Sunday, January 20, 2013

LANGKAH CERIA @ PUTRAJAYA

Assalamulaikum ....




Hye u'olls .... !!



Entry siang tadi aku dah kabor ... aku join Langkah Ceria @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya dan SP Setia. Besh juga. Ada cabutan bertuah dengan hadiah utama Samsung Galaxy S3. Ada basikal le run 3 jibik. Barangan elektik plus hamper. Cuma aku je tak bertuah hari ni. Takpe, next month ade lagi.


Skang masa aku up gambar. Korang blehlah layan sambil2 makan peknga cicah nyok muda. Ermmm sedap!! Kang ada yang tanya, "peknga tu apa yek?". Hah, sendirik google la ... ha ha ha. Peknga sejenis makan di sebelah utara sana. Kira adik beradik lempeng juga la. Uih, dalam lama takmakan peknga sebenarnya.


Eh, aku nak citer pasal peknga ke pasal Langkah Ceria nie. Sorry termelalut ke lain plak. hiks hiks. Okeh, share gambar ajelah yek. Korang leh tatap dengan sukaria. Maaf, kualiti gambar kurang memberansangkan sebab aku guna hp je. Si teman pinjam camera aku semalam. Ada event ngan boss katenye! Okeh,  baik.

Layan gambarlah pulak ...

Ramai dah berkumpul .... dari mak budak sampailah ke budak-budak


Ini time nak 'joget-joget' .... warm up dulu!

Get ready nak berlepas...Pelepasan untuk 8km dulu. Yang 3km dan 5km kemudian ...

Ramai jugakan ...

Okeh, 3km dan 5km berlepas! teeeeeeeeeetttt teeeeeeetttt teeeeeettt

Okeh, mari melangkah ... jangan berlari!!

Geng bas sekolah pun ramai gak!

Ini untuk 5km ... kena jalan sampai traffic light depan PICC then belok!

Nak sampai garisan penamat dah. Fuhhhh, berjaya gak aku nak tamatkan 5km! Horeeeyyyyy

Tamat sudah!!

Lepak kepenatan!!
Yang ni reramai lepak tunggu cabutan bertuah! #takde rezeki dapat samsung Galaxy S3. takpe cuba lagi.

Sampai je aku melantak bihun goreng singapore. Lapaqlah sangat ...

Petang tadi lapaq, melantak lagi nasi lemak. Cheat daylah katakan!! Makan sampai puas.
he he he Nikmat weh nasi lemak ayam goreng. Sedap plak tu. Padan ko tak kurus-kurus lagi kan?? ha ha ha




Patutnya petang tadi lagi entry nie siap. Tapi internet lembap macam siput khinzir! huh .... streamyx kat rumah aku skang nie makin menjadi-jadi slownye. Ntah nape ntah. Geram gak. Tapi takpelah ... janji dapat update. Kan ... kan ...



Okeh, aku nak pi makan ... lapaq!!







CK : Drama Melayu skang bosanlah. Banyak sifat-sifat keji. Hasad dengki, cemburu, khianat, ego ... adeeeh.















4 comments:

  1. dh lama tk join lari2 mcm ni.. mesti semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah kak...pelan2 jalan tak semput punya.

      Delete
  2. bagus juga sekali sekala join aktiviti camni, boleh keluarkan peluh dan menyihatkan badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...best sekali sekala berpeluh. sesuai utk family event camnie kak...seronok

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!