Thursday, March 14, 2013

3 TAHUN

Assalamualaikum ...



Morning korang!


Harap korang sumer sihat. Boleh buat kerja dengan baik dan sempurna. Jangan lupa breakfast! Wah, baiknye aku hari nie. he he he. Siap bagi nasihat bagai. Tak pernah-pernah. Buang tebiat gamaknye. Okeh, abaikan semua ini. Ini semua poyoooo ....


Pejam celik, pejam celik. Semalam dah genap 3 tahun aku menjadi blogger yang ala-ala tegar. Dah 3 tahun usia blog ini. Hari ini dah 3 tahun 1 harilah! Walaupun aku blogger ala-ala tegar yang kejap kejap nak update je. Pergi mana-mana ingat belog. Ambil gambar sebab blog. Pergi makan ambil gambar sebab blog. Bak kata banyak benda yang aku buat dan lalui semua nak cerita kat blog.  Apapun, cerita aku masih berpadalah. Kalau terlalu personal tak adalah aku share dekat sini. Simpan dalam hati sudah ;)


Sepatutnya 13.3.13, aku meraikan usia 3 tahun belog aku. Tapi kesibukan melanda, tak sempat nak bercerita apa. Akhir-akhir nie pun aku banyak buat entry autopublish, terutama time pagi. Tak sempat nak update belog kat office. Kang kena hamun. Kalau petang aku update pun bila orang takde kat office. Buka belog pun kejap-kejap. Nak berblog penuh perasaan kena tunggu balik rumah dulu. Baru rasa bebas!


Sepanjang 3 tahun menulis belog, banyak yang suka dari duka. Memang meluaskan pemikiran dan kepala otak aku. Kalau duka dan terasa hati dengan komen-komen rakan blogger, adalah sikit. Tapi takdelah sampai terkesan di hati. Aku abaikan je selagi tidak memudaratkan.


Actually, nak share sketlah ngan korang. Aku buat dan tulis blog nie bersebab. Masa tu aku hanya nak luahkan rasa kecewa aku tentang perkara sekeliling. Nak jadikan belog nie sebagai pengubat duka aku. Aku sign up blog supaya aku dapat lupakan segala kesedihan dan kegagalan yang aku lalui. That time aku dah tak tahu nak buat apa untuk menormal dan membahagiakan diri sendiri. Takkan nak terjun bangunan plak kan? Bodoh namanye tu ....



So, aku decide menulis blog. Mula-mula tu tatau pun pasal blog sangat walaupun aku pernah ada 2 blog sebelum nie yang telah terkubur. Satu tu aku dah lupa password, yang satu tu aku dah privatekan. Sebab tak best ... ha ha ha sendiri tulis sendiri yang rasa tak best plakkan? Belog nie pun belum tentu best....he he he


Nama blog. Mulanya aku letak secretwordfromheart.blogspot.com. Panjang giler nama! Masa tu tak tahu pun tentang kepentingan nama url blog. Tak pernah study pun tentang blog jauh sekali nak amek tahu pasal Nuffnang yang boleh buat side income. Ish, kalau dari dulu tahu .... dah kaya kot! Tetiap bulan cek NUffnang sampai rumah. ha ha ha .... berangan!!! Nama yang aku letak memang ada kaitan dengan kehidupan aku. Banyak sangat secretnye! Banyak sangat dok pendam dalam hati! Mula ingat nak guna nama sendiri, tapi cam malas plak ... kang glemer susah plak. Nak kena bergambar dan sign autograf je manjang. Eh, perasan lagi! Perasan tak kena bayar, so ko perasan 4-5 juta kali pun aku rasa okeh lagi kot. keh keh keh ...


Sekarang nie belog aku dah bertukar nama : rempitkehidupan.my


Simple dan padat bagi aku. Senang nak ingat. Setahun bayarlah RM20 kalau nak guna nama nie sampai bila-bila.


Untuk nama aku sebagai penulis, aku letak nama CIK KAMOO, nama yang kawan, teman, kekasih aku selalu panggil dulu. Dia nie kalau sms aku manjang ayat dia, "kamoo buat apa? kamoo dah makan ...?". Asyik kamoo kamoo, last-last lekat nama tu kat aku. Cuma skang dia dah kurang panggil nama tu. Panggil nama sebenar macam ayah aku selalu panggil ....



Sepanjang 3 tahun dan 1 hari .... aku dah menulis 1737 posts. Menulis dan merapu dalam masa yang sama. Berkongsi maklumat terutama pasal makan, makanan dan memasak. Sebab aku suka makan! Berkongsi tentang lokasi menarik, travel .... dan macam-macamlah. Tapi semuanya lebih kepada kehidupan peribadilah.


Aku berterima kasih kepada korang yang menjadi followers blog aku. Selama 3 tahun .... followers aku genap 1299 orang! Korang follow bermakna korang beri aku semangat. Dan komen yang aku belum lagi publish adalah 45 comments .....awaiting moderation! Tak sempat weh nak publish dan reply komen korang. Sabar yek. Sekarang nie aku tak cukup tidur, kat office tak boleh nak blogging je. Kang kena penampar jepun. Naya!


Pageviews blog aku 385619!! Okeylah kan .... hebat juga ape? he he he


Sejujurnya aku happy jadi blogger. Banyak benda yang aku google untuk belajar dan banyak benda yang aku dapat dari blogger yang hebat-hebat. Jika nak dibandingkan dengan aku, apalah sangat. Memang blogger picisan je.



Disebabkan aku rasa happy ada belog, seronok giler jadi blogger .... kalau tak update sehari ... aku boleh jadi resah! Teruk sungguh .... 



#nak cerita banyak lagi.....tapi dah tak berdaya nak menaip dah nie.





CK : Happy birthday belog CK!!!

10 comments:

  1. tahniah kak..blog akak memang best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesame...jgn puji sgt. Skg x rajin nk update nie

      Delete
  2. selamat ulang tahun blog ye tuan umah.

    ReplyDelete
  3. happy birthday to rempitkehidupan.my kalau dah suka apa yang dibuat, teruskan aja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih...In Shaa Allah akan diteruskan jika dizinkanNya

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!