Thursday, August 30, 2012

CERITA MAKAN-MAKAN DI MALAM MERDEKA

Assalamualaikum ...




Firstly, nak ucap Salam Kemerdekaan kepada korang semua. Aku harap, kita sama-samalah menjaga kemerdekaan negara kita, Malaysia. Sayangkan negara kita, cintakan negara kita ... sama-sama kita berjuang dan berkorban agar Malaysia tidak dijajah. Bukan setakat jajah negara, minta juga supaya tidak dijajah minda kita. Amin! Lagi satu, tak payahlah dok join Perhimpunan Janji Bersih kat Dataran Merdeka tu, semak aku rasa dengan perhimpunan tu sejak ia mula-mula dianjurkan. Macam orang tak merdeka je aku rasa.


Malam merdeka bagi sesetengah orang, seronok pergi jalan-jalan dan lepak kat port tertentu. Tunggu detik 12 malam. Tapi aku tak punya jiwa macam tu sejak remaja sampailah dewasa nie. Aku tak suka tempat yang sesak, macam pergi tengok konsert ke. Cuma kalau teringin sangat baru aku pergi. Itu pun amat jarang dan boleh dibilang dengan jari. Kecuali pergi tengok bola dekat stadiumlah, kalau rasa lama tak pi ... baru terbuka hati aku nak terima undangan untuk pergi. Kalau tak, layan bola kat tv ... kepala pun tak sakit!


Apa kata malam merdeka nie, sambil tunggu time nak countdown, kita cerita bab makan. Lamanya aku tak story mory pasai makan nie. Sejak puasa sampailah dah raya nie, aku tak betul2 ikut landasan diet aku. Disebabkan tak diet sangat, dan dah start makan nasi seminggu sekali ... aku nak cerita menu aku selepas raya. Dah bulan tak pose, rajin plak masak ... time pose aritu, nak masak pun takde masa plus ada sedikit penyakit kemalasan ;=)


Masa raya aritu, aku amek cuti sket je. Raya ke-5 camtu aku dah start keje. So, kalau pi kerja ... cafe pun masih tutup dan banyak juga kedai makan tutup. Secara baiknya, lebih baik masak sendiri kat rumah! Masak pun yang simple-simple dan rasa cepat untuk dimakan. Asal kenyang perut sudah ;=). Nasib baiklah si teman belikan daging kat kampung dia sebelum dia balik Putra. Bleh gak le aku buat daging black pepper. Dah lama rasanya tak masak menu daging lombu nie. Asyik-asyik ayam ... ye aku suka ayam! he he he. 


Disebabkan kedai makan tak buka sempena cuti raya nie, aku sibuk memulun memasak untuk diri sendiri. Nikmat juga makan makanan yang dimasak oleh tangan sendiri. Even hanya goreng-goreng biasa, asal perut terisi ... dah syukur sangat. Alhamdulillah ....



First time aku buat sotong goreng rempah sekoq sekoq camnie. Sedap kot rasanya. Macam 2 ekoq tu tak cukup je. Nak buat dia pun simple je. Bersihkan sotong, then lumurkan dengan garam, serbuk perasa, rempah kari dan serbuk kunyit. Perapkan selama 30minit dan kemudian goreng dengan minyak panas yang agak banyak. Gorenglah sampai garing. Siap digoreng, angkat dan makan. Nyum nyum nyum! Resepi pendek aku bagi korang!


Okeylah, nak tunggu time nak angkat tangan tuk Merdeka nie...ada saploh minit lagi. Nanti kita sambung laie citer pasai makan sampai muntah! he he he





CK : Esok kena pi perhimpunan ....

Wednesday, August 29, 2012

PERGILAH ...

Assalamualaikum ....




Bukan niat di hati ingin menyisih
Tapi,
Tak ingin kasih lama bertaut kembali
Tak ingin ulang sejarah yang tak pasti!


Di saat aku bahagia
Seeloknya kau pergi

Kerna

Di saat kau lupai aku
Tak pernah sekali
Aku usik bahagia mu!


Tak pernah ku sesali
Temu kita ada pisahnya
Tak pernah ku syukuri
Kau kembali kini!


Yang aku harapkan bukan cipta semula bahagia dengan mu
Tapi
Yang aku doakan saban waktu
Cinta kasih aku dan dia bersatu!


Pergilah

Kerna aku tidak pernah sekali usik bahagia mu
Kerna aku tidak pernah terjah hidup mu
Kerna aku tidak pernah menyalahi diri mu


Bermakna,
Aku redha
Hati aku sedia menerima ... kau pergi dan jangan kembali lagi!



Aku pinta kini,
Pergilah ...

Aku sedang berbahagia dengan dia di hati aku, bukan kamu!
Bukan kamu, yang pernah pergi tanpa kata dari hidup ku dulu!






CK : Ada sebab aku dingin dengan kau, tak perlu banyak permintaan ... kerana 20 tahun kau pergi sekali pun aku tak usik hidup kau!

Tuesday, August 28, 2012

CERITA BAB RAYA LAGILAH!

Assalamualaikum ...




Selamat pagi korang! Hari ke-4 aku kerja lepas raya. Masih mood raya! Tak tahu pasai pa aku malasnya nak update blog. Kalau bukan dok depan pc/lappy ok je idea mencurah. Siap set satgi nak hapdate apa ... hapdate apa. Tup tup dok depan pc, teruih hilang idea! Rasa tak semenggah je. Geram!


Oklah cerita pasai raya ajelah memandangkan masih mood rayakan. baru 11 Syawalkan ... banyak lagi open house belum terjah. keh keh keh ... hati-hati mak jemah kalo nak makan, kang berat naik. *ingatan diri sendiri*. Sebut pasai open house, aku baru sekali pi open house ... itupun kat Kampung Gadong masa YB KJ buat Ahad baru nie. Lomang dia sodap ... daging salai masak lomak cili api dia pun best. Paling  best ... cakoi! Pi open house makan cakoi, apalah aku nie. Menu wajib kesukaan aku adalah satey ... ini pun sedap jugak ;=)


Aku tak cerita lagi pasai raya aku dekat kampung. Meh la, aku rasa terbuka hati sket nak share dengan korang. hu hu. Entry ini mungkin panjang tanpa sengaja ... jadi tarik nafas dulu. Kalau dapat  baca dengan satu nafas memang hebat gilerlah korang ;=)


