Kalau rasa dah sampai masa untuk berubah. Sila ambil tindakan yang sewajarnya. Bukan apa, diet untuk kesihatan yang baik dan bukannya kecantikan semata-mata. Sihat dulu, cantik itu datang kemudian!


Sepanjang aku mengamalkan diet nie, aku tidak terlalu lapar sangat macam selalu malah aku sudah pandai mengawal pemakanan dan berfikir apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak! Cuma, minggu pertama induction aku mengalami keletihan, lemah dan rasa tak selesa. Lepas tempoh seminggu keadaan kembali kepada biasa.


Aku masih lagi dalam tempoh induction! Induction aku maybe lama daripada orang lain memandangkan aku target untuk dapat berat 48kg. Masa aku mula-mula buat induction, berat aku 65kg. Semalam aku timbang berat aku dah capai 60.5kg! Alhamdulillah, dalam masa 3 minggu aku turun hampir 4kg juga. Seronok rasanya! Nak capai target 48 kg tu, memang aku kena usaha dengan gigih. Bukan setakat jaga diet malah aku perlu bersenam juga! Bab bersenam nielah agak kurang bagi aku. Ntah bila nak serius tataulah. 


Lepas nie aku akan share dengan korang menu-menu yang aku ambil semasa tempoh induction! Jom kita sama-sama diet untuk lebih sihat dan fit! Apalagi? Joooooooooooooomlah!







CK : Tak sabar nak tunggu capai goal sebenar! Takpa, biar lambat asal capai. Chaiyooooooooooook ...

MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Assalamualaikum ....





Selamat pagi korang semua! Rasanya dah sekian lama aku tak terbitkan entry dipagi hari. Nak buat autopublish entry macam dulu pun dah tak sempat. Kalau dulu sebelum aku masuk tidor, entry untuk esok pagi tu aku dah siapkan malam-malam. Dah siap semua baru masuk tidur. Skang nie rutin hidup aku dah berubah sket. Malam dah jarang nak berinternet beriya sangat. Cukuplah ala kadar. Aku pun tak tau awat yang jadi malas sangat nak berblogging memalam. Uuuhhhh camnolah nak jadi blogger tegar camnie, kalau penyakit M mula nk menyinggah ... sssyooooh syooooh jauh kau penyakit M! he he he


Panjang pula aku bebel pepagi nie. Short cut ajelah ye, aku nak share dekat korang pasal resepi Murtabak Cream Cracker yang dimaklumkan sebelum nie. Murtabak nie aku buat weekend baru nie. Hari Ahad. Sapa yang baca blog aku sure tau yang aku buat murtabak nie sebagai buah tangan masa pergi rumah abang and adik aku. Nak singgah-singgah kedai beli kuih muih ke hape ke malas bebenor! Jadinya aku buat je sendiri dari rumah. Bangun awal pagi hari Ahad baru nie, memang bersilat kat dapur menyiapkan murtabak cream cracker! Korang patut cuba resepi .... sedap, mudah dah mengenyangkan! Aku cedok resepi nie dari blog MASAM MANIS. Terima kasih ye Intan share resepi. Tapi aku cuma guna bahan-bahan yang ada dalam fridge je. Takda nak tambah-tambah. Asal jadi sudah!




Rupa murtabak cream cracker sebelum dibakar. Atas dia tu susu campur dengan telur! Bancuh-bancuh tuang je atas biskut. Mulanya aku ingat susah sangat nak buat resepi nie. Tak sesusah mana. Nak buat murtabak betoi-betoi memang tak pandailah. Nak menebar roti tu yang tak pandai. Sudahnye, guna biskut je wat murtabak! Senangkan? Jomlah share resepi ...


MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Resepi : Masam Manis
Olahan : Cik Kamoo


 Bahan-Bahan
600 gm daging cincang - CK guna 3 keping daging burger
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
3 sudu cili boh - CK tambah
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang carrot - potong dadu - CK tambah
1 biji kentang - potong dadu - CK tambah
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker - CK guna 18 keping cream cracker
1 cawan santan - CK tak guna pun
1 cawan susu cair
1 cawan air - CK tak guna pun

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional) - CK tak guna pun
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit) - CK pakai 5 biji telur

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


CK buat 3 lapis sahaja dan bakar selama 20 minit sahaja dengan menggunakan api atas bawah. CK tak celup cream cracker tu lelama, sekadar lalu je biskut dengan susu kemudian terus susun dan lapiskan dengan inti, kemudian cream cracker pula then inti dan last sekali susun cream cracker tanpa dicelup dengan susu. Akhir sekali tu, bancuh sebiji telur dengan lebihan susu yang celup biskut tu dan tuang pada lapisan atas sekali. Siap untuk dibakar!



