Tuesday, February 12, 2013

DARI WANG KELIAN - SATUN, THAILAND KE KUALA PERLIS

Assalamualaikum ...




Hye u'olls!



Morning-morning ... bestlah arini dah last cuti panjang. Suke! Esok harap-harap tak bosanlah masuk office. Bukan ape, aku tak suka kalau cuti panjang dok umah. Kalau dapat pi jenjalan, cuti panjang lama mana pun aku tak kisah. Aman kepala otak! Dok umah je, otak terus jadi beku sekejap! Nampak sangat species tak lekat kat umah. ha ha ha


Okehlah jangan nak merepek sangat. Mentang-mentang hari nie tak jadi babysitter, rasa best plak nak mengarut kat belog neh. Heh! Hari tu aku dah cerita pasai Wang Kelian-Satun Thailand. Kalau ada yang belum lagi baca bolehlah godek entry kat sini ----> Part 1, Part 2, Part 3 (Akhir).


Selepas aku and family berpanas dan shopping kat Wang Kelian-Satun Thailand, gerak baliklah! Sebelum nak balik rumah, wajib isi perut. Seriously, time tuh perut aku memang dah keronconglah sangat. Alang-alang kat Perlis, aku pun  terus bagi idea kat mak ajak makan laksa Kuala Perlis. Laksa beras yang dicari! Mak and ayah aku okey je ... BIL and my sis ... pun kena oklah juga. ha ha ha giler kejam main paksa orang je haku nie. Eh, takdelah ... adik aku tu rela je. Dia pun nak makan laksa juga. Maklumlah pembawa budak. Esok dah berpantang, jangan haraplah kau nak dapat makan laksa. Baik makan skang.


Actually aku tak tahu pun port laksa Kuala Perlis yang sedap. Tak pernah makan. Aku pernah makan laksa Kuala Perlis masa pergi kenduri bersunat anak sedara ayah aku. Cikgu Din dekat Kuala Perlis. Masa kenduri kat rumah Cikgu Din, dia siap order laksa beras Kuala Perlis. Memang sedap! Kuah pekat, urat laksa beras yang lembut sampai aku bertambah makan. Orang jamu, makanlah ... tak makan lapaq plak! Itu pasal aku skang kalau je jejak Perlis mesti nak makan laksa. Padahal tak tahu lokasi yang best!


Mak aku cakap, "jomlah cari kat pesisir pantai yang ada gerai-gerai tu ... kot-kotlah ada!". Apa lagi kami pun memecut ke pesisir pantai dekat Kuala Perlis. Adalah 3-4 gerai yang buka. Time tengahari ... banyak gerai tutup. Kebanyakan gerai kat sini buka petang kot. Untuk orang lepak tengok ombak rindu.


Akhirnye jumpalah satu gerai nie. Dia ada tulis kat papan tanda ...laksa beras/laksa biasa! So, aku pun excitedlah turun dari kete secara beramai nak makan laksa. Dah terbayang sedapnye .... slurrrpppp sluuurpppp!!



Sekali bila dah duduk, budak perempuan gerai amek order ... terus tanya "laksa beras ada dik?". "Laksa beras takde, laksa biasa je ada!".

Ermmmm keciwa aku! Dah duduk takkan nak bangunkan. Order jugalah!  Aku, adik and mak makan laksa biasa ... no beras-beras! Ayah aku and BIL makan nasi goreng kampung yang nampak sedap. Korang tengok wajah laksa tu pun tak terliur. Tak best sangat. Kuah dia bolehlah. Cair sket. Dah lapar ... makan ajelah. Jangan nak merungut bebanyak!


Aku up dengan ABC. Ingatkan ada aiskrim. Okeh, gerai biasa je ... ko jangan nak demand macam makan dekat RASA, Alamanda plak! ABC dia pun okeh je, sedih part sagu tulah ... tak kembang sangat. Kenyal bila makan. Ermmmm makan ajelah. Laparkan??


Ayah aku makan nasi goreng dia habis licin. Lapaq sangat kot gamaknye. ABC aku tak habis. Laksa aku hirup kuah je sampai licin. Urat laksa dia tak best, cam keras sket. Sorry, banyak komen plak.


Cuma bestnye dok makan sini, dapat tengok laut. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sejuklah sket. Walaupun time nie tengahari. Cuaca panas yang hamat-hamat! Utara skang memang panas.


Best juga sebab dapat berteduh bawah pokok ceri. Walaupun makan bawah pokok ceri, untuk 5 orang rege semua RM25. Boleh tahan juga Kuala Perlis nie .... kira sorang RM5 la nie! Tak kisahlah janji perut kenyang walau tak puashati sangat. Baik ada dari takde.



Pesan aku kalau korang nak pergi ke mana-mana lokasi dan dah tahu nak makan apa. Please gugel dulu lokasi makan yang best. Bila sampai senang nak cari. Tak payah pening dan buang masa fikir lokasi makan bagai. Bila gugel dah tahu nak tuju ke mana. Okeh, ini tips melancong ye. Sila tiru.


Aku aritu tak bawa balik BB dan tak plan pun nak ke Perlis. So, boleh dimaafkan. Balik Putrajaya baru aku gugel lokasi laksa Kuala Perlis yang sedap. Ramai cakap Laksa Kak Su dekat Belakang Maybank Kuala Perlis tu sedap. Salah satunya belog Orga kata sedap. Nak baca klik sini <----- Next time balik utara, sure aku cari Laksa Kak Su nie. Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi kalau dapat makan, mesti leleh punyalah!! Kalau berpeluang pergi, aku review untuk tatapan korang. In Shaa Allah!



Okeh, aku nak pi sidai baju. Nak masak for breakfast. Perut dah lapar! Dah gigil kepala lutut dah nie. Bubye!!





CK : Esok keje ;p ye ye ye ye



7 comments:

  1. heloooo Cik Kamoo...

    terima kasih follow blog MSP... any way best ke Wang Kelian, sama tak ngan Rantau Panjang... saya tak pernah pun menghala ke Perlis nun jauh di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rantau panjang tak pasti la best ke idak. tapi wang kelian nie menarik juga la

      Delete
  2. eh, sy pun dua minggu lepas mkn kat kedai ni betul2 bwh pokok ceri tu..haha. ya, by the way laksa dia memang mengecewakan. makan sebab lapar ja. sobss.

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!