Raya Pertama

  • Bangun awal sebab malam tu aku sakit perut, so terpaksa tidur awal. Kerja malam hari kena transfer di siang hari. Pagi-pagi 6.30am aku dah bangun. Start mandi dari 6.30am sampai 7.15am baru aku kuar bilik air. Lame giler. Sebab aku tahu adik-adik aku mana bangun lagi. Time nielah aku dapat mandi lelama. Mandi kt kampung lagi best berbanding mandi dekat bandar cam Putrajaya nie. Kampung sejuk dia lain macam ...he he he
  • Siap diri sendiri dulu, baru isi segala kuih muih dalam balang. Potong ketupat mana yang patut je. Tunggu ayah siap nak pi masjid solat raya. Tahun nie mak aku tak pi solat raya kat masjid sebabnya sakit lutut. Selalu tetiap tahun pergi. Siap salam dengan mak ayah aku dan peluk cium. Aku punya pesen takbleh nak salam dan peluk cium lelama ... sket-sket menangis! Lemah aku nie.
  • Siap bekas kuih untuk budak-budak dan tunggu dorang datang beraya. Ramai plak tahun nie bebudak beraya. Keje aku bagi duit raya ... sorang singgit! Bukan setakat duit raya je aku bagi, sekali dengan tazkirah kepada budak-budak yang beraya dengan beskal sampai depan pintu taknak turun-turun! Tadahlah telinga korang, nasiblahkan. Sapa suruh cam terkurang ajaran ... mak ayah tak ajar ke? Tau nak capai duit raya je, salam taknak!! Hampeh ... aku pun tak macam nie dulu.
  • Kul 11.00am anak buah aku nak pergi beraya, aku panggil siap ajar camne adab bila pi rumah orang. Anak buah aku orang bandar, so aku kena train dia betul-betul kalau dia pi beraya camne. Siap ajar skrip apa yang patut dia cakap. Nanti kalau orang tanya cucu sapa, nak jawab camne? Kalau orang ajak masuk makan tapi dah kenyang nak cakap macam mana ...bila sampai depan pintu rumah orang nak bagi salam camne ... aku dengan mak aku dok ajar anak buah aku camne adab2 beraya. kat rumah orang. Adoi, nak buat camnekan ... anak buah aku lurus sket, takut kena pow pun ada dengan budak-budak kampung yang nakal. Nasib baiklah ada anak-anak buah sepupu aku 2 orang, ada gak kawan. Kalo tak dia beraya sorang ajelah. Yang adik-adiknye semua nak ikut ayah beraya dengan orang masjid.  
  • Petang sket raya umah makcik and makngah aku sebelah rumah ;=) Bawa kuih muih la sket. Kang dapat balik kuih sedap-sedap ... ha ha ha
  • Balik rumah sambung buat air, isi kuih dalam balang ... layan tetamu yang kenai je. Masuk kul 5.00pm aku dah penat, terus tiduq tak sedaq. Sedaq2 dah 2 jam aku tidur. Bangun, mandi ... layan TV dan masak untuk mak ayah aku. 

Raya Kedua

  •  Bangun kul 7.00am. Lewat dari raya pertama. Breakfast tak perlu buat sebab mak aku dah buat semua. Bangun, mandi dan makan ... then layan tv. Tetamu datang buat air. Masuk je time tengahari, masak untuk lunch. Lepas tu rehat, tak rehat sangatlah bila sedara mara datang asyik nak bersalaman ajelah. 
  • Time aku masak untuk lunch kelam kabut sket, si teman asyik call tanya camne nak masak mee kari. Sebabnya, cuma tinggal dia dengan mak dia je kat kampung. Adik bradik yang lain semua pergi beraya rumah mertua dan beraya rumah kengkawan. Terpaksalah dia masak untuk tetamu. ha ha ha ... bagus!! Aset penting gak dia nie untuk kehidupan aku masa akan datang ... Insya Allah. Mana aku nak masak, mana aku nak layan dia call ... kejap-kejap tanya banyak mana santan nak masuk nie? Mee berapa bungkus ye ... tumis dengan apa ya! Teruja akan kesungguhan mu sayang oi. keh keh keh
  • Tugasan biasa ... buat air, isi kuih dalam balang lagi ... layan tetamu! Aku juga tak dapat beraya mana. Dok rumah aje. Nasib badan. tetamu mai sampai petang. Mak ayah aku pun tak dapat beraya. Tetiap tahun lagu nie je pun. Bila nak berubah style nie?
  •  Malam, masak untuk dinner .... lepas dinner layan semua rancangan TV sempena raya ;=) Terserlah aku nie hantu tv!! Siap berebut channel dengan anak buah aku. Hebat!!

Raya Ketiga


  •  Raya ketiga nie paling mencabar buat aku. Disebabkan mak aku puasa sunat Syawal start daripada raya kedua, segala tender masak memasak jatuh ke tangan aku. Dan raya ketiga family tunang adik aku nak datang. 3 buah kereta plak tuh. Alahai ... ramainye!!
  • Dengan ilmu masakan yang mak ajar, aku rela je terima tender berkenaan. Dorang nak datang lunch, so kenalah masak nasi. Aku cakap mak, "kakak masak yang simple je ...". Gelabah adik aku .. itulah orang suruh serius belajar masak taknak, kan dah kelam kabut. Nasib baik ada penyelamat tunggal nie. keh, bangga diri jap aih! 
  • Aku masak gulai daging dan rebung, sayur campur udang, ikan kembong goreng, sambal belacan dan ulam petai. Menu kampung! Rebung pun dari buluh yang mak tanam sendiri. Aku masak simple je ... yang datang semua badan gabak-gabak ... habis licin segala gulai rebung tu! Sedap kot...he he he. Nanti aku share recipe ngan korang. Syok sendiri dah nie. he he he
  •  Habis tetamu balik, aku terjelepok kali kedua. Tidur. Bangun tu ... mak aku ajak pi rumah tok dekat Yan. Siap-siap pergi rumah tok plak ....satu kereta. Lepak-lepak sana kejap, balik rumah sambung tidur. 

Raya Keempat


  •  Tak ada apa sangat. Memasing siap-siap nak balik termasuk aku. Aku balik malam naik flight. Itupun nyaris tak teringgal dek flight malam tu sebab aku tersangkut dalam kesesakan lalu lintas biarpun dah keluar awal dari rumah!
  • Ada cerita sedih dan menyakitkan raya ke-4 nie, tapi malaslah nak cerita kang menangis depan PC. Buat penat mata je. hu hu


Mak aih, memang betul panjang entry raya aku. Tak bestnye sebab takde gambaq. Gambaq semua aku dah transfer lappy. Tak dapatlah nak edit bagai kat office nie. Kalau korang larat baca, bacalah sampai habis ye he he he!! Eh, kalau sampai ayat nie korang baca. ....maknanye baca semualah tu. hu hu






CK : Mood raya, office pun suram je ....


Sunday, August 26, 2012

KUIH RAYA 2012

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah, tahun 2012 aku berjaya buat kuih raya yang amat simple! Giler teruja bila dapat buat kuih raya sendiri. Paling teruja buat kuih samperit tulah. dapatlah dalam 50ketui. Percubaan pertama menjadi jugaklah. Minggu terakhir puasa memang aku pulun kayuh buat kuih nie. Share dengan si teman.

Tak cun sangat ... tapi bolehlah, lepas nie try lagi sampai lagi cun

Si temanlah yang tolong teman pi cari balang kuih dan barang2 buat kuih. Thanks dear! Adik aku pula beli barang-barang nak buat popia nestum tu. Thanks ya adik aku! Dulu, harap mak je buat pastu bila aku dah keje, aku cuma order. Aku tak pernah buat kuih raya sendiri biarpun yang simple. Kecuali tolong mak aku je. Itupun mak dah siap uli bagai, aku cuma terap. Mudahlah.


But tahun nie, aku buat dari awal sampai habis. Aku uli, aku terap ... aku bakar dan aku juga masukkan dalam balang. Semua akulah kiranya! Aku google resepi yang mudah-mudah je! Nak belajar nie biar yang mudah dulu, kalau start dengan yang payah tak menjadi pulak, kang give up ... diri sendiri yang susah. So mood nk belajar mesti dah takda dah kalau camtu. Jadi aku ambil inisiatif untuk memulakan dengan membuat kuih raya yang mudah. Insya Allah aku akan belajar lagi buat kuih raya jenis lain pulak. Especially kuih raya dulu-dulu. 


