Sunday, May 12, 2013

BARU AKU TAHU DIA CEREWET

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah, dapat juga aku melabur duit kat Jakel Shah Alam petang tadi. Tunggu si teman balik dari rumah mak dia macam tunggu bulan jatuh ke riba. Ingatkan tengahari sampai, rupanya dekat 6pm baru sampai Putrajaya. Itupun telinga aku dah keluar asap ... sampai aku tertidolah baru dia sampai. Haish, anak omak betul kau jang! Aku malas la nak meleret membebel walaupun kadang aku nie kaki bebel juga. Kadanglah bukan selalu. 



Petang tadi, lepas je solat Asar terus berdesup ke Jakel Shah Alam. Sampai sana dah 6.30pm. Tak bestlah kan ... tapi takpe, janji sampai. Tak best sebab lepas tu aku tak dapay pi Jalan TAR. SOGO bagai. Walau perut aku lapar tapi lambaian Jakel mengatasi kelaparan aku. Perempuan, shopping tu macam penting dari segala hal kadang. Kadanglah bukan selalu. he he he



Bila berada dalam Jakel, nak pilih kain wat akad nikah ... baru aku tahu, ermmmm rasa macam dah tahulah,  tapi sekarang lebih tahu ... si teman agak cerewet orangnya. Cerewet pilih kain, jenis kain ... harga ... dan bagai-bagai juga. So, lelaki cerewet nie ada baik dan buruk, bagi orang yang tak berapa nak kisah macam aku, kecerewetan si teman adalah satu benda yang aku rasa amat untung. Aku tak perlu fikir banyak sangat. Dia pilih jenis kain dan harga ... aku pilih color yang 2-2 sekali suka! Nak layan cerewet dia kadang yang amik masa. Tapi aku tak kisah, sebab dalam hidup aku bukan dia sorang yang cerewet ... adik-adik aku pun cerewet dan cerewet dorang nampak ketara bila nak kahwin. So, aku boleh layanlah! janji korang dan aku puashati.



Tadi pun aku kena bebel pasai kain yang aku nak untuk akad nikah. Ermmmm ... berlonggok bebelan dia sampai buat aku terfikir, okeh aku salah buat percaturan rupanya. Walhal kain yang nak tu dah dipotong. ha ha ha. Part jenis kain aku yang salah ... aku memang tak reti bab kain nie. Dia lagi pandai. So, aku amek keputusan tadi, baik jumpa tailor dulu. Hajat asal nak beli kain buat baju tunang, tapi lebih tumpu pada kain akad nikah. Niat asal dah  terpesong. 



Akhirnya kain tunang tak jadi beli. Si teman suruh tunjuk design kat dia dulu ... baru tahu kain apa nak kena beli. Then jumpa tailor. Dah tu dia siap cakap, design tu kalau boleh nak macam nie ... macam tu. Aku terus, wah ... bakal suamiku!! Takpe i'ollss yang malas fikir nie okey je. ha ha ha ... Bapak malas nak fikir soal ini. Banyak benda aku serah je kat dia, aku dah cakap dia awal-awal ... aku tak reti! Dia pulak kalau pergi cari barang ke hape ke ... kalau tak suka dan dan tu dia wat muke peliks. Tanda tak suke. 



Skang nie aku gigih dok kumpul design baju tunang dan akad nikah nak tunjuk kat dia. Dia dah cakap, tunang baju biasa-biasa pun takpa. Akad nikah nak baju fesyen camnie ... camnie! Itu belum baju sanding lagi tuh. Hah! Bakal suamiku. Gulp gulp .... Tapi aku tak kisah, aku lagi suka dia yang pilih ... dari dulu lagi apa yang dia pilih lagi baik dari aku. Cuma aku kadang suka ikut kepala sendiri. Rasa mana suka, amek ajelah. 




Dah dapat sebeg kain untuk akad nikah. Cuma kain aku je rasanye kena cari lain. Takpelah ... minggu depan la pulak. Alang-alang dah sampai Jakel, aku rembat sepasang kain untuk mak ayah aku sekali. Boleh buat baju raya. Esok baru aku pos kat mak.



Kejap lagi nak buat nota sket kat mak ayah aku, pastu nak masuk tidur ... dah penat. Minggu nie kena jumpa tailor ... nak tanya itu ini. Hati nie dan kepala nie mula berkata-kata .... rupanya nak nikahkahwin nie macam-macam benda nak kena prepare. Haish ... daku fening sudah!!!!




#orang yang simple macam aku nie tak suka fikir banyak benda. sebab kadang aku nie main redah je!!







CK : Checklist la pulak! erghhhhhh

3 comments:

  1. betul tue kak byk benda nk kene preprd...kdg smpai blur dh tak tahu nk start yg mne dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, akk dah start fening2 nie memikir

      Delete
  2. prepared lek lok. pelan pelan . kelam kabut nanti hati tak puas pulak.

    ala kena bebel sekali sekala apa salahnya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!