Tuesday, May 21, 2013

LIFT DAN PARKING

Assalamualaikum ...




Aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yang guna lift ... kadang macam pentingkan diri sendiri je aku tengok. Macam pagi tadi, aku keluar pergi kerja agal awal sketlah. So memang hari-harilah aku guna lift sebab dok apartmentkan. Takkan nak guna tali macam tarzan plak. heh!

 
Tekan button lift, pastu dah terbuka pintu lift aku masuk ... ada sorang je mamat dalam lift nie. Dia sorang dengan plastik sampai hitam. Yang aku tak suka tuh, ko dah masuk lift awal, cubalah masuk ke dalam sikit. Jangan dok depan pintu. Awak tu kalau kurus tak kisah. Ini tak, dia berdiri sebelah kiri plastik sampah sebelah kanan ... celah mana aku nak masuk? Ada space sket je ... pepagi lak tu mamat nie buat muka toya mat amin. Haish .. kotlah nak beranjak ke belakang. Idak pun! Bagilah lalu kepada orang yang baru masuk. Konsep masuk lift, sapa awal dok belakang, sapa lambat dok depan. Reti!

 
Lift dekat apartment memang selalu camnie. Memanjang jumpa orang yang penting diri sendiri. Agaknye teruja sangat dengan lift atau tak pernah naik lift? Dok depan tu tak salah, tapi bila nampak orang lain nak masuk ... silalah beranjak ke belakang supaya memudahkan orang lain juga. Ini dikira sebagai tanggungjawab sosial kita. Lift tu bukan hak persendirian untuk kita sorang je yang guna.
 
 
Kadang aku naik menyampah dengan sikap orang macam nie. Ini belum masuk lagi sikap orang-orang yang dok apartment Kerajaan dekat Putrajaya nie yang sesuka hati parking depan tempat yang dilarang kat kuarters! Dah letak papan tanda dilarang parking atau papan tanda untuk OKU, Bomba, Ambulans nak juga park dekat situ. Kang kata penghuni kuarters Kerajaan buta huruf, marah plak! Belum campur lagi ada juga orang mangkuk hayun kat apartment aku pi parking kereta dia kat lobi apartment ... apa ko ingat ko dok rumah teres ke nak syok sendiri dengan lobi tu???? Lobi tu untuk kegunaan bersamalah ... untuk turun naik penumpang dan barang-barang je. Bukan buat lobi tu untuk park kereta sendiri! Menyusahkan!


Kalau dah kurang kesedaran sivik, camnielah gayanye ...
 
 
 
 
 
CK : Bandar nie, kurang semangat kejiranan ... tu kadang yang rasa tak best sangat.

8 comments:

  1. manelah kepala hotak diaorang ni kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak kat kepala lutut Mila ... geram tau

      Delete
  2. Nasib baik kat opis ni takde masalah parking, sebab semuanya parking ikut peraturan..lift pulak, lebih suka pakai lift bomba sebab dekat dgn office..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut peraturan tu yg bagus...tp kebanyakan kita kurang kesedaran sivik

      Delete
  3. sabor je la dengan golongan macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan buta huruf...tak reti baca papan tanda

      Delete
  4. dorg ni xreti hdup bermasyarakat namanyer..pntgkn dri sndri je

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!