Haaa dah siap pun! Lapisan biskut yang atas sekali susah pula nak melekat. Next time kena cuba lagilah.


Dah siap-siap potong! Murtabak nie sedap dimakan masa panas-panas. Kalau dah sejuk dia macam lembik. Boleh panaskan semula jika mahu. Sedap dicicah dengan sos cili. Sesuai dibuat untuk minum petang! Okeh, selamat mencuba ye resepi mudah yang melazatkan!



Okey, jomlah kita sambung kerja! Hari nie gomen dah masuk gaji ... sila berbelanja dengan berhemah ye! Jangan jadi macam CK, banyak benda nak kena bayar ... hu hu sabaq ajelah!





CK : Syukur!

Tuesday, April 24, 2012

REZEKI LAGI ... ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum ....




Terima kasih Encik Nuffnang! Sayang ketat-ketatlah .... time cenggini nak bodek lebih. Encik Nuff bermurah hati betul dengan blog aku bulan nie. Tak lupa juga ... terima kasih buat korang kerana tak jemu-jemu singgah blog aku yang biasa-biasa aje!




Alhamdulillah, bulan April aku dapat 2 BE yang baru bergoyang. Tak sangka murah juga rezeki aku. BE baru yang anak panah merah tu! BVI Avengers ....





Terima kasih Nuffnang, silalah bagi BE lagi ... he he he
Cam nak kena cepuk je minta BE banyak-banyak!


Kena rajin update lagi nie ... ha ha ha ha!







CK : Penat sangat hari nie ....

Monday, April 23, 2012

DIET OH! DIET ... OH! ANAK BUAH ...

Assalamualaikum ....




Minggu nie, masuk minggu ke-4 aku gigih dengan atkins diet. Gigih terlampau aku rasa. Boleh lupa pasal karbo dan yang seangkatan dengannya. Aku rasa tak pernah aku segigih nie. But semalam, aku anggap sebagai cheat day untuk aku. Sehari selepas 3 minggu berlalu dengan sabar dan penuh disiplin!


Walaupun cheat day, tapi aku tak beriya sangat pun makan benda-benda karbo nie. Semalam, aku habiskan aktiviti dengan melawat anak-anak buah aku. Mulanya aku pergi rumah adik aku di hujung Putrajaya sana. Anak adik aku demam, kena jangkitan kuman dan tu asma pulak. Kesian sangat. Baru 6 bulan tapi macam-macam penyakit dah dapat. Adik aku cakap, seminggu sekali mesti tak sihat. But, badan dia still bam-bam. Tambah pula adik aku sendiri pun tak berapa nak sihat sangat, dia sendiri pun demam jaga anak punya pasal.


Lama juga aku lepak kat rumah adik aku, tolong jaga anak dia kejap. Siap tolong baringkan dan susu botolkan  anak dia. Biasalah orang takda anak, tangan gian je nak pegang anak orang. Amek berkat orang cakap. he he he. Aku riba dan bagi dia susu botol sampai dia tertido kat ribaan aku beberapa kali. Memandangkan dia asma, so asyik terjaga ... dan keadaan badan dia juga amatlah panas! Itu baru jaga anak orang air mata dah bergenang, kalau jaga anak sendiri tataulah .... meraung gamaknya kalau tengok anak sakit.


Inilah simanja comel bam bam saya yang tak sihat sangat! Saya mohon pembaca semua .... DOAKAN ANAK BUAH SAYA SEMOGA KESIHATANNYA BERTAMBAH BAIK! Terima kasih ...



Sambil meriba anak buah aku, sambil borak dengan adik aku. Dia hidanng air manis, epal ... pastu nak offer aku bihun sup lagi. Aku terpaksalah tolak dengan baik. Aku cakap aku tengah diet, lagipun aku dah makan kat rumah. Masa kat rumah adik aku memang aku boleh tahan lagi sebab perut tak lapar. Aku just jamah air suam je nak bagi cukup air dalam badan. Entah berapa kali aku ulang minum air suam. 3 jam jugalah aku lepak dekat rumah adik aku then bila anak dia pun dah sedap tidur, aku minta diri.



