Wednesday, August 14, 2013

MAK, JANGAN BUAT ANAK MAK SEDIH ... BOLEHKAN?

Assalamualaikum ...



Well ... semua orang ada mak kan? Mak ... Bonda .. Ummi ... Mommy ... Ibu ... Mama ... semua panggilan ini untuk insan luhur yang melahirkan kita. Melahirkan, menyusukan kita ... dan insan ini bersama-sama ayah membesar, mendidik dan beri apa saja yang mampu diberi bila kita minta. Besarkan jasa mereka ini buat kita? Sungguh besar. Macam aku selalu cakap kat mak, "kalau kakak ada segunung intan permata sekalipun, takkan terbalas jasa mak & ayah kat kakak dari dulu sampai sekarang ...!" Sobsss sobsss *lap hingus jap ...sroooooooooooooooooot*

Petang nie mak buat aku jadi sedih tetiba. Yelah, after raya ketiga mak ikut aku balik. Ayah tak ikut sebab ada keje kena settle kat kampung dan diwakilkan untuk pergi ke majlis kahwin sepupu aku esok. Memandangkan ada kes kecemasan, mak ajak aku balik Putrajaya pagi raya ke-3. Aku pun menurut perintah aje. Bila lagi nak tunaikan permintaan mak ... masa dia ada nie la aku cuba sebaik mungkin dan mampu untuk gembirakan hati dia. Dalam menyambut raya yang tak berapa puas kat kampung (sebab kena pendekkan cuti) aku memandu dari utara ke selatan dengan perjalanan selama 12 jam. Semuanya gara-gara jammed dan hujan sepanjang jalan. Maklah meneman aku ... kadang dia boleh tidur! mak oh, mak ... takpa, kakak tak kisah, mak tidurlah. Kakak tahu mak dah tua dan penat berjalan jauh.

Sesampai di Putrajaya, mak stay dengan aku selama 5 hari ... dan selama tempoh itulah aku jaga mak yang termampu. Mak nak puasa sunat Syawal. Pagi-pagi aku kena bangun. Kalau ikut hati bujang aku nie, macam malas nak bangun ... tapi bila aku celik mata mesti aku terus terfikir mak. Aku akan cakap kat diri sendiri, "masa mak ada depan mata nie lah nak berbakti". Bergegas bangun dan masak. Mak tak paksa pun aku buat semua tu. Tapi aku tahu, kalau mak tak sahur dengan nasi ... mesti mak tak larat nak puasa esoknya. Berbuka puasa pun mak nak makan nasi juga. But, if balik kampung mak plak layan aku lelebih ... malu plak rasanye ;p

Aku bangun dan masak untuk mak seawal 4am. Aku abaikan diet elak nasi semata-mata nak temankan mak makan ketika berbuka puasa dan juga sahur. Mak akan kecik hati kalau aku tak makan nasi dengan dia. Mak tak cakap dia kecik hati tapi aku tahu. Tapi kalau balik kampung, aku taknak makan nasi mak oke je ... sebab ayah akan temankan mak makan. So, aku ratah lauk dan sayur ajelah. 

Mak agak memilih juga bab makan, adalah benda yang mak suka dan tak suka. Aku dah faham sangat. Mak tak suka makan dekat restoran/warung/kedai makan atau senang cakap ... makan luar. Mak  nie lebih selesa makan kat rumah walau sekadar nasi putih, kicap, ikan goreng dan sambal belacan. Itupun dah cukup. Asalkan kat rumah. Selera je mak makan. Kadang mak lebih rela berpenat masak dari makan kat kedai. Mak cakap, masak sendiri lagi puas hati. Sedap ke tidak itu perkara kedua, yang pasti kebersihan terjamin. Kadang-kadang ada juga mak makan kat kedai, cumanye amat jarang sekali. Kalau tengok mak makan kat kedai, sedih plak rasa ... berkais-kais nasi tu pastu tak habis.  

Selama 5 hari nie, aku masak mak nasi dan lauk pauk yang simple je. 1st day mak berbuka puasa kat rumah aku masakkan tomyam udang. Esoknya tu ... ayam panggang halia dan sayur bayam. Pastu semalam aku tak sempat balik kerja awal, mak dah masakkan mee bandung (tq mak ...) sebab mak tengok dalam fridge aku dah siap siang sotong, udang dan sayur siap-siap simpan. Senanglah mak masak. Setiap kali mak dan ayah datang, aku akan beli seafood dan sayur ... siap siang dan basuh pastu simpan dalam fridge. If aku tak sempat nak masak untuk tinggalkan kat dorang, mak akan masakkan. Jadi takdelah mak penat sangat nak kena siang seafood bagai ... cuma keluarkan dan sejukkan kemudian masak.

