Saturday, June 1, 2013

PERMINTAAN

Assalamualaikum ...





Orang kata bila kita dah diijabkabulkan, ada suami atau isteri kemudian ada anak-anak ... kehidupan dengan kawan-kawan akan berkurang. Masa kita dengan kawan-kawan tak sebanyak dulu. Peranan kita pada kawan-kawan dah tak seberapa. Betul ke? Aku pasti semua benda ini betul. Hidup berumahtangga akan mengubah kehidupan seseorang itu berpusing 360 darjah. Itu jika mereka memahami erti sebenar tanggungjawab dan peranan dalam perkahwinan. Kalau yang dah kahwin berlagak bujang, menjawablah esok-esok!

Macam aku ... baru merancang. Walaupun di hati dan akal nie macam-macam benda fikir dan bermain. Betul ke keputusan aku nak jadi isteri orang? Masa aku? Keseronokan aku? Kawan-kawan aku? Macam mana ....? Itu semua syaitan yang cuba menghasut bila umat Muhammad SAW sedang mengumpul batu bata untuk mendirikan masjid.

Aku nekad buat keputusan aku untuk menjadi isteri orang bila mak ayah terima pilihan hati aku tanpa soal jawab yang panjang. Bila aku perjelaskan segala situasi ... walaupun ia tidak sedetail mana. Buat masa sekarang aku masih belum boleh senyum. Masih awal perjalanan. Baru beli batu bata seketul dua dalam masa yang suntuk untuk menyiapkan dan mengindahkan masjid kami nanti. In Shaa Allah.


Dan dalam keadaan aku begini, tidak tahu mana harus dimulakan terlebih dahulu ... tiba-tiba BFF aku, June hantar sms sedih untuk tatap atau ratapi aku tak pastilah. Permintaan sebelum aku diijabkabulkan katanya .... seolah ijabkabul itu akan bawa aku terus pergi dari hidupnya. Itu aku tak pasti. Jadi aku tak menjanjikan apa-apa. Cuma, di hati dan ingatan ... sentiasa ada dia sebagai sahabat. In Shaa Allah. 


Bila dia ...



BFF : Dear, sebelum ko kahwin nanti boleh tak ko spend time dengan aku 1 hari?? Kita amek cuti ...

AKU : Dear ... ko nye permintaan kan macam aku nak pergi dah...hehhehe okeh baik dear

BFF : Yelah, nanti ko busy dengan laki .. pulak tu aku dah dok block lain. Tetiba aku nak nangislah taip sms nie ....

AKU : Ko kan ada kat hati aku..walaupun kita jarang jumpa, jarang tegur, jarang smsm jarang call...tapi kita saling ingat mengingati. Kita sahabat, In Sha Allah dunia akhirat.

BFF : Thank you dear .. Terima kasih sebab menjadi SAHABAT aku dikala suka duka senang susah

AKU : In Shaa Allah ... walaupun kita pernah berperang .... suatu masa itu.



Aku ngan June memang ber-dear-dear je ... darling-darling bagai. Memang camtu. Aku dah kenal dia hampir 8 tahun. Susah senang memang kongsi sesama ... tapi aku rasa takdelah semua. June kadang sibuk dengan kerja dan event. Aku pulak sibuk dengan hal sendiri. Walaupun aku jarang sangat nak call atau sms dia, tapi ada benda-benda yang buat aku ingat dia dan juga mummy June.

Dia juga adalah silent reader blog aku. Pantang aku update entry yang boleh buat tanda soal banyak dalam kepala, terus dia sms ..."dear ... ko kenapa? ko ok ke?". Sama juga kalau aku up status entah pape kat FB, laju je dia sms. Kadang rasa kelakar juga. Tapi jauh kat sudut hati aku, dia memang betul-betul ambil berat pasai aku. Tak banyak, sikit tu memang adalah selalu. 


Berbalik kepada permintaan June, In Shaa Allah ... aku cuba! Cuba yang terbaik .....






CK : Hari nie je ada 4 entry, cukup tak tu? he he he

4 comments:

  1. nak komen mana satu ni. hehe.

    semoga niat yang baik itu dipermudahkan oleh Allah s.w.t

    mungkin betul kan masa kita dah lepas kahwin nanti, mesti masa dah kurang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah .... harap begitulah hendaknya

      Delete
  2. inshaallah! hee waa ada freebies :) btw jum join segment mya:))

    http://sweettedy.blogspot.com.au/2013/06/segment-winter-blogwalking-by-mya.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!