Minta diri nak pergi tengok anak-anak abang aku pula kat Angkasa Indah plak. Memang semalam aku amek keputusan untuk taknak pergi kerja. Aku dah plan nak lawat anak-anak buah aku. Kiranya hari untuk familylah walaupun aku terpaksa pergi dari satu rumah ke satu rumah. hu hu hu, hidup bujang ... macam inilah gayanye!


Pergi umah abang aku, tapi abang takda. Yang ada pun my SIL dengan anak-anak buah je. Sampai je aku just layan anak-anak buah aku, baca suratkhabar then SIL dok masak spaghetti. Dah siap masak, dia ajak makan. Time tu aku ok lagilah perut tak lapaq. Asal pi dapur ulang minum air suam! ha ha ha ... giler kental. Tapi bila dah sepetang, perut aku mulalah melapar. Akhirnya kalah juga semalam. Dalam kalah semalam pun aku tak makan banyak pun spaghetthi tu. Setakat 3 sudu kasi hilang lapar cukup! Walaupun dah langgar pantang, tapi aku tak adalah nak over makan sampai sepinggan. Beringat sangat! Aku tak nak usaha aku sia-sia. Dah lepak sekian waktu, kul 5.00pm aku pun balik Putrajaya! Memang seharianlah aku jenjalan semalam.


Sampai rumah, Si MB pulak sms suruh aku jemput dia dekat TTJ, Seremban! Aiyaaaak ... jauh benor. Kang aku tak jemput camno plak dia nak balik. Sebab hari Sabtu dia pi Seremban aku yang hantaq. Relax kejap, then dalam 6.50pm gerak pi TTJ. Tunggu Si MB habis meeting bagai ... dekat kul 12am baru gerak balik Putrajaya. Kul 12.40am dia hantar aku balik rumah. Biar dia plak bawa balik kereta. Tak kuasa aku nak bawa balik kete memalam nie. Leceh!


Penatlah sangat semalam, seharian yang penuh dengan bermakna sebab dapat jumpa anak-anak buah aku! Puashati rasanya! Even diet aku hancur sket semalam, but aku still rasa happy. Demi jumpa anak-anak buah, diet terganggu sikit pun takpelah. But after this, aku kena pastikan yang aku bawa bekal...hehehehe!


Okeylah ... malam kang kalau aku rajin kita sambung! Ingat nak share recipe murtabak cream cracker dengan korang malam nie. But semuanya bergantung kepada keadaan! he he he ...






CK : Hari nie semua sibuk tengok slip gaji! Maklumlah dah dapat pelarasan ... Alhamdulillah.

Sunday, April 22, 2012

HILANGKAN PENAT KAKI!

Assalamualaikum ...




Balik dari Seremban malam tadi, rasa kaki aku penat semacam je. Kaki aku stress gamaknye kot. Nak kata berjalan banyak sangat, takda pun. Dah tu, aku plak lama tak drive jejauh. Balik dari hantar Si MB kat Seremban dalam kul 6.30pm aku gerak balik Putrajaya! Speed 120km/j maintain dok lorong kanan, 15 je aku dah sampai Nilai. Terasa macam lepas gian je drive camtu! Sekian lama tak drive kat highway rasa syiok gak. Dulu memang rajin je drive ikut highway sebab selalu balik Kedah. Skang takda dah, nak drive camtu tunggu raya nantilah!


Sampai rumah, aku terus masak air. Cari garam kasar dan limau nipis. Kaki ahkak stress beb ... so, aku siapkan ramuan nak rendam kaki sambil mereleasekan apa yang patut. Aku jarang nak merendam kaki bagai camnie. Sesekali bila kaki aku cam penat sangat baru aku buat. Nak hilangkan kepenatan kaki comel ku. Kalau ada tukang urutkan best! hu hu hu ....





Konon ala-ala spa la! ha ha ha ... SPA guna besen je pun. Nampak sangat SPA kedeng nie! Kalau korang nak try macam aku bleh jugak. Boleh buat kat rumah nanti. Tak payah susah-susah bazir duit pi SPA untuk hilangkan tekanan pada kaki!


Cara dia ; Mula-mula masukkan air panas, masukkan segenggam garam kasar dan perahkan limau nipis (sebiji cukup!). Kalau ada minyak lavender lagi bagus. Kat rumah aku takdooo. Kendian, kacau-kacau bagi garam tu larut. Last sekali, jangan terus masukkan kaki ye ... melecur plak kang! Campur dengan air sejuk kasi air rendaman kaki tu suam-suam je! Sukatan air ikut suka korang! Senangkan?



