Monday, February 25, 2013

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum ...





Boleh tak aku tak nak ulas pape. Tak rajinlah pulak. he he he. Korang layankan ajelah petua untuk hilangkan jeragat yang aku share nie. Sumber dari sini <-----




Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. 

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.




Happy reading ;=)




CK : Tgh rajin nk siapkan keje

6 comments:

  1. wow!! mcm2 petua ye. boleh cuba nnt :)

    ReplyDelete
  2. pernah buat masa zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time sekolah dulu bajet kurang, so try petua lelama ajelah

      Delete
  3. Petua no 6 tu, dah siap lumur, boleh lah panaskan minyak, dan goreng sehingga perang. =p

    ReplyDelete
  4. tok aku cakap, bila time nasi masak, pergi letak muka kena wap nasi tu, tak termasuk dalam senarai ker? huhu...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!