Paling senang, tak perlu sebuk2 uli tepung bagai ... cornflakes madu!!

Tahun 2012, aku sempat siapkan cornflakes madu, samperit aka dahlia, popia nestum dan popia gulung. Memang jimat bila dapat buat kuih raya sendiri. Takdalah macam last year, kuar duit sampai RM300 lebih untuk kuih raya yang tak seberapa pun. Bila belajar buat kuih sendiri, memang rasa jimatlah sangat!

Balang kuih untuk si teman ;=)

Rasa bangga giler, tahun nie ... mak aku makan kuih raya yang aku buat sendiri. Si teman plak teruja sebab aku bagi 4 balang kuih raya kat dia. Tahun depan boleh buat kuih raya untuk dijual plak...he he he he. Manatau kot jadi bisnes sendri pas nie ... murah rezeki den. Amin ...



Sekian, cerita pasal kuih raya. Lagi tak habiskan sebulan raya ... dok cerita pasai raya ajelah!





CK : Tadi pi beraya kat Kampung Gadong, dapat juga makan lomang.

SELEPAS 20 TAHUN

Assalamualaikum ... 




Sesekali nak share juga soal hati kat sini, bila rasa tak puashati dan persoalan kenapa berlegar kat kepala aku. Yelah, ada benda yang dah jadi sejarah dan tak perlu diulang atau dimulakan semula! Biarlah terbenam sebagai sejarah untuk diri sendiri. Tak semua sejarah itu berulang. Dan tak semua sejarah patut jadi kenangan!


Cerita 20 tahun lepas masa zaman sekolah-sekolah dulu berulang balik. Alahai, aku rasa banyak cerita zaman sekolah aku dah simpan dalam lipatan sejarah. Takda satu kenangan pun yang meninggalkan kesan dekat hati dengan cara yang terlampau. Terutama kenangan berkawan dengan budak-budak lelaki time sekolah-sekolah dulu. Yelah, dulu budak-budak, akal pun singkat. Tengok member-member semua ada bf, mulalah rasa nak ada bf juga. Tapi lebih kepada takut kepada mak ayah sendiri. So, tak berani sangat nak berkawan dengan lelaki.


But, masa aku form 2 ... ada sorang abang nie sangat baik dengan aku. So, orang baik aku pun baik. Siap berbalas surat bagai. Last-last kantoi ngan mak aku. Keh keh keh! Bila ingat balik memang aku nak gelak. Yelah, aku budak sangat time tu ... abang tu dah form 6 kot! Berbanding dengan aku yang memang macam budak je perangai sampai skang nie. 


Bila start kantoi ngan mak aku, dan mak aku siap ugut nak cakap ngan ayah ... aku terus stop berabang angkat dengan abang nie. Nak mampus, mahu kena bunuh kang! Lagi takut mak aku ugut, "kalau nak kahwin benti skolah ... orang suruh ngaji sekolah bukan dok balas2 surat bercinta!". Hah kau, terus start kejadian itu, aku dah malaslah nak berbaik dengan lelaki sampailah aku habis study kat U. Takut nak kena kahwin punya pasai.  Mak aku tak faham, aku tak bercinta pun dengan abang tu ... takda perasaan apa pun dengan dia. Macam abang je pun. Tapi biasalah orang tua, lebih sayangkan anak dan taknak anak dia tak habis  belajar sebab benda-benda camnie. Bab nie aku setuju sangat!


Disebabkan mak ayah lebih tegas pada aku sebagai anak perempuan sulung, makanya aku nie berhati2 sangat nak berkawan dengan lelaki. Adeeeh, kawan-kawan sekolah aku ramai yang berBF bagai masa sekolah. Kebanyakan dorang lepas SPM dah kahwin, sekarang nie anak dorang semua dah sekolah. Dan aku sampai skang belum lagi berjodoh. Okeh, sabar ;=). Tak kisah sangat bab tu, Insya Allah ada jodoh ... tepat orangnya dan masanya, kahwin juga!


Berbalik cerita 20 tahun lepas, abang yang aku baik sangat tu ... habis study dia terus kerja dan kahwin. Start dia kahwin, aku pun takdalah nak kisah sangat dan tak pernah ambil tahu pun sampailah sekarang. Melainkan mak aku ajelah bercerita sebab dia kenal abang nie. Dapat anak sorang wife dia meninggal. Then dia kahwin lain. Sekian lama jugalah berdiam diri ... raya pun tak pernah jumpa. 


Akhirnya raya baru nie, dia sms aku. Tiba-tiba timbul balik! Rupanya dia minta no. hp aku kat cousin. Si cousin aku plak lurus bendul pi cakap aku nie still single. Alahai mangkuk hayun betullah! Dia sms siap cakap dia siapa ... pernah berutus surat 20 tahun lepas. Pastu  mengenang kisah-kisah lama untuk aku ingatkan balik segala cerita after 20 tahun. Nak gelak aku rasa! Mana tak rasa nak gelak, masa tu aku budak sangat. Aku tak tahu pun apa itu perasaan cinta dan sayang pada lelaki. Lagipun aku anggap dia cam abang je. Serius, bagi aku masa tu hanya belajar walau aku tak pandai sangat. Kalau berkawan pun setakat kawan je tak melibatkan perasaan!


20 tahun tu lama giler, jadi sekarang nie aku dah cukup dewasa untuk membezakan mana yang patut aku layan dan tidak. Mana yang perlu anggap hanya kawan atau sebagai abang sahaja. Tambah plak, abang angkat nie dah berfamily, dan aku rasa dia tak patut pun cari aku lagi. 20 tahun menyepi camtu je, tup tup datang nak buka cerita lama ... sudah-sudahlah! Bukan zaman untuk mengenang sebuah cerita dongeng zaman kanak-kanak. Yang sudah tu, biarlah sudah! Lagipun kisah aku dgn abang nie tak terkesan dekat hati walau sedikit pun.


Aku pun dah ada life sendiri ... Insya Allah jika dipanjangkan jodoh, aku akan hidup dengan insan yang aku sayang dan dia sayang aku. Hati aku dah tetap pada siapa. Cuma masa sahaja akan menentukan ia berlaku dengan izin Allah swt. Jika berlaku sebaliknya, aku redha. Sekurang-kurangnya aku tetap berusaha untuk jodoh aku dengan memberi peluang dan ruang pada seseorang untuk kembali. Bagi aku, pilihan yang aku buat sekarang berlaku dengan ketetapan hati aku sendiri. Setelah berbagai ujian dan dugaan aku dengan dia lalui, aku sendiri tak sangka Allah swt nak kembalikan dia pada aku. Lebih baik kita menerima seseorang yang menyayangi kita dengan baik. 


Jadi, selepas 20 tahun datang nak cakap soal perasaan pada aku ... macam tak sesuai bilamana aku sendiri pun tak pernah ada perasaan ketika itu. Sangat-sangat tak logik dan tak boleh terima oleh akal aku. Sorry! 


Bagi aku hidup ini, ada masanya mudah sahaja ... kalau sesuatu itu memang patut kita lepaskan kerana kita merasai ia bukan untuk kita, lepaskanlah!  Jika Allah swt tentukan ia buat kita, kita tidak menunggu sekalipun ia akan kembali dan kembali dengan lebih baik berbanding dulu. Yang penting, yang datang tu bukanlah hak sesiapa.










