Thursday, April 11, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE DUA

Assalamualaikum ...





Aku rasa macam tak sabar nak tengok Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Start 22 April 2013 nie. Bagi aku yang suka program masak-masak nie sedang teruja nak tengok resepi, lepas tu nak tengok sapa yang kepoh kat dapur.


Tagline, Bila Dapur Panas, Watak Jadi Jelas ... aku rasa mesti banyak drama ko! Nak masak ke nak berdrama sebenarnye? Tak kisahlah korang nak berdrama lebih-lebih pun, ai'olls okey je. Program masak memasak nie ai'olls layankan je walaupun dah lama sangat tak masak. Macam mana nak masak, bila aku tanya adik aku nak makan ape ... dia cakap nak diet. Kalau aku masak sape nak makan?




Aku teringin nak sarung uniform chef nie ... dulu cita-cita aku nak jadi chef! Tapi ayah aku tak kasi ... sedih.






Masterchef Selebriti kali nie ada pasangan sejoli, Rozita Che Wan @ Che Ta kite tu...ngan kekasih hatinya Zain Saidin. Owh, aku baru tahu yang Zain Saidin nie adik kepada Shasha Elite. Hah, nampak sangat aku nie malas nak amek tahu bab retis. Kadang bab retis nie bosan sket. Aku nie jenis kalau dia tu pelakon ... maybe aku akan suka lakonan dia ... kalau dia penyanyi, maybe aku akan suke nyanyian dia. Hal personal dia, lantak pi la dia camner pun. Janji ko berlakon best ... perangai tak gedik, gossip tak melampaui batas, nyanyi pun suara sedap cam Dato' Siti Nurhaliza .... aku pasti suke double triple!




Bolehlah tengok selebriti mana plak yang akan jadi Juara Masterchef Selebriti Musim Ke-2 nie? Nak tengok skill memasak retis mana yang paling best dan buat hati aku tertawan! Ish ... tak sabaqnye nak tengok ...



Bestnye kalau aku dapat  jadi chef !





CK : Dapur dah 2 minggu tak berasap!

10 comments:

  1. dah nak start ke...kalau program nyanyi-nyanyi kurang sikit layan, tapi kalau masak-masak, awal-awal lagi depan tibi, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah program nyanyi2 nie muak sket la

      Delete
  2. Replies
    1. sabar...belum masanye lagi...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

      Delete
  3. xsbr nak tengok musim ke2 ini...lg2 ada cik ta

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah Cik Ta yang comel....sure best la tengok

      Delete
  4. Replies
    1. sy pun sama....mesti syiok punya kali nie

      Delete
  5. Xsabo nk tgk gelagat Chef selebriti kiter nie kan huhuhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tak sabar skang....nk tgk drama memasak...hehehheheh

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!