Tuesday, April 16, 2013

MEETING

Assalamualaikum ....



Dulu, sebelum aku dapat kerja tetap ... dengar boss-boss masuk meeting. Uih, macam best je! Seronok je bunyi. Macam terasa pentingnye diri seseorang manusia tu bila dapat masuk meeting. Terasa macam best giler dapat jadi boss yang hari-hari kerja dia meeting ... meeting ... meeting tapi kerja lain tak siap. ha ha ha ha


Now, bila aku lalui keadaan yang sama ... " mai aih, boringnyelah hai meeting nie ... bila nak habis!". Mata asyik tengok jam. Setiap 15minit tengok jam. Betullah orang cakap, setiap cakap itu adalah doa. Nak sangat dulu meeting cam boss-bosskan? Sekali bila asyik keluar masuk meeting, aku terasa takde  nikmatnye kerja!


Aku rasa kebanyakan meeting tu buang masa! Serius ... nak bincang benda yang nak dimeetingkan tu kalau nak diikut sekejap je pun. Sejam pun dah cukup. Eh, 30-45 minit dah cukuplah. Cakap benda penting je, cari jalan penyelesaian dan buat keputusan. Tapi kebanyakan meeting adalah melalut. Merapu. Meraban. Buang masa! Dengar boss-boss gelak. Citer bangang dalam office. Gossip! Mengumpat WT*!!! Itu antara hiburan yang lagha dalam meeting! Aku tak suke ... tak suke ... tak suke!!



Kalau saat ini, selagi aku boleh elak dari masuk meeting ... aku akan elak! Pelbagai alasan akan terpacul kat mulut aku kecuali meeting tu sangat penting atau aku terpaksa juga masuk sebab kena ganti boss. Itu memang takde pilihanlah!



Tak boleh ke kita expresskan meeting tu? Bincang apa yang patut je? Atau boss besar aku tak berapa pro? Dia kena bergossip dulu baru start meeting ... atau memang dia kena maki hamun orang dan luahkan perasaan dia dulu baru start meeting?? Aaaahhhhhhhhhhhhh giler bosan! Orang lain pun ada masalah hidup la!!




Selamat bermeeting, tapi jangan jadikan meeting satu tempat mencedok dosa dengan mengumpat staff lain! Plissssssss






CK : Belajar bersihkan hati la weh!

4 comments:

  1. hohoho..paling x best bila kena buat minit mesyuarat. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat minit mesy memang bosan sangat

      Delete
  2. ha.. baru noh... akak ni lagi la, bila time meeting. time ni la nak bertekak. nyampah tau. kalau kit abersuara je. nampak mcm kita la jahat.

    tapi berbaloi jugakkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang nie dah malas nk bersuara sngt dalam meeting....lantak pi lah boss nk cakap apepun....

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!