CK : Aku sentiasa menadah tangan, semoga Allah mengizinkan aku hidup bersama si teman ... antara cepat atau lambat aku menerima dengan redha. Hidup ini tiada paksaan buat sesiapa. Insya Allah, jika jodoh kami kuat memang tak akan ke mana. Jika sebaliknya, biarlah kami sama-sama bahagia dengan kehidupan sendiri.

Saturday, August 25, 2012

SUDAH GELITA!

Assalamulaikum ...




Sudah gelita! Aku baru je balik dari rumah ex-boss aku dekat area Templer Park, Rawang. Pagi-pagi layan monyet dekat area Templer Park tu dengan kabus bagai. Uih, bestnye dok situ. Banggalow Banggalow besau ... saujana mata memandang. Semalam lepak dekat Peransang Templer Golf Club sambil makan yee mee goreng yg sedap! Boss banje, harap aku ... idaklah! Okeh, birthday aku next month memang aku lepak sinilah ;=) Dah dapat tempat best untuk makan and lepak-lepak juga ala-ala Puan Sri!


Bab templer park kite citer kemudian, hari ini mood aku semacam je bila buka akaun Nuff status aku yang jelita glitterati telah bertukar kepada gelita non-glitterati!! Erghhhhh ini yang aku tak suka! Sejak aku blogging dan menjadikan Nuff teman setia aku kat blog, ini kali kedua status bertukar dari anak emas kepada anak tiri! Nape nie Nuff?? Tak pernah pun curang kat koooooooo .... grrrrrrrrrrrrr





Korang tengoklah sendiri ... pekehallah jadi camtu. So, aku pagi nie check semua entry aku kot kot ada kod-kod yang tidak berkenaan seperti sebelum ini. Dan korang kalau status bertukar camnie, cepat cepat hantar ticket kat Nuff, tanya dia "apsal menganaktirikan saya ar??". Eh, macam kasar tanya camtu, tanya bebaiklah. Bagi salam ke hape dulu. Terus hantar ticket dengan penggunaan bahasa yang amat berbudi yang sadis-sadis sket. keh keh keh.


So, skang aku tunggu jawapan daripada Nuffnang. Apa dia nak jawab yek? Kebanyakan entry latest sumer aku dah check, takde plak kod yang pelik-pelik. Tapi kalau ada tu, maybe aku kena delete or save kt draft entry berkenaan. Nak habaq kat hangpa, kalau status dah jadi anak tiri nie, susah tau nak dapat CPUV (Cost Per Unique Visit) dalam erti kata yang lama .. Buffered Earning! Korang-korang kalau yang masih anak emas kepada Nuff silalah jaga status berkenaan dengan baik ye! Nasihat nie ... heh



Bila status gelita semacam, mulalah malas nak check akaun nuff tengok traffic lagi. Update akan diteruskan cam biasa. Insya Allah '=)






CK : Bila tengok rumah boss aku, rasa nak beli rumah hari nie jugak. Bak duwet sket ....

Friday, August 24, 2012

KETIDAKSEMPURNAAN ...

Assalamualaikum ...






Kalau aku minta bertukar menjadi seekor burung, mungkin aku boleh terbang!
Tapi bolehkah aku menjadi hamba Dia yang bersyukur ... dan menerima segalanya seadanya??





CK : Kadang2 kita lupa, apa yang ada pada kita tak kekal semuanya!

BIARLAH AKU MENJADI SAMBALNYA ...

Assalamualaikum ...




Kita akan rasa beruntung, bersyukur ... berbangga dan mungkin akan rasa ingin mengalirkan airmata bilamana di saat hati kita sedang sengsara, sedih dan berduka akan ada seseorang yang sudi meminjamkan bahunya! Seseorang yg kita anggap BFF, bunyi seakan sangat rapat tapi tidak terlalu rapat kerana kesibukan dan komitmen hidup masing-masing.


Bila aku sedang bersedih, June akan sms aku, "dear ... ko ok ke?". Aku susah menceritakan kerunsingan hati aku pada June. Sangat susah. Bila bercerita aku akan jadi penat dengan airmata. Penat sangat. Jadi aku memilih untuk diam dan menjawab persoalan June dengan, "aku k.o!". Dia mungkin berharap aku berkongsi cerita duka aku dengan dia, tapi aku tak mampu. Bukan tak mahu, tapi aku tak mampu menanggung sakit dan mengelap airmata yang akan tumpah laju bagai air terjun!


Aidilfitri tahun ini, aku harap tiada siapa akan sakitkan hati aku. Tapi sangkaan aku meleset. Manusia yang paling rapat dalam hidup aku membuat tuduhan melulu tentang kehidupan aku. Tak berfikir, tak meletakkan dirinya di tempat aku. Sampai aku tak mampu untuk menepis setiap kata melainkan diam dan teruskan melarikan diri dari semua orang. Aku bukan Tuhan, untuk menjadikan yang tiada itu ada dalam sekelip mata. 


Bila aku resah, aku menangis ... aku perlukan seseorang untuk aku sandarkan kesedihan aku. Untuk aku meminjam telinga bagi mendengar resah aku. Bukan untuk menyelesaikan kekusutan tetapi cukuplah untuk meringankan beban hati aku. Itu sahaja. Paling rapat dengan aku ketika ini, Si MB dan June, tapi aku tak juga mampu berkongsi duka aku dengan mereka. Tak mampu nak keluarkan sebarang kata-kata. Aku tak tahu kenapa aku memilih untuk diam dan menanggung beban hati ini seorang diri!


Bila semalam June hantarkan mms untuk aku, "andai kau jadi nasi lemak dan biarlah aku menjadi sambalnya ..." aku baru sedar, setiap kali aku berduka ... dia dan si MB pasti ada untuk hidup aku. Yang cuba untuk faham aku sebagai kawan, sahabat dan teman. Sebab tak semua perihal hidup kita hanya keluarga yang memahami, kadang-kadang kawan-kawan lebih memahami dari keluarga sendiri!


Semalam dengan hari ini, airmata aku masih belum henti ... aku ingatkan Aidilfitri tahun ini akan buat aku lebih berbahagia dan bergembira berbanding tahun-tahun yang lepas, tetapi apa yang "mereka" lakukan pada hati dan perasaan aku lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Aku senyum, aku gelak dan aku diam ... dalam hati airmata turun bagai hujan yang tak akan berhenti!!






CK : Semoga Allah memberikan aku kekuatan ;=)

Wednesday, August 22, 2012

MOOD MERUDUM

Assalamualaikum ...




Kalau boleh aku nak update panjang-panjang cerita pasal raya, tapi bila check akaun NUff, traffic merudum dengan teruknya. Terus hilang mood nak bercerita, nak edit gambar dan sebagainya.


Tapi takpe, nak bgtau satu je ... malam nie aku dah balik Putrajaya dan esok aku kerja. Huwaaaaaa ... huwaaaa khabar tak gembira untuk diri sendiri. Kau ade??



Aku nak pi sambung buat snack popia, ada tempahan selepas raya. Sekian ;=)






CK : Raya akan jadi tak best bila ada yg sibuk pasal jodoh aku. Blah la kau ....

Tuesday, August 21, 2012

MOOD RAYA SAKAN

Assalamualaikum ...




Raya ke-3 baru aku nak update secara live. Entry sebelum ini yang sharing is caring semua tu autopublish. Penat weh kalau time beraya, nak blogging pun takda mood. Mana nak sibuk kat dapuq, hidang kue, potong ketupat dan buat ayat bagai.


