Monday, November 11, 2013

AKHIRNYA BERSATU JUA ....

Assalamualaikum ....



Kalau dah jodoh tak ke mana! Alhamdulillah, akhirnya Allah swt menentukan si teman menjadi suami aku. Lepas nie bulih type hasben dah dalam semua entry. Sah sudah! Dah dapat lesen. Syukur sangat. Aku baru 11 hari bergelar isteri. Boleh senyum lebar sampai telinga. Dah boleh pegang tangan hasben pi jalan-jalan kat mana2. Tak malu dah! Boleh balik lambat ... boleh dating hari-hari. hu hu hu

2nd day jadi isteri aku boleh cakap kat hasben, "macam tak percaya saya dah jadi isteri awak dan awak jadi suami saya. macam mimpi kooot!". Serius aku rasa macam mimpi siap tampaq pipi ... owh, ini bukan mimpi. Ini kenyataan. Tak sangka, namum aku bersyukur dalam perhubungan dilanda ombak badai kehidupan akhirnya kami bersatu juga. Semua ini rezeki Allah swt ... ketentuan Dia Yang Maha Esa. Moga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Aku harap aku mampu menjadi isteri yang baik untuk hasben. Dan semoga hasben dapat menjadi suami yang soleh dan mampu membimbing aku ke jalan Allah swt yg terbaik. 

Yang kelakarnye wedding aku langsung takda tema kaler. Main hentam ikut suka ja. Combine 3 color peberet aku dan hasben. Aku suka merah dan biru. Hasben pun suka biru juga. Pastu hasben aku pilih color champagne untuk baju sanding. Aku follow ja. Serius aku tak fikir soal tema. Bagi aku, asal majlis berjalan lancar dah cukup. Ikut hati nak buat majlis akad nikah je pun, jimat banyaklah duit aku. Ha ha ha  dasar kedeng! Yang penting aku taknak bazirkan duit. Namun, memandangkan majlis perkahwinan aku ni yg terakhir dalam family ... kena jugalah wat kenduri, sewa pelamin, meja makan pengantin bagai ... hu hu ...

Apapun aku bersyukur majlis aku berlangsung dengan lancar ... Allah swt telah melancarkan segala urusan aku dan keluarga. Cuaca pun baik. Makanan yg dihidang turut mendapat pujian para tetamu, ayah aku cakap. Alhamdulillah. Untuk menu pengantin ... abang aku berbesar hati untuk masak nasi beriani special dan ayam beriani super sedap. Thanks you abang!

Perasan aku skang, rasa nak repeat lagi moment sanding tu. huhuhu. Satu perasaan yg sukar untuk aku gambarkan dgn kata-kata. Rasa mcm nk ajak hasben sanding sekali lagi. Bila aku cakap kat hasben, mula dia cakap aku merepek. Disebabkan persiapan majlis ... dan sibuk jadi isteri dalam tempoh 11 hari nie, aku tinggalkan dulu blog. Nasiblah blog terabai sejak bersuami ni. Untung la, hasben masih bagi greenlite untuk blogging. Tapi FB aku yg satu lagi dia suruh aku off sementara sewaktu. Sebagai isteri .... mendengar dan mengikut katalah jawabnya. Baik suami!

Malam akad nikah yang akan dikenang selama hidup aku! Syukur Alhamdulillah.

Sekarang nie bila celik mata je, suami ada kat sebelah. Heaven! he he he ... tapi kehidupan aku berubah 360 darjah. Dulu, celik mata fikir diri sendiri. Makan ke tak makan ke ... tak kisah sangat. Nak tidur sampai tengahari pun bukan satu masalah. Tak bangun terus dari katil pun takda sapa nak marah. Sekarang nie ko nak lentuk kat katil sampai tengahari, risau hasben jeling sampai bergolek bijik mata. ha ha ha

