Tuesday, March 12, 2013

TERLEBIH RAJIN

Assalamualaikum ...




Malam tadi, lepas aku masak dinner untuk adik aku ... ternampak pulak tortilla dalam fridge. Tengok tortilla tu terus teringat dekat Rara. Eh, rasanya hari tu Rara ada share recipe pizza simple guna tortilla. Simpan lelama pun expire plak kang. Baik guna jer. Walaupun bahan tak mencukupi ... main terjah je buat pizza simple. Janji bleh makan ...



Sebelum dibakar memang nampak cantik. Mengiurkan je bila pandang. Rasa tak sabar nak makan. Memandangkan aku nie tak makan nasi, so ... aku nak merasai topping pizza ini dengan rakus. Letak cheese bebanyak ... isi daging cincang tetebal. Sendiri buat sukahati le nak letak banyak mana pun.


Dah siap letak topping bagai, aku terus masukkan pizza dalam oven. Set masa sampai 20minit, then pi mandi. Aku dah pesan ngan adik aku suruh tengok pizza tu. Maybe kelam kabut dengan anak ... terus tak sempat nak ngadap pizza. Bila aku sudah mandi ... tetengok pizza aku dah garing terlampau kat tepi! Ish, sib baik tak hangus semua.


Tapi adik aku cakap rasa dia sedap. Eh, sedap? Ke nak amek hati kakak yang sorang nie ... he he he ke sebab nak share kenaikan gaji 1 Julai nie. hu hu hu takde kena mengenakan ... Kalau sesapa nak cuba pizza simple nie, rujuk kat belog Rara di sini <----. Aku malas nak tulis recipe dah. hik hik hik


Dah siap makan bagai, aku basuh baju. Pastu rasa macam terrajinlah pulak. Nak buat ape eh? Buka fridge terpandang plak crab stick. Nak buat popia crab stick, kulit popia plak takde ...

 


Pastu teringat hari tu aku ada tengok kat belog Kak Rezwati. Dia buat Kerepek Isi Ketam. Bila mood terlebih rajin nie, biarlah mengisi dengan sesuatu yang berfaedahkan? Walaupun aku tak makan, sekurang-kurangnya adik aku boleh makan. Takdelah dia bosan dok umah aku. At least ada juga jajan buat ngunyah masa tengok tv. Terus aku terlebih rajin mencarik-carikkan isi ketam tu.


Senang je, carik-carik isi ketam memanjang .... gaul dengan serbuk perasa. Sikit je tahu serbuk perasa tu. Letak banyak kang masin plak.


Hasilnye ... dapatlah crabstick chips yang sesuai dibuat jajan masa ngadap tv. Korang jangan letak serbuk perasa banyak sangat. Ala kadar je. Kang  terlebih masin plak ... rugi je nak makan tak boleh.


Lepas terlebih rajin memasak, aku kemas dapur .... sebab tetiba dapur aku banyak semut kecik! Teruslah kena settlekan. Kalau tak leceh, asyik menyibuk je masa aku buat kerja. Settle kemas dapur, baru aku basuh baju untuk trip kedua. he he he


Cuma skang, aku kurang rajin lipat kain! Susah betul penyakit  nie .... mana nak dapat ubat penyakit nie yek?? Tulun ... tulun....





CK : Kepala dah miong ..... meeting dah dekat, apa pun tak prepare lagi.





14 comments:

  1. kerepek isi ketam tu memang sedap. dah cuba berkali kali. terbaik!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak, tp nak siat2 tu melecehkan juga..hehehhe

      Delete
  2. terasa lapaq lepas baca entri nie..
    nyum2...

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wahhhh..sedapnya!!!
    x pernah lagi try buat crabsticks chips tu.
    nampak menarik je.
    nnt nak try jugaklah

    ReplyDelete
  4. kerepek crab stick.mcm menarik.sok leh wat.yeay! hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!