Paling penat adalah pagi raya pertama, nak melayan bebudak yang datang beraya kat rumah. Haish ... rasa macam nak tutup pintu je. Bayangkan dari 8.30am sampai 2.00pm masih ramai yang datang. Campur dengan jemaah masjid dan sedara mara lagi, memang melepek kot!


Nie kue raya yang sempat dihidang. Ada banyak lagi, tapi bekas plak tak cukup. So, hidang man ayang sempat dulu. Yang lenlain simpan belakang. ha ha ha! Mak aku cakap kue samperit yang aku buat tu besaq sangat, next time dia suruh aku buat kecik sket. Anak pandai menjawab, "besar makan sebiji ja mak ... cepat kenyang!".


Ketupat palas mak aku. Tahun nie mak aku agak gagal buat ketupat palas ... he he he, gagal tapi tetap habis ... ketupat palas mak cam keras sket, terkurang air plus santan. So, arini mak buat ketupat sekali lagi ... repeat bagi menggantikan yg pagi raya tu. Tahun ini aku cuma berjaya buat 3 ketui ketupat palas ;=)


Budak-budak yang datang meraya! Penat melayan. Ada yang  naik beskal sampai depan pintu. Selamba je aku tazkirahkan! Macam tak ada adab datang umah orang sampai taknak turun dari beskal terus hulur tangan minta duit. Aku dulu pun tak beraya macam nie. Budak-budak yang masuk makan nie memang  bagus budi bahasa. Yang tak nak masuk tu aku tak kisah, boleh faham maybe dorang dah kenyang ... tapi sekurang-kurangnya beradab sopanlah sket. Kalau beskal sampai nak masuk dalam rumah aku dan korang tak pun nak turun dari beskal ... mahu aku menyalak pepagi raya! Nasib baik cepat coolkan diri sendiri, tapi sempatlah dorang kena sound tepek ngan aku ;=)




Petang dalam kul 5, giliran aku pulak beraya ke rumah mak-mak sedara aku yang dekat-dekat! Malam tu terus tidur awal ... awal pun tak awal sangatlah dalam kul 11pm. Penat campur letih serta ngantuk terlampau!  Mood raya macam sakan, tapi aku belum lagi pi beraya rumah kengkawan.





CK : Letih memasak kat tetamu arini!!

Sunday, August 19, 2012

DOAKAN!

Assalamualaikum ....




Tidak terlalu mengharap, tapi berdoa moga sedikit harapan tidak lagi dimusnahkan,

Membenam kisah silam demi sebuah kebahagiaan
Memperbetulkan kesilapan lalu dengan memohon rahmat dariNya,

Melangkah dengan sabar walau menerima umpatan kiri dan kanan
Berdiam kerana kesabaran masih tunjangi diri
Pedulikan mereka kerana tiada siapa yang tahu kebenaran
Hanya pandangan zahir mereka membenam semua keb
enaran!

Sampai masa, kebenaran terpampang ...
Buat mereka yang menikam kehidupan ini
Terima kasih kerana menjadikan diri ini kental dan tabah!

Andai esok, bahagia dan senyuman itu milik saya semula
Mohon doakan ia sampai hingga ke syurga
Mohon doakan cinta kasih ini sentiasa bersama waktu senang dan duka

Setiap manusia melakukan kesilapan
Antara sedar atau lupa
Hanya keinsafan yang akan menyatukan kasih yang nyata
Izinkan kami bersama jika ia berlaku atas izin Tuhan Yang Satu dan Esa





P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog saya! Maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang perkenalan melalui blog ini ada entry-entry yang mengguris hati kalian. Lemah itu, silap itu datang dari saya ... ampun dan maaf saya hulurkan dari hati yang tulis ikhlas buat semua!!







CK : Malam raya yang buat diri rasa derita ...... sebab sakit perut!!!


Saturday, August 18, 2012

SAMPAI KAMPUNG ;=)

Assalamualaikum ...





Aku sampai rumah dekat Aloq Staq, jam 9.00 pagi. Bertolak 2.00 pagi dengan adik aku serta tunang dia skali. Jalan taklah sesak terlampau seperti tahun sebelumnye. Tapi dekat semua hentian kenderaan penuh! Nak berenti buang air pun susah, last ... aku rasa better simpan buang dekat rumah je. ha ha ha ... buruk perangai. Sebab tu setiap kali nak balik raya, aku rela tak minum air banyak2. Dah tau semua toilet akan full dan becak semacam. Tak suke!


Sampai dekat Penang jam 8.00am, hantar tunang adik aku dulu. Lepas tu mak dia siap ajak masuk rumah, terus aku cakap. "takpelah makcik, kami nie dah teringat kat mak ayah ... nak balik teruslah!". Ayat cover baik punya. Dalam kepala nak je cepat sampai depan rumah aku sendiri, bukan depan rumah orang! 


Start dari Penang aku yang drive, bila dapat stereng kat aku .... terus tekan 140km/j ke 160. Giler! Speed trap nasib kaulah kete ... buka kete aku. ha ha ha, tapi kalau kete aku pun sama je aku wat. Aku jenis kalau boleh nak sampai cepat kalau balik kampung. Tapi kalau pi tempat lain, tak kisah sampai lambat pun takpe. Hati jenis meronta selagi tak jejak depan pintu rumah mak ayah sendiri. Esok kahwin, nasib kaulah ... takde harapan nak balik kampung tetiap tahun!!



Bila sampai je pagi tadi, terus jenguk bendang. Even bukan aku pun yang buat bendang, tapi mak ayah aku ... nak juga tengok padi yang tengah berisi dan menunduk. Tunggu masa nak menguning then dah boleh mesin kaut hasil dah. Hasil dari bendang inilah yang membolehkan aku adik bradik melanjutkan pelajaran dan berjaya cam skarang. Yang lebih berjaya abang dan adik2 aku. Aku biasa-biasa je. Janji tak menyusah mak ayah and mampu tanggung hidup sendiri serta mak ayah sket2 dah ok kot. But, tetap tengah usaha kepada kerjaya yg lebih baik!




Saat-saat padi nak menguning nie sangat best! Mood kampung dah kembali. Kan best kalau dulu tetiap tahun aku berpeluang tengok padi dituai dengan mesin. Seronok! Tangkap belalang dan goreng. Goreng kunyit dan makan. Itu dulu. Kalau sekarang korang suruh aku makan belalang goreng ... aku tak makan dah kot. Bukan lupa diri, tapi lupa dah rasa belalang tu camne dah tak mampu berhadapan dengan rasa belalang yang aku dah lupa tu. keh keh keh




Dalam lumpur nie, penuh dengan ikan. Rasa nak terjun dan tangkap ikan-ikan nie semua! Ayah aku dah tangkap separuh. Kurung dan bagi makan. Tunggu besar ... siang dan buat pekasam. Mabeles!! Bau lumpur nie aku rindu ... bau padi, memang takkan dapatlah dekat bandar semua benda macam nie. Nak bayangkan pun kau takkan mampu kalau kau tak pernah lalui. Macam aku nie, setakat selut macam kat atas ... memang mainan dulu, kini dan selamanya. Alhamdulillah, masih belum rasa geli lagi!! Kalau mak ayah aku bagi turun ... aku dah lama turun tangkap ikan nie. Cumanya risau terpijak pokok padi ayah aku tu.