Macam aku bagi resepi nak masak plak kat korang! he he he ..... okeylah aku nak cau cin cau. Thanks for reading!







CK : Aku tak pandai sangat nak guna layout blospot yang baru nie! Tengah nak belajar .... cam susah plak.

Saturday, April 21, 2012

MONKEY PUN MONKEYLAH!

Assalamualaikum ....





Akhirnya picnik.com dah berakhir pada 19 April yang lalu. Sedih juga, sebab aku selalu guna picnik untuk letak segala watermark dekat pic aku. Dan aku guna juga picnik nie untuk edit sikit-sikit. Ada photoscape tapi malas nak guna, sebab macam leceh je aku rasa. Lagipun aku dah lama sangat tinggal photoscape nie, bila nak start balik aku cam blur pun ada juga.



Thanks untuk picnik.com sebab selama setahun bagi khidmat untuk aku. Memudahkan aku letak watermark dekat segala gambar dengan percuma. Itupun aku tak ingat-ingat nak order watermark sendiri lagi. Rasanya dah sampai masa aku kena order watermark sendiri dari para blogger yang terror bab mengedit bagai nie. Template blog aku nie pun aku tak tukaq lagi sempena 2012! Macam bosan pun ada. Tapi aku cam sibuk sket, tak sempat nak tumpu masa edit blog dan sebagainya. Cukuplah dulu setakat update. Bila ada masa nanti sure aku edit juga blog nie.




Patah tumbuh, hilang berganti! Picnic.com suggest untuk guna PICMONKEY plak. Monkey pun monkeylah. Asal aku boleh edit gambar dan letak watermark. Yang penting watermark itulah. Bab edit takyahlah sangat. Gambar aku amek dah cun kot ... ha ha ha ha. Siyes masuk bakul!


Aku belum start guna lagi monkey nie ... mudah ke idak! Nanti kita sama-samalah try .... Selain edit gambaq gambaq, monkey nie boleh juga disuruh naik pokok kelapa gamaknye ... hahahahahha


Okehlah cau cin cau .... thanks for reading ya!






CK : Sunyi sepi!

ADA YANG BERAKHIR DAN ADA YANG BARU BERMULA! TQ MR. NUFF ...

Assalamualaikum ...




Morning korang! Mesti semua ceria-ceria belaka, maklumlah hari nie Sabtukan, entah-entah ada yang tak bangun tidoq lagi. Wooooi, bangunlah!!!! Tak elok bangun lambat mak aku cakap, rezeki lari tau. Bangun awai macam burung tu ... early bird get more worm! Ye dak?


Disebabkan aku bangun awai, aku pun dapat rezeki hari nie. Alhamdulillah, Mr Nuffnang bagi aku BE baru dan dalam masa yang sama BE Celcom I Love Music dah pun bertukaq jadi ME. Huk huk huk ... ada yang berakhir jua.


Dan ada yang baru bermula, BE bulan April nie datangnya dari VW Polo Sedan Launch (Phase 2)! Tq sebab pilih blog saya untuk mempamerkan iklan anda! Aku pun tatau bila depa letak iklan nie. Maklumlah, sejak 2-3 menjak nie aku jarang bukan NUff lagi. Dulu, hari-hari aku sign in Nuff sebab nak tengok statistik dan jenguk sapai dok mai kat belog aku nie.




Ni dia BE baru aku, VW Polo Sedan! Tataulah yang nie nak dapat income brapa. Yang sebelum nie lama jugalah dia dok kaku kat blog aku tapi earning tak meningkat pun. Tapi takpelah, maybe takda rezeki aku. So, just update cam biasalah. Takdalah sedih-sedih. Orang bagi kita ambik, orang tak bagi ... kita buat ajelah kerja kita. Tulis sampai lebam! he he he


Okeylah, aku nak cau cin cau dulu! Thanks for reading ye kengkawan semua!





CK : Petang ni jadi driver jap, antar si MB balik kampung jap ... hu hu

Friday, April 20, 2012

DIET : IKAN KEMBUNG TEMPOYAK STIM!

Assalamualaikum ...




Masih lagi dengan cerita diet! Sorrylah kalau yang dah bosan pasai blog aku yang tak habis-habis dok gebang bab diet ... menu diet dan yang seumpama dengannya. Pada yang sedang berdiet sure  boleh terima cerita aku kan....ngeh ngeh!


