Friday, July 12, 2013

RESEPI : MASAK LEMAK CILI API KETAM

Assalamualaikum ...



Amboih ... hari ke-3 puasa aku dah share resepi. Good! Masak lomak cili api tu ... mentang-mentang la bakal menantu oghang Nogori, masak lomak la manjang. he he he. Pagi tadi aku bangun sahur awal. Alarm 4.00am, tapi 4.35am baru aku terhegeh-hegeh nak bangun dari tempat tidur. Syukur sangat sebab hari nie dapur sahur. Risau tidur mati akibat kepenatan kerja. 


Bangun je aku terus keluarkan ketam yang membeku dalam fridge. Aku masak je, tapi sahur tadi tak makan pun. Aku nak latih diri sahur dengan 3 biji kurma dan 1 liter air suam. Makan bebanyak time sahur takut ngantuk plak. Masak lemak cili api ketam tu untuk berbuka puasa petang nie. Tapi masaknye time sahur. ish ish ish ... berapa lama nak menunggu makannye tu?


Memandangkan aku keje sampai lewat malam, so aku siap-siap masak ketam tu ... sampai office terus masukkan dalah fridge balik. Bila time berbuka nanti ... panaskan ajelah dalam microwave. Sonangkan? Nak dengan taknak je ...! Udah-udahlah aku merapu ye ... meh sini aku nak share resepi simple nie. Taklah rasa dia pure cam oghang nogori tapi bau dan rupa lulus dah kot rasanye. he he he




Resepi  : Masak Lemak Cili Api Ketam 
Sumber : Cik Kamoo


Bahan-bahan ;
  • 5 ekor ketam bunga saiz sederhana. Kecik pun boleh asalkan isi ketam banyak - bersihkan ketam
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 10 biji cili api* (Kalau suka pedas letaklah banyak .... tak suke pedas, kurangkan cili)
  • 1 kotak santan Ayam Brand + 1 kotak air (gunalah kotak santan sbg sukatan)
  • 2 biji buah tomato di belah 4
  • Sedikit asam keping
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-caranya ;
  • Blend bahan-bahan bertanda dan masukkan dalam periuk. Didihkan hingga sedikit menggelegak
  • Tunggu sehingga bahan blend cukup masak. 
  • Masukkan santan yang telah dicampurkan dengan sekotak air
  • Bila santan + air dah menggelegak, masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak
  • Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa
  • Bila semua rasa dah ok dan ketam dan cukup masak, tutupkan api
  • Akhir sekali masukkan buah tomato yang dipotong tadi.
  • Siap untuk dihidang ... nyum!

Ketam nie kecik, so aku takdelah rajin nak buang kulit dia .... main belah dua je. Ketam yang aku masak nie isi dia padat walaupun kecik. Rasa isi dia manis sangat. Memang pueh hati makan. Ada separuh lagi ketam nie aku dah masak chilli crab .... pestime masak chilli crab, nasib baik menjadi juga rasanya. he he he. Recipe dia nanti aku share.


So, korang boleh cuba resepi simple aku nie. Bapak simple aku rasa .... main campak je sudah siap ;=)





CK : Tak sabar tunggu petang nie nak makan ketam.

4 comments:

  1. wallawei..kagum der boleh masak lemak time sahur. kegigihanmu kesanjungi. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..nak makan, mestilah gigih...hehehe

      Delete
  2. ratah je memang sedap nih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kalau bosar nie sodap ratah

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!