Aku harap, masa-masa akan datang anak-anak aku mampu lalui semua ini. Main lumpur dan tangkap ikan macam aku. Walaupun sekarang nie mak ayah aku tetiba terfikir, sapa yang bakal uruskan bendang dorang bila dorang dah tak larat! Sebabnya semua anak-anak dia jauh kat perantauan! 


Inilah antara kebahagiaan dan kegembiraan bila balik kampung! Satu kedamaian hati yang tak tergambar dengan kata-kata!





CK : Mak aku  baru habis buat ketupat palas dan tahun nie aku mampu buat 3 ketui je ketupat. Ok la tu!!


Friday, August 17, 2012

RAYA PUNYA PASAL!

Assalamualaikum ...









Kepada yang dah kahwin, apa cer?? Terus ke .... buat u'turn??

Aku terserempak benda alah nie kat FB, lawak la kalau betul2 ada sign jalan camnie ... sapo punyo ghojer nie?







CK : 2 tahun lagi .... macam inilah jadinya. hu hu

Wednesday, August 15, 2012

BERBUKA PUASA PENUH PERASAAN ...

Assalamualaikum ...




Hari nie aku memang berbuka dengan penuh perasaan. Penuh dengan selera. Masak sendiri ... lagi kuat makan. Tambah plak hari nie makan beramai dengan adik-adik aku!! Itu yang seronok, dengan perangai anak-anak buah aku yang macam-macam lagi. 


Adik aku yang sedang membawa perut (pregnant) buat permintaan nak berbuka puasa kat rumah aku, malam nie dorang dah nak balik Penang. So, aku pun takdelah nak tolak permintaan nie. Suruh masak sedap-sedap katanya. Hu hu macamlah aku nie terror bebenor masak. Setakat masak, makan dan isi perut sendiri bolehlah!


Bagi memenuhi permintaan dan selera adik aku, so aku pun ketang ketung memasak kat dapur. Menu arini, aku buat siakap masam manis, ayam panggang ala kenny roger, sambal sotong dgn petai, sup su'un dan fuchuk .... pastu yang menambah lagi selera makan sebab ada budu dan petai!!



Budu tulah yang buat aku makan bertambah!! Aku nie segala budu, cencalok dan tempoyak semua aku makan. Peberet!! Semuanya habis licin dimakan ... hu hu! Alhamdulillah, kenyang perut! Nasib baik aku jumpa ikan siakap dekat Carrefour pagi tadi agak murah. Sekoq RM7.99! Itu yang terus timbul idea nak masak siakap masam manis. Kalau tak, aku sendiri tatau nak masak ape kt adik aku.


Kenyang sangat makan tadi, pinggan berlonggok dalam sinki lom basuh pun lagi. Penatlah sangat hari nie, dengan kemas rumah ... dengan masak .... kalau ada yang ringan tulang tolong aku basuh pinggan kan best!! Selalu-selalu masak pun aku tak kisah ... kalau ada yg sudi tolong ;=). Tengok pinggan berlonggok tu, terus hilang mood nak buat kuih raya. Alahai ....


Rasanya sepanjang puasa tahun ini, menu berbuka tadi mencukupkan kali ke- 5 aku masak. huhu ... yang lain-lain tak sempat pun nak masak. Balik kerja lewat, so makan luaq ajelah!! Sonang ...



Lusa dah nak balik kampung, tak sabar rasanye ... hati dah kat kampung nie ....!





CK : Seronok kalau ada yg sudi membantu ;=)


Tuesday, August 14, 2012

TANDA HARI RAYA DAH HAMPIR

Assalamualaikum ...









Tanda raya dah dekat sangat, lagi berapa hari je pun. Keyword aku nie memberikan tanda-tanda awal raya memang hampir sangat. Memasing sibuk nak belajar buat rendang ayam. Good! Belajar masak, sonang hidup aih. Jangan harap mak je nak masakkan. Anak-anak kena belajaq buat sendiri.


Rendang ayam cili api Negeri Sembilan keywords yg sangat popular kat blog aku. Untung aku dulu sempat belajar dekat mak si teman. Kalau tak, takkan menjelang raya camnie, keywords rendanglah yang banyak dicari!! Traffic aku semalam mencanak!! Lepas nie, nak kena share recipe rayalah ... biskut dahlia ke, samperit, popia nestum, biskut mazola, biskut arab .... tukar blog nie jadi blog masakanlah ... he he he



Tahun nie tak tahu apa menu baru yg nak belajaq .... tapi dah target nak pandai buat ketupat palas!!




CK : Usaha tangga kejayaan.

Monday, August 13, 2012

BERGURU DENGAN MAK

Assalamualaikum ...




Dah tinggal tak berapa hari lagi kita nak sambut Aidilfitri. Dah ada yang start cuti. Kat office aku ramai yang start cuti hari Khamis dan Jumaat. Cuti lama plak tu, sampai Ahad minggu depannye. Memang korang raya sakan. Aku je cuti sekejap. Takleh nak cuti lelama, sebab cuti aku dah tak banyak sampai hujung tahun  nie. kang tak dapat la nak pergi bercuti.



Raya dah dekat, aku baru nak update pasal resepi-resepi yang aku menuntut kat mak awal Ramadhan aritu. Jeng jeng ... inilah kerja aku, asal menu tu best je wajib belajar. Target tu memang semua nak masak sendiri. Makan dari air tangan sendiri sedaplah sket kot. he he he. Kalau dekat dengan mak bolehlah mak masak selalu. Ini dok jauh, maka masaklah sendiri isi perut sendiri ;=)



Antara menu yang aku try buat. Kulit murtabak nie aku yang tebar sendiri ye. Mula-mula tu koyak rabak, pastu mak aku ajarlah skill sonang nak kasi dia tak koyak. Cumanya aku tak sempat adun sendiri je tepung tu. Lain-lain aku yang wat. Seronok juga tebar kulit murtabak nie, cuma disebabkan tak pandai ... ada la lubang sana sini. Lepas dah beberapa kulit, barulah jadi cun sket. Sket ajelah ;=)


Pulut panggang, ini antara peberet juga. Tang pulut panggang nie aku cuma tolong bungkus je, lenlain mak aku yang buatkan. Part inti tu aku dah lama terror ... part buat pulut tu, aku sedikit gagal. So, aku membungkus ajelah!!


Yang last nie cucur badak! Comelkan aku gentel?? Ha ha ha, masuk lift tekan sendiri. Bila lagikkan?? Aku suka cur badak yang mak buat, walau takda badak sekoq pun sebab inti dia selalu je ada udang lebih. Kalau pergi beli dekat gerai tepi jalan, harap tepung dengan inti kelapa ajelah ... badak tak nampak udang jauh sekali!! Sebab itulah aku lebih suka wat cucur sendiri, lagi puashati rasanya. Letaklah inti bape banyak pun nak letak.


Raya nie, balik kampung ... tak tau apa lagi menu yang aku akan berguru dengan mak. Harap-harap menjadi. Sampai mak aku cakap, "kakak sorang je asyik tanya nak kuih nie camne camne, adik-adik tak kisah pun nak belajaq ka ..." Ha ha ha, walau satu ibu, tapi perangai dan minat lenlainlah mak. Satu hari nanti mesti dorang tanya gak tu. Belum sampai masa, sabar ajelah!


Selagi ada, selagi itulah akan belajar. Bukan nak belajar sangat, tapi nak menghargai masa dengan mak. Itu sebenarnya!!





