Friday, March 29, 2013

KENAPA ADA ORANG KAYA YANG TIDAK RASA BAHAGIA

Assalamualaikum ...



Salam Jumaat! Pagi Jumaat nie, eloklah aku share sket tazkirah ... echeeeh ...


Semua orang nak kaya. Termasuk aku. Tak tipu. Tapi biarlah kita kaya dalam semua hal. Bukan setakat kaya harta benda, wang ringgit sahaja tetapi juga kaya akhlak yang baik, budi bahasa, sikap sabar dan semua sifat-sifat yang baik. Baru hidup kita seimbang dan kekayaan itu buat kita menjadi tenang.


Namun, ada juga orang kaya ... yang kaya harta benda dan wang ringgit hidup dia tak tenang. Semua cukup dari segi duniawi. Kereta besar, rumah besar, wang ringgit banyak, bisnes maju dan berjaya, isteri besar dan cantik tapi hati tak bahagia. Hidup tak tenang. Nak kata kena kejar dengan along sebab berhutang memang tak logiklah. Orang kaya memang duit banyak, takkan nak berhutang ngan along pulakkan?


 Antara sebab orang kaya tak bahagia dan tenang hati dia ... mcm kat bawah nie. Boleh baca ....



1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - Ibu segala mazmummah, ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya.



Sumber di sini <-----




Tapi bagi aku senang je, kalau kita kaya ke semekin semekut ke ... janganlah sesekali derhaka kepada ibubapa, belajar bersyukur dan belajar erti cukup! In Shaa Allah, hati akan gembira, bahagia dan tenang! Ko kaya macam mana sekalipun, tapi derhaka kat mak pak, tak reti nak bersyukur ... dah banyak nak banyak lagi, sampai matilah hati ko tu dok tak tenang.


Mak aku ajar 3 benda nie je. Kita berjaya jgn lupa diri. Kita miskin pun jangan lupa diri. Kalau miskin lupa diri pun susah juga, tu yang jadi benda pelik-pelik tu. Tul dak??



Duit banyak pun ... rumah besar ... tapi kalau pagi-pagi dok makan roti gardenia sapu butter pun tak best juga! Tak kaya sangat camtu, baik jadi orang yang tak berapa kaya, pagi-pagi  macam-macam boleh makan!!


Aku tengok drama tv camtulah, pagi je breakfast roti sapu butter ..... tu pun sekeping je makan! Kaya ke camtu???????







CK : Bersyukur dan berusaha ...

8 comments:

  1. Replies
    1. ;=) ... peringatan kt diri kita juga. manatahu kot rezki jd kaya

      Delete
  2. Betul2.... Hahahahhaha. Kalau drama yang rumah kampung tu, koman2 pun mee hoon goreng kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee hoon goreng sedap sket kak....ini roti je...hahahah

      Delete
  3. nak kaya jugak. tapi tak ank la sampai jadi hilang iman dan pertimbangan..semoga dijauhi dari sikap2 tak elok nih..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bagus...usaha jadi kaya yg beriman

      Delete
  4. Orang yang kaya tu tak tenang sebab dok fikir mcm mana nak jaga kekayaan yg ada. jaga harta ni harta tu terbiar. hahahaha...( kalau dah tersangat kaya la kan)

    tapi ada yang baru bertatih nakkaya tu. kekwat tak hengatttttttttttttttttttt. perasan kaya la katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg baru nk kaya tp kekwat tu.....baru perasan diri kaya tuh....over

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!