Kalau bercerita yg sekepala pasai bab diet nie memang syiok ... ada je semangat baru yang dapat. Macam biasa aku masih boleh berdisiplin mengawal pemakanan aku sebaiknya. Cuma macam aku dok gebang dekat hangpa sebelum nie, aku tak dapat lagi bersungguh-sungguh buat senaman kardio. Bab tu memang belum lagi. Lama tul aku nak amek mood pasai senamam nie. Skang nie aku cuma mampu maintain senaman senang-senang je. Itupun setakat dalam rumah. Lompat bintang dengan skipping bolehlah! 


Malam nie aku nak share menu diet aku dengan korang. Menu nie dah kali kedua buat. Aku memang tangkap cintan dengan menu ciptaan aku sendiri. hu hu. Ringkas, cepat, lazat dan berkhasiat! Semua adalah! Balik kerja petang tadi, terus pergi dekat ice box then keluarkan ikan kembung yang aku beli 2-3 hari lepas. Masih segar! Terus aku perapkan macam dekat bawah nie ....


Gambaq sebelum dimasukkan dalam oven. Ikan kembung 3 ekoq memang dekat aku sorang. Adik aku takda, outstation! Lagipun ikan kecik-kecik je. Aku perapkan dengan cili api tumbuk dengan tempoyak, bawang merah, serbuk perasa dan kunyit. Pastu perah sket asam limau. Letakkan hirisan tomato bukan untuk hiasan tapi untuk dimakan. Ermmmm ... nyumie okeh! Aku stimkan ikan nie dalam oven je ... balut dengan aluminium foil!



Dah pun siap! Siap sedia dingap ....



Close up sket! Alhamdulillah, aku dah selamat dinner dengan ikan kembung tempoyak stim nie. Sedap woooo. Kalau dapat makan dengan nasi sure lagi sedap. Tapi tahan je nafsu bila sebut bab nasi nie. Tunggulah cheat day dalam sebulan lagi kot. Biaq turun banyak sket, baru boleh ada cheat day aku rasa.


Owh! Nak cerita dekat hangpa juga ... pagi tadi aku dah naik penimbang. Alhamdulillah, turun lagi satu kilo. Yang nie memang slow gila turun. Nak dapat turun sekilo amik masa seminggu lebih kali nie. Hari tu cepat je pun. Haissssh, tapi takpa pelan-pelan kayuh, nanti sampailah kepada goal yang diimpikan! Biar lambat asal selamat orang kata. 



Depa kata, aku kena turun 10kg baru nampak perubahan bahawa aku nie dah kurus sket! Kalau tak, kata depa ia masih lagi montel dan comel. hu hu hu .... sadis!



Buat mereka yang berdiet, silateruskanusahaanda!







CK : Seharian sakit kepala .... stress dengan boss aku lagi! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr .....

Thursday, April 19, 2012

UNTUK PARA ISTERI ....

Assalamualaikum ...




Amalan ini mak aku pernah bagi pada aku untuk kegunaan masa akan datang, dan bila aku tengok dekat ePetua pun ada sharing pasal amalan nie, so aku pun share dengan korang semua yang menjadi isteri! Aku tak boleh amalkan lagi. So, just simpan ajelah apa yang mak dah perturunkan. Banyak ilmu yang berkaitan dengan Islam mak aku bagi, tapi sebab tak diamalkan kerana belum masanya maka ada yang aku dah lupa. ha ha ha



Dan kat bawah ini antara amalan paling senang. Mak aku cakap, kita sebagai isteri (belum termasuk aku ye ... hu hu) kena banyak bersabar dan kena konsisten atas segala amalan yang baik. Insya-Allah akan ada hasil yang baik nanti. Harap korang dapat amalkan zikir dekat bawah nie untuk kebaikan rumahtangga.


Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI 

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"








So, mudahkan. Amalkan .... jadikan ia rutin kehidupan untuk dapat keberkatan! Tapi niat kena betullah. Jangan salah guna plak!




CK : =)

AMALAN UNTUK MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalamualaikum ...




Hari ini aku share petua sahaja yang dicopy dari ePetua. Takda mood untuk update pasal cerita sendiri, tunggu malam nantilah. Time office susah nk blogging lagi. Kerja banyak then mood ke laut, macam-macam! Lupakan bab itu, aku nak share petua untuk korang yang berumahtangga, baik untuk diamalkan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan. Kita usaha yang terbaik untuk rumahtangga sendiri! Jom layan amalan yang baik ini ...



MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya. 

 
MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4 
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga) 

 
MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." 

 
MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

 
PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA 
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.




Sumber : ePetua





CK : Rasa nak doa dari sekarang je, eh! tak salahkan? hu hu