Dulu, ion baju sendiri pepagi nak pergi keje. Kul 7 am tu dah kelam kabut nak ion baju. Sekarang nie, hasben cakap baju kerja ion malam, tak pun weekend ion semua baju keje. Hah, ameeek ko! Nasib baik sangat hasben tolong basuh and sidai baju. Sejak dia bujang dah reti buat sendiri. Dah ada isteri, nasib baik sangat dia masih nak bantu. Alhamdulillah, harap keringanan tulang hasben sampai hujung nyawalah hendakNya. Isteri nie bukannya rajin tahap melampau sangat pun. Nak nak kena lipat kain baju, kalau ada 1000 alasan boleh diluahkan dalam masa seminit, memang aku dah longgok 1000 alasan tuh. Namun, bila bergelar isteri ... suka tak suka aku kena layan jua. Pahala kot! he he he he

Dalam masa 11 hari nie, aku belum kesempatan nak masak yg enak2 kat hasben ... aku baru masak kat hasben bihun goreng dan bihun sup. Hasben suruh rehat masak dulu. Syiooook! Lap u darling. Tapi dah tau, lepas nie hari-hari aku kena masak. Minggu nie balik rumah mertua, bukan main syioook lagi mertua ngan akak ipar aku masak. Aku? Owh ... keje aku adalah makan dan makan. Aku tolong siang-siang apa yang patut je. Lenlain mertua aku wat. Thanks omak! Menantu dia lepas makan je tengok tv. Baguih! Baru-baru bolehlah, lelama camtu ... mahu mertua angkat tongkol kayu kang ... ha ha ha. But, Alhamdulillah my MIL baik walaupun aku tak paham sangat family dorang nye dialek. Dorang  borak, aku tumpang golak je.


Semua orang sibuk tanya mana kami nak honeymoon? Tunggu dulu, majlis sebelah lelaki belum selesai ... dah settle semua kita honeymoon sampai pengsan! Honeymoon dalam Malaysia belum lagi decide kat mana .... honeymoon luar Malaysia dah siap booking ticket flight dah. Tapi 2 bulan lagi baru pi ....


Lepas nie takyah heran sangatlah aku tak update blog. Sibuk layan suami nooo. he he he .... nak rebut title isteri solehah plus ibu mithali. Tapi aku tetap akan usahakan update blog nie jika ada kelapangan. Banyak story kot nak share....


Okehlah nak sambung tugas .... ion baju hasben dan baju sendiri punya. Dah double keje sekarang!



#doakan aku cepat-cepat jadi mommy!!





CK : Akhirnya, aku adalah seorang isteri buatmu .... suami!

18 comments:

  1. Heyyaa...congrats! Nk bg hadiah xtau nk anta mne..haha...bg doa je la..hihi... moga murah rezeki n bahagia hingga syurga. Moga dpt anak2 comel n bijaksana. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.....doakan agar ikatan suci kami kekal ke hujung nyawa dn ke syurga Allah swt dah cukup bermakna. Hadiah yg terbaik doa tu.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah, semoga bahagia ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. tahniahhhhh!
    smge bhgia sllu dan dpt baby yg comel..
    =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniahhh. Semoga kekal bahagia hingga Jannah. Tak lama lagi expert la speaking nogori ekk. Hahahahha. Oh, welcome to the club. Kelab isteri, kelab blogging isteri bukan blogger, kelab n.9, kelab menantu dan macam2 kelab lagi....hahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Banyaknye kelab yg nak kena join nie...hahahahah

      Delete
  5. lama tak jenguk sini, tetiba tengok dah jadi isteri dah. tahniah CK dan semoga murah rezeki cepat2 jadi mommy..hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...Alhamdulillah tercapai hasrat dan impian nak bergelar isteri....hrp2 dpt jad isteri solehah. Terima kasih ye atas doa.

      Delete
  6. Salam....
    Tahniah dah jadi isteri rupanya, patut ler sepi jer blog ni...semoga cepat2 jadi mommy pulak.

    ReplyDelete
  7. tahniah kak..... selamat pengantin baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear ..... selamat pengantin baru jugak dekat awak

      Delete
  8. tahniah..semoga diberkati kehdupan sebgai suami isteri..bahagia hingga ke jannah

    macam lawa je pelamin n baju nikah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....baju biasa2 je. Ala kadar

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!