Sunday, February 24, 2013

AKTIVITI DI HARI AHAD. MASAK DAN MAKAN.

Assalamualaikum ...




Aku dok sign in sign off belog dari pagi tadi lagi. tapi malas bebenor nak update. Asyik blogwalking ajelah. Dah lama tak blogwalking macam dulu-dulu. Tinggal komen. Kadang jadi silent reader je. Sekang baru ada mood sikit nak update. Sikit ajelah!


Hari nie mood aku nak kerja pun takda. Ingat nak juga OT, settlekan kerja berlambak dekat office. But, bila fikir balik ... nak bersama adik dan anak buah aku ajelah. Ahad hari bersama keluarga! Bila dah set macam tu, susahlah nak pergi keje hari Ahad. Aku bangun awal juga hari nie.


Aktiviti hari ni kemas buku yang tersimpan dan berabuk dekat tepi katil. Kemas segala fail. Cuma yang tak mampu kemas, kain baju berlonggok. Aku nie tak suka lipat baju. Ko suruhlah aku buat apa pun, jangan suruh lipat baju. Susah aku nak buat. Kalau mood terlebih rajin aku datang untuk lipat kain, aku lipatlah tapi 2 hari baru settle. Ha ha ha dasarkan? Semua pakaian aku, akan di hang je. Senang. Nak ambil pun senang. 


Lepas settle kemas buku buku, baru aku masak untuk lunch. Untuk breakfast aku cuma ambil soy protein satu mug. Kenyanglah sampai pukul 11.00am. Dalam seminggu, cuma sehari ajelah aku tak diet. Maksud aku tak follow atkins. Sehari tu cuma tak amek nasi. Tapi kuih muih, buah, bihun, mee ... pasta aku amek dengan suka hati. he he he


If anda sekarang adalah pengamal atkins, boleh cuba menu di atas. Ayam goreng kunyit dan brocolli. Menu ini sesuai semasa induction. Hari-hari makan pun okeh. Simple tapi mengenyangkan. Menu nie aku masak untuk lunch tadi. Sebab penat mengemas, so tak rajin nak masak banyak-banyak menu. Cukup makan setakat perut rasa kenyang dan boleh sambung kerja.


Walaupun simple, tapi tetap licin!


Untuk kesihatan yang lebih baik, aku ambil jus pegaga yang dicampur dengan collagen nu~cell keluaran DCL. Sedap! Homemade nie ... dah lama aku tak amek jus pegaga. Untuk makluman, pegaga nie jika diamalkan sesuai untuk awet muda! Sape nak awet muda sila minum 1 jug sehari jus pegaga nie. ha ha ha aku tipu je. 1 mug cukuplah! Awet muda, tapi umur tetap tua ;=)


Lepas makan dah kenyang, dok berehat sekejap tunggu Zohor. Belek-belek magazine. Rasa rindu pula dekat anak buah aku. Terus terfikir nak masak sket untuk dorang. Godek-godek fridge, ada ayam ngan sotong plus sayur cukup lengkap. Petang tadi aku pun buatlah bihun tomyam. Simple-simple je, kurang pedas. Janji ada buah tangan untuk adik-adik aku. Baikkan akak?? ha ha ha


Rupa bentuk bihun tomyam yang simple. Rasa pun biasa-biasa ajelah. Dah rupa bihun tomyam putih. Untuk atkiners, cuma makan kuah tomyam dan lauk pauk di dalamnye. Kalau bukan atkiners, bolehlah makan bihun tomyam nie dengan selera. sluuuurpppppp ....sluuuuuuurrrrrppppp!!


So, sekianlah aktiviti aku hari nie. Skang tengah blogging sambil layan drama Janji Shirah. Esok sambung update citer lain plak ye! Aku nak check UV aku hari nie, mesti merudum sebab memalam baru nak update.




CK : Teringin nak masak nasi daging, kena tunggu hujung bulan depanlah.....amik nasi sebulan sekali. he he he

6 comments:

  1. Atkins tu apa? Wewiiittt.... Berselera pula tgk tomyam simple tu..

    ReplyDelete
  2. guna chopstik pun atkins jugak kan, bila tak reti pakai, so susahlah nak ambik makanan, pastu feed up, tak jadik makan banyak, hehe...sebulan sekali baru makan nasi, wah~...jelesnya, mampukah aku hidup tanpa nasi, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. chopstik tu eksyen je lebih..hahahah. kdg terngap juga nasi 1-2 sudu...dlm tempoh seminggu. hahahah

      Delete
  3. wahhhh selamat berdiet ! sedap sgt menu tu semuaaaa. huwahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq .... biasa2 ajelah. masak main campak

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!