CK : Rindu!!

Saturday, August 11, 2012

PETUA WANITA UNTUK ELAK DARI SIKAP MENGUMPAT

Assalamualaikum ...




Isu mengumpat ini telah menjadi perkara biasa di kalangan kita. Tahu mengumpat itu berdosa, tapi mulut tetap gatal nak mengumpat. Kenapa?? Tepuk dada tanyalah diri ... jangan tanya selera. Selera manusia nie macam-macam. Kalau tanya selera, hancurlah hidup kita!!


Jadi, aku nak sharing is caring cara untuk elak diri kita daripada mengumpat. Untuk pesanan kepada diri aku juga. Manusia nie kalau tak ditegur, kalau tak diingatkan akan sentiasa lupa. Lupa untuk melakukan kebaikan! Lupa untuk memperbetulkan diri sendiri. Jadi, jom kita sama-sama betulkan apa yang salah. Betulkan yang salah dan biasakan yang betul. Insya-Allah, hidup kita akan peroleh keberkatan. 





Ibnu Abbas pernah berpesan:-

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri 

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya. 

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. 

Sabda Rasullah S.A.W: “Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sahajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala cakapan buruk.






Sumber : ePetua





Friday, August 10, 2012

PROJEK POPIA LAGI ...

Assalamualaikum ...







Raya tahun nie tetamu rumah aku ngadap popia ajelah. Aritu aku wat popia simpul kasih sayang. Minggu nie aku buat popia nestum pula yang seakan kuih batang buruk!!

Memandangkan budak baru belajar, wat kuih simple-simple sudah ;=)


Macam suci dalam debu ajekan .... hehehehehe






CK : Nanti nak buat biskut dahlia plak ...

BILA DIMUSUHI

Assalamualaikum ...








Ya-Allah, sudah dua kali Ramadhan perkara yang sama dilakukan oleh manusia yang sama kepada aku. Dan kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Aku mohon kau berikan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menghadapinya. Aku bukan pendendam, jauh sekali untuk membalas kesilapan dia pada aku. 


Jika apa yang dia lakukan buat dirinya bahagia dan gembira Ya-Allah, aku redha walau hati aku sakit. Namun, aku mohon ... berikanlah dia kesedaran bahawasanya menyakiti hati insan lain itu satu kesilapan tanpa dia sedar. Ya-Allah, jauhkanlah perasaan riak, membangga diri dan merasakan diri terlalu baik serta sempurna dari dirinya ... jadikanlah dia hambaMu yang sentiasa merendahkan diri dan tidak memperlekeh-lekehkan kelemahan dan kekurangan orang lain.


Ya-Allah aku mohon padaMu, dengan rahmatMu ... kasih sayangMu ... kebesaranMu untuk aku hadapi ujian dan dugaan ini. Berikanlah aku kesabaran yang tinggi dan jauhkanlah hati aku daripada membenci dirinya. 


Aku mohon kepadaMu ... semoga silatur-rahim ini pulih seperti sediakala dan diberkati olehMU!! Ya-Allah, jika aku silap ... maka Kau ampunkanlah aku!! Amin Ya-Rabbal 'Alamin ...









CK : Ramadhan yang menguji aku sebagai hamba Dia. Terima kasih buat hamba Allah yang satu ini kerana bersikap sedemikian.

Thursday, August 9, 2012

SI COMEL AKU

Assalamualaikum ...





Dengan bangganye nak share senyuman anak buah aku yang bam-bam dan chomel dengan korang! Anak buah yang ke enam dan bakal menunggu yang ketujuh. Geram tengok ... rasa nak geget-geget pipi bam bam Darwish!! Ini anak adik aku yang no. 2, tak sampai setahun pun umur dia tapi sedang menunggu untuk dapat adik, Insya Allah November nie ;=).



Tak larat nak dukung nie, bukan main semangat badan dia. Kalau pergi umah, tengok kita siap-siap lawo-lawo, mulalah merangkak nak ikut sama. Dia sangat suke kalau didukung ... tapi aku tak mampu le nak dukung lelama, boleh kebas tangan-tangan!!



Aku bukan boleh tengok dia nie, rasa geram sangat .... nak picit-picit je pipi dia!! 






CK : Asyik dukung anak orang je kamoo nie ...hehehhehe

WAJAH BARU NUFFNANG ... MENAWAN!

Assalamualaikum ...



Semalam, balik rumah selepas berbuka puasa dekat Restoran Malee Kota Warisan terus on lappy. Opsss lupa nak cakap nasi goreng biasa dan sup ekor dekat Malee tu sedaplah ;=). Terbabas makan nasi lagi. Puasa-puasa susahlah nak atkins. 


Back to the title, bila dah online wajiblah check akaun nuff. Aku nie suka check akaun nuff sebab nak tengok traffic. Kadang traffic naik, kadang merudum. ha ha ha, malas update je traffic menjunam sakan. Bila aku type www.nuffnang.com .... tergezut tau dengan wajah baru nuffnang. Mulanya tak tahu nak login kat mana. Menjakun 5 minit. bleh??




Nie dia wajah baru Nuffnang tu .... bak kata semua barulah!


Tengok keywords nie ... menarikkan?


Menyenget-nyenget dianye tulisan .... ;=)


Lagi cun dan nampak kemas kot macam nie ...


Untuk earnings ... tak dah dia tulis meter earning atau buffered earning. Sume guna CPUV Campaign dan CPC Campaign



Nuffnang pun dengan baik hati bagi TIPS! Yeeee suke tak??



Itu jelah nak kabor kat korang pun .... sharing is caring pada sesiapa yang tatau lagi. he he he







CK : Bila dia rasa dia baik sangat dan hanya nampak keburukan orang lain. Thanks pada manusia nie. Aku tak reti berdendam macam koooo. Salah oranglah kot nak cari pasal.

Wednesday, August 8, 2012

TAK UNTUNG SATU SEN

Assalamualaikum ...




Aku selalu berurusan dengan peniaga ... dan perkara menyakitkan,

"Tak untung satu sen pun hari nie ... cuba tengok nie mana ada orang beli pun lagi!" - peniaga.

Kata-kata ini adalah doa, setiap kali aku berurusan asyik cakap tak untung.
Memang tak untunglah!
Susah sangat ke nak jujur bila berniaga.
Kalau untung cakaplah untung.


Kalau tak untung satu sen, takkan boleh pakai kereta mewah dari kereta aku.
Kereta oversea pulak tu. Aku? Kereta Malaysia pun dah syukur ;=)


Kalau tak untung satu sen, takkan sampai boleh beli rumah semi D.
Aku tinggal dekat kuarters je pun.
Baru nak berdikit-dikit kumpul duit beli rumah.
Kau? Dah ada rumah besar.


Kalau tak untung satu sen, takkan jualan tu lagi banyak dari gaji aku sebulan!!
Aku kerja sebulan baru dapat gaji yang sama dengan hasil jualan mereka seminggu dan mungkin sehari!
Hakikat!


Jadi, aku tak faham kenapa mereka yang berniaga nie asyik cakap tak untung!
Sedar ke tak apa yang diucapkan itu doa. Sedar tak??


Korang fikir-fikirkanlah, jangan sampai Yang Maha Esa tarik balik segala rezeki dan nikmat yang diberi.
Nak senang tak susah, bersyukur dan terima seadanya! Bleh??






CK : Geram dengan orang berniaga macam nie !!

