Sunday, June 2, 2013

CERITA DIET

Assalamualaikum ...




Seperti mana penulisan blog aku yang tenggelam timbul, begitu juga atkins diet aku yang tenggelam timbul juga. Masuk 2013 nie ... yang dah setengah tahun berlalu, siri hidup aku banyak tenggelam timbul. Banyak benda yang tidak dirancang berlaku. Jadi baby sitter separuh masa ... ke sana ke sini ... peralihan tugas. Ini semua alasan tenggelam timbul dalam hidup aku. Fhuuuuuh ....


Sambung pasal diet, aku kembali berdiet setelah balik dari majlis kahwin office mate aku dan kawan kepada si teman. Kira-kira seminggu yang lepas .... Monday baru nie terus aku decide, aku wajib diet dengan serius. Masa majlis dorang pun, aku ambil nasi. Nampak sedap, so kat majlis kahwin kawan aku ... nasi 2 sudu. Pastu lauk pauk penuh. Kena pula air oren yang super sedap. Masa pi majlis kahwin kawan si teman, makan nasi lagi .... 2 sudu juga. Yang sedap masak lomak cili api daging salai. Rela ke ko nak pandang saja? Tentulah tak ... datang panas-panas, oghang nogori plak masak. Alahai omak rugi tak makan. Tapi dah makan nyosal pulak. Ko dah gemuk! Jangan lupa tu. Apsal ko tak makan lauk pauk je??

Masa pi majlis kahwin kawan si teman, yang bestnye makan bertentang mata dengan MB Nogori ... Dato' Seri Haji Mohamad bin Haji Hassan. Uh, terkedu beb. Sempatlah amek gambar sekeping dua sebagai bukti. he he he .... eh, dah ke laut dari topik sebenar nie.

Aku berada di depan Tok Mat ... tu pasal aku cakap bertentang mate. Kelip kelip ... he he he



Sambung cerita diet. Asyik-asyik ke laut je diet aku, kang tenggelam terus sebab berat dah naik. Ini pun aku rasa lelemak dah melingkari perut aku. Lemak kat perut nie susahlah sangat nak hilang. Degil bebenor!! So, aku nak amek mood induction punyalah susah. Susah sangat. Dulu masa aku buat induction, badan aku cepat je turun. Skang nie, sejak aku cuba insaf dari terus karam di lautan nafsu makan ... aku asyik tenggelam timbul. Kali nie dugaan dan halangan banyak betul. Sedar-sedar berat dah naik 2-3kg! Jangan ko cecah 60kg balik sudahlah peah oi!!


So, siang semalam ... aku cuma makan makanan halal dalam atkins diet!



Aku melantak ikan bilis goreng sebagai kudap kudap dan telur goreng hancur terus. Mesti korang cakap ... tak heavennye diet aku nie. Heaven tak heaven korang tengoklah nanti ... skang nie fridge aku memang ada 2 benda nie je pun nak dimasak. Tak sempat pi shopping  barang dapur lagi.


Aku kalo dah start diet atkins dengan penuh serius ... akan ada 5 benda nie banyak dalam fridge. Ayam. Brocolli. Colliflower. Telur Ayam. Ikan bilis. Memang kasi penuhlah fridge. Telur ayam tu aku sebenarnya tak suke bergoreng. Itu sebab malas nak rebus air yang goreng gak tuh. Aku suka makan telur rebus separuh masak. Letak lada hitam sikit. Kicap setitis je. Atkins takleh makan kicap ye. Tapi setakat setitis takde hallah! Uih, heaven ko makan telur separuh masak tu. Dah rupa musang curi telur ayam dah gaya makan. ha ha ha.


Hari nie aku godek lagi fridge, jumpa ayam seketul dua. Entah bila beli dah lupa. Terus aku kukus, panggang dan grill. Senang cite!





CK : Kalau nak cepat turun berat badan dalam atkins, makan telur je hari-hari dengan air kosong. Confirm seminggu turun 5 kg. Tak caya cubalah! Pastu buat senaman ringan sket depan tv ... jangan malas bebenor! Apa pun kita buat perlu ada kerajinan walaupun sedikit.

7 comments:

  1. CK bolehhhhh...kak ina pun selalu ke laut diet2 ni.. tapi masalahnya badan kitani cpt je naiknya kalau terbabas kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 tenggelam kak...ini baru nak timbul nie

      Delete
  2. Sedapnya Ikan Bilis...Lapor Plak..

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bilis goreng je...klu sambal ikan bilis sure lagi sedap neh....

      Delete
  3. Waaahhh...makan dengan Tok Mat! Akak jeles... Sangat adore dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah jangan jeles kak....bestnye dengar Tok Mat cakap tahu

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsiannya
    Saya ambil yang haq sahaja.lain tiada

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!