Tuesday, March 26, 2013

DAH PANDAI DEMAND!

Assamualaikum ...




This coming weekend, nak celebrate ulangtahun kelahiran encik teman. Dah tua rupenye encik teman aku nie. 3 series sama je. Tapi aku rasa aku lagi nampak mude dari dia. ha ha ha. Mesti marah kalau dia baca statement aku nie.


Biasanya setiap kali ulangtahun kelahiran memasing, kami akan ke luar kawasan. Nak jauh dari orang yang dikenali. Macam birthday aku last year celebrate kat Melaka. And tahun sebelumnye ko tahu mana dia celebrate birthday aku? Kat Stadium MPSJ ... layan bola! Boleh?? Disebabkan aku nie jenis tak berkisah sangat pun, aku ok je! Sebab ape aku tak kisah .... sejak kecik mak ayah aku tak pernah ajar bab celebrate birthday. No hadiah. No cake. Aku lagi memahami kesusahan mak ayah aku camne. Cukuplah peluk cium that time aku rasa. Pestime potong birthday cake pun masa kat kampus. Kawan-kawan yang buat surprise.


Now, encik teman memang ngajar semua benda nie bila aku dah sekian lama berkawan dan bertemankan dia. Encik teman cakap, memang family dia jenis celebrate besday walaupun hanya dengan sebiji kek.  Even masa kita org break off suatu masa dulu pun dia still nak celebrate juga. Aku of course jual mahal that time. Tengah marahlah katakan!


Petang tadi dia call aku, hari ni dapat jumpa sekejap je pun. Tak sampailah sejam. Ermmmmm. Dia sibuk tanya weekend nie nak pergi mana? Then he said, aku patut meraikan dia becoz his besday is coming. Aku pulak jenis buat muke derkkkk aje. Wah, dalam hati ... dah pandai demand ye. Dulu tak kisah pun celebrate ke idak ... ada hadiah ke idak, yang penting ingatan dan kad ucapan!! Bila fikir perangai dia dah jadi macam aku plak. he he he. Asyik remind pasal DOB je.


Hadiah dia aku dah beli. Dengan kad sekali. Cuma belum balut je. Hadiah last year dia cakap mahal aku kasi dia tapi tak semahal hadiah yang dia kasi aku le. Tahun lepas  aku dapat hadiah mahal dari si teman ... sebentuk cincin emas koooo! Dah la time tu emas tengah naik rege! Tahun sebelum-sebelum tu dapat oven, mixer ... bla bla bla....Orang kasi aku amek, orang tanya nak apa ... aku jawab. hahaha.


Nak demand lelebih memang taklah! Ikut keselesaan dan kemampuan memasing. Actually kami prefer pergi jalan-jalan dan makan-makan. But hadiah kemudian pun takpe. Cuma hari kejadian tu memang aktivitinye jalan-jalan dan makan-makan sampai kembung. Memandangkan dia dah demand nak ke Melaka, asyik Melaka dan Melaka je ... aku ok aje. Dapat juga repeat coconut shake dekat Klebang tu. Aku plan nak bawa anak buah and adik aku sekali. Celebrate reramai best ... boleh ajak dorang makan ikan bakaq sekali. Adik aku dok sibuk nak makan ketam sangatkan ....


Memandangkan encik teman dah pandai demand, rasa nak buat surprise pulak. he he he .... tengoklah macam mana nanti!




update : sekarang masa sibuk dia ... macam tadi, jumpa kejap je ... sedih sedih sedih!





CK : Harap dia sukelah dengan hadiah yang aku bagi  nanti, murah tapi dalamnye mahal!!

3 comments:

  1. wah...wah... mesti teruja si teman tu nanti ye.

    doakan moga korang bahagia selalu. usik mengusik tambah bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, moga2 sampai hujung nyawalah

      Delete
  2. Boleh latih diri untuk menggembirakan suami. Apa salahnya dia demand kan. Kalau demand dengan 'ikan' lain, lagi parah pula nanti. Happy birthday untuk tunang awak yer.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!