Sunday, June 2, 2013

MASAK LOMAK CILI API PEGAGA DAN UDANG

Assalamualaikum ...


Last week adik aku sibuk nak pergi rumah adik ipar dia dekat Bandar Sunway. Nak bermalam kat sana katanya, tapi tak confirm. Rupanya dorang nak ramai-ramai celebrate birthday anak adik aku yang sulung 31 Mei lepas. Tapi terpaksa diawalkan majlis sambutan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan salah sorang anak buah aku tu.

Aku tak join pun majlis birthday tu, sebab buat dekat rumah adik ipar dia kan. Lagipun aku kan pergi weeding member office. Bila dah tahu dorang nak pergi tu ... aku awal pagi lagi dah bangun. 6.45am memang waktu biasa bangun time weekend. Cuma kadang je terlajak sampai 7.30am baru sedar. Itu kira kusyuk habislah tido. 

Awal-awal bangun ... sudah semestinya aku masak. Untuk lunch. Masak awal .... ingatkan dorang pergi lepas tengahari ke hape. Rupanya kul 10am dorang dah siap nak gerak ke Sunway. Aku gigih bangun untuk masak menu yang dah lama sangat tak masak. Masak lemak cili api pegaga dan udang segar. Udang tu takdelah segar sangat sebab dah 3 hari dalam fridge. Ada satu lagi menu aku masak. Batang keladi masak asam pedas dengan ikan kembung. Kedah style. Batang/sulur keladi nie mak si teman yang bagi. Beli masa pergi Johor untuk majlis akad nikah dan sanding sepupu si teman. Batang keladi tu pun berhari-hari simpan baru ada masa nak masak. 

Tapi hari nie share resepi yang satu nie je dulu. Resepi asam pedas batang keladi tu nantilah ye. Kot malam nie ada masa tak pun esok ke aku update resepi tu. Hari nie kita belajar buat masak lomak cili api pegaga dan udang. Mari belajar masak dengan achek meh ... he he he


Tengok gambar dulu. Terliur dak?? Aku pasti korang terliur ... sedap nie, nak nak makan dengan nasi panas. Tuang kicap sket. Aduhai syurga syurga ... Ko diet? Makan udang dengan pegaga je. Jangan nak sibuk tambah nasi plak. Resepi mestilah dari mak aku sendiri. Dulu masa sekolah-sekolah mak aku rajin juga buat masak lemak pegaga nie. Pegaga tanam sendiri .. jimat. Udang je tak bela sendiri. Kalau tak double jimat. heeeeeeeeeeeee ..... Resepi nie sangat simple. Main campak je. Tak susah mana, asal rajin sikit je (tak yah rajin banyak sangat) mesti dah dapat menu serupa ini. Percayalah cakap Kak Ton!


Resepi : Masak Lemak Cili Api Pegaga dan Udang
Sumber : Bonda Cik Kamoo
Pencuba : Cik Kamoo

Bahan-bahan;

  • 2 ikat pegaga (beli kat Pasar Tani seikat RM1.00 je) - bersihkan, akar tu tak yah buang pun takpe. Mak aku cakap jadi ubat tuh. So, aku tak buang akar tu semua. Amek yang cun je. Kemudian korang simpullah pegaga tu.
  • Berekor-ekor udang segar saiz sederhana - aku guna 15 ekor udang segar
  • 1 kotak santan jenama MS/Ayam Brand - brand lain tak sedap (Kalau ada santan segar lagi bagus.
  • *10 biji cili api
  • *Kunyit - sebesar ibu jari (Kalau ibu jari korang besar, amek setengah je lah)
  • *Bawang merah - 3,4 ulas je (Kopek dulu ... jangan blend dengan kulit bawang plak)
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara-caranya;
  • Blendkan bahan-bahan bertanda (*) sehingga sebati. 
  • Santan kotak dicampur dengan air suam. 1 kotak santan = 1 kotak air suam.
  • Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan air ke dalam blender. Blend sekali je
  • Masukkan udang dan pegaga dalam periuk. 
  • Masukkan santan dan bahan-bahan tadi ke dalam periuk berisi udang dan pegaga
  • Renehkan di atas dapur .... sambil-sambil tu kacau sedikit, takut pecah minyak. Tak sedap nanti.
  • Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan garam serta serbuk perasa.
  • Bila batang pegaga dah lembut sikit dan udang dah masak ... bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas-panas.


Senangkan? Mudah sangat resepi nie ... main campak je! Kan aku dah cakap ... asal ko rajin mesti boleh makan menu camni. Yang leceh cuma nak bersihkan pegaga tu je. Yang lelain senang je kot. Pada yang  baru nak belajar masak macam aku, bolehlah cuba resepi nie. Pasti orang tersayang korang suke. Mak korang pasti bangga dengan korang. Cam mak aku ... bangga dengan anak dia yang sibuk nak belajar masa itu ini. Dia tak tahu aku tengah nak korek ilmu nie. he he he ... ilmu buat ketupat palas je belum lepas-lepas lagi nie.


Memandang adik aku hari tu cepat sangat pergi ke Sunway, terus aku tapaukan masak lemak nie dekat dia. Buat rasa. Sian dia tak sempat makan masak asam pedas batang/sulur keladi yang aku masak tu. Itulah ko nak cepat sangat pi rumah adik ipar ...! Sudahnye aku bungkus-bungkus semua makanan nie pi makan dengan si teman. Piknik la konon. Piknik la sangat.

Aku nie penggemar ulam pegaga ... orang kata makan pegaga  nie awet muda. Tu yang dok melantak pegaga je. Walhal umur makin pelan makin tua dah. Wah! Kalau aku malas nak masak daun pegaga nie, aku blend je minum air dia. Sedap jugalah. Payau-payau rasanye. Tapi, kalau aku tak diet, buat ulam makan dengan nasi dan sambal belacan pun dah cukup sodap nie!!


Nak share resepi aje. Tapi panjang pula entry aku. Balas dendam ke ??? he he he he





CK : Kalau rasa tak sempat habis baca dalam satu nafas, stop kejap pastu sambung balik yek. Makcik tengah ada idea nie. he he he

2 comments:

  1. Org N9 pun memang suka menu macam nie. Untunglah si teman tu yer...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!