Tuesday, April 9, 2013

TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT

Assalamualaikum ...




Sekarang nie musim telunjuk lurus kelingking berkait. Ngko kata aku, aku kata ko! Ngko fitnah aku, aku fitnah ko. Itulah berulang-ulang sampai lebam. Zaman aku kecik-kecik dulu, time PRU memang best ... tengok bendera parti berkibar sana sini. Boleh dikatakan zaman aman jugaklah. Tak macam sekarang nie. Macam-macam hal.


Bagi aku, rakyat semua dah cerdik. Kerajaan ke ... Pembangkang ke ... memasing dah ada manifesto sendiri. Pandai-pandailah renung, pandai-pandailah pangkah! Dalam cerdik-cerdik rakyat, jangan salah pilih sudahlah nanti.


Bab telunjuk lurus kelingking berkait di musim PRU nie buat aku tak berkenan. Sesak baca suratkhabar dan penat mendengar berita. Haish ... Itu belum lagi yang bukan 100% terlibat dengan politik secara langsung. Tak kisahlah ko sokong Kerajaan atau Pembangkang sekalipun. Setakat dengar je ... uih bukan main lagi menghukum. Sebar sana sini dekat FB. Habis penuh wall aku dengan cerita politik. Tahap boring dah weh ... ko sendiri pun tak turun berkempen ke bagai, biar orang lain berpanas pacak bendera. Ko sedap dok dalam aircond tekan keyboard sebar berita. Ntah sahih ke idak! Pesan aku, kalau benda tu ko sendiri tak pasti betul ke tidak .... please jangan shared!! Buat dosa je. Jadi fitnah .... faham dak!



Satu lagi, orang Malaysia boleh bergaduh perihal politik. Walhal ... kita boleh bersatu dengan politik! Kat office pun jadi puak tahu sebab politik nie. Ngok tak ngok kan? Keje gomen, ada yang 100% sokong Kerajaan dan ada 100% sokong pembangkang. Itu hak sendirilahkan. Memasing punya pilihan. Lagipun undi anda adalah rahsia. Cuma yang aku tak tahan, bila orang lain plak sibuk cakap kita akan pangkah parti nie ... parti tu masa PRU13 nanti. Wah, undi bocor ke kak??? Sesedap rasa mulut ....aku punya prinsip, "pedulilah aku nak pangkah parti mana sekalipun .... hak rakyat!".



Cuma bila aku renung-renungkan, banyak betul salah silap muncul bila hampir PRU nie. Banyak janji juga ditaburi. Harapan aku agar ia ditepati. Itu je. Janji dimungkiri, akhirat kelak menjawablah diri. Bukan senang menjadi pemimpin ...


Dan bila aku renung lama-lama, "alangkah bagusnya kalau kita bersatu kerana Islam, mempertahankan teguhnya Islam, mesti hebat Malaysia!". Itu sahaja!


Aku tak tahu sangat soal politik secara mendalam, sebab itulah aku lebih suka diam ... walaupun ayah dan si teman adalah orang kuat politik. Aku? Aku setakat ambil tahu ...









CK : Semoga PRU13 akan datang berlangsung dengan aman. Semoga Malaysia terus sejahtera dan Islam berdiri teguh tanpa gangguan. Semoga Islam dan Malaysia dilindungi oleh Yang Maha Kuasa. Amin ....

5 comments:

  1. Replies
    1. Tak minat tak pe....tapi kena ambil tahu, sebab Malaysia negara kita.

      Delete
  2. haish.. bukan setakat baca paper je mual. nak tengok berita pun malas. dah tu pulak, time iklan siap ada lagu. kekadang fikir kembali. apa la dosa ini hingga di hidangkan dengan agenda politik bagai..

    letih.. memang letih.. tak cakap dah dok terpampang depan mata. rasa mcm di paksa paksa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah sabar...musim bakal berlalu!

      Delete
  3. tu la..rasany6a baik jangan ada facebook twitter,blog bagai nih sebabb macam2 yang tak betul tersebar,..zaman kita kecik2 dulu tak de semua ni..sebab tu aman je..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!