Friday, February 15, 2013

SILA SARAPAN PAGI!

Assalamualaikum ...





Hye u'olls ....



Pagi nie aku nak bagi nasihat sket. Pasal sarapan pagi. Aku ada terbaca dekat facebook pasal betapa pentingnye sarapan pagi. Mak aku dulu pun selalu pesan, "makan pagi tu penting kak, kalau tak macam mana nak belajar ... perut kosong, otak pun jadi kosong juga!". Mak aku panggil aku kak, sebab aku anak perempuan sulung. Sulung yang macam perangai anak bongsu! huh!


Dulu, time sekolah ... aku mempunyai tabiat tak reti nak sarapan pagi. Asal sarapan je nak muntah. Asal muntah je bila sarapan. Terus aku fobia bab nak sarapan nie. Pelik plak dulu tak reti nak gastrik walau tak sarapan. Dah tua pandai lak gastrik datang. 


Bila mak aku masak best-best pepagi, aku bawa je pergi sekolah, tapi time lunch baru aku makan. Takdelah macam aku tengok drama Melayu tu, dok kat meja ngan mak ayah makan roti 2-3 keping sebelum pergi sekolah. Eh, apa kelas makan roti pepagi. Nampak nau mak dalam drama tu pemalas masak. Mak aku kalau pepagi, meriah menu sarapan dia! Sebab itulah dulu masa aku kecik-kecik tak pernah sekalipun beli kuih muih kat sekolah mahupun dekat gerai tepi jalan. Nak makan ape ... cakap je, mak aku akan buat. Karipap, burger malaysia, pau kacang, roti susu, pulut udang, dangai, kuih bom, kuih cara, murtabak, roti canai ... bla bla bla .... banyak giler kuih mak aku pandai buat tapi anak dia tak cukup pandai nak buat ;p


Aku pandai makan kuih muih yang dibeli sejak aku start kerja tahun 2001 kat PWTC. Sebelum tu, semua makanan aku dari air tangan mak yang dikasihi. Sayang mak ;=)


Sekarang nie, aku dah konsisten sarapan dan lunch ....  cuma makan malam je, kadang makan dan kadang tak makan. Kalau tak sarapan kepala aku boleh jadi pening tak hengat. So, seafdalnye aku sarapan sebelum mula kerja. Sekurang-kurangnya 2 biji karipap atau separuh bihun goreng. Cukuplah.  Cuma bila diet nie, aku sarapan dengan 2 biji telur rebus separuh masak ;p. Jadi hantu telur! Tak pun ayam yg aku grill kat rumah siap-siap. Kalau malas, aku beli ayam goreng rempah atau sup daging kat office. Janji sarapan! Perut dan otak kena jaga dengan baik.


Panjangnye aku mengarut pasal aku, bukannye pasal sarapan pagi. Nak cerita kebaikan sarapan pagi sket aje pun. Dia punya intro kalah citer Tamil. Muahahahha .... aku memang cenggitu. Kalau korang rajin bacalah, kalau tak rajin pun .... baca juga. Paksa!



Apa yang sebenarnya aku nak share dengan korang adalah .... kebaikan sarapan seperti di bawah! Jom sama-sama kongsi. Dan untuk sesiapa yang malas sarapan, mulai hari ini sila insaf dan betulkan perlakuan anda. Untuk kebaikan diri sendiri juga ;=)


1. Menurut orang tua-tua dahulu, untuk kekal sihat dan langsing sarapan pagi mesti dijadikan amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dahulu bercakap berdasarkan pengalaman dan ia disokong kajian sains di seluruh dunia. Malah, pakar pemakanan juga sependapat bahawa sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita. Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.


 


(Lepas nie aku rasa kena tertib dan konsisten sarapan pagi, kata nak langsingkan? Tapi janganlah sarapan dengan nasi lemak ayam berempah dan teh tarik atau roti canai plus roti telur berkeping-keping. Itu bukan langsing namanya ... dah tahap nak gemukskan badan dah. Sarapan nie, kena ambil kira kuantitinya banyak mana dan jenis menu yang sesuai. Kalau setakat kerja pejabat dalam aircond yang best, tak perlulah nak makan nasi goreng dan nasi lemak hari-hari dengan berpinggan-pinggan sekali makan .... Lainlah kalau ko kerja kait sawit tak pun bajak sawah ke. Hah, itu memang sesuai dengan nasi lemak.)
 


2. Sarapan juga baik untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, samaada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.


(Baca tuh, sarapan baik untuk otak. Untuk membolehkan otak korang cergas sepanjang hari. Nampak semangat dan ceria. Cuma aku tak galakkan korang minum kopi pepagi  neh. Caffein kot!! Aku selalunya amik air suam je pepagi. Tak pun sekarang nie aku amik soy protein satu mug. Settle!)



Dulu, time tak atkins .... nasi kerabu nie peberet aku. Makan waktu pagi atau tengahari ... nikmatnye. [sumber]


Sekarang nie, kalau aku dapat makan sandwich ghuper ini pun dah kenyang. Tapi atkins no roti ye. [sumber]






Pesan aku yang baik nie, silalah ikut! Sape yang nak langsing tu ..... baik ko konsisten sarapan mulai saat ini. he he he









CK : Dah straight diet atkins nie, mulalah kepala start pening .... ketosis berlaku ke??

 

18 comments:

  1. baca entry ni sambil senyum & sambil mengunyah mee goreng yg dimasak dari rumah..hehehe...bwk bekal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee goreng?? sedapnye ... tp sy takleh makan lagi semua tu. tgh atkins...huhu

      Delete
  2. sarapan pagi wajib amik... mak sy dulu amat pntgkn sarapan pagi... pagi ni sarapan dgn 2 keping roti dan susu shake herbalife je.. hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...bf dgn herbalife...cepatlah langsing cenggini... ;)

      Delete
  3. Sarapan memang tak boleh skip, wajib......kalau tak makan malam saya ok jak.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sarapan sgt penting...kang takleh wat keje klu tak makan

      Delete
  4. ok ..saya nak langsing ..jadi saya nak sarapan pagi ..terime kasih :)

    ReplyDelete
  5. Ah, sampai sekarang aku susah sarapan pagi.haha.

    Tapi aku ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar pelan2 la makan pagi...baik utk otak

      Delete
  6. aduhhh bila lah sy nkdiet ni.haishhh

    ReplyDelete
  7. info yg menarik..azie pon skrg dah xmiss srp pg..mesti mkn wlpn sikit kalau tk mulalah pening pale

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena sarapan azie...barulah semangat nk buat keje....tp jgn terlbih makan sudahlah. ngantuk plak kang ;)

      Delete
  8. sama mcm Amirul. tak boleh nak sarapan awal. perut pukul 10.00 saya panggil. Dah pukul 10.00 pagi baru rasa nak sarapan kan....

    Saya pun malas jugak nak masak sarapan pagi. sebab tak de org nak makan. hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...sarapan sebaiknya dalam kul 8.30-9.00am ke... 10 tu nti ck dah kena gastrik dah

      Delete
  9. hah? ko buat diet atkin? gilerlah...aku mmg respek org yg buat atkin ni...sbb pada aku, atkin ni serba serbi yg aku suka tak leh mkn...huwaaaa....

    so, aku mmg tabik spring kat ko...

    kurus cepat la ko lps ni...pas tu aku pun jeles...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahn nie tatau la brapa nk turun. thn lepas dah turun 10kg, pastu stop kejap...sbb asyik tak sihat je. skang baru nk atkins balik. harap2 dpt la turun 10kg lagi....doakan

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!