Tuesday, August 7, 2012

MEE TONGGEK

Assalamualaikum ...






Hidup orang bujang, kalau tak sempat balik rumah untuk masak ... berbuka puasa dengan mee tonggek pun dah cukup Alhamdulillah. Mee tonggek RM2 ... plus dengan ayam bakar taharah dekat Presint 2. Ayam bakar nie tak sedap, sedap lagi ayam bakar bara sebelah dia. Balik awal plak taukey dia aritu.



Walaupun mee tonggek ni nampak simple, hitam berkicap tapi rasa dia sedap biarpun buko puasa sensorang tetap laju aku makan. Berbaloi dengan harga RM2. Esok kalau dah ada suami, boleh berbuka puasa makan mee tonggek lagi ke?? Baik melantak sekarang apa yang kita suka, walaupun simple dan macam tak cukup makan gayanye ... ha ha ha





CK : Bila kena berbuka sensorang, mee tonggek tu rasa macam pizza pepperoni je .. kah kah kah!!

Monday, August 6, 2012

MEE SUAH MABELES

Assalamualaikum ...




Buka posa sorang-sorang lagi. Habis kerja terus balik rumah. Terus timbul idea nak masak mee suah. Masuk hari ini baru dua kali aku masak untuk berbuka. Yang lain-lain beli! Bagus! Keje punya pasal, rela dalam terpaksa beli juadah kat Pasar Ramadhan. Walau tak berapa sedap, aku telan jua ... sebab tu kadang-kadang sampai hari-hari makan ayam bakar. Selera ke laut!


Hari nie masak sendiri. Selera berganda. Tambah pula, mak si teman bagi udang masak lemak cili api. Terima kasih mak makcik! Sedap.



Ini mee suah. Sedap di makan panas-panas. Sedap makan dengan nasi putih bertambah sedap kalau makan nie ada pula sambal tumis ikan bilis tak pun sambal tumis kosong campur bawang besar. Teringat ayah yang suka makan mee suah nie tak pun mee sanggul masak macam mee bandung. Slurrrrrppppp ... selera!! Tak perlu pun ada ayam panggang lagi.


Makcik bagi udang besar nie. Sedap. Nanti boleh menuntut ilmu tak dengan makcik? Peria tu tak pahit pun, pandai makcik masak. Okeh, pujian ini untuk suruh makcik bagi lagi nanti ;=). Diet atkins dilupakan hari ini dan semalam pun aku tak diet, nasi puteh ... udang masak lemak cili api + peria campur kicap. Letak pula mee suah. Perghhhhh .... lagi sedap dari nasi arab ayam golek pakcik dekat Pasar Ramadhan Presint 2 tu aku rasa.


Gabungan 2 menu dari dua masterchef baru dan lama. Nasi separuh, mee suah sesanggul ... udang 6 ekor. Azan Maghrib je, bismillah ... terus ngap dengan selera. Amik masa lebih 40 minit makan sebab nak kunyah 44 kali. Itu menu berbuka hari ini.



Menu untuk esok dah prepare dalam kepala .... siakap 3 rasa, telur asin, sup su'un dan nasi putih!! Esok kali ke-3 masa selepas menerima aduan rakyat yang aku tak masak bulan puasa nie ;=). Harap yang nak berbuka puasa dengan aku esok sukahatilah!!








CK : Kejap lagi nak buat popia nestum .... dah start buat kuih raya dah. Korang dah buat ke??

TAK BERCAKAP

Assalamualaikum ...





Kita ada kawan
Kalau kawan yang memahami kita
Dia takkan diam tanpa sebab
Kawan nie jarang ada perasaan hasad dan dengki
Itu baru namanya kawan

Dia takkan diam membatu dan juga membisu!!






CK : Aku tak perlu kawan macam kau lagi !

TENANG DALAM MENCARI JODOH

Assalamualaikum ...





Aku copy dari belog Fatin Liyana dan dia pula copy daripada IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. Kerana ia penuh dengan nasihat aku terpanggil untuk kongsikan ia di sini. Buat tatapan korang semua terutama kawan-kawan yang sibuk bertanya, "bila nak kahwin?". Aku rasa ini adalah jawapan yang seakan tepat. Jodoh itu rahsia Allah, perlu usaha ... perlu sabar bukan ikut rentak orang. Tak semua apa yang orang lain buat kita perlu buat - pendapat aku juga!




Untuk selanjutnya, korang bacalah sendiri ....




Assalamualaikum dan salam Ramadhan.


Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.




*******************





Harap korang faham. Dan apa yang aku harapkan dari manusia sekeliling aku yang pandang aku selalu, takda lagi soalan kepada aku, bila nak kahwin? bila nak makan nasi minyak? bila nak bagi card dan yang sewaktu dengannya. Aku takda jawapan tepat sebab jodoh itu rahsia Allah. Aku cuma usaha semampunya dengan doa sebaiknya.


Paling aku tak suka bila orang cakap, "kau memilih nie!". Habis korang yang dah kahwin, "tak memilih ke suami/isteri korang sekarang nie?". Korang pilih juga kan? Atau korang main rembat je mana sempat??


Jadi fikir-fikirkanlah .... 





CK : Merentas kehidupan, biar masa menentukan ;=)

Sunday, August 5, 2012

PROJEK POPIA SIMPUL KASIH

Assalamualaikum ...





Lebih kurang 2 minggu lagi nak sambut raya. Aura-aura raya dah melekat kat diri aku nie. Dan tahun ini aku nekad untuk buat kuih/snek raya yang simple-simple sebagai usaha menjimat bajet. Memandangkan tahun lepas aku membazirkan duit lebih kurang RM300 lebih untuk beli kuih raya. Asyik beli je, bila nak belajar buat sendirikan?



Pagi semalam sambil dok depan TV, trylah buat popia simpul kasih. Simpul kasih? Nape orang panggil simpul kasih ye?? Sebab simpul rapat ke?? Ah, lantaklah nak panggil apa, janji makan sedap. Ye dak??



Aku rasa dorang buat popia simpul guna serunding ikan, tapi aku gatai guna serunding daging ... macam susah plak nak simpul. Disebabkan baru try, aku buat tak banyaklah. Ada juga yang koyak rabak. Mula tu memang dah nak give up ... tapi pujuk pujuk hati buat juga sampai dapat satu tupperware kecik. Oklah, minggu nie aku sambunglah balik.


Buat sambil layan tv, kenalah tutup kipas ... takut kulit popia tu cepat kering. Kalau kering, simpul je mesti koyak. Minggu nie aku nak beli serunding ikan. Nak buat sendiri cam tak pandai sangat. So, aku beli ajelah senang. Balik rumah, terus je potong kulit popia and simpul.


Ni dia popia simpul kasih yang dah siap tapi belum digorengkan lagi. Aku biar bagi dia kering sket, supaya bila goreng tak makan minyak popia tu. Malam tadi baru aku goreng popia nie ... ok jugalah rasanya. Cuma kalau buat guna serunding ikan, rasa dia lagi sedap kot ;=)



Esok baru nak sambung projek buat popia simpul nie, petang kang nak shopping kat KL. Plan nak pi Sogo dengan Kenanga Wholesale .... nak cari blouse raya ;=). Mesti sesakkan arini?? Rasanya orang ramai dah start shopping tuk raya nie ...






CK : Nasib baik sahur tadi si teman kejut, kalau tak hanyut lagi!!