Mee Bandung mak ... cair sikit, tapi rasa dia sedap. Mak tak pernah masak bandung ... he he he

Hobi mak bila stay dengan aku adalah khatam segala majalah yang ada lepas solat dan baca al quran. RAPI, RASA, SAJI, MINGGUAN WANITA ... segala bagai yang adalah mak cuba baca. Yang best tu, mak akan cari mana-mana buku kosong dan start salin recipe. Tabiat mak suka salin recipe dah menurun kat aku. Tanyalah apa recipe ... kebanyakannye aku ada. Masak je kurang rajin. he he he. Disebabkan rajin baca recipelah mak  try buat mee bandung semalam. Sayu makan mee bandung mak masak ... 

Petang nie, mak dah ikut adik aku. Nak tidur kat rumah adik kat KL dan esok maybe dorang akan balik kampung. Soooooooooooooobsss....sedih weh! Dan mak dah buat aku sedih plak petang nie. Tadi aku balik keje awal, coz tahu adik dah ada kat rumah dan nak jemput mak. Sampai je rumah dorang tengah lepak-lepak. Barang semua siap berkemas dah. Aku duduk sekejap je borak, dorang dah minta diri nak gerak awal coz abang aku dah on da way ke rumah adik kat KL nun. 

Masa mak masuk kete ... aku salam, cium tangan dan peluk cium bagai. Mak aku tetiba, "terima kasih kakak ... jaga mak sepanjang mak duduk kat sini, terima kasih jaga makan minum mak masa mak puasa ...terima kasih sebab jaga mak elok-elok!". Waaaaaaaaaaaaaaaaa terus berderai airmata aku dan terus peluk mak kuat-kuat. Soooobbssssssssss ... aku memang hati agar-agar. Keras di luar tapi lembut di dalam. Airmata dan aku memang tak dapat dipisahkan dari kecik sampai skang. Akulah juga anak mak ayah yang paling drama queen dalam rumah tu ;p

Mak, jangan buat anak mak sedih!  

Adik aku plak, "dah nak nangis lah tu ... sedihlah tu!". Cisssss .... ko perli aku yek. Takpe. Ko pun nangis sama masa mak sampai aritu. Ko dah lupe ke? Alah kita dua lebih kurang je dik. Tak aku nangis, ko nangis. Cik Mina sorang je hati batu. Dia tu lembut di luar tp keras di dalam ;p

Sebelum balik mak buatkan bubur kegemaran yang aku rasa dah lama giler tak makan. Bubur qasidah. Sonang je buat bubur nie, tapi sebab mak yang buatkan ... rasa dia mestilah super sedap!

Bubur qasidah mak selalu menjadi pujaan hati aku ;p

5 hari nie tidur dengan mak ... sedar-sedar mak ada kat sebelah. Malam nie ... mak dah tidur kat rumah adik. huk huk ....sedihlah!


Mak, terima kasih juga jaga kakak sebaiknya dan cuba sedaya upaya buat kakak happy, walau kadang kita ada juga kakak buat perangai. Tapi mak cukup sabar dengan kakak! Love u so much mak ... ssssssooooooooooobbbbsssssssssssssss!!!!





CK : Puashati bila mak depan mata.

4 comments:

  1. sedih wey..btl2..bila kita dah tua ni mmg kalau boleh nk suruh diorg duduk2 je xyah buat apa...tapi kekadang tu ade jgk terbabas...huhu

    Semoga Mak ayah awak pnjng umur n dikurniakan kesihatan yg baik selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa utk mak ayah saya ;=)

      Delete
  2. Sedihhh baca. Mak akak tak pernah puji kitorang depan2. Tapi bila dia puji adik2 depan akak, akak tau dia mesti puji akak depan adik2. Oh, jangan lupa. Kadang2 bila ada suami, pergerakan kita pun terbatas untuk berbakti sepenuhnya pada mak. Berdoalah agar dipermudahkan dan si dia pun memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak ... sy sentiasa doa agar si teman memudahkan sebagal cara untuk eratkan hubungan anak dan mak. Sy juga doa agar si teman sentiasa dapat menjaga mak dan ayah saya sebaiknya.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!