Sunday, April 28, 2013

MASTERCHEF CELEBRITY MALAYSIA .... KECEWA!

Assalamualaikum ....





Hye u'olls! Dah 4 hari aku tak berblog. Diam menyepi. Sorrylah, aku agak busy dengan peralihan tugas dan juga PRU 13. Banyak kejer nak kena settle, banyak rutin harian sedang dalam perubahan ... Malam nie aku ada kelapangan untuk update!


Aku bukan nak cerita pasal kerja dan rutin harian aku. Tapi aku nak cerita pasal program TV yang aku minat sangat ... Masterchef Malaysia! Malam nie memang mengejutkan bila Si Zain tu keluar ... eh, bukan terkejut dia keluar, aku memang suka dia keluar! Bagus sangat. Yang mengejutkan aku adalah sikap Si Zain nie. Dia dah la muda, tapi cara dia sangat aku tak boleh terima. Cara dia cakap dengan juri .. Papa Joe, Che Adu, Chef Zubir. Perghhhhh la sangat. Kurang peradaban aku rasa.


Ermmm ...  boleh dia cakap juri tak adil! Tak adil pilih Pak Nil sebagai pemenang. What?? Juri tu dah berapa lama pengalaman dia memasak. Dah berapa la jadi juri. Kalau memasing asyik tukar dan pinjam barang, pilih sapa jadi pemenang pun Si Zain akan tetap kata juri tak adil dan dia tak puashati. Sebelum keluar bila Si Zain diberi peluang untuk bercakap, dia seolah 'hentam' juri! Adus, kenapalah dia tak menghormati juri? 1Malaysia dengar dan tengok weh .... Papa Joe pun dah naik angin. Anak muda patutnya menghormati yang lebih tua. Bukan macam tu caranya. 

Masak dengan style baju tidur ...


Sedihnye bila para juri ajar dan tegur dia, dia lebih plak dengar cakap kengkawan. Dah akhirnya menyalahkan juri tak adil. Huh!


Bila aku tengok Masterchef Musim Ke-4 nie, sedikit kecewa ... sebab kebanyakan celebrity tidak seperti musim sebelum ini yang bersungguh-sungguh menunjukkan usaha nak belajar dan maju. Bukannya nak buat drama! Kesian aku dengan Papa Joe, sampai bertekak dan bertegang leher dengan Zain Saidin. Bayangkan, dah musim ke-4 takde pun  tragedi peserta bertekak dengan juri-juri.


Betullah cakap Papa Joe, "bila kita menjadi tetamu, kenalah kita hormati tuan rumah .... macam mana tuan rumah hormati tetamu!". Selebriti sepatutnya menjaga imej baik mereka, sebab mereka ini dipandang, didengar dan diperkatakan oleh masyarakat. So, janganlah buat sesuatu yang memalukan sampai 1Malaysia boleh tahu sikap sebenar kita.


Aku kenal Zain Saidin nie pun sebab dia bercinta dengan Rozita Che Wan ... Sebelum nie aku tak tahu dia siapa? Dan aku juga baru tahu dia adik Shasha Elite. So, Zain Saidin nie sapa sebenarnya? Dia nie penyanyi ke? Pelakon ke? Atau Pelawak? Rozita Che Wan aku kenai la sebab dia pelakon drama ja. Kiah Spy tu.


Bagus juga Zain keluar. Semalam aku tengok masa dia masak dengan Che Ta ... aku dengan adik terperasan dia korek telinga. Depan juri plak tu. Pastu tak tahu la dia basuh tangan ke tak then pegang makanan. Malam nie, sambil dia masak selamba je minum susu dan makan ntah ape ntah. Eh, boleh ke camtu. Selebriti Masterchef musim lepas semuanya disiplin bagus. Takdelah plak selamba je minum camtu. Bila chef tegur pape cepat je dorang buat .... Zain bila kena tegur dengan chef, dia buat derk je!


Punyalah banyak pengalaman camnie ... dikatakan tak adil oleh Zain! Haissshhhh marah aku tahu ko cakap camtu.



Kata-kata Papa Joe, "kalau anak murid degil..anak murid kurang ajar. Takkanlah cikgu nak senyap dan senyum je..."! Kita nie pelajar, janganlah lawan guru, tak berkat ... mak aku cakap! Lainlah guru tu bawa ajaran sesat nak pi lawan okeylah.



Bila buka FB Masterchef Malaysia, ramai plak yang kutuk-kutuk Zain Saidin nie. Ermmmm apa nak buatkan ....  macam sendiri cari pasallah pulak.



Apapun, aku tetap kecewa dengan Masterchef kali nie. Drama? Propa? Ermmmm entahlah!




#entah-entah lepas nie ramai plak boikot Oh! My English ....







CK : Tak nampak selebriti kita professional.   

9 comments:

  1. drama dan propa lebih la...adoyai..

    ReplyDelete
  2. Drama je lebih Masterchef Selebriti nih..bg saya lah masing sama2 salah,yg chef Joe pon time orang kelam kabut time tu jugak nak tanya masak ape, ni nak buat ape..blablabla. Suka hati peserta la nak masak ape,pastu bila orang tak dengar, boleh marah pulak. Zain pulak kepala hangin je..mmg tak patot masuk pun kalau jenis yang takleh terima teguran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah zain tu kepala angin....ish, che Ta nk wat laki ke....

      Delete
  3. setuju benar dengan kata kata lidyawati tentang zain. tak yah la nak ulang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zain tu cam tak matang pun ada .... bila ckp byk, cam dah higlight kesalahan sendiri je

      Delete
  4. Salam. Terima kasih follow makcik ye. :)
    Makcik pun tengok MCC semalam & honestly mmg suka zain keluar. Walau tak tgk selalu..tapi bila tengok je, mesti si zain ni tgh buat lagak yg tak sepatutnya, ie makan/minum, mg nampak mcm tak hormatkan rules/regulations program tu.
    Hmmm muda pun kenalah pandai bawak diri, sementelah nak kawin pun dgn org yg dah ada anak dewasa...perangai mau jaga kan? eh panjang pulak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 makcik....eh takpe komen panjang2 sy suke je baca heheheheh

      Delete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!